Khamis, 29 April 2010

Men's Barber


Kedai gunting rambut berdekatan dengan rumah saya di Cheras. Hanya untuk lelaki sahaja (dah dia tulih men's barber....ke dia maksudkan tukang gunting tu adalah lelaki?)...
Bayaran untuk dewasa adalah RM8 untuk sebarang jenis potongan..
Bayaran tambahan RM4 kalau anda mahu diorang urut kepala dan belakang badan....memang sedap giller. Urutan kat belakang badan tu, kalau staff diorang yang takde skill urut belakang, diorang ade disediakan mesin urut belakang......saya dah rasa dua2, urut pakai tangan lagi best....

Generasi UPSR 2022-Latest Updated (4/May/2010)

Entah samada jadik trend ke, memang masing2 tak dapat tahan ke saya pun tak tau...tapi ni list members opis yang dapat/bakal dapat anak tahun 2010 ini...
Januari :none
Februari :none
March :none
April :Anwar/bazilah (8/April)-R&D; Amirul (28/April) -Engineering; Badrul (29/April)-Engineering
May :Syukri -HRGA
June :Firdaus -R&D; Wawa -Engineering
July :Farizal -R&D
August :Saya -R&D
September :none
October :none
November :amir/iffah -Engineering
December :Hernita -Engineering

Maka, baby2 kami ini bakal mengambil UPSR pada tahun 2022....huhu

Updated list in bold font

Kete baru nampak..huhu

Macam yang saya dok promote sebelom nih pasal kereta comel kak gi, ni ler gambar si comel yang menggantikan si comel lama.


Bagi penduduk Sato,cerita pasal kereta kak gi ni dah basi dah pun..ye lah, kereta tu dah masuk Sato sejak 15 april lepas lagi dah pun. Tapi yang sebenarnya, sebelom si comel ni masuk Sato dulu, tiada siapa yang tahu rupa si comel ini selain saya dan Kak Yan huhu....cuma saya yang lambat masukkan gambar ke blog nih.
Okeh...kepada siapa yang nak kenalan ngan kak gi comel bersama kereta comelnya, bgtau ler saya..........(double promote heheh)

Selasa, 27 April 2010

tirai buatmu

Seperti dijanjikan sebelom ni perihal gambar tirai yang saya pasang kat CRV saya..setelah tangguh beberapa hari, ni lah dia gambar2 nya....

beli di ACE Hardware di Jaya33 dengan harga RM60.

Rupa dari dalam.....

ianya buleh diselak2/digerakgerak macam langsir kat rumah...

Ianya juga buleh diikat supaya kelihatan kemas ketika tidak digunakan...

Kainnya jenis kain lembut macam baldu. kalau tutup tirai tu, keadaan dalam kereta dijamin gelap la. Agak puas hati la dengan pembelian ni..anak saya kalau tidur kat seat belakang, buleh dah la bagi gelap sikit pastu takde dah la silau2 matahari.
Gambar dibawah pulak adalah keadaan staple yang telah saya kenekan pada rail tirai/langsir ini. Untuk cerita pemasangan langsit/tirai tu, buleh rujuk kat entry nih.

Jumaat, 23 April 2010

Kenariku lari gagah berani

Biasanya kita bila naik kereta sports ke, kete mewah ke, kete rare ke....mesti ada rasa bangga dalam diri kita kan?lebih2 lagi bila orang dok pandang je arah kita. Tapi ada tak kita rasa bangga bila kita naik kereta kita yang biasa tu jek?.......heheh

semalam masa saya balik dari kerja, melalui hiway dan menuju ke plaza tol. Saya dengan laju memasuki lorong smartag, dan di lorong bersebelahan saya terdapat sebuah ferari sedang beratur membayar cash.......ketika itu terlintas difikiran saya...sepantas mana pun kudamu berlari, pantas lagi kenariku huhuhuhuh.........dengan penuh rasa bangga meninggalkan lorong plaza tol heheh............. (penuh ciri2 takbur disitu)

Oh generasiku...

Paper semalam ada cerita pasal kesah seorang budak perempuan tingkatan 2 kene rogol dalam kelas sewaktu sesi rehat di sekolahnya. Jenayah rogol dilakukan oleh rakan sekelasnya dan dikawal keadaan sekeliling oleh beberapa orang rakan yang lain. Setelah pemeriksaan polis keatas mangsa, polis mendapati mangsa telah pun mengandung selama sebulan....mungkin akibat dari dirogol. Justeru itu pelbagai pihak mula kecoh, pelbagai pihak disalahkan...yang paling utama, pihak sekolah kene hentam tak ingat lah. Dalam paper hari ni, timbalan menteri pendidikan kata sekolah tu tak ikut prosedur SOP..(saya pun tak tau sangat prosedur tuh).....sekolah jugak yang kene.
Jom imbas bersama.......


Satu kelas sekolah menengah kebangsaan ada sekurangnya 30 orang pelajar..sekurangnya. Satu tingkatan ada sekurangnya 5 buah kelas...menjadikan jumlah pelajar dalam satu tingkatan seramai 150 orang. Sekolah ada 5 tingkatan menjadi jumlah pelajar seramai 750orang......itu minimum bagi sebuah sekolah kalau tak silap saya....cikgu ada berapa ramai?jenuh kalau nak jaga sorang2 pelajar.....tambah pulak kalau cikgu yang kerja tak ikhlas nih, konpem buat tak tau kat murid2....seingat saya masa belajar dulu, takde pulak cikgu jaga sorang2 budak. Tapi budak2 berjaya jugak, takde pun yang jadik penjenayah...kadang2 tu kita sendiri yang jaga kawan2 sekolah daripada melakukan jenayah....

Budak yang rogol mangsa pulak, tingkatan 2.........tingkatan 2 beb, jauh lagi perjalanan hidup dia. dikala muda dah bergelar perogol...sampai ke akhir hayat selagi tak bertaubat kat tuhan seikhlasnya, dirinya akan hancur bersama gelaran perogol. Dan dijangka dia akan bertukar menjadi penjenayah professional setelah hukuman ke atasnya tamat nanti. Ini kerana masyarakat sukar menerima dia, dia rasa rendah diri, pastu mula buat jenayah.....hancur masa depannya...

mangsa pun tingkatan 2, jauh lagi perjalanan hidup. Dikala muda telah dihancurkan hidupnya............konpem kene duduk kat rumah perlindungan lepas ni, bila anak dah lahir, dikala muda dah kene jaga anak sendiri....orang lain masa tingkatan 2, 3 nih dok terkinja-kinja dalam bilik berangan nak jadik artis, yang si mangsa ni terpaksa berhempas pulas membesarkan anak....hancur masa depannya...

Siapa yang perlu dipersalahkan?masyarakat konpem salahkan perogol, mangsa dan sekolah.......
saya salahkan ibubapa diorang............
macammana perogol tu buleh terpikir nak rogol?memang la nafsu, tapi nafsu buleh dikawal kalau ada didikan yang betul. Kalau kawan2 hasut pun, kalau ada didikan yang betul, ia masih buleh dikawal.
macammana mangsa buleh merelakan masa dirogol kali pertama?ingin mencuba..nafsu. Itu buleh dikawal kalau ada didikan yang betul.
Siapa nak bagi didikan yang betul?ibubapa lah sebenarnya kunci solex disini. Kalau anak2 gagal, ibubapa memang gagal sepenuhnya. Tak layak menjadi ibubapa....kalau ibubapa pun tak jaga amal ibadat betul2....mana anak2 nak jaga. Mana anak2 nak ada iman yang kuat...mana anak2 nak kawal nafsu...

Nak jaga ibadat bukan setakat semayang lima waktu sendirian dalam bilik, puasa bulan ramadhan, semayang jumaat kat masjid.....pastu selebihnya jadik hantu. Jaga ibadat kene dalam setiap keadaan, waktu celik mata dipagi hari sampai lelap mata dimalam hari....apa lagi cara jaga ibadat selain semayang ngan puasa?cara paling senang, kita bernafas...ingat nafas kita tu pemberian tuhan, ingat padanya. Insyaallah, ibadat kita terjaga.
Saya teringat sekali masa di Kelantan, masa tu ada tok guru agama datang rumah saya untuk ajar agama untuk penduduk kampung (kampung saya buat giliran penganjur kelas agama, tuan rumah sediakan tempat dan makan untuk kelas agama). Dalam kelas tu, ayah saya ada bertanya kepada guru agama tu mengenai ibadat.
"Kita kene selalu ingat Allah, mulut sentiasa berzikir...tapi macammana kita nak ingat Allah waktu kita tidur?"
Berdasarkan soalan ayah saya tu, baru la saya perasan apsal dia selalu bisik sorang2 selama nih hehehe..............okeh, jawapan dari guru agama tu saya tak berapa ingat. Tapi kalau tak silap saya, apabila pancaindera dalam keadaan sedar, kita kenelah sedar akan kebesaran Allah. Apabila tidur, pancaindera kita sedang rehat sama, tapi sebaiknya sebelom tidur dibacakan ayat2 agar Allah melindungi kita.
Pasti ramai yang tak berapa tau nak baca apa sebelom tidur, paling kurang pun doa sebelom tidur. Kalau nak senang, bacalah Al-Fatihah ngan beberapa surah macam Al-ikhlas ke, tu pun buleh gak....

moral: Kalau nak rogol orang, kawin dulu pastu buat kat bini hehehe.....(giler kejam)

Khamis, 22 April 2010

Kasut Vs Selipar

Baca paper hari ni, banyak la cerita fitnah dan mengarut yang dapat dibaca. Lebih-lebih lagi bila dah nak dekat pilihanraya macam nih, ramai la yang keluar statement itu ini, keji situ keji sini...semua nak tunjuk hero. Bila habih pilihanraya karang, semua jadik zero.
Berbalik kepada paper hari ni, ada la satu berita yang saya rasa macam nak komen sket.....mengenai pindaan kompaun RM1000 kepada kesalahan jalanraya tuh...
Saya memang setuju benar kalau kompaun tu naik RM1000 demi mendidik rakyat agar mematuhi peraturan jalanraya....tapi apsal ler mende yang elok macam nih kensel ler pulak. Alasan yang semua orang bagi, membebankan rakyat?!...................tak dapat diterima akal langsung. Jom pikir asal usul kenapa kompaun diberikan?kompaun diberikan apabila pengguna jalanraya melakukan kesalahan lalulintas seperti memandu laju dan menggunakan telepon bimbit ketika memandu. Kompaun diberikan supaya mereka tidak mengulangi perbuatan yang sama. Bermakna kalau tak membuat kesalahan jalanraya, kompaun ini tidak sama sekali mengganggu periuk nasi kita bulanan. Sekaligus dapat mendidik kita menjadi pemandu berhemah. Buat la kompaun RM18,000 sekali pun, kalau kita tak buat kesalahan jalanraya, kita nak kecoh apa?
Yang dok bising kata membebankan rakyat tuh, jenis yang suka buat kesalahan jalanraya la tuh...apa lagi kan?kereta sekarang semua jenis besar2, boleh bawak laju2...konpem kene speed limit kadang2..tu yang depa takut tuh..dah tu takut kene saman RM1000, terus batalkan pindaan tuh. Tapi bawak laju2 tak takut pulak terlanggar kete orang lain ke, eksiden sana eksiden sini, langgar lampu isyarat, tak pakai tali pinggang keledar...etc............"takpe, saman pun RM300 jek...bayar on the spot RM400 kat polis tu, abih cite"......damn la orang2 kaya nih...

lagi satu pulak pasal nombor plate kereta, cadangannya supaya ketua pengarah JPJ je yang buleh keluarkan nombo plate kereta...tu pun dibatalkan. Tak tau alasan apa, tapi elok apa macam tuh. sekurangnya dapatla elakkan orang guna nombo plate palsu untuk buat jenayah. Kat Jepun dah praktik dah mende nih, bila korang beli kereta baru...nombo plate dengan papan plate tuh, JPJ yang bagi kat kaunter. Tak payah pergi kedai eksesori buat nombo plate atas papan. Pastu bila kita pindah daerah, kene pulangkan balik nombo, pastu JPJ daerah baru tu bagi nombo lain pulak. Nombo yang dah pasang kat kete pulak, ada lekat alat khas yang menghalang orang ramai membuka nombo plate tu. Bermakna nombo tu akan kekal milik kita...jadik susah ler kalau nak buat jenayah.

Sampai bila la malaysia ni nak dikuasai oleh 'RAKYAT' yang kaya raya hasil duit rakyat nih...

Selasa, 20 April 2010

Addicted....

Siang kat opis...Siri Bercakap Dengan Jin by Tamar Jalis
Malam kat umah...Bleach

Saya dah giller dengan alam mistik..........oh noooooooo!


Ahad, 18 April 2010

NAZA Sutera problem?!

Ni saya jumpa kat satu forum, tak tau siapa penulis asalnya..tapi nampak macam ada kebenarannya. Yang menyebabkan saya tertarik adalah kerana ia melibatkan NAZA. Tempat kerja saya sekarang ini adalah menjadi laluan utama orang ramai menju ke Naza PJ...sudah pasti pelbagai jenis ferrari, lamborghini, hummer dan BMW yang lalu di hadapan ofis saya sekaligus menampakkan gah Naza ini. Tapi tidak sangka pulak sekiranya apa yang diceritakan didalam warkah dibawah ini sememangnya berlaku....ia seolah-olah Naza hanya menjaga kepentingan pelanggan-pelanggannya yang membayar kenderaan mereka yang berharga lebih daripada RM200,000.....
Di ambil daripada www.infomaya.net

-Warkah Mula-
"Kepada:-
Pengerusi,
NAZA CORPORATION SDN BHD
115, Jalan Raja Muda Abd Aziz,
Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur.

Tuan,

LAPORAN KEROSAKAN NAZA SUTERA

Untuk perhatian tuan, lain kali saya perlu berfikir lebih daripada berjuta kali jika ingin membeli kereta kereta keluaran NAZA kerana kualiti kenderaan yang amat teruk dan tidak menjaminkan. Saya telah membeli kereta NAZA Sutera 2 bulan lepas iaitu pada 1hb Ogos 2006 selepas menanti selama lebih kurang 4 bulan dimana wakil jualan tuan gagal membekalnya dalam tempuh yang telah dijanjikan oleh pihak Syarikat FS Trading Sdn Bhd iaitu dalam tempuh 2 minggu sahaja. Disini saya ingin menyatakan kekesalan yang amat sangat terhadap kereta yang telah dibekalkan oleh pihak tuan dan memohon supaya ianya dapat DIGANTIKAN DENGAN KENDERAAN YANG BARU. Inilah keadaan kenderaan yang telah dibekalkan kepada saya:-

1. Dari kualiti kereta tersebut adalah jelas bahawa pihak tuan hanya mementingkan soal keuntungan sehingga mengabaikan tentang kualiti kenderaan tersebut. Kereta ini lansung tiada kualiti dan saya melakukan kesilapan besar kerana hanya memandang dari segi rupa sedangkan ia penuh dengan masalah-masalah.

2. Dari segi pengamatan saya Jabatan Kualiti Kilang Naza gagal melakukan kerja dengan baik kerana sebahagian besar daripada peralatan didalam dan diluar kenderaan ini tidak dipasang dengan betul dan kemas. Ini termasuk bahagian-bahagian yang dibuat dengan plastik dan besi tidak dilekat atau dipasang dengan kemas dimana ada yang longgar. Seterusnya terdapat bahagian-bahagian dan skru yang sudah berkarat sedangkan kereta tersebut baru 2 bulan sahaja dan boleh dilihat dengan sebelah mata.

3. Pada minggun pertama, semasa saya memandu kereta balik daripada pejabat dan pada masa itu hujan turun; Saya terpaksa memandu dalam keadaan basah kerana air masuk melalui tingkap sebelah pemandu dengan banyak. Disini saya amati getah yang digunakan juga tidak berkualiti atau pun ia tidak dipasang dengan betul. Saya telah menghantarnya ke pusat serbis di Kuala Trengganu, setelah diperbetulkan ia masih tidak sempurna kerana pintu tersebut telah tidak selari dengan pintu-pintu yang lain. Jadi keempat-empat pintu ini perlu diketuk semula untuk menyamakannya. Ia masih tidak sempurna kerana semasa hujan air masuk semula melalui pintu belakang pula. Cubalah bayangkan kesusahan yang telah saya hadapi hanya kerana pintu-pintu ini.

4. Pada minggu ketiga ketiga balik daripada Trengganu stering kereta ini telah berbunyi seperti keldai seolah macam kenderaan yang berumur lebih daripada 20 tahun. Bayangkan macamana kedaan kereta ini setelah lebih dari 1 tahun.

5. Pada hari saya ambil kenderaan ini system penghawa dinginnya tidak berfungsi dengan betul; Angin sejuk hanya keluar daripada saluran bawah sahaja walaupun saya telah mengubah suis untuk angin itu keluar daripada atas. Keesokan harinya saya hanya kenderaan ke Syarikat FS Trading Sdn Bhd dan ia telah dibaiki dengan menyendal dengan sekeping span dan masih tidak sempurna. Adakah begini caranya ia dibaiki. Amat melucukan, Syarikat sebesar Naza tidak tahu camana nak pasang penghawa dingin dengan betul. Saya komplen tetapi jawapan amat tidak menyenangkan kerana pihak FS Trading menyatakan bahawa ianya salah panel pembekal dan jika saya hendak membaikinya dengan sempurna, saya perlu menghantar kereta ini ke Shah Alam dan ia akan memakan masa lebih daripada 2 hari kerana keseluruhan dash board perlu dibuka. Disini pihak Naza tidak membuat pemeriksaan dengan betul kerana takanlah angin ini ini tidak betul pun tak perasan sedangkan sebaik saya terima ia sudah rosak. Janganlah nak menyalahkan orang lain sahaja.

6. Pada hari kedua saya ke Bengkel Naza, iaitu bengkel Syarikat Mesra Harmoni Sdn Bhd, nama ajer mesra, upah tarik kenderaan pun saya kena tanggung, saya bersama-sama mekanik membuat pemerhatian ketika kereta ini dibaiki; Malang sungguh kerana tiada banyak yang mampu dilakukan kerana di bengkel ini tiada alatganti yang perlu untuk membaiki kereta Sutera, semua kena tunggu bekalan daripada pihak Naza, kereta saya masih lagi disitu sehingga hari ini 04hb Oktober 2006 sejak 15hb September. Bayangkan oil seal pun, Naza ambik masa selama lebih daripada 3 minggu.

7. Kerosakan seterusnya ialah mengenai pam air untuk pembersih air (wiper) tidak berfungsi dengan betul dimana sekejap kuat sekejap perlahan dan yang paling menyedihkan baru sebulan pun dah mula tidak betul pergerakannya. Bila saya menggunakannya ia bergerak dengan sempurna, tetapi bila saya tutup suisnya, ia akan berhenti ditempat-tempat yang ia suka. Sekejap ditengah-tengah cermin setelah dicuba berkali-kali baru ia berhenti di tempat yang sepatutnya. Ini baru sebulan, kalau setahun mungkin ia tak bergerak lagi. Ia amat menyusahkan untuk menunjuk kepada mekanik kerana ia tidak stabil, di bengkel nampak ok, bila balik ke rumah, masalah ini timbul semula. Inikah kualiti kereta baru Naza??? Saya rasa pihak Naza tidak ambil berat lansung soal kualiti eksesori kenderaan ini. Macam tangkap muat ajer.

8. Bonet belakang kenderaan ini juga tidak dipasang dengan sempurna kerana bonetnya tidak boleh dibuka dengan kunci. Pergi baiki ok, balik rumah jadi balik. Itulah kerja saya, kena ambik cuti dua hari hanya kerana nak baiki bonet kereta. Bayangkanlah kesusahan yang telah pihak Naza timbulkan kepada pengguna.

9. Batang gear bergegar dan menari sebaik sahaja enjin dihidupkan macam bas buruk yang mengangkut penumpang dikawasan pendalaman yang berumur lebih daripada 30 tahun dan pada masa yang sama kita dapat rasakan seolah enjin ini nak jatuh. Saya telah membeli 2 jenis kenderaan dan tak pernah alami keadaan sebegini ketika ia baru dibeli.

10. Enjin ini akan mengeluarkan bunyi amat bising yang ganjil setelah kelajuan melebihi 100km/jam, jadi sebaik saya ambil kenderaan ini saya terpaksa membawanya dibawah 100km/jam. Bunyinya seperti sebuah kapal terbang hendak memulakan penerbangannya, semasa saya pandu, semua penumpang jadi panik kerana ia macam hendak meletup. Saya berjumpa beberapa pemilik kereta ini di bengkel dan mereka menyatakan perkara yang sama dan ia bergantung pada nasib, kerana adanya terima masalah ini setelah ia bergerak lebih daripada 110km/jam. Tuan-tuan, percayalah, ia mengeluarkan bunyi yang ganjil, saya telah memandu lebih daripada 10 tahun dan kereta kancil saya yang berumur lebih daripada 9 tahun pun tidak mengeluarkan bunyi sebegini. Bila saya suarakan apa-apa yang ganjil mengenai enjin ini, dengan mudah dan selamba sahaja, mekanik menyatakan ianya kerana ia tidak menggunakan timing belt dimana ia gunakan timing chain. Saya bukan mekanik, tapi jangan alasan ini sahaja untuk selesaikan masalah ini, sedangkan enjin ini sebenarnya tidak berfungsi dengan betul dan akibatnya akan saya terangkan dibawah. Ini bermaksud seolah-olah timing chain tidak meningkatkan mutu enjin pada masa ini. Naza sepatutnya kena menyiasat dengan teliti sebelum menggunakan teknologi baru.

11. Seterusnya kerosakan yang paling teruk setelah simpton-simpton diatas, pada minggu keenam dimana saya menggunakan kereta ini dan ia baru bergerak lebihkurang 3,000km; Pada 15hb September 2006 kereta ini gagal dihidupkan.
Setelah sejam mencuba, saya mengoyangkan kenderaan ini maka enjin boleh dihidupkan; Ia mengejutkan saya, dan saya perhatikan asap putih keluar dengan banyak, pada mula saya ingat enjin belum panas, tetapi ia tak berhenti dan air mula keluar melalui ekzos dengan banyak dan tak berhenti-henti. Saya matikan enjin dan buka bonet hadapan, saya periksa minyak hitam dan air/coolant, ia masih berada dalam keadaan yang baik.Pada masa ini saya amat terkejut kerana enjin tidak mati setelah saya cabut kunci dan ia amat memeranjatkan saya; Naza telah mencipta kereta turbo tanpa perlu meletakan enjin turbo. Dengan hati-hati saya hidupkan semula kereta ini dan pandu dengan perlahan ke pejabat seterusnya ke pejabat FS Trading Sdn Bhd yang jauhnya lebih kurang 10km; Disana mekanik telah memeriksa kenderaan dan apa yang mengejutkan saya ialah suhu telah meningkat dengan mendadak dan air telah kering. Apa yang menyedihkan saya, pihak FS Trading pandang sebelah mata sahaja masalah saya ini dan saya terpaksa tunggu sehingga lebih daripada 2 jam menunggu kereta tunda untuk menunda kenderaan ini ke bengkel Syarikat Mesra Harmoni di Taman Melati. Saya diberitahu bahwa saya tidak perlu membayar kos tunda, malangnya sampai disana saya diminta membayar kos tunda tersebut. Biasalah pengguna memang selalu malang.
Setelah diperiksa, pihak bengkel belum kenalpasti masalah dan minta saya datang keesokan harinya.
Pada keesokan hari saya diberitahu bahawa enjin ini kena dibuka dan perlu overhaul kerana enjin ini telah dimasuki air. Jadi yang simpton-simpton sebelum ini adalah kerana enjin ini tidak berfungsi dengan betul dan pihak bengkel hanya membuat andaian tanpa mengendahkan apa yang saya laporkan.
Saya hairan kenapa kereta baru sebulan ini telah mengalami masalah sebegini teruk dan ini adalah masalah yang serius dan ianya adalah kereta baru. Bayangkan apa akan terjadi jika ia setelah dua tiga tahun nanti. Jadi pengguna seperti saya yang akan merana kerana terpaksa menanggung sengsara kerana terpaksa membayar pinjaman selama 7 tahun.
Saya amat kesal kerana mekanik disitu juga gagal menjawab punca kerosakan tersebut dan tidak mengakui ini masalah serius MAJOR PROBLEM.
Sekarang telah masuk minggu keTIGA kereta itu di bengkel Syarikat Mesra Harmoni, sebuah bengkel yang canggih dan gah tetapi tiada bekalan alatganti dan tidak mahu menanggung kos tunda tersebut sebanyak RM30.00 hanya kerana pihak Naza lambat membayar balik kepadanya iaitu lebih daripada 3 bulan. Biasalah pengguna kena tanggung, saya pada mula tidak berkira soal ini tetapi janganlah asyik hendak menyalahkan orang.
Bila saya tanya pihak bengkel dia menyalahkan pihak Naza masih tidak membekalkan alatganti dan menyuruh saya yang menghubungi pihak Naza dan saya terpaks hubungi pihak Naza, tapi amat menyedihkan bahawa sehingga kini tindakan semua pihak seolah-olah saya ini tidak penting. Apa yang saya dapat simpulkan ialah apa pun yang terjadi biar pengguna yang tanggung bebanan janji syarikat buat untung selagi tiada nyawa yang melayang, selagi kita hentam pengguna.
Pada 30hb September 2006 saya tanya kenapa kereta ini tidak siap, pihak bengkel menjawab bengkel ini sedang menjalankan kempen serbis kereta Naza sempena bulan perayaan dan kerana kereta saya mengalami masalah kronik maka ia tidak berkesempatan untuk dibaiki dan ia juga disebabkan kerana setelah 2 minggu berlalu baru cylinder head dibekal oleh Naza dan ia tidak cukup kerana oil seal masih lagi tidak dibekalkan. Satu-satu alat ganti kena tunggu dan tunggu untuk dibekalkan sehingga saya menawarkan diri untuk mengambil sendiri alat ganti tersebut. Tuan kena faham saya beli kereta untuk menyenangkan hidup saya bukan membebankan saya. Kempen itu juga lebih penting jika dibandingkan dengan kesusahan yang ditanggung oleh saya, mereka yang datang untuk serbis kereta tiada masalah ketiadaan kenderaan sedangkan saya terpaksa menanggung berbagai masalah kerana tiada kereta. Sepatutnya mereka perlu faham masalah saya ini kerana ia memberi kesan kepada imej Naza sendiri.
Disini saya membuat aduan kepada pihak Naza dan menerangkan bagaimana keadaan kereta yang telah dibekalkan kepada saya dan memohon supaya sebuah enjin yang baru kerana saya sudah tidak beryakinan dengan enjin kereta ini. Ini adalah kerana mekanik disitu tak dapat mengenalpasti punca masalahnya dan sepatutnya pihak Naza wajib membekal kenderaan yang berada didalam keadaan baik. Malangnya permintaan saya tidak dilayan dan macam tiada masalah langsung yang wujud dihati pihak Naza. Pusat Khidmat Pelanggan menyatakan bahawa Naza tidak akan menggantikan dengan kenderaan yang baru dan ia hanya akan membaiki sahaja. Bayangkan atau fahamilah ini masalah enjin, kereta baru sepatutnya tidak timbul masalah seteruk ini. Jika ia amat sedikit adalah lebih baik enjin atau kereta ini digantikan dengan yang baru.
Disini barulah saya faham saya kena terima apa pun keadaan setelah saya beli kereta itu, seolah-seolah jika Naza bekal saya besi buruk pun saya kena terima samada saya suka atau tidak. Terima kasih kerana telah berjaya menyusahkan hidup saya. Sudahlah begitu saya dibuat macam bola ping pong dipukul kekiri dan kekanan dan asyik menyalah antara satu sama lain sehingga kita keliru dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.
Jadi akhirnya pengguna yang terpaksa menanggung segala masalah, kesusahan samada dari segi masa,duit dan keperitan tidak hanya pada masa ketiadaan kenderaan untuk meneruskan kehidupan harian dan kemungkinan kerugian ini akan berlarutan bertahun-tahun.
Disini saya tertanya-tanya apa hak pengguna seperti saya bila keadaan ini terjadi; jika hanya dibaiki saya rasa ia tak memuaskan dan kelebihan serta keuntungan hanya sentiasa ada dipihak syarikat dan pengguna perlu jadi mangsa.

12. Setelah seminggu kereta di bengkel, saya pergi menjenguk dan tambah menyedihkan apabila melihat keadaan kereta baru tapi dah macam kereta buruk kebanyakan bahagian dan skru sudah mula berkarat. Paling menyedihkan semasa saya tiba di bengkel dengan sinis saya di perli kenapa datang cepat sangat sedangkan kereta ini tak tentu bila boleh siap, tiada rasa sempati langsung.
Macam inikah sikap panel bengkel yang dilantik oleh Naza???? Dan ada suara sumbang mengatakan bengkel tempat saya membuat serbis pertama iaitu di Kuala Trengganu tidak membuat kerja dengan betul. Lagi sekali asyik hendak menyalahkan pihak lain.
Saya pergi kesana hendak melihat dan mendapatkan jawapan kenapa kereta baru yang begitu megah di televisyen itu boleh rosak sebegitu teruk tetapi ini jawapan yang saya dapat sedangkan saya beli kenderaan tersebut dengan harga lebih daripada RM38,000.00 dan bukannya RM3 sahaja.
Seterusnya saya lihat skru besar yang memegang tayar telah berkarat dan disk brek juga berkarat dan ia amat mengejutkan saya keran baru 2 bulan sudah sebegini, tiada antirust ke?? Malah banyak lagi skru-skru daripada depan hinggalah kebelakang juga berkarat termasuk beberapa bahagian yang dibuat daripada besi lain juga mula berkarat. Apa pihak Naza tak uji atau kaji bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat kenderaan ini. Janganlah hanya keuntungan besar hendak dicari dan pengguna dijadikan bahan uji untuk mengurangkan kos. Saya nampak kereta ini hijau dan tidak lama lagi akan jadi warna karat.

14. Seterusnya masalah kunyi remote pada kali pertama guna untuk hari itu ia sempurna dan setelah kita bergerak lebih dari 50km dan berhenti; kunci remote tidak berfungsi lagi dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi lagi. Tunggu sejuk dulu baru ia berbunyi, hairan ini pun boleh jadi masalah. Ini pun jadi masalah, ini baru sebulan entah apa lagi akan saya tanggung selepas ini, nampak saya membeli masalah berharga RM38,000 bukannya kereta baru. Sedar dan fahamilah masalah saya.


15. NAZA telah membuat kesalahan besar dan bodoh kerana memberi gambaran buruk kepada pelanggannya. Jikalau tuan hendak tahu bahwa dengan laporan ini mungkin telah mengubah cadangan kawan-kawan saya untuk membeli kereta keluaran tuan dan banyak yang telah menempah semula kereta MyVi keluaran Perodua yang memberi keuntungan kepada kedua belah pihak.
Jika saya ada kamera, pasti akan saya rakamkan masalah-masalah lain yang kecil dimana tak sepatutnya ada pada kereta baru ini dan ada bahagian-bahagian saya terpaksa perbetulkan sendiri dan malas nak komplen lagi kerana sudah tidak mampu. Contohnya penutup talipinggang keledar boleh tercabut dengan tiba-tiba. Jadi saya pegi kedai beli gam dan lekatkan semula. Itu pun tak reti nak pasang, boleh gila dibuatnya. Nampak canggih tetapi penuh dengan masalah, macam ianya dibuat dengan kaki dan bukan menggunakan tangan.

Kesimpulan????? Jika ada anugerah untuk kereta keluaran terburuk dan tanpa kualiti pada tahun tersebut; Saya yakin dan pasti kereta ini akan memenangi anugerah tanpa sebarang bantahan daripada mana-mana pihak.
Disini jika kereta ini tidak diperbetulkan saya akan membuat promosi keseluruh tempat untuk membuktikan bahwa kereta ini amat buruk kualitinya.
Percayalah saya bukan dari Proton atau Perodua tetapi dua kenderaan keluaran syarikatnya telah saya guna dan tiada masalah seteruk ini terjadi pada saya, contohnya saya telah guna kereta kancil lebih daripada 8 tahun dengan tidak memberi saya masalah sebegini.

SYARIKAT NAZA BUAT KERETA INI DAN SETERUSNYA MENJADIKAN PEMBELINYA SEBAGAI BAHAN UJIKAJI ATAU R&D UNTUK KENDERAAN INI SUPAYA KOS DAPAT DITANGGUNG OLEH PEMBELI DAN BUKAN DITANGGUNG OLEH NAZA DAN BESAR KEMUNGKINAN IA AKAN BERTERUSAN SEBAIK MODEL BARU DIPERKENALKAN SELAGI TIADA NYAWA YANG MELAYANG ATAU CEDERA.
Sepatutnya pada peringkat awal kereta saya ini rosak teruk begini, pihak NAZA patut mengambil tindakan yang PROAKTIF dengan menggantikan dengan yang baru maka kita nampak dengan jelas bahwa ia bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang dia bekalkan kepada pengguna; malangnya mereka tak mengendahkan tuntutan saya malah dengan sombong dan bongkaknya wakil daripada Naza Customer Service mengatakan bahawa Naza tidak sekali-kali akan gantikan kereta saya dengan yang baru. Naza akan baiki bila rosak, baiki ,rosak lagi, baiki, sehinggalah tamat tempuh gerenti dan masa inilah ditunggu-tunggu kerana ia akan bekal alatganti dan upah baiki yang mungkin terlalu mahal untuk mengambil kembali kos-kos pembaikan yang diberi dengan percuma dahulu.
Bayangkanlah minyak enjin kereta Sutera ini sahaja mahal jika disbanding dengan kereta keluaran Proton dan Perodua. Ini baru minyak enjin, itu belum alatganti lain, sudahlah sukar untuk dibekalkan sekarang ini dan saya hairan dimana punyanya perkara ini terjadi.
BOLEH TUAN-TUAN BAYANGKAN, KERETA BARU SEBULAN SETENGAH KENA ANGKAT ENJIN, KENA OVERHAUL DAN INI DIKATAKAN PERKARA KECIL DAN BIASA. Ini masalah serius, MAJOR PROBLEM bukannya MINOR.

Apa yang boleh dibuat oleh orang kerdil dan miskin sepeti saya. Saya terpaksa berusaha selama 9 tahun untuk menukar kereta baru dengan harapan kereta ini dapat memberi kemudahan kepada kehidupan saya. Bukan besar harapan saya terhadap kereta ini kerana saya beli kereta ini dengan harapan ia lebih baik atau sama dengan mutu kereta kancil yang telah saya milik dahulu tapi malangnya tak sampai dua bulan; Saya terpaksa menanggung segala masalah ini dan saya tidak yakin lagi dengan keselamatan kenderaan ini.
Disini jika apa yang saya harapkan daripada Naza tidak diendahkan saya hanya mampu berdoa pada tuhan moga kereta yang saya beli dengan tulang empat kerat saya ini akan berada dalam keadaan baik da mohon tuhan sentiasa lindungi saya dan keluarga saya supaya selamat semasa menggunakan kereta tuan ini walaupun mulai dari saat ini saya pasti akan menanggung kerugian dari masa kesemasa.

Akhir sekali, semuga Syarikat Naza dan Tan Sri Nasimuddin akan terus cemerlang dan kaya raya pada hari-hari berikutnya dengan menjalankan aktiviti pembuatan kereta seterusnya mengeluarkan lagi masalah-masalah kepada pembeli kereta buatan Naza. Ketahuilah inilah kali pertama dan terakhir saya akan membeli kereta atau apa-apa kenderan keluaran pihak tuan dan cukuplah derita ditanggung oleh saya yang miskin dan bodoh ini. Syarikat Naza kena faham bahawa pembeli kereta murah ini hanya dibeli oleh golongan bawahan dimana kebanyakannya adalah bangsa bumiputra.

Kepada Badan Kerajaan, NGO, Pihak Akbar dan mana-mana yang terlibat secara langsung atau tidak; Tolong tenguk-tengukan atau siasat perkara ini dan saya yakin ia bukan ia sudah lama berlaku dan jika tiada jalan penyelesaian dibuat, saya tidak terkejut kenapa industri otomobil di Malaysia terus suram seperti kata perpatah Melayu lama RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI.





** TUAN-TUAN; SEMUA KOMEN INI HANYA DI FOKUSKAN KEPADA KERETA NAZA SUTERA MILIK SAYA SAHAJA DAN IA MUNGKIN TERJADI KEPADA PEMILIK-PEMILIK KERETA YANG LAIN DAN MUNGKIN TERDAPAT LAGI MASALAH LAIN YANG TELAH MENIMPA MEREKA. INI SAYA MAMPU SIMPULKAN DARI PEMERHATIAN SAYA SEMASA SAYA BERKAMPUNG DI BENGKEL NAZA KIA DI KUALA TRENGGANU DAN (Mesra Harmoni Sdn Bhd, Lot 7G & 9G, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, Setapak, 53100, Kuala Lumpur) Tel:603-41070828. PERGI TENGUK SENDIRI JIKA TIDAK PERCAYA DENGAN KATA-KATA SAYA DIATAS. SATU NAZA SUTERA PASTI ADA LEBIH DARIPADA 10 MASALAH BODOH.

INI DINAMAKAN MENGARUT!!!"

-Tamat Warkah-

Masa tahun 2007 dulu, abang saya hendak menukar kenderaan lain, masa tu antara yang dilihatnya adalah Toyota Estima. Kami (saya dan dia) pernah pergi ke Naza PJ dengan menaiki wira aeroback miliknya...sampai situ tiada seorang pun sales consultant yang datang layan...sedangkan obvious kami sedang teliti hampir semua stock estima yang ada dalam showroom tersebut...kemudian saya nampak ada satu family berbangsa lain, datang menaiki mercedes. Masuk sahaja mereka ke dalam showroom, 2 3 orang sales consultant datang layan diorang.............damn.......pastu abang saya terus ajak saya blah sambil kata "kalau aku tau diorang macam ni, aku suruh datang naik Euro R kau jek".....masa tu saya masih pakai Accord Euro R.

seminggu kemudian abang saya ajak saya ke Giant Kajang. Ada promotion oleh Naza (cawangan kajang kot) kat Giant tersebut...mengikut cerita abang saya. dia telah menempah satu estima dari sales situ, estima itu pulak memang cukup syarat eksesori yang abang saya nak, cuma kereta tersebut masing berada dalam kapal sedang dalam perjalanan ke Malaysia. Abang saya pun memberi duit tempahan sebanyak RM5000 untuk memastikan Estima tersebut menjadi miliknya.

Sebulan kemudian abang saya call tanya keadaan estima tu, jawapan yang diterima amat mengecewakan. "Alamak bang, estima tu orang lain dah amik la bang. HQ pergi bagi kat orang lain pulak, sedangkan saya dah apply untuk abang dah...." alasan yang cukup bu**sh**. Habis apa guna abang saya bagi RM5000 kat diorang...buat masuk laci?Atas rasa tak puas hati, saya ngan abang saya terus mintak pulangkan balik duit deposit. Tapi sekali lagi alasan yang diberi...duit deposit tidak buleh dipulangkan lagi dah...abang saya kene pilih kereta naza lain dengan deposit tersebut. Dengan layanan double standard begitu, memang abang saya tak nak...dimintak jugak pulangkan balik deposit itu dan still cawangan Naza itu kata tidak dapat dipulangkan. Maka.........kami pun terpaksa guna cara undang2.....dah tu kami ni pelanggan/pengguna, kami ada hak kami..

Tak lama lepas tu, abang saya beli Honda Accord dari Honda cawangan Seri Kembangan.....apa jadik dengan kes dia ngan Naza tu saya pun lupa nak tanya. Apa yang pasti, Naza macam banyak kronisme, birokrasi, lebihkan pelanggan yang duit banyak je...yang golongan sederhana ni diabaikan...........pernah tak terdengar Naza buat majlis untuk meraikan pelanggan2 awal Naza Sutera ke Naza Citra ke?tak pernah kan?...tapi selalu mendengar Naza buat parti untuk meraikan pelanggan2 yang membeli Harley Davidson, Ferrari, Miserrati yang diorang jual..................................damn...

Tirai CRV

Bangun pagi subuh cam biasa, pastu tak tau nak buat apa...melepak kat dapor sampai kul 9..pastu basuh kete CRV (bilas je pun dengan air)..pastu pasang tirai kat cermin penumpang belakang CRV. Tirai tu saya beli kat ACE Hardware kat Jaya 33 dengan harga RM60. Kalau beli barang lebih RM50 kat Ace Hardware sini, buleh dapat valet parking free....memang tak dilepaskan ler masa pergi Jaya 33 sebab nak beli tirai tuh, guna parking valet tuh........
Masa nak lekatkan rail tirai tuh, tak gheti la pulak saya..manual cara pemasangan pulak dalam bahasa mandarin..memang tak paham ler..kat rail tuh dah sedia satu double tape panjang..saya lekatkan cam biasa kat tepi tingkap belakang tapi tak melekat langsung. pastu dok belek perkasan yang dia bagi, ada kain lap alkohol kecik.....(wah ini pun ada bagi ke?)..gunanya untuk lap permukaan supaya bersih...pastu saya lap, tampal balik rail...tak melekat jugak. pastu dalam kotak perkakas dia, ada satu mende macam gam kuat..guna gam kot...saya pun amik gam tu letak kat rail, tampal..............hampeh, gam tu pulak amik masa lama nak keras....bila dah agak2 nak keras, rasa tak pueh hati.....saya masuk rumah amik stapler,,,staple terus rail tu abih cite.......pastu pasang la kain curtain dia...kat sebelah cermin lagi satu pulak, kat double tape tu, saya letak gam gajah siap2...tampal kat tempatnya, tak sampai seminit saya terus staple rail2 tuh..siapa yang tengok rupa rail tu mesti kutuk tak hengat la buruk dia....tapi nak buat camno, mende tak nak melekat.......nanti bila2 kang saya update gambar tirai yang saya beli...

Rabu, 14 April 2010

Bleach vs Bercakap Dengan Jin

Siang semalam saya hantar kereta kenari mama untuk repair aircond. Semua sekali kene RM2++ untuk tukar motor kipas radiator, aircond pressure sensor ngan gas aircodn sekali. Hari sebelom tu saya dah habis nak dekat RM300 untuk repair bunyik tak best bawah CRV tuh...So, sekarang anda semua tahu la bagaimana duit saya selalu habis. Punya banyak kereta yang saya nak kene maintain. Tu belom kira kereta pak mertua..pastu kalau balik kelantan, kereta orang tua kat kelantan tu pun manjang ade je mende nak kene repair bila saya balik sana. Duit saya dah banyak laburkan kat workshop2.....

Malam tadi sebelom tidur, saya layan sekejap cerita hantu dari siri Bercakap Dengan Jin hasil nukilan saudara Tamar Jalis. (anda buleh mengikuti kisah tersebut dari sini).

Lepas baca dua tiga muka surat, saya dah rasa semacam. Bila baca buku, lojik la kita bayangkan apa yang kita baca, kebetulan pulak lampu bilik dah padam.....terus rasa semacam. Pastu dalam hati ni ...."kenok gi lagu nih"...(cannot pergi macam nih)..pastu saya pun terus tukar baca manga pulak. Manga (komik jepun) yang saya baca adalah Bleach.

Bleach ni mengisahkan pasal seorang budak yang secara tak sengaja menjadi shinigami (Death God) yang bertugas untuk menghapuskan roh-roh yang berkeliaran dibumi. Ada la kesah dan drama yang berlaku antara dia, keluarga dia, roh-roh jahat dan sesama shinigami yang lain. Nak tau lebih lanjut, tengok kat sini.

Alkesahnya lagi, lepas saya dah rasa mengantuk masa baca Bleach tu, saya pun tidur. Tiba-tiba saya bermimpi yang saya menjadi watak shinigami dalam Bleach tu menentang roh-roh jahat. Pada mulanya roh-roh jahat tu serupa dengan apa yang ada dalam manga tuh, kemudian bila dah banyak roh jahat yang berjaya saya hapuskan...tiba-tiba keluar satu roh yang berbentuk rangka manusia. Rupa yang sangat original macam dalam siri Bercakap Dengan Jin. Perasaan ketika itu bukan main takut lagi, setakat "pedang shinigami" memang tidak mampu melawan. Terus saya tersedar dan rasakan seperti ada sesuatu yang berada hampir dengan saya. Memang tak boleh lelap terus lepas tu, saya pun melompat pergi tidur peluk mama....

moral: kawen la cepat2, baru ada orang yang boleh peluk masa tidur heheh

Selasa, 13 April 2010

DURXX.....

Pagi ni saya datang kerja bawak kenari mama, sebab mama suruh repair aircond kenari tu yang langsung tak sejuk. Pagi ni saya memandu dalam keadaan macam sauna...dah ler jalan jem teruk, aircond pulak dok hembus angin panas.....tengah dok menahan dugaan, lalu depan angkasapuri, ternampak kelibat zarul bersama altezza birunya sedang tersangkut kat jem...saya pun tanpa segan silu buat aksi bahaya potong depan dia...pastu bermula aktiviti sms kitorang sampai ler kat opis. hilang sikit pemikiran pasal aircond yang tak sejuk nih...
Keluar rumah pagi tadi saya singgah isi minyak kereta. pastu ternampak la sesuatu yang selalu ada kat mana2 kaunter kedai 24jam sekarang nih. terus saya teringat satu kesah yang terjadi kepada 2 minggu lepas....

Masa tu hari jumaat malam, saya satu family tengah dalam perjalanan balik ke Melaka. Kami singgah kat Esso Bangi untuk isi minyak. Saya masuk dalam kedai nak bayar minyak, masa tu ada la beberapa orang tengah berbaris tunggu giliran urusan kat kaunter. Depan sekali ada sorang nyonya nih, belakang dia ada 3 orang wanita sekawan, dan saya berada di belakang 3 sekawan wanita nih. Tengok gaya 3 sekawan tu macam budak2 unibesiti lagi ler..pakai lawa2 bertudung labuh. Masa saya sampai kat kaunter beratur belakang diorang, diorang tak perasan kot...masing2 dok tergelak-gelak seronok. kawan yang paling kiri sekali memegang kamera yang dah siap ON, tunggu masa nak amik gambar.

"cepat lah aina (bukan nama sebenar)...."desak kawan yang pegang kamera sambil memandang kawan paling kanan sambil tergelak-gelak.

"tak mo lah"...balas kawan kanan sambil gelak.

pastu kawan kanan tu ternampak saya, terus hilang gelak dia...just senyum kambing jek...kawan yang tengah bersama kawan kiri yang pegang kamera tu makin galak gelak diorang. Saya fikir fiorang mungkin nak amik gambar dengan pelayan kaunter tu kot sebab pelayan kaunter tu pun nampak sebaya ngan diorang..kot2 kawan diorang ke. Pastu kawan yang kiri tu pun terus memujuk kawan kanan tuh. Kawan kanan tu macam buat tak layan jek. Kawan tengah ni pun dok tergelak sama. Tengah dia dok tergelak tuh, dia paling belakang dan ternampak saya...automatjk macam ada suis dia terus senyum kambing gak.....pada firasat saya masa tu, lumrah lah kot wanita bila perasan kehadiran lelaki di keliling, terus jadik sopan......

Sekali kawan kiri tu gerakkan tangan dia, pastu amik gambar mende nih yang bersusun kat kaunter..

Dalam hati saya dah gelak guling-guling dah, tapi luaran still kene bergaya macho la...dah kawen la katakan, kene ler bagi nampak biasa. Saya buat2 tak tau...Lepas dia amik gambar tuh, dia bukan main seronok tergelak..kawan2 dia yang 2 orang tu senyum kambing jek. Pastu kawan yang amik gambar tu paling belakang nampak saya, terus dia jadik patung..terdiam.....kebetulan sampai turn dia untuk urusan kat kaunter. Diorang baya minyak kete pastu saya terdengar diorang tanya arah kat pelayan kaunter tuh...diorang tengah carik tempat ceramah agama..diorang tak jumpa tempat tu.....bila diorang dah abis urusan, diorang lalu belakang saya..terdengar saya kawan yang amik gambar tu kata...

"malu giler aku wehh....apsal tak bgtau"....katanya sambil ketawa...member2 dia yang lain semua gelak sakan. sambil diorang pergi carik jajan nak beli.

sampai saya dah abih urusan kat kaunter pun still dengar diorang dok tergelak. Pastu kebetulan pulak, kereta diorang parking sebelah pam saya jugak....sampai la saya blah dari tempat tu saya dok dengar gelak..pok..pek..bla..pok.. pek..kahkah..pok..pekk....dalam hati saya..."aih, budak2 nih"...

Isnin, 12 April 2010

Hari yang sebuk...

Ahad (11/Apr/2010)....lepas semayang subuh, saya tido kejap. memang jarang saya tido lepas subuh, biasanya ada je mende yang saya buat lepas subuh, tapi sebab malam sebelom tu saya kluar bawak mama pusing2 tengok kl dimalam minggu...balik umah pun dah lambat, sampai umah lak zia tak nak tido. nak main je keje sampai kene sergah ngan saya barulah dia golek atas tilam...masa tu pun nak dekat pukul 2 pagi..
lepas bgn tido ahad tuh, saya bawak zia turun dari bilik..pass zia kat bibik pastu terus saya terus pergi godam CRV. Matlamat ari ni nak pasang taya jyunsei CRV ni balik.
saya pun bawak kereta tengah halaman rumah..keluarkan jack kete ngan tools lain..tapi batang pemulas jack takde la pulak..pinjam dari perdana pak mertua..4 bijik taya tu saya berjaya tukar dalam masa sejam lebih rasanya..memang penat nak mampos...dulu2 masa muda dulu, 4 bijik taya tu setengah jam je setel..skang dah makin tua kot. Masa cabut taya tuh, saya tangkap gambar tempat punca bunyik tak sedap bawah kereta saya...

gambar atas tu , nampak tak bush tu dah pecah...sebab tu la dok berbunyik bila jalan tak rata. Taya yang nipis pulak menambahkan lagi pressure kat tempat tuh..

lepas tukar saya tak test kereta, sebab nak cepat siap..nak bawak mama ngan zia pergi tengok movie.....'How to train a dragon',,,bila semua dah siap, kitoang pun keluar rumah. masa perjalanan tuh, CRV bergerak dengan stereng bergerak2 agresif. sedangkan kereta tengah jalan lurus...sah ni balancing tak betul nih. nak benti kedai taya takut tak sempat pulak. saya pun bawak la CRV tu slow2 sampai jusco balakong. nasib baik sempat gak sampai. kitorg masuk cinema tu, cerita tu dah setat 10 minit dah..masuk je dalam cinema, zia pun cuak seacam jek..dia melekat kat badan saya kuat2. sebabkan saya tengah bawak banyak barang, saya turunkan dia dulu sebelom duduk...letak je zia, terus menangis dia. mama dia amik dia terus..teus aku tengok jadik macam beruang koala melekat kat ibunya. sepanjang movie tu zia macam tuh, melekat kat mama atau saya..last2 dia tertidur kat riba mama sampai cerita tu abis...pastu kitorg jalan2 katy jusco carik hadiah untuk pasangan anwar ngan bazi sebab dapat baby baru..pastu balik rumah dengan stereng yang begegar.
sampai rumah saya makan sket pastu terus antar kete gi buat balancing taya. dari 4 bijik, semua balancing lari giller..sebijik pulak taya kembung..tak boleh pakai..so saya guna taya spare...tapi taya spare lak saiz lain...taya kat kereta skang 215/70/15...taya spare 205/70/15..pastu saya suruh kedai tu guna je, letak kat belah belakang. taya yang kembung tu pulak letak kat tempat taya spare, tapi sebabkan saiz lain...penutup taya spare tu terpaksa dikeluarkan..sebab tak muat nak letak taya....

perbezaan taya jyunsei (standard) ngan advan RG: walopon advan RG tu saiz dia besar, tapi rim tu memang ringan. Saya pasang balik rim jyunsei nih, pick up kereta memang kurang..nak naik bukit pun lambat sikit..mungkin...akan makan minyak lebih sikit lah...tapi ada kebaikan gak rim jyunsei nih, kurang la impak masa langgar lobang atas jalan etc...selesa la...tengok la macammana, guna taya jyunsei sampai botak ke apa ke pastu tuka balik pakai advan ke...apa pun saya nak repair bush yang rosak tu dulu...

lepas buat balancing, saya satu family terus gerak pergi rumah bazilah nak tengok baby baru...sampai sana, aidil satu family dah siap menanti..muka baby diorang banyak ke arah muka anwar ler...sori ler bebanyak..terlupa nak amik gambar baby masa tuh......

pukul 6 ptg camtu, kitorang pun balik la ke rumah dengan hujan yang lebat ditengah jalan, dan saya yang mengantuk sebab penat...

Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41

Hari Sabtu yang lepas (10/April/2010) saya kene amik exam memasuki perkhidmatan awam gred41. Selain saya, adik ipar saya punya suami pun kene amik, adik saya kat kelantan pun amik exam sama hari yang sama tapi tempat berlainan. Beberapa hari sebelom exam tuh, adik saya ada bagi updated mac2010 e-book panduan menjawab kertas soalan peperiksaan tersebut. Dia pun ada baca katanya, memang buat dia gelabah bila baca katanya. Saya pulak yang kebetulan kene kerja disiang hari, malam kene jaga zia (sebab mama dia balik lambat berturut-turut dari hari Rabu lepas sampai Jumaat...sampai kul 12tghmlm saya tunggu dia balik)....so memang takde masa+malas nak baca buku panduan tu. Cuma ada la masa hari jumaat tu lepas kerja, print la sikit buku panduan tu ingat nak baca kat rumah (tak baca gak pun), ada la terbaca sikit permulaan buku panduan tuh. Dia kata....
kertas peperiksaan terbahagi kepada beberapa kertas, kertas pertama adalah mngenai sejarah malaysia, kertas kedua adalah mengenai pengetahuan am dan isu semasa, kertas ketiga bla..bla..bla..............siap ada bagi contoh2 soalan lagi.

Bila pagi sabtu tuh, saya dengan malas sekali bersiap. Pusat peperiksaan saya kat sebuah sekolah menengah kat Kajang. periksa mula pukul 9 pagi, so saya sepatutnya kene ada sana by 8:30 pagi. perjalanan dari rumah ke kajang makan masa lebih kurang setengah jam...campur dengan nak mencari tempat exam tuh....agak2 pukul 7:45pagi camtu saya kene keluar rumah la. Tapi pukul 7:45 tuh saya tengah berkaunseling ngan mama, 'patut pergi ke tidak?'...siap bagi hujah kalau dapat kene pindah sarawak la, nak pakai baju apa la, tak pergi pun tak pe lah..bla..bla..bla........campur pemangkin bila suami adik ipar saya pulak tak nak pergi amik exam. bertambah gundah gelanah lah saya...dah ler mengantuk tidur tak cukup tunggu mama balik malam sebelom tuh. Last2 saya pergi jugak dengan pakai kemeja lengan pendek, baju tuck-out, seluar jeans putih ngan kasut season (lusuh). keluar rumah pukul 8 tepat.

Tengah perjalanan mama call kata dia nak kluar ngan adik ipar saya pergi metrojaya.......ampeh, bertambah tak bersemangat saya jadiknya. Sepanjang perjalanan saya berharap yang saya tak jumpa tempat exam. So saya buleh balik tidor dengan gumbira. Tapi harapan berkecai bila setgh jam lepas tu saya jumpa tempat exam tanpa masalah......majide?!

sebelom keluar kereta, saya usha semua yang datang untuk amik exam. sorang brader nih pakai baju kemeja lengan panjang, seluar seterika tajam, kasut hitam berkilat, bertali leher, rambut tersikat rapi.....sudah?!...pastu nampak ada ramai lagi pakai macam tu. biar betul?!diorang ni dah konpem ke keje gomen?saya dah ler pakai jeans...sekali ternampak sorang brader ni pakai kemeja kolar tuck-in..............terus saya mati enjin kereta keluar sama. kalau brader tu kene halau, saya blah sama gak. rupanya takde pape, dan saya berasa bangga sebab tak payah pakai gempak2 macam orang lain heheheh....

bila waktu exam dah sampai, check kertas soalan. hampeh, lain giler daripada panduan buku soklan tu cerita. Nasib baik ler saya tak baca buku tuh...

Paper 1: Soklan mengenai sejarah malaysia, pengetahuan am, isu semasa dalam negara.
Komen saya: Banyak soklan yang saya terlupa. misalan: perjanjian dengan sabah ngan serawak semasa penubuhan malaysia. Pastu ada jugak soklan yang memang taktau langsung, misalan: siapa pengasas laman Google?. pastu ada soklan yang terhapa-hapa ntah....misalan:
1. Mengukuhkan sektor swasta dan sektor awam,
2. mengutuhkan perkongsian maklumat....
2 penyata di atas merujuk kepada dasar apa?
A.Dasar penswastaan negara
B.Dasar pensyarikatan negara
C.Dasar pembangunan negara
D.Dasar (apa ntah)
anda tak rasa ke penyataan dia bagi tu terlampau umum?Sato pun menggalakkan perkongsian maklumat....

Paper2: Soklan matematik
Komen: ada 40 soklan untuk 45 minit. Serius soklan dia semua senang. Tapi saya tersilap langkah. Tersangkut masa soklan ke berapa belas ntah, pastu silap buang masa banyak untuk soklan tu. sedar2 je tinggal lagi 15 minit untuk 20 lebih soklan!!
terpaksa la pilih soklan yang ringkas, jawab tu...selebihnya saya tembak...ada la 10 soklan camtu kene tembak...rugi betul

Paper3: Soklan tatabahasa untuk bahasa melayu ngan bahasa inggeris...
Komen: macam soklan SPM...no komen

Paper4:Esei bahasa melayu
Paper5:Esei bahasa inggeris
Komen: Saya rasa nasib baik saya selalu tulih blog, dapat gak saya mencarut dalam kertas esei tuh heheh.....ayat agak tunggang-langgang...tapi isi yang penting

Paper 6:Soklan pasal siasah diri
Komen: ada 200 soklan, jawab dalam 40 minit. soklan pasal sifat2 diri kita jek...contoh soklan: saya suka menolong rakan yang susah A.Sangat setuju B.Setuju C.Tidak pasti D.kadang-kadang E.Tidak pernah....dah jawab soklan ni dalam nak dekat 100 sokan camtu, baru la saya perasan bunga soklan nih. Kebanyakkan jawapan yang baik adalah A dan D manakala soklan yang kurang baik C dan E....kejap je setel soklan2 nih.

Paper7: soklan pasal minat
Komen: tanya apa jenis pekerjaan yang kita minat. Contoh soklan: Anda selalu bermain muzik A.Ya B.Tidak....Anda pernah menukar tayar kereta A.Ya B.Tidak.......so jawapan dia samada 'Ya' atau'Tidak'. Ada 226 soklan jawab dalam 20 minit. saya jawab 10 minit jek...pastu balik umah terus...

petang tu adik saya call kata dia tak leh jawab langsung. Tu la saya kat kat dia, mungkin dia terlampau ikut sangat buku panduan tu kot..yang penting sebenarnya pasal pengetahuan am, berapa kerap baca paper ngan tengok berita...tengok je la result camne, sebab saya pun tak yakin langsung dapat walopon pada pendapat saya soklan senang2 belaka..

Jumaat, 9 April 2010

Congratulations..

Semalam member satu department saya telah selamat melahirkan anaknya. Seorang anak perempuan seberat 2.93kg ketika lahir. Dilahirkan di Hospital Serdang pada 5:20pm semalam......Tahniah buat Anwar dan Bazilah (dua2 ni satu department and satu group ngan saya).......Insyaallah, bulan depan syukri (bos General Affairs group) pulak dapat anak. Pastu bulan 6 pulak Firdaus (member satu department) ngan wawa (Engineering dept). Bulan 7 pulak Farizal (satu dept)...pastu bulan 8...jeng jeng jeng...saya pulak huhu.........................Insyaallah (betul ke semua tarikh2 yang saya cakap tu?lebih kurang la kot)

Khamis, 8 April 2010

Toyota Altezza RS200Z 6MT

Dulu ingat lagi masa saya belajar kat Akita Daigaku (Akita University), masa first year ngan second year, budak-budak mesia sana dok sebut2 pasal kereta accord Euro R. Macammana diorang teringin sangat nak beli kereta tu. Pastu ditambah lagi dengan sempai (senior) saya beli Accord SIR (Gred bawah sikit dari Euro R), bertambah la rancak bercerita pasal Euro R tuh. Bukannya tak minat kereta lain, setakat supra, skyline, impreza semua tu dah memang budak2 mesia kat sana selalu pakai. Bila fikir nak bawak balik mesia, yang femes masa tu samada skyline atau accord. Tengah semua dok puji2 Euro R, saya selalu tanya kat diorang semua...."korang tak minat Altezza ke?"....Altezza bukannya tak best, factory engine horse power 210hp..kurang 10hp je daripada Euro R factory engine horse power. Tapi Altezza buleh modify giller bagi naik hp berbanding EuroR yang terhad kepada VTEC dia...Tambahan pulak Altezza ni kereta FR (sila rujuk post sebelom ini mengenai kereta FR)...memang baguih ler. Saya pun cakap kat budak2/sempai2 saya tuh, kalau saya tak dapat beli skyline R34 untuk bawak balik mesia, mungkin saya hanya beli Altezza je kot.

Masa berlalu, setahun sebelom pulangnya saya ke Malaysia, rakan2 satu batch saya sudah bermula mencari kereta untuk dibawa balik ke Malaysia. Syarat untuk bawak balik kereta terpakai dari oversea nih, kereta tersebut perlulah dipakai sekurangnya 9 bulan sebelom dibawa balik ke mesia. Maksudnya kita kene beli kereta at least 9 bulan sebelum kita balik ke mesia. Tu yang kami pun mulakan pencarian kira-kira setaun sebelom balik ke mesia. Masa saya dok mencari-cari kereta, antara kereta yang menjadi sasaran saya adalah Skyline R34 4pintu turbo, Altezza RS200Z, Accord Euro R CL1 dan Subaru Legacy B4.

Skyline R34 Turbo 4pintu: Canceled beli sebab turbo 4 pintu susah dapat pastu mahal, berbanding dengan 2 pintu.

Subaru Legacy B4: Nak carik legacy B4 manual memang susah dengan badget saya ketika itu. Yang ada pun, kereta tu pernah eksiden. Kereta subaru ni kalau pernah eksiden, baik tak yah beli. Sebab enjin subaru yang boxer tu, piston dia bergerak melintang. bila ada hentakan dari kiri kanan kereta, takutla kan kot-kot ada effect sikit kat enjin kereta. Beza ngan kereta lain yang piston dia bergerak menegak atau senget 45darjah.

Maka tinggallah Altezza ngan Euro R. Masa dok usha2 tuh, ramai dah rupanya kawan2 saya yang beli Altezza. Bila masa Altezza ni femes pun saya tak tau. Kalau saya beli Altezza gak, rasa tak besh ler sebab ramai dah pakai. Tapi masa tu tak tau lagi...saya ada jumpa satu Euro R dijual ngan murah. Siap ngan spoiler n grill mugen. dijual murah sebab pernah eksiden kata kedai tuh. Tapi saya KIV dulu la....pastu terjumpa la kat intenet, ada sorang brader jepun ni nak jual Altezza kaler kuning yang dah modified mantap, juga murah. Saya jumpa kat tenet tu belah pagi lepas balik dari keje part time. Saya terus tunjuk kat Apul (kawan satu batch, dia pun dah beli Altezza masa tu), dia pun kata gempak dah tu. Pastu saya pergi kelas, balik dari kelas tengahhari tu, check kat tenet..kereta tu dah pun dijual.......sedih giller rasa.
Sebabkan rasa sedih plus bengang, saya terus call kedai yang jual Euro R tuh...angkat Euro R terus. Maka Euro R merah itu ler yang menjadi buah hati saya sehingga November taun lepas....

Apa pun, yang penting kat sini...nak bgtau yang Altezza ni memang best sebenarnya. Buleh buat drift, tapi kat mesia tak nampak lagi orang mesia buat drift pakai altezza.
Walopon Altezza ni best, atas sebab2 tertentu, kawan saya ni nak jual ler Altezza dier..Lebih kurang gini ler iklan dia...

"Toyota Altezza 99/07
Model:RS200 Z Edition Manual 6MT
Engine:3S-GE Dual VVTi BEAMS 210bhp
* Netz Kobe K-tune CF bonnet
* Netz Kobe K-tune CF rear spoiler
* Modellista Qualitat front bumper and side step
* 5zigen Inferio 17inch rims and almost new tyres
* Apexi Power FC + commander (Ori ECU also got)
* Netz Kobe K-tune extractor
* Fujitsubo s-flow muffler( Can swap with HKS Hi-power muffler if u like noisy sound)
* Apexi 2layer aluminium radiator
* Netz Kobe K-tune adjustable suspension (hi-low, soft-hard). will give away TRD sportivo set as well.
* 2 units Recaro SR3 seat(ori seat also got)
* Nardi classic steering + bosskit(Ori steering also got)
* TRD shiftknob

Asking for RM92k (nego)
Loan have to arrange yourself.
Pls call"

ni gambor kereta dia





FF..FR..MR..RR

Satu soalan untuk semua, anda yang selalu naik kereta..yang dah naik bermacam macam kereta.. anda rasa kereta yang anda naik tu tayar belah mana yang sebenarnya menggerakkan kereta?

Tahu tak,sebenarnya kedudukan enjin dan tayar yang menggerakkan kereta boleh mempengaruhi cara pemanduan kereta tersebut?

Mungkin anda pernah dengar shortform orang lain kata "tu kereta FF"...."tu kereta FR"....apa tu kereta FF?FR pulak?


Sebenarnya itu adalah singkatan bagi kedudukan enjin dan tayar yang memusingkan sesebuah kereta. Huruf pertama di depan menunjukkan kedudukan enjin kereta anda. Kalau "F" enjinnya didepan kereta..kalau "R" enjinnya dibelah belakang kereta. Kemudian huruf kedua dibelakang itu menunjukkan tayar belah mana yang menggerakkan kereta. Secara amnya, kereta-kereta terbahagi secara berikut:

1. FF= Front-engine, Front-wheel drive (enjin depan, tayar depan yang gerakkan)
Contoh kereta seperti proton, perodua, honda accord, toyota camry, toyota wish etc

2. FR= Front-engine, Rear-wheel drive (enjin depan,taya belakang yang gerakkan)
Contoh kereta seperti Nissan Skyline, Mazda RX7, Nissan bluebird, Toyota Altezza, Mustang etc

3. RR= Rear-engine, Rear-wheel drive (enjin belakang, tayar belakang yang gerakkan)
Contoh kereta seperti Volkswagen beetle, Ferrari etc

4. MR= Middle-engine, Rear-wheel drive (enjin tengah, tayar belakang yang gerakkan)
Contoh kereta seperti Toyota MR2 etc.

Setiap kategori ini ada kelebihan masing2. Kereta FF adalah yang paling banyak berada di atas jalanraya. Saya pun tak tahu kenapa pembuat kereta lagi senang membuat kereta sebegini. Tapi kereta FF mudah dikawal berbanding yang lain. Kereta FR selalu digunakan untuk drift sebab kereta ini berat di hadapan dan tayar belakang yang memusingkan kereta. Kereta RR dan MR tidak banyak yang dihasilkan, saya pun tidak tahu mengapa. Tapi cara pengendalian kereta RR dan MR agak sukar berbanding FF dan FR. Kereta RR dan MR sekiranya tidak dikawal sepenuhnya, ia akan menyebabkan kenderaan anda senang slip/terdrift/oversteering semasa selekoh.

Perbezaan ketara setiap kategori kereta diatas boleh dirasa apabila anda memandu di selekoh pada kelajuan yang tinggi. Pengawalan kereta ketika selekoh bagi setiap kereta ini adalah berbeza dari segi sudut pengambilan selekoh, timing nak brek,nak tekan minyak dan kawalan steering.

So, siapa yang selalu naik kereta FR, sekali nak tukar ke kereta FF...pada permulaan berasa agak sukar untuk membiasakan diri dengan cara pemanduan....kalau dah susah sangat, bagi je kereta anda kepada saya. Insyaallah, saya akan menggunakan sebaik mungkin......renung-renungkan.

Rabu, 7 April 2010

Nak tukau taya lah...

Bunyik bawah kereta yang menyakitkan hati saya masih ada lagi. Ni semua sebab tersilap menggunakan tayar nipis sebelom nih. Tayar dah tukar ke yang lebih tebal, tapi yang bunyik tu still tak repair lagi, so ada ler keluar bunyik tu kadang-kadang. Sakit ati gak woo......

so, saya telah buat keputusan..weekend ni pasang balik taya jyunsei (standard) sementara nak setelkan bunyik bawah kereta tuh. Sebab-sebab nak tukar tu, satu sebab taya jyunsei boleh terima impak kuat dari perjalanan, so kuranglah pressure kepada punca bunyik tu. Satu lagi sebab pomen saya ni yang suruh tukar ke taya jyunsei dulu, so kalau saya antar kereta kat dia dengan taya tak tukau...bising lak mamat tuh. Walopon dia tu bukan sebangsa, dan dia muda....tapi mulut becok macam makcik bangsa kita hehe......
cuma masalah skang, camne nak tukar taya CRV?kalau buat kat kedai diorang pakai mesin angkat kete tuh. Kalau saya nak buat kat rumah, kene lah pakai jack. Nak pakai jack, CRV ni dah ler tinggi melampai..tak macam kereta sedan yang rendah...buleh ker pakai jack? tapi kat belakang crv tu dah tersedia jack, cuba je la buat...kalu tak buleh...suruh pomen tu tukau ler
Pastu lak, lepas tukar taya jyunsei...advan RG ni saya nak campak mana?letak kat rumah kang, pak mertua bising..letak umah kakak lak, takut kene curik......kene pikir la pulak nih

Isnin, 5 April 2010

OverDrive.......fungsi......baten (button)

Waaccchaaaa.....setelah lama dok merapu mende yang takde kaitan dengan minyak enjin kereta, maka hari ini saya akan memberitahu satu cerita dongeng purbakala. Kesah ini bertajuk.....Overdrive function.

Ya tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Pasti anda semua tahu apa yang saya maksud dengan overdrive function. Kalau sesiapa yang naik kereta automatik transmission, ada antara kereta auto ini mempunyai baten (button) "O/D" kat batang gearnya. Seperti baten kat kereta CRV saya ini...
So, apa fungsinya?

Butang tu, bila kita start enjin kereta, kereta anda biasanya akan dalam keadaan overdrive ON, bila anda tekan butang tu, ia akan OFF fungsi overdrive kereta anda.

Gambar di atas menunjukkan keadaan meter dashboard semasa fungsi overdrive sedang ON.

Gambar diatas pula menunjukkan keadaan meter dashboard semasa fungsi overdrive sedang OFF.

Okeh, satu soklan untuk semua. Kenapa bila kita start enjin kereta, fungsi overdrive akan automatic ON?

Overdrive sebenarnya buleh dibayangkan sebagai kereta anda sedang hidup dengan 4 gear. Kalau sesiapa yang pernah bawak kereta manual, mesti tahu kereta manual ada 5 gear kan? Gear yang paling tinggi adalah gear 5 (ada yang hanya mempunyai 4 gear). tapi itu untuk kereta manual.
Untuk kereta automatic pula, kebiasaannya gear yang paling tinggi adalah gear 4! Dan gear 4 itu buleh kita anggap sebagai overdrive ON. Bila kita OFF overdrive, bersamaan gear 4 telah dimatikan, dan kita telah turun ke gear 3. Sebab tu bila kita OFF overdrive, meter RPM kita akan naik tinggi. Sama la jugak kalau kereta manual, kita turunkan gear semasa bergerak, meter RPM pun akan naik tinggi. So dah buleh bayangkan camne overdrive bertindak?

Itu cuma anggapan je la, lebih senang faham fungsi overdrive bila kita anggap begitu. Tapi yang sebenarnya adalah begini......

Gear automatic sebenarnya hanya mempunyai 3 gear!! Maka dengan 3 gear sahaja, apabila anda memecut dengan kelajuan 100kmh kat highway, meter RPM anda akan mengaum. Kalau bawak manual pun, gear 3 ini kita bawak masa 40kmh ke 55kmh je, bila dah masuk 60kmh, kita pun tukar ke gear 4 kan? Tapi untuk kereta auto, bila dah 60kmh, tak ada gear yang lagi tinggi selain gear 3, maka overdrive akan mengambil alih tugas dengan menyalurkan gear tambahan di transmisi anda sebagai gear ke-4. Selain itu, overdrive akan memastikan yang pusingan ratio kereta anda berlainan. Pusingan tayar akan lebih daripada pusingan drivesyaft supaya enjin tidak perlu bekerja keras untuk memusingkan tayar, sebab itu ketika ini meter RPM akan jatuh. Tetapi, kelemahan pada overdrive yang ON ini adalah, torque yang dihasilkan akan rendah. Ibaratkan kita cuba mula pecut dengan gear 5 semasa memandu kereta manual. sudah pasti sukar untuk memotong kenderaan lain.

Minyak kereta dan torque adalah perkara penting mengenai overdrive ini. Kereta auto yang mempunyai fungsi overdrive sudah pasti menggunakan minyak yang kurang daripada kereta auto yang tiada fungsi overdrive. Sebab itu, kalau anda menggunakan wira auto 1.5, anda akan dapati ia menggunakan minyak sama banyak seperti kereta sedan 2.0 yang ada fungsi overdrive.

Apa kelebihan overdrive?
1. Keadaan ON: Menjimatkan minyak. Semasa bergerak di lebuhraya, momentum kelajuan sudah cukup untuk maintain kelajuan kereta anda. Apabila overdrive ini dalam keadaan ON dan bertindak, ia akan meletakkan transmisi dalam gear tambahan dan ini akan merendahkan pusingan enjin anda dengan mengurangkan pusingan ratio enjin dan drivesyaft. Maka enjin tidak perlu bekerja keras dan ini sudah pasti menjimatkan minyak kereta.

2. Keadaan OFF: Semasa anda menuruni bukit, overdrive yang ON akan membuatkan transmisi anda bergerak lancar tanpa sebarang halangan. Ini akan menyebabkan kereta anda bergerak bertambah laju semasa menuruni bukit. Sekiranya overdrive ini OFF, pergerakkan akan menjadi perlahan disebabkan gear yang rendah digunakan, dan ini akan membantu anda mengawal pergerakkan kereta anda dengan lebih selamat.

3. Keadaan OFF: Memberi lebih torque kepada kereta anda. Semasa kita hendak memotong kereta lain ataupun semasa menaiki bukit, Overdrive yang OFF akan memberi kita lebih kuasa torque untuk menggerakkan kereta. Ini kerana, semasa overdrive ON, torque menjadi rendah akibat daripada gear tambahan yang digunakan. Maka apabila anda ingin pecutan lebih, OFF kan overdrive anda. Namun sebaliknya kereta anda akan makan minyak lebih sikit ler..

Maka, daripada kelebihan dan kelemahan fungsi overdrive diatas, dapatlah kita agak bila nak ON overdrive dan bila nak OFF overdrive. Pada pendapat saya dan cara memandu saya sendiri, saya akan sentiasa OFF overdrive semasa saya memandu semasa menaiki dan menuruni bukit dan juga ketika hendak memotong kenderaan lain. Selebihnya saya akan membiarkan kereta saya dalam keadaan overdrive ON. Sebenarnya ada juga orang yang akan OFF overdrive semasa kesesakkan jalanraya dan memandu dibawah 50kmh. Itu semua terpulang kepada cara pemanduan masing-masing. Mana kaedah yang dirasakan akan menjimatkan minyak kenderaan anda, buleh anda lakukan.

So, untuk soklan yang mula-mula tadi, anda dapatlah jawapannya ye.....

Ahad, 4 April 2010

"Tanah sekangkang beruk je"...

Mansor (bukan nama sebenar) dan Rosnah (bukan nama sebenar) telah lama berkahwin dan telah dikurniakan 4 orang cahaya mata. Mansor bekerja sebagai anggota polis manakala Rosnah hanya sebagai suri rumah. Harta yang dimiliki mereka hanyalah tanah yang didirikan rumah mereka itu. Namun, Masor dan Rosnah inginkan sesuatu yang buleh dibuatkan sebagai warisan harta pusaka, maka mereka pun merancang untuk membeli sebidang tanah untuk simpanan mereka. Untuk tujuan itu, Mansor dengan gaji anggota polis pada tahun 1960an yang hanya beberapa ratus ringgit, telah mula menyimpan gaji, Rosnah bersama 2 orang anaknya yang paling besar, Aida (yang paling tua, bukan nama sebenar) dan Sham (nombo dua, bukan nama sebenar) telah mula menjaja nasi lemak untuk dibuat simpanan duit. Ketika itu Sham dan Aida masih bersekolah rendah...Aida akan bangun seawal pukul 4 pagi untuk membantu Rosnah membuat nasi lemak, manakala Sham akan menjaja nasi lemak itu ke sekolah. Memandangkan pekerjaan MAnsor yang tidak tentu masa, pelbagai pekerjaan mencari bahan membuat nasi lemak akan dibuat oleh Sham sendiri. Selesai sesi sekolah, sham akan ke hutan mencari daun pisang dan pelbagai bahan untuk dibuat nasi lemak.

Setelah duit hasil penjualan nasi lemak dan beberapa barang kemas digadai oleh Rosnah, akhirnya mereka berjaya membeli tanah sawah dan paya seluas 2 ekar. Menjadi tugas Sham dan Mansor untuk menerangkan kawasan hutan paya tersebut, dan ditanam mereka dengan tanaman buah buahan. Selain itu, Sham akan melakukan pelbagai tugas lain untuk kegunaan belanja sekolahnya yang tidak pernah diminta daripada ibubapanya. Setelah mereka mula membesar, menjadi tugas mereka memastikan adik adik mereka pula mendapat pendidikan secukupnya.

Kini, Sham sudah pun berjaya menjadi Pengetua di sebuah sekolah menengah, Aida pula hanya surirumah dan tinggal jauh di bandar bersama keluarganya. Adik beradik mereka seramai 7 orang yang lain juga masing-masing telah berjaya. Tetapi Mansor telah pun pergi meninggalkan keluarganya dan Rosnah. Amanat terakhir Mansor kepada Sham, Aida dan Rosnah adalah..."jagalah tanah titik peluh kita tu. Jangan dijual..."

Namun, setelah adik beradik mereka yang lain telah mula menyerah diri kepada keindahan dunia yang sementara ini, Rosnah dimaki hamun, Sham dikeji dihina, Aida pula diperli-perli. Semuanya disebabkan tanah peninggalan Mansor itu. Mereka yang ketika lahir, telah pun diisi dengan keindahan dunia moden, dimanjakan oleh Sham dan Rosnah, telah mula terlupa diri. Tanah yang sepatutnya menjadi kenang-kenangan keluarga telah menjadi punca pergaduhan keluarga.

Itu adalah kesah benar yang terjadi kepada seseorang yang saya kenal, kita ambil dengan watak "Aida" diatas. Dan kesah yang hampir sama juga berlaku kepada keluarga suami "Aida" itu. Pergaduhan sesama adik beradik kerana perebutan tanah. Persamaan juga pada kesah suami isteri ini adalah, 'pemberontak' adalah dari adik-beradik yang muda2.

Mungkin, sukar untuk kita fahami golongan-golongan veteran ini apabila bercakap mengenai tanah pusaka. Saya juga sukar untuk fahami perkara ini, sanggup membuang keluarga kerana tanah. Saya fikirkan ia mungkin akan terjadi setelah kita menjadi veteran dan saya cuba untuk menonton adakah kesah yang sama terjadi kepada keluarga ibubapa saya di Kelantan. Tetapi apa yang terjadi adalah kesah yang berlawanan. Datuk saya sebelah mak adalah peneroka@pengasas kampung, ini secara tidak langsung mengisytiharkan yang dia memang ada tanah yang banyak. Namun setelah dia uzur, tiada sebarang masalah mengenai warisan tanah-tanahnya. Malahannya, sedara-mara saya, sepupu sepapat semua dok ber-offer-offer untuk menyerahkan tanah datuk saya kepada sesiapa yang berminat. Tiada sebarang perebutan yang berlaku. Bukannya tanah hutan, tanah yang telah diusahakan, ada ladang kelapa, ada sawah padi, ada tanah kosong semata, semua bukan di tengah hutan. Akhirnya, tanah dipecahkan kepada beberapa bahagian dan diserahkan kepada sesetengah sedara-mara. Mak saya, anak yang paling sulung pun menolak daripada memiliki tanah datuk saya, namun sedara mara memberinya sedikit bayaran sebagai tanda tukar milik. Begitu juga yang berlaku kepada keluarga sebelah bapa saya. Datuk saya sebelah bapa adalah imam kampung dari kampung itu diteroka lagi (mak dan bapa saya jiran sekampung ye...), maka datuk saya sebelah mak telah menghadiahkan tanah kepada datuk sebelah bapa semasa mereka muda. Dan tanah itu ada sebahagian diserahkan kepada sepupu saya, dan sebahagian lagi kepada ayah saya. Semuanya berlaku tanpa sebarang persengketaan ataupun rasa tidak puas hati.

Ada lagi kesah dari sedara sebelah isteri saya mengenai penyerahan tanah pusaka yang berlaku tanpa masalah.

Jadik, apa yang membuatkan sesetengah warga veteran ini sanggup membuang keluarga demi tanah yang sekangkang beruk?dan yang memberontak itu pula adalah adik beradik yang muda yang tinggal di rumah-rumah teres dibandar, manakala warga veteran yang ditentang adalah adik beradik yang tua dan tinggal dikampung.................tok pahe la kawe

Jumaat, 2 April 2010

Wah...u manyak kaya aa...

Naza baru sahaja melancarkan model terbaru kereta Ferrari di Showroom Ferrari miliknya di sebelah kilang Sato di Petaling Jaya. Terus terang ferrari model 458 Italia ni memang cun giller lah, kalau saya jadik tukang cuci kereta kat Naza tuh, hari-hari dapat basuh kereta tu pun jadik la. Tapi yang bestnyer, harga malaun sekor nih, RM 2,000,000.00 !cuba kira berapa banyak angka sifar disitu. Naza telah menerima tempahan sebanyak 14 unit daripada customer di Malaysia untuk kereta ini!!. Wah, lu olang manyak kaya ha....

tapi..

cuba bayangkan RM 2juta tu digunakan untuk membaiki jambatan yang roboh disebuah kampung di pendalaman Kelantan, sure sebuah jambatan agung berjaya dihasilkan. Nama empunya duit tu jugak diadaptasikan untuk nama jambatan tu, orang ingat sampai bila-bila tuh.....tak pun, cuba bayangkan RM2juta tu diberi kepada ibu tunggal yang kene sara 5 orang anaknya yang kecil setelah lakinya yang dulu bergelar suami lari meninggalkannya kerana perempuan lain, sure empunya duit RM2juta tu orang ingat sampai bila-bila tuh. Anak beranak ibu tunggal tu sure doakan untuk kesejahteraan dan kebahgiaan empunya duit 2juta tuh.....

RM 2 juta....kalau orang beli tu bayar cash, sure dia jugak mampu untuk membayar bil air tertunggak sebuah pangsapuri di daerah klang yang akan dipotong bekalan airnya kerana penduduk tidak mampu membayar tunggakan. Masyarakat sure ingat empunye duit sampai bila-bila.....

RM 2juta.....kalau orang beli tu baya guna loan, sure gajinya melebihi RM100,000 sebulan. Pasti dia mampu untuk membelikan basikal untuk kegunaan anak-anak orang miskin di setiap penjuru negara. Masyarakat sure ingat sampai bila-bila lah.....

RM2juta......kalau orang yang beli tu, membelinya untuk kegunaan anaknya. Sure takda sesiapa yang akan mengingatinya sampai bila-bila kecuali anaknya...(tu pun kalau anak dia ingat).......

RM2juta......bilalah lagi kita akan bertemu insan mulia seperti Alahyarham Tan Sri Yahya Ahmad? Adakah kita akan menemui pengganti insan seperti Tan Sri Mokhtar Al-Bukhari dimasa akan datang?

henpon..pikcher

Saja jek dok belek-belek hp, pastu jumpa ler 2, 3 keping yang best. saja nak tunjuk kat semua apa yang terjadi sepanjang permulaan 2010 ini....


Gambar satu: Encik CRV bersama encik CL7 Euro R kat RnR Ayer Keroh ketika balik kampung ke Melaka dalam bulan Januari.


Gambar 2: Kenduri doa selamat kat rumah baru abang ipar saya dalam bulan Januari jugak. Rumah yang ketika beli harganya sama dengan Nissan GTR, sekarang harganya telah sama dengan Lamborghini Murchielago.

Gambar 3: Kenduri McD. Ada bigboss dari Purchasing Jepun, datang Sato pastu buleh pulak belanja satu masyarakat Sato McD....giller apa, tapi dah rezeki, makan je la. Gambar menunjukkan model sambilan berlatar belakang suasana semasa sesi penyerahan McD kepada semua warga Sato.Tak ingat pulak tarikh bila nih..

Gambar 4: Gambar yang paling best. Gambar Zia pakai tudung, bukan kitorang paksa dia pakai, dia yang sebuk mintak pakaikan tudung mama dia. Comel tak?


Zia Zaara demam

Hari Selasa lepas kitorang seisi rumah berjaya detect yang zia demam. Hari Rabu, mama zia amik cuti sebab nak jaga zia yang demam kat rumah. Rabu malam Khamis, demam zia makin teruk....hari khamis, mama zia pergi kerja, saya pulak ambik cuti bawak zia pergi jumpa pakar kanak-kanak. Sekali jawapan dari doktor yang membulatkan mata saya...."Tanda-tanda pada dia ini sama dengan denggi...".................DENGGI?! mak aih, terus saya cuak. Dah ler baru je keluar berita pasal untuk tahun ni saja dah ramai mati sebab denggi. Tapi doktor tak boleh sahkan lagi, doktor suruh tunggu hari ke-empat (iaitu hari ni) untuk pastikan dia perlu dibuat ujian darah atau tidak. Sementara itu doktor bagi antibiotik kuat untuk zia. Pagi ni saya bangun tido, badan zia tak panas sangat, tapi untuk make sure dia ok, mama zia ambik cuti jaga zia kat rumah. Petang ni nak bawak zia jumpa doktor katanya....saya standby kat opis je lah. Kalau ada pape karang, terpaksa lah fast n furious sampai rumah.....moga-moga selamat, amiinn.

Duniaku...

Zaman sekarang ni, semua ber-blog, ber-Facebook, ber-Twitter...macam-macam kesah dan perihal diceritakan. Ada yang mengesahkan pengalaman hidup, ada yang mengesahkan perihal teknikal, ada yang sekadar fitnah, ada yang menjaga tepi kain orang dan macam-macam lagi. Sebahagiannya hanya sebagai suka-suka, sebahagiannya sebagai panduan bersama dan ada juga untuk menjatuhkan pihak-pihak tertentu.

Saya tertarik dengan beberapa blog yang kadang-kadang saya baca untuk meluangkan masa diwaktu lapang. Ada blog yang selalu dilayari oleh teman-teman saya mengenai konspirasi pihak tertentu terhadap hala tuju dunia. Ada blog mengenai konspirasi untuk menjatuhkan negara dan ada juga blog mengenai konspirasi untuk menaikkan negara.

Apa yang menjadi tanda tanya kepada saya ketika ini adalah betapa mudahnya minda rakyat kita dipengaruhi.

Kita buat satu contoh minda yang senang dipengaruhi...

Kesah 1: Menceritakan konspirasi untuk menjatuhkan satu-satu organisasi, parti atau kerajaan. Di artikel itu turut menceritakan kronologi beserta bukti-bukti yang kukuh. Bukti-bukti yang senang difikirkan oleh pembaca. Bukti-bukti yang benar-benar ada.
Hasilnya: Si pembaca akan mula percaya disebabkan bukti-bukti yang diberikan adalah benar. Penulis blog kemudian memberi lagi beberapa kesah yang seperti kesah satu. Hasilnya, para pembaca akan mula percaya atas segala fakta di blog tersebut.

Kesah 2: Mengenai konspirasi mengenai pihak-pihak tertentu dalam menentu hala tuju sesebuah organisasi, pertubuhan atau negara. Disertakan disini adalah beberapa bukti yang kurang kukuh, goyah, tapi mempunyai sedikit kaitan dengan kesah yang diceritakan.
Hasilnya: Disebabkan pada kesah 1 tadi para pembaca sudah mula memberi kepercayaan, kesah 2 yang kurang bukti pun akan mula dipercayai oleh para pembaca.

Kesah 3: Cerita mengenai konspirasi dalam negara, masyarakat, kerajaan dan pertubuhan dunia. Tiada bukti kukuh yang diberikan, hanya kata-kata sahaja.
Hasilnya: Para pembaca yang telah mengikuti blog dari kesah 1 hingga kesah 2 akan terus mempercayai kesah 3 tanpa ragu-ragu.

Kesah-kesah beginilah yang banyak saya jumpai diblog-blog yang banyak menceritakan perihal tertentu tanpa bukti-bukti yang buleh dipercayai. Walaupun begitu, masih ramai para pembaca yang senang sahaja mempercayai kesah mereka. Sekiranya saya adalah penulis blog tersebut, walaupun saya menulis artikel seperti, "Petronas (sekadar contoh) telah dimiliki oleh pertubuhan XXX yang bertujuan untuk menghapuskan golongan xxx di Malaysia" (WARNING: ini hanya sebagai contoh. Bukan realiti), sudah pasti para pembaca seperti ini akan percaya. Walhal, tanpa bukti yang sebenar kukuh, bagaimana kita mahu percaya? Tapi tidak pada para pembaca setia blog-blog tersebut.
Tidak perlulah didebatkan kesah yang dipaparkan diblog itu benar atau tidak, yang penting adalah bagaimana kita menilai sesuatu perkara itu. Para pembaca yang menerima bulat-bulat sesuatu kesah dongeng seperti ini, adalah sesuai dengan satu frasa iaitu TAKSUB.

Kerana TAKSUB lah Al-Arqam jatuh, kerana TAKSUB jugalah lahirnya Al-Maunah. Kerana TAKSUB jugalah kilang arak di Subang pernah dibom (walaupun niat sebenar baik, tapi caranya salah). TAKSUB itu berkuasa untuk menjatuhkan sesebuah organisasi dan masyarakat.

Usah difikirkan mengenai konspirasi, kroni, artis itu artis ini...apa yang penting adalah diri sendiri dan keluarga pada ketika ini. Cukupkan ilmu untuk diri dan ahli keluarga agar tidak mudah terpedaya dengan bidaah luar, kukuh pegangan hidup masing-masing, kuatkan iman dan amal..........kesederhanaan dan keseimbangan dunia dan akhirat.

Khamis, 1 April 2010

Global Contest...

Pagi ni, anak saya buat hal sebab demam...buleh kata sepanjang malam tak boleh tidor sebab badan dia panas sangat. Tapi sekali-sekala dapat jugak saya melelapkan mata sekejap. Dalam berjaya melelapkan mata sekejap tu pun, dapat jugak saya bermimpi sesuatu yang menarik.......

Kisah ini berlaku lebih 50 tahun daripada sekarang. Hasil daripada usaha kerajaan untuk memperkenalkan budaya dan nilai bangsa kita kepada masyarakat luar pada ketika ini, telah membuahkan hasil yang menarik dimana ramai dikalangan mat saleh yang mula terpengaruh dengan budaya rakyat Malaysia sehingga ada yang bercampur dengan budaya mereka kemudian.

Pada suatu ketika 50 tahun daripada sekarang, ada sekumpulan mat saleh sedang berbincang untuk meluaskan lagi contest yang selalu mereka adakan ke negara-negara membangun seperti Malaysia. Pertandingan yang selama ini sering berlangsung dikalangan rakyat-rakyat eropah dan amerika syarikat, seperti American Idol, So you think you can dance dan Amazing Race. Ketika perbincangan itu, salah seorang penganjur bertanya kepada rakannya...

"Do you think they still have it?" sambil merujuk kepada negara Malaysia.

"I am not sure" jawab rakannya."But at least, i heard that they still have a little bit more at a place called Kuala Terengganu", jawab rakannya lagi.

"yeah, I heard that too. But how many of them? Malaysia used to be a quite big community with all their culture, but now we only could see spagheti n pizza being selling at the stall, no more char keuy teow or laksa kelate....as what my daddy said".

"yeah, its true. I think we should consult with our man there."

"It will be hard for other participants if Malaysia still have a lot of man could do that".

"Maybe, but it was long lost from their heart. We should not worry about it. If some of them still have it, they should already live at suburban area. Most of their youngster do not know about the thing. I don't see any problem for having the programme there. At least we could promote our programme by letting whole world know that this time the programme will be held from its hometown".

"Yeah, lets do it. Please contact our man there".


3 bulan kemudian di sebuah stesen televisyen terkenal di Malaysia, terpampang banner yang tersangat besar,

The world biggest programme are now coming to Malaysia!!

Every Tuesday at 9:00pm

KEROPOK'S

Who's will win this keropok lekor song n dance contest.....

dun miss it...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...