Memaparkan catatan dengan label ulasan paper. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ulasan paper. Papar semua catatan

Rabu, 28 Ogos 2013

Proton Suprima S: Berbaloi? Berpatutan? ye ke ni?

Semua tau dah pasal Proton Suprima S, model terbaru proton yang baru dilancarkan. Tak payah saya nak kenalkan lagi. Tapi mcm biasa nak bagi komen membina bukan sebagai tanda ketidakpuasan hati atau tidak menyokong kenderaan milik Malaysia, tapi bagi menunjukkan betapa saya sayangkan Proton dan Malaysia dan berharap komen sebegini boleh diambil kira untuk membantu memajukan (improvekan) lagi apa yang sedia ada.

Harga Proton Suprima S premium, RM79,000...saya pun tak pasti harga atas jalan berapa, tapi senang kira kita amik RM80k la harganya. Camne? berbaloi tak kereta ini dengan harganya?

Kalau tgk spec dia yg ada enjin turbo, 5 start NCAP, full accessories etc, hmmm...apa yg seangkatan dengan dia ye? saya tak buat kajian betul tapi saya rasa mungkin Ford Focus turbo boleh dijadikan perbandingan. Tolong jangan hentam saya kalau dua kereta ni tak layak dibandingkan, sbb saya belom bua perbandingan terperinci dengan mana2 kereta lagi. Kalau tak sesuai, boleh dijadikan rujukan. Okeh......Ford Focus turbo...enjin turbo, byk accessories, full safety features, kira sama la kot ngan Suprima S nih. Tapi harga lebih RM100k......so ok la kot harga Suprima S nih.
Please jgn komplen pasal cheapo plastic usage on interior sbb mende tu mmg trend pengeluar kereta skang. Even camry yang mahal pun guna cheapo plastic as dashboard.....So ok la harga Suprima S dengan spec begitu untuk harga RM80k.....

So renungan bersama.......

Proton Suprima S dilancarkan selepas kerajaan dan pengeluar kereta berjanji akan mengurangkan harga kereta. Untuk model sedia ada, pelbagai kaedah digunakan untuk memberi harga rendah termasuk memberi servis percuma. Tetapi untuk kenderaan yang belom dilancarkan lagi, sepatutnya harga rendah sudah semestinya diberi keutamaan. Bermakna utk Suprima S ni, ianya harga paling murah boleh kerajaan bagi lepas diorg janji nak bagi harga kereta murah.....ye RM80k itu murah bagi mereka. Ya mmg la murah kalo banding dengan Ford Focus tadi.

Saya menulis artikel ini pada 28 Ogos, 2013...hari ini kadar tukaran wang asing untuk Jepun adalah RM1=JPY29.07 . Saya tukarkan harga Suprima S ke currency Jepun, saya akan mendapat JPY2,325,920..............

Apabila saya search dengan harga sebanyak JPY2325920, saya mampu membeli kereta seperti Subaru BRZ yang baru di Jepun. Dengan harga yang sama, jikalau anda diberi pilihan Proton Suprima S dengan Subaru BRZ, mana akan anda pilih?
Macammana pula dengan kereta bawah ni?
Myvi S series dijual pada harga sekitar RM42,424. Dengan tukaran matawang asing, saya akan mendapat sebanyak JPY1,233,440. Dengan jumlah sebyk ni saya boleh membeli sebuah brand new Honda Fit (atau dikenali sebagai honda jazz di malaysia).

Jepun, sebuah negara yang serba serbi mahal. Sebab tu byk kilang sana lari pegi negara luar seperti Malaysia sebb operation disini lagi murah dari sana. Di sana upah pekerja pun dah mahal, tu belom kira harga tanah, cukai pesemua. Tapi dengan serba serbi mahal, diorg menjual sebuah kereta yang baru dengan harga yang apabila ditukar ke matawang kita hanya mampu membeli kenderaan under spec disini.

Di Jepun, engineer fresh grad bergaji sebanyak RM6k sebulan. Still harga diorg sama ngan kita...tak kesah la kilang diorg kat jepun ke, kat Brazil ke, tapi diorg mampu beri harga yang baik. Kita di Malaysia, menggunakan kepakaran rakyat tempatan, kilang di malaysia, harga tanah yg murah, pelbagai sumber semua murah seperti digembar gemburkan kerajaan untuk mnarik pelabur dari Jepun, tapi kenapa kita mengeluarkan hasil yang mahal?

Seorang pit crew leader untuk satu team Japan GT pernah berborak dengan seorang rakyat malaysia semasa berasa di Malaysia, org Malaysia ini berkata dia baru membeli sebuah kereta proton Saga berharga hampir RM50 ribu. Selepas membuat tukaran ke matawang Jepun, org jepun ini tersangat terkejut apabila lelaki itu hanya mampu membeli proton saga dengan harga sebegitu. Laki jepun ini ada mencoretkan diblog dia mengenai perkara ini, tapi saya lupa link dia.

So secara lojiknya malaysia mampu untuk memberi harga kereta yang lebih rendah disini.Apa yang memahalkannya adalah penglibatan politik dalam setiap perkara. Di Malaysia ini, bole kata setiap perkara akan melibatkan politik. Bukan saja politik dalaman sesuatu pertubuhan itu, malah memang campur tangan terus ahli politik dalam pertubuhan itu. Mende sebegini yang mencacatkan/mambantut pertumbuhan sesuatu pertubuhan.

Berbalik ke harga Proton Suprima S, ianya dilancarkan selepas pihak kerajaan berjanji untuk menurunkan harga kenderaan. Untuk kenderaan sedia ada dijual, tak kesah kalau nak turun perlahan sehingga tahun 2017 seperti dijanjikan. Tapi untuk sebuah kenderaan yang hendak dilancarkan, adalah lebih baik untuk terus memberi harga rendah. Tak payah nak tunggu sehingga 2017. Sebab bila dah 2017, kos sure bertambah naik, lagi susah nak turunkan harga.

So secara peribadi, RM80k untuk Proton Suprima S bagi saya adalah terlalu mahal walopon ianya dah dikira murah berbanding kenderaan lain yang mempunyai specifikasi lebih kurang sama.

Isnin, 23 Mei 2011

Susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun

Lepas gempa bumi ngan tsunami kat jepun aritu, dari sudut kenderaan, ade la desas desus kata spare part kereta potong akan berlambak masuk malaysia........tapi ade kata spare part dah rosak sebab masuk air, kene hati2 dengan spare part kete potong.....pastu tambahan lak spare part kene radiasi....macam2 la......
paper jepun arini cakap ade lebih kurang 240,000 kenderaan yang perlu dilupuskan di 3 daerah, Iwate, Miyagi dan Fukushima, kesan dari tsunami hari tu. Ini memang memeningkan diorang nih sebabnye, takde space nak buang barang, tak cukup tenaga kerja, kos yang tinggi, dan yang paling susah, ingin mencari tuan punye setiap kenderaan terbengkalai itu untuk mintak pengesahan penglupusan. Yelah, kalau rumah masing2 dah takde kene hanyut, camne pejabat daerah nak carik owner tu kat ner kan..........tokey2 kedai potong lepas ni tak saba2 ler tunggu barang murah masuk warehouse, tapi harga jual kat sini nanti still sama gak...hampeh giler
Laporan paper lain lak menceritakan pasal harga kereta kompak (k-car) ngan pikap trak kompak (k-truck) melambung tinggi. Sebabnye, mangsa2 tsunami yang terselamat ingin memulakan hidup baru dengan membina rumah dan sebagainye. Mereka ni memerlukan kenderaan kecil yang rendah kos dan mampu membawa pelbagai barangan untuk membina rumah. Ada laporan mengatakan sebuah kereta k-car tahun 2004 dan mempunyai mileage 50,000 km telah dijual pada harga 700,000 yen (lebih kurang RM25k). Kalau nak dibuat perbandingan, dengan 700,000 yen tu, boleh dibeli sebuah honda odyssey RB1 terpakai tahun 2004.

Sumber: sini dan sini

Jumaat, 25 Mac 2011

Lebuhraya Jepun

Saya baru terbaca surat khabar di website Jepun mengenai satu perancangan kerajaan Jepun untuk membuat sistem tol lebuhraya percuma di semua 34 lebuhraya di seluruh Jepun. Saya pun tak baca details sangat sebab banyak kesinambungan berita tu. Cara pemberian tol percuma dia ialah memberi tol percuma di hari biasa. Tetapi di malam harinya kutipan tol yang fix sebanyak 2000 yen dikenakan kepada pengguna jalanraya. Di hujung minggu dan cuti umum pulak bayaran sebanyak 1000 yen dikenakan. Andaikata betul la diorang ni akan implement mende nih, kira respek gak la sebab diorang boleh buat camtu dengan keadaan tanah ngan kos sana yang mahal. Malaysia lak???

Rabu, 22 Disember 2010

Corporate Social Responsibility (CSR)

Surat khabar hari pun menceritakan betapa 'baik' nye SPRINT ngan LITRAK nak bagi diskaun sempena krismas nih. So nanti LDP ngan Sprint Hway pun murah lah tol nye masa hari tu. Sebelom ni selalu dah pemegang konsesi hway camni buat diskaun gitu, cam PLUS bagi masa Hari Raya ngan Deepavali. Tapi yang tak tahannye bila keluar ayat gini..."Kadar diskaun yang diberikan adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh kumpulan XXXXXX"....tak tau lak saya bila bagi diskaun tu dah dikira tanggungjawab sosial. Nak guna highway tu bukannye wajib bagi semua rakyat, rakyat ada pilihan untuk guna atau tak guna highway tu. Bila diskaun diberi dikatakan pula aktiviti CSR.....hmm...kalau gitu masa Jusco ke, Tesco ke buat diskaun besar besaran, dikira CSR jugak la kot ek....

Isnin, 1 November 2010

Proud of........?

I read Utusan online today and found 1 good article of Malaysia Ferrari Owner Club made a record of biggest ferrari gathering in Asia Pacific. As the pictures also shows Malaysia Book of Record representative were giving the record certificate to the club president. But then, just after the article, there was an article about a single mother family who live in a rubber estate store at Grik. I am not sure how I am feeling and what to say....... a Ferrari price can reach as RM1.2m while the poor single mother family paying RM50 a month for the store rental. By calculation, a Ferrari could pay the poor single mother rental for 2000 YEARS!!!!!

Khamis, 21 Oktober 2010

Lawak hari ini

Paper..radio..tv..berita hari semua dok kecoh kata projek mega Warisan Merdeka tak guna duit kerajaan.......

mungkin saya tak brapa faham, tapi kalau bukan duit kerajaan, kenapa nak kene umumkan masa pembentangan bajet 2011?.........bajet tu bukan ke bajet kerajaan..konpius..konpius

Selasa, 17 Ogos 2010

"Rakyat perlu berbelanja bijak"

Dalam paper hari ni, front page lagi. Berita TV semalam pun ada.....hmm rakyat kene berbelanja bijak..........siapa rakyat eh?.....

kesian 'rakyat', dah ler gaji memang sikit, increament tahunan pun tak sampai RM100 setiap tahun. Orang kata kene pandai mengampu bos, baru cepat naik pangkat ngan gaji. Yang tak pandai mengampu/kerja dengan ikhlas ni lak gaji tak berubah pun. Gaji engineer zaman 80an dulu ngan sekarang ni berapa sangat je la bezanya, tapi harga kereta zaman 80an dulu ngan sekarang bagai langit ngan bumi. Nak bayar kete, baya rumah, belanja anak-anak, nak bagi duit kat mak bapak kat kampung lagi....bila duit dah tinggal sikit, terpaksa la beli barang yang harga murah sebab nak save...barang murah lak susah nak cari kualiti baik. Pakai sekejap je, dah rosak...kena la beli lain. Anak-anak yang sekolah pulak mintak baju sukan la, baju pengakap, alat tulis Ben10, henfon 3G dan lain lain sebab nak tiru kawan sekolah yang anak orang kaya. Nak balik kampung, nak pergi rumah sedara, nak pergi pasar zaman sekarang ni semua kena bayar tol. Tol pulak makin hari makin naik, nak naik teksi nanti kena cekik darah, nak naik LRT lak..LRT lalu tang mana jek...mana ada LRT lalu dari wangsa maju pergi pasar selayang......zaman sekarang ni mana ada tak pakai duit. Pendek kata tak payah disuruh, memang 'rakyat begini' terpaksa berbelanja bijak.

Tapi 'rakyat begini', perlukan bantuan 'rakyat begitu'. 'Rakyat begitu' pergi shopping kat Garden, naik kereta mercedes, bercuti kat obersi, naik MAS (tak main la airasia), setiap hari pakai baju baru, baju baru pakai semalam hari ni dah buang kat tong sampah. Pastu pergi kerja, eksekutif syarikat GLC. Kalau syarikat sendiri buleh la terima, tapi setakat GLC nih, kerajaan punye tuh, amanah rakyat tuh. Lagi mau berlagak macam hebat. Kontrak harga RM5, tapi claim RM5000. Pastu nak cover, mula la buat projek itu projek ini buat tutup. Seperti projek dibawah:

Dua buah masjid yang menjadi kebanggan 'rakyat begitu'. Lokasi yang terletak di kawasan pentadbiran kerajaan dan hanya dipisahkan sejauh 2km antara satu sama lain.
Waktu siang pun tak tentu salah satu masjid penuh saf, inikan pula malam. Masjid-masjid ni pulak lokasinya agak jauh dari penempatan penduduk. Sedangkan surau yang berapa meter dari rumah pun susah orang kita nak pergi, inikan pulak masjid yang jauh dari rumah. Harga pulak bukan main jutanya. Sebuah masjid di Kampung Hutan Chengal, Pasir Mas, Kelantan yang setiap masa masjid ini dimakmurkan, kalau la masjid kecil ni dapat RM1juta dari berjuta tuh, rasanya 5 buah masjid yang serupa dapat dibina. motainai naa....

kemudian datanglah seruan "Rakyat perlu berbelanja bijak"..............

Khamis, 12 Ogos 2010

Mohd Daniel dan abang Plus Ronda

Bila saya baca paper hari ni, tengok pulak gambar nih. Tersentuh la pulak nun jauh kat pelusuk kalbu. Budak ni bernama Mohd Daniel yang ketika gambar diambil baru sahaja mengalami kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan. IbuBapa angkatnya yang menaiki kenderaan bersamanya telah meninggal di dalam kemalangan itu (Innalillahiwainnailahirajiun).
Mungkin sebab saya sendiri pun ada anak kecil begini, itu yang buatkan tersentuh dengan gambar ini. Terima kasih abang Plus Ronda....

Gambar dan cerita diambil daripada Berita Harian bertarikh 12/Aug/2010.

Selasa, 6 Julai 2010

Tiket kapal terbang berdiri


Ryanair, sebuah syarikat penerbangan murah ala ala Air Asia berasal daripada Ireland sedang merancang untuk membuat penerbangan disertakan dengan seat berdiri..........?!

Hasrat itu disampaikan oleh wakil syarikat tersebut baru-baru ini. Tujuan utama mereka adalah untuk menambah seberapa banyak penumpang didalam satu penerbangan. "Seat Berdiri" itu akan diletakkan pada mana-mana ruang yang kosong di dalam kapal terbang tersebut. Persoalannya, selamatkah? selesakah? pikir la sendiri ye...

Isnin, 5 Julai 2010

Pelajar mempelajari pelajaran belajar

Kalau lah kita berjaya meluangkan masa membaca surat khabar setiap hari, tidak kira surat khabar apa pun pasti ada satu dua yang akan menceritakan perihal masalah yang menimpa dan dibuat oleh pelajar-pelajar Malaysia sekarang. Sebagai contoh didalam Berita Harian hari ni ada mengisahkan mengenai pelajar pecah rumah cikgu dan satu lagi kisah mengenai pelajar perempuan bergaduh di sekolah lalu diambil video pergaduhan itu oleh pelajar lain dan disebarkan. Esok sudah pasti kesah lain pula mengenai pelajar akan mengisi berita nasional kita. Persoalan saya kepada diri sendiri:

1. Diorang ni ada masa banyak ke?
Kalau mengikut keadaan anak-anak buah saya yang sudah pun seramai satu pasukan bola sepak dan sedang bersekolah di sekolah menengah dan sekolah rendah, memang tidak ada masa untuk mereka bersosial selain di sekolah. Anak buah saya yang bersekolah rendah misalnya akan ke sekolah di pagi hari sehingga petang jam 3. Kemudian pulang berehat sebelom ke sekolah semula selepas asar. Jikalau menghampiri musim peperiksaan UPSR atau PMR, kadang-kadang mereka perlu pula ke kelas tambahan di malam hari. Sudah mengalahkan saya yang bekerja la pulak. Ada ke masa terluang untuk buat mende lain?

2. Mak Bapak pelajar ni pergi mana?
Cara kehidupan di zaman moden ini......"ibu dan bapa sibuk mencari harta dari mendidik anak di rumah". Di sini saya menggunakan perkataan mendidik, ianya berbeza daripada membesarkan atau menjaga. Saya amat gemar dengan situasi di mana si ibu akan berada dirumah sepanjang masa menjaga anak-anaknya dan si bapa akan keluar mencari rezeki. Insyaallah, kalau diizinkan tuhan saya akan mengamalkan situasi sebegini dalam keluarga saya sendiri.

Selebihnya memang terletak pada masyarakat sendiri untuk mendidik pelajar-pelajar. Namun apa yang penting adalah peranan kita sebagai ibu bapa yang akan berada di barisan hadapan dalam mendidik anak kita menjadi yang terbaik.
Di Amerika Syarikat sekitar tahun 1970-an, ketika kumpulan Mafia menjadi musuh utama negara mereka, terdapat seorang ketua satu kumpulan Mafia yang cuba mengelak anak lelakinya daripada mengikuti jejak langkahnya. Segala pekerjaan si bapa cuba dirahsiakan daripada anaknya dan dia telah berjaya membesarkan anaknya sehingga dijangkakan akan menjadi seorang doktor perubatan. Namun semasa si anak sedang menuntut di tahun ketiga di universiti, si bapa telah terbunuh. Ketika itulah segala pekerjaan si bapa telah di ketahui si anak.
Apa yang cuba saya tonjolkan disini adalah, walaupun berada pada tahap ketua sebuah kumpulan mafia, dia cuba untuk menjadi bapa yang baik demi anaknya. Itulah sebaik baik peranan seorang bapa.

Perlu diingat disini bahawa kumpulan Mafia adalah lebih aggresif dan merbahaya daripada kumpulan kongsi gelap mahupun kumpulan penjahat. Mafia sebenarnya berasal daripada Italy ditubuhkan dengan tujuan melindungi penduduk kampung daripada serangan penjajah Sepanyol. Selebihnya carik la sendiri, malas nak cerita dah.

end.

Isnin, 10 Mei 2010

Islamophobia Vs Sunnah Waljamaah

Dalam masyarakat Islam dikecam oleh masyarakat seluruh dunia dan juga ditindas dibeberapa negara, Islam sepatutnya semakin kuat mempertahankan pendirian dan agama. Di Yorkshire, England, masyarakat Islam dikecam hebat apabila cadangan pembinaan masjid dan pusat ilmu yang besar dibantah penduduk setempat dan pihak gereja. Sedangkan hak milik tanah telah pun dimiliki oleh masyarakat Islam sejak 14 tahun yang lepas*. Di Malaysia, masyarakat Islam diberi segala kemudahan dan bantuan malah pelbagai pangkat dan kurniaan diberi kepada guru-guru agama, Ustaz-ustaz dengan harapan Islam di Malaysia subur. Segala maksiat dan kepincangan kehidupan masyarakat Islam di Malaysia diharapkan dapat menjadi fokus utama pihak masjid setempat selain bantuan penguatkuasaan oleh pihak kerajaan. Namun, sila baca artikel surat khabar pada hari ni dan..............lu pikirlah sendiri..

*rujuk Al-Islam edisi May

Jumaat, 7 Mei 2010

..kerajaan mendapat hasil darinya...

kawan-kawan, sila baca artikel surat khabar pada hari ini..........apa pendapat kawan-kawan?

“Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti ini(merujuk kepada aktiviti pertaruhan sempena Piala Dunia) akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini.
Katanya, kerajaan juga akan berlaku adil apabila hasil diperoleh daripada pemberian lesen pertaruhan itu akan dimanfaatkan untuk pembangunan sukan yang tidak menjadi isu kontroversi selain menjangkakan nilai pertaruhan setiap kali piala dunia mampu mencecah ratusan juta ringgit.

“Kita tahu ia membabitkan pertaruhan yang besar tapi kita tiada angka yang tepat kerana ia dilakukan secara haram. Pihak yang melakukan kegiatan berkenaan akan tetap meneruskannya sama ada secara sah atau haram,” katanya.

“Persoalannya, patutkah kerajaan mengawal aktiviti ini dengan pemberian lesen, kita tahu berapa banyak wang yang dapat dikutip kerajaan yang boleh dimanfaatkan termasuk untuk pembangunan sukan,” katanya.


maaf untuk menggunakan bahasa kurang sopan..tapi....bodo ke dia nih?

bukan masalah pertaruhan tu dijalankan secara berlesen atau haram, masalahnya JUDI tu HARAM!!!
pastu bagi alasan kerajaan akan mendapat keuntungan daripada itu?!...............
kerajaan akan dapat untung dari duit JUDI tuh?!................damn
patut lah selama ni sukan malaysia susah nak maju, guna duit tak berkat rupanya. Baik tukar slogan ke "Majulah JUDI untuk negara"............

Khamis, 22 April 2010

Kasut Vs Selipar

Baca paper hari ni, banyak la cerita fitnah dan mengarut yang dapat dibaca. Lebih-lebih lagi bila dah nak dekat pilihanraya macam nih, ramai la yang keluar statement itu ini, keji situ keji sini...semua nak tunjuk hero. Bila habih pilihanraya karang, semua jadik zero.
Berbalik kepada paper hari ni, ada la satu berita yang saya rasa macam nak komen sket.....mengenai pindaan kompaun RM1000 kepada kesalahan jalanraya tuh...
Saya memang setuju benar kalau kompaun tu naik RM1000 demi mendidik rakyat agar mematuhi peraturan jalanraya....tapi apsal ler mende yang elok macam nih kensel ler pulak. Alasan yang semua orang bagi, membebankan rakyat?!...................tak dapat diterima akal langsung. Jom pikir asal usul kenapa kompaun diberikan?kompaun diberikan apabila pengguna jalanraya melakukan kesalahan lalulintas seperti memandu laju dan menggunakan telepon bimbit ketika memandu. Kompaun diberikan supaya mereka tidak mengulangi perbuatan yang sama. Bermakna kalau tak membuat kesalahan jalanraya, kompaun ini tidak sama sekali mengganggu periuk nasi kita bulanan. Sekaligus dapat mendidik kita menjadi pemandu berhemah. Buat la kompaun RM18,000 sekali pun, kalau kita tak buat kesalahan jalanraya, kita nak kecoh apa?
Yang dok bising kata membebankan rakyat tuh, jenis yang suka buat kesalahan jalanraya la tuh...apa lagi kan?kereta sekarang semua jenis besar2, boleh bawak laju2...konpem kene speed limit kadang2..tu yang depa takut tuh..dah tu takut kene saman RM1000, terus batalkan pindaan tuh. Tapi bawak laju2 tak takut pulak terlanggar kete orang lain ke, eksiden sana eksiden sini, langgar lampu isyarat, tak pakai tali pinggang keledar...etc............"takpe, saman pun RM300 jek...bayar on the spot RM400 kat polis tu, abih cite"......damn la orang2 kaya nih...

lagi satu pulak pasal nombor plate kereta, cadangannya supaya ketua pengarah JPJ je yang buleh keluarkan nombo plate kereta...tu pun dibatalkan. Tak tau alasan apa, tapi elok apa macam tuh. sekurangnya dapatla elakkan orang guna nombo plate palsu untuk buat jenayah. Kat Jepun dah praktik dah mende nih, bila korang beli kereta baru...nombo plate dengan papan plate tuh, JPJ yang bagi kat kaunter. Tak payah pergi kedai eksesori buat nombo plate atas papan. Pastu bila kita pindah daerah, kene pulangkan balik nombo, pastu JPJ daerah baru tu bagi nombo lain pulak. Nombo yang dah pasang kat kete pulak, ada lekat alat khas yang menghalang orang ramai membuka nombo plate tu. Bermakna nombo tu akan kekal milik kita...jadik susah ler kalau nak buat jenayah.

Sampai bila la malaysia ni nak dikuasai oleh 'RAKYAT' yang kaya raya hasil duit rakyat nih...

Jumaat, 26 Mac 2010

Apo nih?

Baca paper hari ni, antara cerita dongeng yang menjadi tumpuan adalah pasal permasalahan di istana negeri kelantan, negeri asal saya. Sebenarnya dikalangan orang kelantan sendiri ada kesah sebenar (?!) yang menjadi perbualan diorang, ramai dah tau apa masalah sebenar, cuma tak boleh nak kecoh-kecoh sangat pasal melibat istana diraja. Okeh, kembali kepada kesah paper hari ni......full cerita ada kat berita harian online...

Okeh...pada yang tak paham cerita paper nih.

Secara ringkas seringkasnya, cerita dia camni.....

Masa Sultan Kelantan sudah gering di Singapura, anakandanya Tuanku Faris dilantik menjadi Pemangku Raja. Bermula dengan itulah timbul keretakkan yang merunsingkan berlaku di pihak istana. Ada yang tiba-tiba dilucut jawatan, ada yang tiba-tiba dilantik...Sebenarnya tak kesah pun pasal dilantik dan dilucut jawatan nih....yang menjadi peliknya, semua yang berlaku tu tanpa pengetahuan pihak berkuasa istana.
Tiba-tiba semalam diorang kata Tengku Faris dilucutkan daripada pemangku raja. Pelucutan diumumkan oleh Setiausaha Sulit Sultan yang baru, Datuk Wan Hashim (dia kata sultan baru lantik dia)....pastu korang bacalah artikel tu.
yang menarik hati saya, seorang rakyat jelata ni adalah bahagian ini...

[Setiausaha MPN Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata perisytiharan oleh Tengku Abdul Aziz Hamzah, selaku Pengerusi MPN yang diumumkan Datuk Wan Hashim Wan Daud, berhubung penamatan Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja pagi semalam adalah tidak sah. “Keputusan itu sama sekali tidak mewakili Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak sah dan terpakai melainkan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli yang hadir mengundi bersetuju.

“Tengku Seri Utama Raja (Tengku Abdul Aziz) bertindak secara persendirian tanpa memanggil majlis (MPN) bersidang. Tindakan itu jelas salah dan bertentangan undang-undang dan ia tidak terpakai,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dekat Pengkalan Chepa, semalam.

Kira-kira jam 11.45 pagi semalam, pada sidang media yang diadakan dalam Istana Mahkota, Wan Hashim membacakan perisytiharan bahawa Tuanku Ismail Petra melucutkan jawatan Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Berikutan itu, Tengku Abdul Aziz, yang juga abang kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, dilantik sebagai Pemangku Raja yang baru.
Wan Hashim berkata, Tengku Abdul Aziz berpendapat beliau tidak perlu memanggil mesyuarat Ahli MPN berhubung keputusan pelucutan Tengku Muhammad Faris kerana Tuanku Ismail Petra sudah boleh bertitah dan sihat

“Pengerusi MPN berpendapat tidak perlu diadakan mesyuarat kerana beliau berpuas hati bahawa Tuanku Sultan dalam keadaan sihat dan boleh menguruskan diri. Baginda boleh bertitah dan memorinya bagus,” katanya.]

Abis tu, kenapa yang ini pulak...

[Mohd Aiseri yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, Tengku Muhammad Faris dilantik sebagai Pemangku Raja ekoran ayahanda baginda, Tuanku Ismail Petra, gering tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A(1)(b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian Kedua.

“Tengku Muhammad Faris akan terus menjalankan tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga Majlis Perajaan Negeri membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang,” katanya.]

aish...tak paham betullah. Korang faham?mesti tak faham kan? tak faham apa yang saya tulih...sebab saya sendiri pun terlupa saya nak tulih pasal apa hahaha...dok tulih sambil buat kerja kat opis, last2 terlupa nak cerita pasal apa heheh

tunggu Tuanku Sultan yang bertitah directly je lah....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...