Memaparkan catatan dengan label Satu Malaysia Satu Jalanraya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Satu Malaysia Satu Jalanraya. Papar semua catatan

Selasa, 22 Oktober 2013

Kereta Hybrid Vs Kereta Kovensional Vs Alam sekitar

Kereta Hybrid, satu ciptaan yg ketika ini menjadik kegilaan ramai orang Malaysia yang berkemampuan tapi tak berkemampuan. Tambahan pula kerajaan memberi potongan cukai 100% utk kenderaan hybrid sehingga penghujung 2013 ini.
Mereka berkemampuan sebab berupaya mengeluarkan duit deposit yg tinggi, pinjaman yang mudah lulus disebabkan gaji tinggi untuk membeli kereta hybrid dimana yang paling murah di Malaysia ini sama harga dengan sebuah Mitsubishi Lancer 1.8 baru dan beberapa kereta konvensional lain. Tapi mereka juga tidak berkemampuan kerana mereka membeli kereta hybrid ini kerana mahukan penggunaan minyak yang rendah.
Walaupun saya tidak pernah memiliki dan memandu hybrid, tapi saya percaya jikalau mahukan penjimatan minyak dari kenderaan hybrid ini, cara pemanduan perlu ada caranya. Jikalau anda memandu hybrid ibarat memandu Skyline di litar sepang, sudah pasti penggunaan minyak pun lebih kurang kenderaan konvensional.
Namun jikalau dengan pemanduan hybrid yang betul untuk menjimatkan minyak, saya percaya dengan teknik pemanduan yang sama digunakan pada kenderaan seperti Perodua Viva juga akan menjimatkan minyak seperti kenderaan hybrid. Tambahan pula Perodua Viva berharga lebih kurang 30% daripada harga kenderaan hybrid. Jadi ia juga menjimatkan.

Jadi atas tujuan apa kenderaan hybrid ini menjadi idaman ramai?

Ianya mesra alam apabila kurang penghasilan asap.

Mesra alam........mesra alam....kurang asap, maka kurang CO2, CO etc dihasilkan, kurang fenomena rumah hijau, kurang la kepanasan bumi etc.

betul gak tu.......bila kereta ni bergerak menggunakan motor elektrik yang mendapat kuasa dari bateri, maka tiada penghasilan asap. Maka ianya mesra alam.......eh....kuasa dari bateri?...owh ada bateri....bateri tu dibuat dari apa ye?

Tu dia.....bateri untuk kenderaan hybrid ini dihasilkan dari beberapa bahan kimia yang boleh dianggap toksik. Apabila banyak kenderaan hybrid di muka bumi ini, maka makin banyak bahan buangan toksik dihasilkan.

Ye kita berjaya mengurangkan penghasilan asap kenderaan tetapi waktu yang sama kita menghasilkan banyak toksik tambahan.

Secara peribadi saya menyokong kenderaan hybrid, saya pun mmg teringin nak beli sebuah tapi belom mampu lagi. Kebanyakkan pembeli kenderaan hybrid ini mmg membeli atas tujuan menjimatkan minyak dan mesra alam. Walaupun mereka bergaji tinggi sehingga mampu membeli sebuah, tapi jumlah kekerapan pengisian minyak yang kurang lebih dititikberatkan dan saya juga agak menyokong.
Kemudian mereka juga membeli kerana ianya kurang mengeluarkan asap dan mesra alam. Bagaimana pencemaran yang terhasil sepanjang proses penghasilan kenderaan hybrid ini tidak perlu dititikberatkan asalkan ianya menghasilkan sesuatu yang mesra alam apabila tiba ditangan pembeli adalah yang lebih utama.
Apapun Hybrid ini sangat sesuai untuk mereka yang banyak menghabiskan masa di kawasan yang padat kenderaan, mereka yang sebahagian besar masa dihabiskan di kesesakkan jalanraya. Di kesesakkan, hybrid akan hanya menggunakan motor elektrik dan ini menjimatkan minyak. Kurang penghasilan asap sedikit sebanyak mengurangkan kepanasan dikawasan terbabit dan ini mengurangkan keperitan penunggang motosikal dan pejalan kaki.
Selain faktor jimat minyak dan mesra alam, kebanyakan pembeli juga membeli kenderaan ini kerana ianya unik dan lain dari kenderaan biasa lain. Sesetengah orang tidak mahukan sesuatu yang sama seperti orang disekeliling dan mereka mahukan yang unik. Jikalau 15 tahun dulu, kita hanya akan melihat proton wira di mana2 lampu isyarat, kini kita sudah mampu melihat pelbagai variasi kenderaan semasa kenderaan berhenti di lampu isyarat disebabkan masing2 mahukan kelainan.

Sabtu, 3 Ogos 2013

Kemalangan Chua Boon Huat: mengapa?

Pasukan hoki negara adalah pasukan kebangsaan yang paling cemerlang buat masa ini. Walaupun hoki tidak sehebat bola sepak dari segi sokongan peminat, tetapi mereka ini berjaya berada dalam kelompok terbaik pasukan hoki di dunia. Amat sukar untuk berada di kelompok terbaik dunia untuk sesebuah pasukan, sukan seperti badminton hanya terbaik pada peringkat individu, bukannya pasukan itu. Justerus hoki negara boleh dilihat antara yang terbaik pada masa ini.

Mendiang Chua Boon Huat adalah salah seorang pemain feveret saya dalam pasukan malaysia. Rata2 pemain malaysia adalah berbadan kecil, justeru badan mendiang yg besar dan tinggi adalah sangat sesuai untuk di bahagian serangan supaya bole memberi tekanan kepada pasukan lawan. Justeru kemalangan yg menimpa mendiang baru2 ini amat dirasai oleh seorang peminat seperti saya.

Bagaimana kemalangan ini boleh terjadi?

Sudahpun disebut sebagai 'kemalangan', sudah pasti semua bole membayangkan ianya tidak disengajakan, ataupun ianya disebabkan kecuaian pemandu (dalam kes ini mendiang). Polis pun akan siasat bagaimana kemalangan terjadi....sup sap sup sap...kesimpulan, mendiang memandu laju. kes closed.................itu saja?

Itu saja lah. Ada pandangan lain ke?

Saya ada soalan, tapi bukan untuk ditanyakan kpd pihak tertentu, cuma mengajak kita semua untuk berfikir. jawapan atau hujah membangkang bole ketepikan dulu. Just mari kita berfikir dari sudut lain.

soalan pertama: Kenapa lori tangki tu nak siram air pukul 2 pagi? mak saya ajar siram pokok waktu pagi n petang je. mungkin sebab nak elak jalan jem, tapi siram pukul 2 pagi?

soakan kedua: Kalau siapa yang selalu sangkut kat jem di LDP, mesti perasan pokok kat tengah divider tu, ada sprinkler and piping utk siram pokok. Kenapa tak pakai mende tu?kenapa nak kena siram jugak? Jangan bagi alasan pressure air tak kuat or cost down, abis dulu siapa yang bijak pegi design piping camtu? nak kata sistem rosak, takkan berbulan2 tak repair lagi.

soalan ketiga: pokok kat tgh divider tu kan, sejemput je la sangat. Sampai nak kena siram pakai lori tangki, tak ke membazir? Petaling Jaya adalah antara daerah yang paling banyak purata hujan kat malaysia, cukup dah tu, tak perlu siram dah pokok sejemput camtu.

soalan keempat: Semua hujah diatas telah dipatahkan, lori tangki memang perlu. Apakah SOP yang digunakan untuk sebuah lori tangki yang bergerak tersangat perlahan untuk menyiram air di sebuah lebuh raya? Ia adalah sebuah LEBUH RAYA, satu jalan expressway yang kita bayar tol supaya kita boleh bergerak lancar tanpa halangan. Had laju PURATA lebuh raya adalah antara 90km/j hingga 110km/j. Sebuah kenderaan bergerak selaju 80km/j di lebuh raya di waktu malam, secara lojik, lorong kanan adalah lorong memotong. bererti lorong ini dipilih disebabkan lorong kiri byk lori yang erlahan. tiba2 kenderaan ini tersempak dgn sebuah lori bergerak perlahan di lorong kanan. Kalau laluan lurus, pemandu kereta akan nampak lori tersebut sbb ada pelbagai lampu liplap liplap. Kalau laluan bengkok? camne pulak kalo yang mmg tgh belumba? mmg sah salah diorg belumba, walopon tak sesuai tapi sebagai designer SOP, kena fikir dr pelbagai sudut kemungkinan. So, SOP camne digunapakai disini?

Di malaysia, sekiranya berlaku kemalangan sebegini, polis mmg akan siasat bagaimana ia terjadi sahaja. Sekiranya ada pesalah, pesalah akan dihukum. Punca bagaimana ia terjadi, polis tidak amik kesah. Itu mungkin kerja JKJR utk siasat punca, buat laporan, bentangkan kat mesyuarat datuk2, tan sri2...kesimpulan dan tindakan secara umum sahaja.
Di sesetengah negara seperti Jepun, siasatan polis akan diteruskan ke pejabat2 lebuhraya ini, SOP etc semua dikaji untuk tentukan kenapa lori itu berada disitu pada waktu itu. Jika ada cara konsesi lebuhraya didapati tidak betul, syarikat akan menerima hukuman. Itulah cara yang sepatutnya....

Di sini, kalau bas express eksiden sampai maut, polis akan siasat pemandu. Masa tu la baru tau pemandu ada kesalahan lampau. pemandu di penjarakan sebab memandu cuai, kesian anak bini pemandu. 
Sepatutnye kalo bas tu eksiden, bukan pemandu je...syarikat pun patut disiasat. Siasatan pulak bukan setakat panggil bos dtg balai...mmg best la bos kelentong. Last kena kat pemandu sorang. Sepatutnya polis pegi syarikat bas tu, periksa setiap dokumen. check semua list pemandu yang diorg ada. Mmg pemandu bersalah and ada kesalahan lampau, tapi kenapa syarikat tak periksa n main hired je driver tu? 
Check jugak data bas yang eksiden tu, mmg la bas baru beli tapi kalo beli dgn harga tersangat murah, sure ada tak kena...kena check gak semua kebrangkalian tu.

Malas dah nak cakap banyak. Kesimpulan, kepada incik penyiasat, saya tahu incik byk kes nak setelkan. Tapi anggota ramai, time management ada, kalau ada kes camni, tolong la siasat dari semua arah. Kesian kat mangsa kemalangan tu, kadang2 bukan salah diorg. (dalam kes mendiang, saya tak sure la salah siapa)

To mendiang....RIP.

Rabu, 22 Februari 2012

Korang bole pandu elok2 tak?

Saya tertarik dengan satu surat di tulis oleh seorang mamat warganegara Belanda dalam The Star, 20 feb lepas. Surat bertajuk 'drive right, save live'......

Dalam surat tu dia mengatakan dia terkejut bila baca paper mengenai kes-kes kemalangan di Malaysia yang kebanyakkan disebabkan kereta terbabas lalu berlanggar lah dengan kereta dari depan, langgar tembok, jatuh gaung dan lain-lain. Berdasarkan pemerhatian dia selama beberapa bulan di Malaysia, dia perhatikan sikap pemandu pemandu Malaysia yang selalu memandu dengan cara salah. Banyak yang diperkatakan dia terhadap pemandu Malaysia. Itu pendapat dia yang saya amat sokong tersangat-sangat.

Orang Malaysia nih, kalau ditegur kang, marah la pulak. Kalau tak tegur, sampai ke sudah dok buat salah. Bawak kete kat emergency lane masa tengah jem teruk, dia rasa bangga sebab dapat potong banyak kete. Pemandu lain sakit hati sebab kita dah beratur punye lama, sekali ade mangkuk ayun potong ikut emergency lane. Sah ade yang sumpah pemandu bodoh tuh.....tapi kalau dah ramai sangat masuk emergency lane, nun kat depan sana, lagi la teruk jem dia sebab orang-orang bangang yang potong ikut emergency lane ni menyemak lagi. Tu tiba-tiba datang ambulan bawak orang sakit jantung, nak lalu lorong biasa tak boleh sbb jem, pegi la dia ikut emergency lane. Sekali ade orang2 bodoh yang dok ikut emergency lane tadi....ambulan tersangkut. Dibuatnye pulak yang ikut emergency lane tuh, dah la bodoh, tak nak pulak bagi ambulan tu lalu. Ish...kalo aku ade lastik, memang aku lastik dah kete tuh......cuba bayang kalo yang dok sakit dalam ambulan tu anak kita ke parent kita ke.....tak ke rasa nak belasah je pemandu2 bodoh nih. Masalahnye orang yang dok buat masalah kat tengah jalan ni, semua tak rasa bersalah sebab buat camtu. Pastu bila jalan jem, salahkan kerajaan, salahkan polis.....bodohnye la diorang nih. Itu baru perihal potong kat emergency lane........

Sebenarnye la kan, semua-semua masalah orang bodoh kat tengah jalan nih, sebabkan diorang ni semua SELFISH...pentingkan diri sendiri. Terutama kat golongan XXXXXXXXX ngan XXXX, tak kira la bawak kancil ke BMW ke skyline ke. Semua pentingkan dia nak sampai dulu, suka hati je bagi signal ke tak nak bagi, parking pun suka hati nak parking senget ke stret ke block kete lain, tengah jem suka hati je nak pancung kete lain dengan takde signal. Semua2 orang bangang camni nih, kang ditegur ngan hon kete, marah la pulak. walhal kepala stupid selfish....

Pagi tadi dengar HotFM masa nak pegi keje, ade la segmen dok bercerita pasal pemandu2 kat malaysia. Kalu saya yang tepon hotfm tuh, setengah jam pun tak abih dok kutuk pemandu malaysia. Tapi yang sakit hatinye, dalam semua yang dok call bagi komen pasal pemandu malaysia, takde pun yang tunjuk daya kematangan sebagai pemandu bijak. Berdasarkan gaya cakap, saya boleh kata yang dok tepon tu semua pun jenih bodo memandu. Sorry la...terpaksa terus terang......

sedap je ye saya dok kutuk orang, mcm la saya ni baguih sgt. Ye saya ngaku saya ade jugak buat salah kadang-kadang, tapi saya sure semua salah saya tak buat pemandu lain sakit hati dengan cara pemanduan saya.  Kata orang malaysia ni bersopan santun, berbudi bahasa. Masa bawak kete pun kena la sama. Setiap pergerakkan kita kene make sure takde pemandu lain yang akan susah atau sakit hati dengan cara kita. Make sure orang sekeliling dapat nampak dengan jelas apa yang kita cuba buat. Kalau nak tuka lorong, bagi la signal dulu tak kira la tengah jem ke tak. Sebab jalan kita ni bukan boleh duga, kang tiba2 datang motor dr belakang, naya kang. Kalau dinihari atau senja, kalau kita nampak kete depan, tapi sure ke kete depan nampak kita?....pasang la lampu kecik utk bagi diorg nampak kita. Kalau benti tepi jalan waktu malam, dok tunggu orang dalam kete. Tutup la lampu besar kete korang tuh, kete2 dr depan ni silau la.....hish....takkan tak leh nak pikir kot? Saya benti kat traffic lite waktu mlm, sementara lampu tengah merah, saya matikan lampu utama kete. Tu pun kene perli dengan orang, sedangkan niat saya supaya kete yang melintas kat depan tak rasa silau. Lebih2 lagi kalau traffic lite tu kat kawasan berbukit.

Hish...mende2 ni semua common sense. Pandu dengan keadaan semua kereta nampak kita, bukannye kita nampak kete lain. Kalo kau nampak kete lain, kau sure ke kete lain nampak kau. Kang ade yang tak pasal2 langgar kita. Jangan pentingkan diri sendiri, orang lain pun ade lampu kete gak, takde pun nak guna highbeam sepanjang jalan, takde pun nak potong ikut emergency lan......yang tak gheti common sense ni la sek sek bodo sombong. 

"Kete bukan main besar, otak kecik nak mampos........" ayat yang saya suka pakai bila jumpa pemandu bangang yang pandu kete mahal2.

sekian luahan perasaan saya terhadap pemandu malaysia...

Ahad, 5 Februari 2012

boleh, pandai, bijak.....?

Saya ni, sejak dapat lesen memandu seploh tahun yang lepas, buleh kata tiap2 hari konpem akan drive kete. Mulanye ianya sebagai hobi, pastu jadik kerjaya, sekarang ni sebagai tanggungjawab. 

Baru seploh tahun je, orang lain lagi lama....lagi ler byk pengalaman.

Persoalan, boleh ke jangka masa pengalaman dalam memandu ni boleh dikira sebagai sukatan untuk kebolehan seseorang itu memandu?

Disini secara individunya saya ingin membahagi kebolehan seseorang memandu kepada 3 peringkat. Pertama, boleh memandu, kedua, pandai memandu, dan ketiga, bijak memandu.

Boleh memandu........saya teringat lagi dulu masa saya sekolah menengah, saya nampak adik lelaki bongsu kawan saya yang baru darjah 6 sudah bawak kereta kancil keliling kampung. Serius sangat, kat dunia ni tersangat ramai orang yang boleh bawak kereta. Yang tak tau bawak kereta pun, masuk sekolah memandu, insyaallah lepas 3 hari pegi kelas memandu, dah boleh bawak kereta. Atas jalanraya kita ni pun tersangat ramai yang bawak kereta dengan kebolehan diparas boleh memandu. Soalannye, memang diorang ni boleh memandu, tapi pandai ke diorang ni memandu?cuba tanya sesiapa yang anda kenal yang boleh memandu, tanya siapa yang pandu kereta seharian, tapi tengok side mirror atau window sebeah kepala 2, 3 kali je.

Kat opis saya pun, ade la 2, 3 orang yang bole memandu, tapi tak sure la pandai ke tak memandu. Nak masuk parking yang luas dan lurus pun terpaksa keluar masuk 5,6 kali.

Pandai memandu.......golongan yang paling ramai kat atas jalanraya Malaysia. Saya rasa majoriti pemandu Malaysia adalah golongan pandai memandu. Pandai memandu ni pulak golongan yang boleh memandu dengan agak baik, kawalan kaki diatas pedal minyak dengan baik. Kalau bawak laju pun xde masalah. Tapi masalahnye diorang ni tak bijak bawak kereta. Kereta masing2 pun ade gak yang mahal2, susah nampak kat mesia. Pandai bawak kereta, laju2 lak tu semua....tapi kurang bijak memandu. Kenapa saya kata kurang bijak?

Bijak memandu.......pemandu yang baik adalah pemandu yang boleh memandu, pandai memandu dan bijak memandu. Memandu kena memerlukan daya pemikiran kreatif, pantas, tolak ansur, dan bijak. Setiap pergerakan yang dilakukan semasa memandu perlu difikirkan kesan ke atas persekitaran. Pemikiran apa yang akan berlaku terhadap setiap pergerakan, ramalan ke atas setiap tingkah laku dan langkah berjaga-jaga. Sebagai contoh senang, kita sedang memandu diwaktu pagi ke tempat kerja. Perlu difikirkan kesan dan ramalan dari pelbagai aspek sekiranya keadaan sedang bertukar dari gelap ke cerah. Ketika ini kedudukan matahari perlu diambil kira. Kadang2 kita sudah mula nampak kereta dihadapan dengan jelas, maka kita pun memadam lampu kereta. Walhal itu pandangan kita  dari belakang kereta itu, adakah kita pasti kereta itu nampak kita dibelakang setelah kita padamkan lampu kereta? tambahan pulak ade sesetengah kereta tu punye tinted gelapnye toksah kata lah, lagi lah risiko. 

Sebenarnya ciri-ciri pemanduan macammana yang dikatakan sebagai bijak memandu tu, susah la nak diterangkan kat sini. Kalau anda bijak memandu, sudah tentu anda pandai memandu, tapi kalau anda pandai memandu, tidak tentu anda bijak memandu. Pemanduan bijak memerlukan pengalaman dari pelbagai kejadian lepas yang dijadikan pengajaran, bukan pengalaman yang buat anda bangga diri tapi masih memandu macam orang bangang. Apa yang penting, fikirkan kesan setiap pergerakan kita masa memandu terhadap persekitaran, kesan terhdap pemandu2 lain, apa fikiran orang lain terhadap pergerakan kita itu, dan jangan pentingkan diri sendiri.

Anda tentukanlah sendiri situasi pemanduan anda sekarang....

Isnin, 17 Oktober 2011

Satu Malaysia Satu Jalanraya: Penunggang motorsikal

Dah lama tak tulih pasal tajuk nih...sebelom2 ni dok tulih pasal kebangangan pemandu pemandu kenderaan bertayar empat di Malaysia ini, tak pernah lagi terpikir nak menulih pasal pengguna jalanraya yang bertaya 2 nih. Tapi kenapa tak tahu lah, semenjak dua nih rasa sakit hati jugak dengan penunggang motorsikal nih.........

Menunggang motorsikal memanglah senang, tak payah sangkut jem, minyak pun save, pastu boleh parking mana2 pun. Atas sebab2 ni, dulu motorsikal ni digunakan oleh golongan berpendapatan rendah sebagai alat perhubungan selain kenderaan awam. Sekarang ni orang2 yang terlebih pendapatan pun naik gak motor ni, cuma saiz ngan hargenye besar lagi la.

Saya dulu dibesarkan dengan motorsikal Honda C70 lampu yang bulat tuh. Bayangkan la saya yang dibesarkan kat tengah KL, dengan adik beradik yang ramai, hanya dibesarkan selama bertahun tahun dengan sebuah motorsikal C70 lampu bulat....tanpa sebarang kereta sebab tak mampu. Saya pernah teringat kakak saya menang pertandingan utk makan malam dengan satu group artis terkenal tanah air masa tu, ayah saya yang gi hantar kakak saya naik motor tu jek. Namun kehidupan kami tenang dan bahagia. Tiada sebarang jenayah jalanan bodo macam ragut nih...

Zaman sekarang yang dikatakan dah maju nih, pengguna motorsikal pun memang la banyak. Bila dah ramai naik motorsikal, motor pun dah macam2 jenis ngan keupayaan, mulalah lahir ramai golongan bijak pandai yang mementingkan diri sendiri di atas jalanraya.

Cuba bayang di satu jalan yang sesak, kereta kadang-kadang bergerak dan kadang-kadang berhenti perlahan-lahan, motor2 akan menyusupi dicelah2 kereta dengan kelajuan yang tinggi.....kalo xde pape no hal lah kan....andai kata sebuah kereta yang dengan sopan melihat side mirror, back mirror dan pastikan tiada kenderaan lain menghampiri, lalu dia memberikan lampu signal lagi untuk menukar lorong dan ruang yang kosong juga tersedia untuk dia masuk...tiba2 datang sebuah motor dengan halaju tinggi dan pergerakkan motor itu terhalang dek kereta itu..sudah pasti penunggang motor akan menekan hon sekuat hati, memaki hamun pemandu kereta dan kalo yang lagi bangang akan menendang kereta tersebut.  Apa salah pemandu kereta itu? Mende ni bukannye saya reka cerita, memang dah selalu saya nampak.

Penunggang motor diajar supaya menunggang motor disebelah kiri jalan. Pada satu simpang tiga, apabila sebuah kereta hendak keluar dari simpang menuju ke kanan, waktu yang sama terdapat kereta dari arah kanan yang sesopannye telah memberi laluan kepada kereta tadi utk keluar simpang. Apabila kereta yang hendak keluar itu mula bergerak sahaja, tiba2 datang motor dari arah kanan yang menunggang laju dan memotong kereta yang memberi laluan tadi dari sebelah kanan. Kalau nasib baik, berlanggar lah korang pastu for sure pemandu kereta dipersalahkan oleh semua orang ketika itu. Kalau nasib tak baik, motor dapat mengelak ataupun kereta dapat brek awal, tapi sure pemandu kereta akan dimaki hamun. Apa salah pemandu kereta itu?

Disatu kawasan perniagaan, kereta parking di kiri kanan jalan di dalam kotak parking yang disediakan. Datang satu motor dan parking rapat di antara 2 buah kereta. Apabila sang kereta hendak keluar dari parking, motor itu sure mengganggu. Kalau nasib baik, langgarlah motor tuh...penunggang akan datang maki hamun pemandu kereta..siap hentak kereta ngan pemandu tu guna helmet. Kalau nasib tak baik, pemandu kenelah tunggu sampai penunggang motor tu datang...apa la salah pemandu kereta tu ek?

Remaja ramai xde keje, menghabiskan duit mak bapak ngan duit PTPTN, dok naik motor ramai2. Bila dah ramai camtu, mulalah masing2 naik syeikh....lupa diri, hilang kawalan motor, berlanggar pulak ngan kereta yang dibawa dengan sopan. Atas sebab setiakawan kononnye, semua remaja bangang tu akan mengamuk kat pemandu kereta tuh. Kereta dipecahkan, pemandu dibelasah dan dirompak. Apa la salah pemandu tu ek?

Nak ikutkan banyak lagi masalah-masalah yang timbul dengan motosikal nih. Bukannye saya nak bersifat rasis ke apa ke...saya sendiri menunggang motosikal dalam keadaan tertentu. Saya jugak dibesarkan dengan motosikal. Apa yang saya nak tekankan, sekarang ni dah makin ramai penunggang yang dah hilang akal masa menunggang. Sepatutnye penunggang motosikal la yang sepatutnye berasa takut kerana menunggang kerana dalam sebarang situasi pergeseran atau perlanggaran dengan mana2 objek di jalanraya termasuk lori trailer, penunggang motosikal lah yang akan terima akibat yang paling teruk. Kereta apabila dipandu cuai dan bersegel dengan divider, kereta yang akan bercalar. Pemandunye hanye bercalar hati dan poket. Motosikal apabila bergesel dengan divider, hanye terdapat 3 kemungkinan......1. dia terbabas, dan terjatuh...luka berat jugak la....2. dia terbabas, terjatuh...kepala atau anggota sensitif terhentak kuat..parah......3. dia terbabas, terjatuh...dilanggar kereta yang tak sempat mengelak. Pikir la sendiri camne......

Kerajaan sebenarnye masih berlembut hati, memikirkan golongan yang kurang berkemampuan mcm keluarga saya masa kecik2 dulu, lalu tidak diharam penggunaan motosikal di Malaysia. Namun dengan masalah2 jenayah jalanan, samseng jalanan, kebangangan penunggang jalanan dan jumlah kemalangan yang tinggi sepanjang tahun, tidak mustahil satu hari nanti motosikal kapcai akan diharamkan di Malaysia. Seperti di Jepun, Motosikal kapcai atau dibawah 250cc hanye dibenarkan utk kegunaan perniagaan sahaja dan bukan persendirian. Oleh itu kepada semua penunggang motosikal sekalian, sebelum motosikal diharamkan, toksah lah kita nak buat masalah yang melibatkan motosikal nih. sekian.

Jumaat, 25 Mac 2011

Malaysiaku gemilang


Gambar kereta di atas diambil baru-baru ni semasa balik dari keje dan melalui lebuhraya hubungan timur barat menghampiri persimpangan bandar tun razak. Sepanjang beberapa kilometer saya bergerak dibelakang kereta ini, beberapa kali tu jugak pemandu kereta ini telah membuang sampah ke luar kereta.Bengang gak la saya tengok dia sesuka hati je buang sampah macam tu. Kalau la saya ni, katalah kat mana pun, andaikata ada sampah yang hendak dibuang, selagi tak jumpa tong sampah selagi tu saya akan pegang atau simpan sampah tu. Mungkin dah terbiasa buat camtu masa dok jepun dulu. Balik ke cerita kereta tu.....saya ni bukan apa, bila la orang suka buang sampah merata nih, bila hujan sure sampah tu hanyut dek air kan? Pastu nanti mesti berkumpul kat longkang la, sungai la. Kalau tak hanyut pun, bila sampah dah berkumpul banyak.....siapa yang kita salahkan nanti? Kerajaan jugak. Yes, kerajaan buleh buat macam2 undang-undang untuk mende remeh camni, kerajaan pemimpin ke pembankang ke buleh je nak majukan negara ni, tapi yang utama majukan dulu mentaliti rakyat negara nih. Camne la kita nak lahirkan masyarakat negara maju kalau mentaliti kita still dok takuk lama. Camne pemandu kereta ni nak mendidik anak dia jadik masyarakat yang cintakan alam kalau tiada contoh yang baik ditunjukkan oleh ibubapa sendiri.

Jumaat, 14 Januari 2011

Marketing vs Traffic jam

Dua tiga hari lepas ade keluar dalam berita pasal perancangan Perodua untuk kekal mendahului pasaran kenderaan tempatan. Bagi tahun 2010, Perodua dilaporkan menguasai 30% penjualan kenderaannya di Malaysia, bersamaan dengan 180,000 unit.

Beberapa bulan yang lepas menteri kerjaraya telah mempertahankan pertikaian mengenai MRR2 yang jem teruk setiap masa. Beliau mengatakan rekabentuk dan mentenen MRR2 yang tiada masalah. tak silap saya, dia kata MRR2 dibina untuk menampung kenderaan sebanyak 200,000 pada satu masa, tapi penambahan kenderaan dijalanraya adalah penyebab utama kesesakkan di MRR2.

Bandingkan berita di perenggan pertama di atas dengan perenggan kedua di bawahnya. MRR2 di buat utk menampung 200k unit kenderaan pada satu masa, sedangkan perodua yang menguasai 30% penjualan pada 2010 telah dijual sebanyak 180k unit. ....maknaye pada tahun 2010 kira2 sebanyak 5400000 kenderaan telah berjaya dijual di seluruh malaysia oleh semua pembuat kereta. Yang mana perlu kita ikuti?beli kereta dapat membantu perodua utk berjaya, tapi hasilnye jalanraya jem teruk.

Kenderaan bertambah dijalanraya melebihi 500,000 unit setiap tahun, kenderaan yang dilupuskan pula mungkin tidak sampai 10,000 unit setiap tahun. Itu pun mungkin kerana kenderaan dicuri sebagai alat ganti, dicuri utk dijual di negara jiran atau kenderaan itu terlibat dalam eksiden yang total lost. Itu cara kenderaan dilupuskan di negara ini.

Jadi........semakin hari semakin banyak kenderaan di jalanraya, jalanraya akan semakin sesak. Rakyat akan memarahi kerajaan sebab biarkan jalanraya sesak, kerajaan akan menyalahkan rakyat sebab semua nak naik kereta sendiri pergi kerja, rakyat marah balik kerajaan sebab buat public transport yang tah hapa hapa ntah, kerajaan suruh pulak rakyat berubah, jangan boros.......takkan selesai jugak, alih2 kerajaan pun keluarkan duit rakyat untuk besarkan jalanraya. Jalanraya yang nak dibesarkan pulak amik masa bertahun nak siap, bila dah siap jalan tuh, kenderaan pun dah bertingkat berkali ganda, jem balik jalanraya. Takde beza besarkan jalan atau tidak....alih2 kerajaan buat highway baru terus, ganti jalan yang sesak tuh. Buat tol kat hiway tuh, rakyat terpaksa lalu sebab takde choice, nanti lambat nak pergi keje. Pastu rakyat marah pulak sebab harga tol tinggi.............pendek kata, takkan ada kesudahan semua tuh. Kalau berterusan, 10 tahun akan datang, berlambak hiway bertingkat2 lalu kat atas bandaraya KL nanti. Tu pun jem gak nanti...........camne nak buat?

1. Buat sistem pelupusan kenderaan (scrap) mcm yg byk negara maju dok buat. Sekurangnye kereta2 yang dah tunggu masa nak roboh tu buleh la dilupuskan, xde la nampak dok kacau laluan.
2. Buat laluan basikal dan pejalan kaki mcm syor saya sebelum nih (rujuk link nih). Contohnya kalau kat Stesen LRT Asia Jaya, ia dikelilingi oleh byk pejabat dan perumahan. Memang ianya salah satu stesen yang paling sebuk kat lembah klang. Tapi laluan pejalan kaki hanya ada untuk beberapa meter sahaja. Andai kata kita hendak bergerak dari stesen LRT tersebut ke Jalan 222, kita perlu meredah berjalan kaki di laluan motorsikal di Federal hiway ataupun melalui perjalanan yang lebih jauh melalui kawasan rumah orang di seksen 14. Boleh jugak dibuat jejantas pejalan kaki di sepanjang bawah rail LRT. Laluan pejalan kaki ngan laluan basikal sekurangnya memberi pilihan untuk rakyat utk tidak menggunakan kenderaan bermotor.
3. Mantapkan lagi rangkaian public transport. Mcm sekarang ni, antara teksi, bas, komuter dan LRT.......saya percaya lebih ramai yang prefer LRT sebabnye...teksi dah la kene tanye driver tu dulu sebelom naik teksi tuh pastu kalau nasib tak baik kene la charge tinggi, bas pulak selalu sangkut kat jem pastu ramai ke tau camne nak naik bas?maksud saya berapa kene bayar, camne nak bayar? sebab ramai antara rakyat yang tidak diasuh untuk menaikibas dari kecil. Tambahan pulak sistem bas masa kita kecik2 dulu lain dari skang. Dulu ada kontraktor bas, naik je bas tu, buleh tanye bas tu pegi mana, berapa nak baya..kalau salah buleh turun terus. Komuter pulak memanjang tak tetap masa. Kalau kat jadual tulis ketibaan pukul 7 pagi, pukul 7 suku baru sampai...tak pun sebelom kul 7 dah sampai dah. So pilihan utama rakyat memang lah LRT, cepat, tepat masa dll.......tapi LRT skang ni lalu kat mana je kan......
4. Banyakkan parking bertingkat berbayar untuk public untuk kurangkan masalah tak cukup parking. Kuatkan penguatkuasaan untuk yang suka parking kat tepi jalan. Yang mana degil parking kat tmpt tak sepatut tu, saman je terus. Penguatkuasa pulak bukannya ronda sekali sehari, kalau buleh stay terus kat satu-satu kawasan yang jadik tmpt utama orang suka parking tepi jalan yang ganggu lalulintas nih.

apapun tu semua cadangan dan cara pemikiran saya. Orang lain, lain pulak cara fikir. Yang penting matlamat semua orang sama, kurangkan kesesakan jalanraya, kurangkan pencemaran udara.

Rabu, 29 Disember 2010

KAMI MAHU LALUAN BASIKAL!!!!

Sejak mula berbasikal balik nih, memang teringin buat mcm masa kat Jepun dulu. Pergi touring jauh2 ngan kawan2...naik beskal ramai2..memang best. Pastu bila dah balik mesia nih, tau je la dengan kete ngan motor yang byk pastu bawak laju, agak bahaya sebenarnye nak berkayuh kat tepi jalanraya nih. Kalau ikutkan memang la nak bg cadangan kat PBT suruh buat laluan basikal, tapi sure takkan dapat sebabkan kos tinggi, pastu laluan tu sure nanti motor yang lalu, pastu berapa ramai je sgt yang naik beskal.....berbaloi ke?Tapi kalau ade laluan beskal yang sesuai, siapa tahu boleh menggalakan orang ramai naik beskal.
Kalau tgk kat area Wangsa Maju ngan Bandar Permaisuri, sebenarnye DBKL ade buat laluan untuk basikal dan pejalan kaki. Tapi kalau sesiapa tgk laluan yang dibuat tu, mesti fikir byk kali nak lalu ke tak. Sama jugak kat tempat lain yang pernah saya nampak laluan basikal. Bukannya orang tak nak guna laluan basikal tuh, tapi laluan basikal tu terhapa hapa ntah....ibarat macam korang naik basikal mountain bike masuk hutan. Laluan basikal sepatutnya selesa untuk dilalui semua basikal terutama basikal orang tua nih. Bila laluan basikal teruk, memang tiada yang akan guna laluan basikal. Kemudian mungkin PBT akan buat tanggapan laluan basikal tak perlu. Sedangkan orang tak sanggup tempuh laluan yang tak selesa gitu. Dah la penat kayuh basikal, nak campor pulak penat dok redah laluan mcm offroad tuh. Saya tak tau la designer PBT yang design laluan basikal tu tiru dari negara mana, tapi kenapa tak dicuba buat laluan basikal dari negara-negara yang ramai menggunakan basikal mcm Jepun. Tgk contoh laluan basikal negara Jepun kat gambar bawah.

Hampir kata kat sepanjang jalanraya seluruh Jepun ada laluan pejalan kaki ngan basikal kat sisi jalan, kecuali dekat kawasan berbukit yang sempit. Kalau kawasan yang ramai penduduk, laluan begitu ade kat kiri-kanan jalan. Laluan pulak memang rata, mcm laluan jalan untuk kereta. Andai kata ade pembinaan, penyelenggaraan telekom, tnb dll kat laluan basikal ni, kontraktor akan buat laluan kecik untuk org naik beskal, letak kon berpagar kat sepanjang laluan supaya penunggang basikal tak masuk kawasan penyelenggaraan, pastu akan ade sorang pengawal lalulintas yang menjaga penunggang basikal. Walopon di kawasan ceruk sekali pun, mereka akan sediakan semua kemudahan tu sebab tu undang-undang negara Jepun untuk menjaga pejalan kaki dan penunggang basikal.

Kalau tgk kat gambar2 atas tu, laluan basikal ngan kereta memang bersebelahan betul2, dibahagi dengan pagar divider yang kuat kat tengah. Maksudnye kalau nak buat kat Malaysia, tak payah nak ditarah bukit ke, hutan ke untuk buat laluan nih, cuma tambahkan lorong di tepi jalan dan diletakkan pagar divider di tengah. Kalau fikir2, bukan susah mana pun nak buat laluan basikal camtu kat Malaysia nih, cuma kos je la yang jadik masalah. Tapi apa la sangat kos yang tinggi berbanding keselamatan rakyat.
Apa kelebihan laluan begini?
1. Keselamatan pejalan kaki ngan penunggang basikal terjamin. Mungkin kita tak nampak berapa ramai yang nak kayuh/jalan kat tepi jalan ni. Tapi cuba bayangkan sebuah sekolah yang terletak di tepi jalan besar. Bila tamat waktu sekolah, ade pelajar yang berbasikal/berjalan untuk pulang. Laluan pejalan kaki hanya ade di bus stop saja. Walopon rumah mereka 500meter dari rumah, mereka terpaksa berjalan di bahu jalan, bahaya tak kalau ramai2 berjalan/berkayuh tepi jalan gitu?lebih2 lagi kalau kat kawasan2 kampong, memang tak byk bas sekolah, kebanyakkan mereka rumah jauh2, terpaksa berbasikal atau jalan kaki. Kat kawasan kampong/pendalaman ni jugak la kereta selalu pandu laju sebab jalan tak byk kete. Signboard suruh perlahan sebab kawasan sekolah hanya ada bila dekat ngan sekolah, kalau rumah pelajar tu satu kilometer ngan sekolah, memang takde la signboard gitu. Kete pun memang bawak laju la. Kalau takde laluan sesuai untuk pejalan kaki/basikal, memang jalanraya tu jadik kawasan bahaya.
2. Keselamatan pengguna jalanraya yang lain pun terjamin sama. Sekarang ni bila hujan, air yang mengalir kat bahu jalan konpem akan rosakkan tanah kat bahu jalan. Tanah2 yang terhakis ade yang terbawak masuk ke jalanraya, hasilnye jalan berpasir, bahaya untuk penunggang motor. Tanah2 kat bahu jalan pulak bila dah terhakis kadang2 buleh sampai bahu jalan berlubang, bahaya untuk pengguna jalan bila malam. Longkang kat bahu jalan pulak penuh ngan pasir, tersumbat..last2, jalanraya banjir, memang bahaya. Andaikata ada laluan khas untuk basikal kat tepi jalan, air mengalir kat laluan basikal itu saja, kurang tanah yang terhakis, kurang pasir yang masuk longkang ngan jalanraya. Tambahan pula laluan pejalan kaki juga akan jadi tempat menunggu sementara bagi pejalan kaki yang nak lintas jalan. Takde la diorang kene tunggu betul2 kat tepi jalan, dibuatnye dtg treller, abih kene......
3. Pemandangan jalanraya kita berubah. Ape perasaan korang bila nampak jalanraya kita ni selamat bagi pejalan kaki ngan penunggang basikal?gitu la jugak perasaan pelancong yang datang malaysia. Kalau macam sekarang ni, betul2 kat tepi jalan penuh semak, sampah, kete yang parking sesuka hati, tanah runtuh, pasir, tanah, sampah bahan binaan ngan lain2. Bila ada laluan beskal, at least pemandangan tu akan di tapis dengan laluan basikal dulu.........dengan syarat sampah pejadah tu semua semua tak leh ada atas laluan basikal, sebab bahayakan pejalan kaki ngan penunggang basikal.
4. Mengelak perbuatan khianat. Kalau tgk kes2 ragut, rompak tepi jalan ni.....kene pada pejalan kaki yang sedang berjalan di tepi jalan oleh si penjenayah yang menunggang motor. Laluan pejalan kaki, basikal begini mungkin dapat mengelak berlaku kes begitu. Sebabnye, laluan itu untuk pejalan kaki dengan basikal, bila motor pun nak menyebok masuk situ, sure ade maksud lain dan pejalan kaki boleh lah berwaspada pada motor tu.

Buat masa ni tu je kelebihan yang buleh saya fikir. Apa pun kesimpulan yang saya nak cakapnye, kepada kerajaan, tolong la buat laluan pejalan kaki ngan basikal so saya dapat naik beskal menjelajah ke mcm tempat dengan selamat, pastu anak2 saya nanti dapat pegi sekolah dengan selamat. Sekian

Selasa, 19 Oktober 2010

Gundah gulana

Pagi ini (19/Oktober/2010) ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, semasa melalui Highway East-West Link kat Taman Connought sekitar pukul 6:50pagi, terdapat seorang penunggang motosikal telah terjatuh daripada motosikalnya betul-betul di hadapan saya.
Punca dia terjatuh saya tidak lah tahu, yang saya sedar terdengar bunyik brek yang kuat dan dia yang ketika itu ingin menyelit kereta di hadapan saya pun terjatuh. Saya pasti dia terjatuh bukan sebab dia bergesel dengan sesiapa, samada dia telah membuat brek emergency pastu lost control atau motor dia ada problem.
Dan aksi jatuh motornya amatlah horror kalau tengok, ibarat anda melihat sebuah filem aksi hollywood dan hong kong. Alhamdulillah, ada jarak antara kereta depan dengan kereta saya dan motor itu pula jatuh di antara lorong kanan dan lorong tengah. So, memang sempat la saya nak brek dan mengelak. Begitu juga dengan kereta di belakang saya kerana dia pun mengambil jarak dengan kereta saya.
Semasa dia jatuh itu, saya berharap sangat2 jangan ada motor atau kereta lain yang tidak sempat mengelak mangsa yang berada di antara lorong itu. Saya juga memperlahankan kereta sehingga saya pastikan dia telah berhenti dari tergolek dan tiada objek besar lain yang melanggar dia. Setelah berhenti, mangsa juga tidak terbaring dan dia hanya terduduk, itu juga sudah cukup melegakan saya kerana itu bermaksud mangsa tidak pengsan atau..... dan dia tidak mengalami kecederaan parah...............................(ye ke?)
Tetapi, setelah saya pastikan dia duduk di tengah lorong, saya pula dengan serba salah meneruskan perjalanan. Saya yang tergamam ketika itu tidak dapat membuat keputusan samada berhenti dan menolong mangsa atau meneruskan sahaja perjalanan. Ini kerana...
1. Taman Connought memang jem macam hampeh bila pagi, kalau saya yang berada di lorong paling kanan berhenti di tepi, pasti akan membuat jem bertambah teruk dan ramai yang akan memaki hamun, sumpah seranah saya.
2. Kalau saya berhenti, selain kereta yang berada di belakang saya dan tepi saya, kereta lain akan fikir saya yang melanggar motor itu dan jem akan menjadi lebih teruk kerana kereta lain hendak tengok tang mana kat kereta saya yang kemek langgar motor tu.
3. Mangsa telah pun terduduk selepas itu, dan saya juga telah pastikan semua kereta lain perlahan dan membuka ruang untuk mangsa.
Tapi....
1. Camne kalau ada motor ke kereta ke yang tensen sebab jem, pastu mula bawak macam biawak sampaikan tak perasan situ ada mangsa sedang terduduk menahan sakit?.......
2. Walopon mangsa telah terduduk, tapi kita tidak tahu kecederaan dalaman mangsa. Sebaiknya kene bawak pergi spital.
3. Takkan kita nak jadik rakyat malaysia yang buat tak tau je bila ada orang dalam kesusahan...camne kalau yang kene tu kawan kita atau sedara kita sendiri?

Sebaiknya saya perlulah berhenti dan menolong mangsa, tengok apa yang patut dan membawa mangsa ke tepi jalan. Tapi mcm saya kata tadi, saya di lorong kanan dan jalan memang tgh jem...lagipun, macammana nak call ambulan guna handphone?serius saya tak tahu.....999 adalah noombo untuk fix line kat umah.

"Kepada abang yang jatuh di taman connought pada pukul 6:50 pagi 19,oktober,2010..saya minta maaf kerana tidak dapat menolong abang".............

yang saya pasti, perkara macam ni sure akan kacau kepala saya untuk beberapa hari. Macam yang saya alami sebelum ini apabila seorang wanita diragut di hadapan saya tahun lepas.

Isnin, 27 September 2010

RAYA!!!!!!!! back to Kelantan 2

Isteri saya pernah berkata kepada saya baru-baru ini semasa di Kelantan, "awak ni kalau balik Kelantan je, mesti tension bila drive kete"........

Sememangnya betul pun apa yang dicakapkan isteri saya tuh. Kalau sesiapa yang jarang atau tidak pernah memandu ke Kelantan, sila berhati-hati dan tidak perlu terkejut dengan beberapa perkara yang pasti akan berlaku semasa berada di jalanraya di Kelantan.

Kejutan 1:
Sekiranya anda sedang memandu, sila berhati-hati dengan kenderaan-kenderaan yang anda nampak di kiri kanan jalan. Ini kerana pada bila-bila masa sahaja akan ada kenderaan yang akan terus masuk ke laluan anda walaupun terang-terangan anda sedang memandu di laluan itu. Kebanyakkannya akan terus masuk tanpa segan silu, tanpa lampu signal. Dan kebanyakkannya juga akan memandu perlahan sejurus memasuki laluan anda seolah-olah tiada kenderaan yang berada di belakangnya ketika itu. Tidak perlu menekan hon kerana sekiranya anda menekan pun, tidak memberi kesan kepada pemandu tersebut.

Kejutan 2:
Sekiranya anda tersangkut di kesesakkan trafik, lorong yang anda lalui yang sepatutnya satu lorong saja akan berubah menjadi 3 lorong secara automatik dalam masa yang singkat.

kejutan 3:
Sekiranya tiba-tiba laluan anda menjadi sebuk, dan berlaku kesesakkan kecil seperti menunggu di lampu trafik atau ada kenderaan terletak di beberapa kenderaan di depan anda yang ingin membelok, jangan terkejut sekiranya tidak sampai 5 saat akan ada kenderaan lain yang memotong barisan di sebelah kiri dan kanan. Bahu jalan juga merupakan laluan utama jalanraya.

kejutan 4:
Di negeri ini, lampu signal kenderaan selalunya hanyalah sebagai perhiasan kenderaan itu. Amat tersangat jarang anda dapat saksikan pemandu yang tahu menggunakan lampu signal untuk membelok atau menukar lorong.

kejutan 5:
Jangan mengalami kejutan budaya apabila melihat ramai pemandu wanita di negeri ini yang memandu seperti pelumba F1, seolah-olah dilindungi oleh insuran yang berpolisi tinggi oleh itu boleh memandu membuta tuli.

kejutan 6:
Sekiranya lampu kenderaan anda tidak cukup terang, sila ubah kepada lampu yang benar-benar terang sekiranya anda ingin memandu malam di Kelantan. Ini kerana banyak kenderaan di sini yang mengalami kerosakkan lampu pada kenderaan mereka. Tambahan pula lampu jalan tidak banyak, kemungkinan orang atau lembu melintas di tengah jalan.

kejutan 7:
garisan putus-putus di jalanraya tiada makna.

kejutan 8:
had laju minimum di kawasan kampung yang padat adalah 80kmh...

kejutan 9:
tanpa mengenal jenis kereta, kebanyakkan kereta disini menggunakan ekzos besar.

kejutan 10:
helmet untuk penunggang motorsikal hanya digunakan apabila ingin keluar ke bandar2 besar. Setakat pergi ke pekan berdekatan tidak perlu memakai helmet.

kejutan 11:
Polis dan penguasa pasti berborak sahaja dengan mana-mana pemandu kenderaan yang ditahan kerana kesalahan lalulintas daripada menyaman mereka. Alasannya, "orang kampung, tak dop pitih"...."sek sek kelate jugop".

kejutan 12:
pemandu memandu selaju 30kmh di jalan besar adalah perkara biasa. Kebiasaannya mereka memang tidak sedar kereta lain sedang beratur 1km lebih di belakang mereka.

kejutan 13:
anda sedang mengekori di belakang sebuah kereta sebelum dengan tiba-tiba terbang plastik berisi sampah dari kereta tersebut.

kejutan 14:
di laluan yang ada lorong memotong, anda perlu memotong dari lorong di sebelah kiri kerana kereta perlahan itu memandu di lorong kanan.

kejutan 15:
Semua jalan yang mempunyai 2 lorong di arah yang sama secara otomatik akan menjadi lebuhraya dimana had laju minima adalah 80kmh dan tiada had laju maksimum.

kejutan 16:
lampu trafik hanya dipatuhi disiang hari.

kejutan 17:
terdapat banyak kenderaan mewah di kelantan, tetapi kesedaran sivik mengenai kesopanan di jalanraya tiada langsung.

kejutan 18:
perlu beratur menunggu giliran mengisi minyak kerana pelanggan dan pekerja stesen yang lembap.

kejutan 19:
layanan kepada pejalan kaki dan penunggang basikal adalah sama dengan pengguna jalanraya lain. Sebenarnya ini memang berlaku di mana-mana di Malaysia, cuma di negeri kelantan ini terdapat ramai penunggang basikal. Kita boleh nampak betapa ramai yang menggunakannya berbanding negeri lain. Tapi sayang tiada kemudahan seperti laluan khas basikal yang boleh bezakan mereka dengan pengguna jalanraya lain yang berenjin.

kejutan 20:
Timing lampu trafik memang tak lojik. Jalan yang banyak kereta, sekejap je lampu hijau dia, jalan yang tak banyak kereta pulak, lama lampu hijau dia. Memang jem teruk la kan, pasu lak , sampai sekarang tiada persimpangan bertingkat wujud di seluruh negeri kelantan walaupun jalanraya di negeri ini sesak teruk terutama di musim cuti.

nak ikutkan banyak lagi kejutan, cuma saya terlupa je. So, kepada siapa yang merancang untuk memandu di kelantan, sila dalami kejutan-kejutan di atas supaya anda sentiasa berwaspada.

Isnin, 20 September 2010

RAYA!!!!!!!! back to Kelantan 1

Selamat hari raya ler saya ucap kat semua....

Puasa dah sebulan dah, maka buleh la kita nak meraikan kemenangan berpuasa, walopon ramai yang tak puasa tapi nak raikan jugak...lantoklah mereka.

maka saya nak bercerita masa saya menyambut raya kat Kelantan hari tu. Biasanya saya kalau sambut raya kat kelantan, balik ke sana ada la 2 atau 3 ari sebelum raya. Tapi tahun nih, sehari sebelom raya tu pun kene keje lagi, pastu kalau balik malam lepas keje pun konpem jem, sampai pagi esoknya jugak. So saya pun buat keputusan balik raya lepas semayang raya. Sambut ler raya kejap kat rumah mertua kat KL nih.... lepas beraya, saya sekeluarga bersama seorang pembantu rumah pun bergerak balik ke Kelantan. Walopon dah pakai CRV, rasa kecik je kete tuh, barang yang dibawak balik...mak aih..tinggi menggunung kat belakang kete. Sebabnya, dalam ramai2 adik beradik yang duduk KL, saya sorang je yang balik beraya kelantan tahun nih. Maka sorang2 adik beradik pesan kirim barang bawak balik kelantan. Terutama si adik sorang tuh, dengan baldi la, kasut la abih semua dia suruh bawak balik sebab dia nak transfer keje kat johor lepas raya.
Perjalanan dari KL kat MRR2 dari cheras, agak clear disebabkan semua orang dah balik kampung and yang ada kat KL pun belom keluar beraya lagi. Tapi sampai je kat area wangsa maju, kereta dah mula banyak. Masuk je Karak hway kat Tol Gombak.....kereta dah beratur.."mak aih, semua nak balik ari ni gak ke?"lepas je tol, saya terus pecut dengan kereta gemuk saya....polis? memang takde, semua sebuk beraya kot...
disebabkan kereta agak banyak kat Karak hway, saya pun buat keputusan kluar kat exit Karak, lalu jalan lama keluar ke Kuala Lipis......save masa sebab takde kereta. Kalau ikut exit bentong, memang banyak kereta, pastu lalu kawasan bandar bentong ngan Raub lagi, bertambah lama la perjalanan nanti. Agak save masa gak la ikut exit karak nih...
Perjalanan sepanjang agak clear,dengan aksi potong memotong sesama kenderaan yang nak balik ke kelantan sama. Walopon kereta saya gemuk, tak terlepas jugak aksi potong memotong, terutama sebelum tiba kat bukit tujuh, Kuala Lipis. Kawasan ni jalan berbukit yang takde lorong memotong. Kalau waktu puncak, andai kata ada sebutir lori yang besar sedang bekerja keras menaiki bukit ini, anda yang berada 10 km di belakang akan berasa peritnya. Kakak saya pernah tersangkut kat bukit ni 3 jam tak bergerak langsung masa raya haji yang lepas. Nasib baik masa saya balik tu tak banyak lori...
Bila sampai Gua Musang, kami berhenti rehat/makan/semayang kat R&R Gua Musang. Sejam jugak la lepak sini, siap berkenalan dengan ada satu keluarga tu nak balik Jertih. Lepas rehat sama, ingat nak konvoi dengan famili tu la sampai machang, sekali cara pemanduan diorang yang nampak sangat tak biasa drive jauh ikut jalan persekutuan buatkan saya terpaksa memotong kereta mereka dan meninggalkan mereka nun jauh di belakang. Untuk pengetahuan mereka yang jarang ke Pantai Timur, jalan nak ke Kelantan nih tiada hway besar macam PLUS hway. Paling jauh pun kalau anda ikut Karak hway, masuk LPT lalu terengganu. Tapi tu jauh la, lagi satu ikut Plus hway ke Ipoh, pastu masuk Grik sebelum ke Kelantan. Maka bagi penduduk-penduduk kelantan yang bermastautin di negeri luar nih, pemanduan pulang ke kelantan ni memang memerlukan pengalaman, skill, mentaliti, dan ketahanan fizikal dan mental. Sebab memang senang stress kalau yang tak biasa.

Perjalanan kami diteruskan dan kami tiba di Kuala Krai pukul 5 lebih kalau tak silap. Tapi seperti yang dijangka, kesesakkan jalanraya pasti berlaku setibanya di Kelantan. Walopon perjalanan kami ke kelantan tidak sesak, tetapi disebabkan ramai sudah penghuni kelantan yang pulang dari luar kelantan, maka jalanraya di dalam negeri kelantan pasti akan sesak. Setibanya di Kuala krai, perjalanan yang merangkak-rangkak pun bermula. Senang cite kalau orang bawak kereta manual tuh, dok main gear satu ngan gear dua je la. dari kuala krai ke machang yang mengambil masa lebih kurang sejam, jadik la 2 jam lebih. Sampai je kat machang, terpaksa la saya mengikut jalan short cut di dalam kawasan felda dan perkampungan untuk tiba kat rumah saya.

maka, perjalanan yang bertolak lebih kurang pukul 11 pagi, akhirnya sampai di destinasi pukul 9 malam. Setelah selalu saya memandu ulang alik kelantan-KL, kadang2 tu terpikir la jugak:
1. kalau kat pantai barat semenanjung terutama lembah klang, senang je nak buat hway. Agak2 jalan jem sikit je, terus kementerian kerjaraya buat hway baru. Tapi kat belah pantai timur ni susah la pulak ek.
2. Mungkin kat Kelantan, disebabkan faktor kos dan politik, membuat hway atau jalan yang lebih luas agak sukar. tapi sekurang-kurangnya perjalanan daripada karak hway ke Gua Musang melalui negeri pahang yang dikuasai BN sukar jugak ke ek?tidak perlu di tarahkan bukit tujuh itu, hanya sekadar dibuat jalan banyak lorong sedikit di kawasan2 bentong, raub dan kuala lipis je pun dah cukup.
3. Kalau la buat hway pakai kos banyak, takpe, buat je dengan syarat tidak mengganggu laluan sedia ada jalan persekutuan sekarang. Oleh itu, pengguna ada option nak guna hway yang kos mahal atau ikut jalan biasa sahaja. Orang kelantan kan kaya raya....
4. Kalau kerajaan negeri tak mampu, kat kelantan kan ramai usahawan-usahawan yang kaya raya, apa salah 2, 3 orang buat join venture, bina hway dari gua musang ke kota bharu. Amik ler tol....untung kat diorang gak.

Hari tu, menteri besar pahang kata dah dapat peruntukan untuk besarkan jalan dari bentong ke kuala lipis, tapi JKR pulak bukannya buat jalan tapi repair jalan ngan besarkan jalan kat 2, 3 tempat je. Dia agak kecewa la bunyiknya........

nampak macam ada konspirasi la pulak kan....

andai kata laluan dari kuala lumpur ke kelantan telah selesa, dan senang. Maka memang senang pelabur luar nak melabur kat kelantan. Sebabnya orang kelantan memang suka membeli belah...tengok je semua pasaraya kat kelantan, ada tak yang gulung tikar?tesco dari mula hari bukak, sampai sekarang jalan nak masuk tesco tak pernah tak jem. Peniaga melayu kat kelantan pulak yang paling ramai kat malaysia nih. pergi je mana2 kat kelantan nih, kebanyakkan rumah-rumah kedai pun orang melayu yang usahakan. Kalau dapat bantuan pelabur luar kat kelantan nih, insyaallah bertambah maju lah kelantan nih dengan bantuan peniaga-peniaga melayu nih. Dekat kelantan ni jugak paling senang nak tengok konsep 1Malaysia. Pernah tengok orang cina fasih cakap kelantan?siap ada bangsa cina tak tahu berbahasa cina tapi fasih berbahasa kelantan. Cina, India, Melayu, Siam kat kelantan ni semua bergaul sama je sebabkan masing-masing ckp dengan loghat kelantan. Mana ada orang cakap loghat kelantan campor loghat cina.

Sekiranya laluan ke Kelantan menjadi selesa, kemungkinan besar Kelantan mampu menjadi negeri termaju di Pantai Timur dengan kerjasama rakyat-rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan yang duduk luar saja pun dah berapa juta orang. Kalau setiap kali hari raya, masing2 belanja paling lekeh RM100 kat kelantan. Cuba bayangkan berapa juta duit yang masuk ke negeri kelantan....bila kelantan dah maju, siapa yang tergugat????

Isnin, 21 Jun 2010

Dan ia pun bermula kembali....


Setelah 2 minggu berulang alik kerja dengan perjalanan yang lancar, akhirnya budak-budak sekolah pun kembali di pagi hari memandu ke sekolah. Maka perjalanan akan menjadi sesak kembali.
Dan pada kesesakkan-kesesakkan begini jua akan muncullah kembali pemandu-pemandu biadap yang akan memotong barisan dan berfikiran pentingkan diri sendiri. Walau bagaimanapun tiada yang mampu dibuat oleh pemandu yang cuba beradap sopan seperti saya untuk memujuk diri yang sakit hati dengan berkata pada diri sendiri "tak sangka masih terdapat gaya pemanduan negara dunia ketiga di Malaysia ini".

Selasa, 8 Jun 2010

Sebab-sebab saya tidak menggunakan Federal Highway

Saya percaya ramai diantara kita yang tahu apa itu Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) dan saya percaya ramai diantara kita yang pernah melalui lebuhraya ini. Lebuhraya ini mula dibina pada tahun 1974 bagi menghubungkan Pelabuhan Klang dengan Kuala Lumpur. Laluan yang pada asalnya dibina 4 lorong (2 lorong arah ke Klang, 2 lorong arah ke Kuala Lumpur) dan 6 lorong pada laluan Petaling Jaya telah diubah sepenuhnya kepada 6 lorong sehubungan dengan peningkatan pengguna lebuhraya ini.
Bagi saya yang tinggal di Cheras dan bekerja di Petaling Jaya, Federal Highway ini boleh dikatakan sarapan saya dipagi hari. Satu laluan utama bagi menghubungkan Selangor dan Kuala Lumpur. Walaupun ianya menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia, namun ada beberapa sebab yang menidakkan Federal Highway dalam diri saya.....KESESAKKAN
Pilihan laluan antara rumah saya ke pejabat. 1. Lebuhraya Hubungan Timur-Barat ke Federal Highway 2. Hubungan Timur-Barat ke NPE

Bagi pengguna lebuhraya yang ingin ke arah Kuala Lumpur pada waktu puncak di petang hari, kesesakkannya boleh dikatakan berkilometer dari persimpangan Cheras/Klang Lama sehingga ke Sunway. Mengapa kesesakkan di laluan ini berlaku di petang hari?

1. Laluan 3 lorong yang sudah sedia penuh dari Sunway, dipenuhi lagi dengan kenderaan dari Petaling Jaya, Bangsar dan Kerinchi Link. Ini menjadikan laluan 3 lorong menjadi penuh sepenuhnya.
2. Laluan masuk ke Lebuhraya Kl-Seremban, Lebuhraya Besraya dan laluan ke Cheras perlu dilalui daripada Lebuhraya Hubungan Timur-Barat. Ini menjadikan majoriti kenderaan yang berada di Federal Highway perlu memasuki Lebuhraya Hubungan Timur-Barat sekiranya mereka hendak ke lebuhraya-lebuhraya tersebut. Ditambah parah kesesakkan apabila lorong untuk memasuki Lebuhraya Hubungan Timur-Barat daripada Federal Highway hanyalah mempunyai 2 lorong sahaja!dan lorong ini perlu dimasuki oleh majoriti pengguna federal highway.
3. Pengguna-pengguna federal highway yang tiada adab/manners akan memotong di lorong kecemasan dan juga memotong masuk apabila tiba di persimpangan masuk ke Jalan Cheras/Klang Lama. Perbuatan mereka yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain membuatkan perjalanan menjadi bertambah sesak apabila pemandu-pemandu yang sudah beratur sekian lama terpaksa brek dan berhenti bagi memberi laluan kepada pemandu-pemandu biadap ini. Ini menyebabkan pemandu-pemandu dibelakang juga terpaksa berhenti. Dan apabila sering berhenti, akan lahir lagi pemandu-pemandu biadap yang memotong untuk ke depan. Di sini saya ingin memberi cadangan kepada JKR dan penyelaras Sprint Highway (yang menguruskan federal highway antara persimpangan PPUM sehingga ke MidValley) untuk meletakkan bonggol-bonggol kecil di laluan kecemasan supaya ianya tidak menjadi laluan utama kepada pemandu-pemandu tidak beradab ini.
4. Terdapat laluan alternative untuk ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat iaitu melalui Jalan Klang Lama dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) yang boleh dimasuki melalui Jalan Templer dan Taman Midah. Walaubagaimanapun di Taman Midah juga berlaku kesesakkan akibat daripada rekabentuk persimpangan NPE yang ntah hapa-hapa ntah. Manakala di Jalan Templer berlaku kesesakkan kerana pengguna laluan 3 lorong Jalan Templer perlu berasak dengan pengguna laluan 3 lorong dari jalan Gasing dan jalan lagi satu (lupa nama) untuk memasuki jalan 2 lorong memasuki NPE dan Jalan Klang Lama. Namun begitu, saya lebih menerima kesesakkan di Jalan Templer disebabkan bantuan daripada abang kakak polis trafik yang mengawal lalulintas sekaligus menghalang kemunculan pemandu biadap.

Yang sebenarnya, bukanlah kesesakkan yang menjadi isu utama saya tidak suka menggunakan lebuhraya persekutuan, tetapi lebih kepada tahap kesabaran saya terhadap pemandu-pemandu biadap yang lebih mementingkan diri sendiri daripada orang lain. Bagaimana kita hendak mengurangkan jumlah kemalangan jikalau ramai pemandu biadap berada di atas jalanraya kita?
Bagaimana kita nak mengurangkan kesesakkan jalanraya kalau ramai pemandu biadap ini?
Bagaimana kita nak melahirkan pemandu cemerlang jikalau pemandu biadap ini menunjukkan contoh biadap tersebut kepada anak-anak mereka didalam kereta?
Bagaimana kita dapat melihat persekitaran jalanraya yang indah jikalau pemandu biadap sering membuang sampah keluar dari kereta?
Bagaimana kita dapat menjamin keselamatan kita di jalan raya dengan kehadiran ramai pemandu biadap?
Andai kata kerajaan mengubah silibus pendidikan memandu kereta (yang sememangnya berjaya melahirkan pemandu biadap dan kurang skill sekarang), ia masih tidak dapat melahirkan pemandu cemerlang dan beradap di masa depan kerana mereka yang baru sahaja mendapat lesen memandu akan terpengaruh dengan cara pemanduan biadap guru memandu, pemanduan biadap ahli keluarga dan pemanduan biadap orang keliling. Malahan ada ketika anggota polis yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat juga mempamerkan cara pemanduan yang biadap (kalau atas alasan tugas, mungkin boleh dimaafkan).
Atas sebab-sebab kebiadapan kebanyakkan pemandu Malaysia yang berkumpul di Lembah Klang lah punca saya tidak berapa gemar menggunakan Lebuhraya Persekutuan dan lebih suka menggunakan laluan yang lain. Tambahan pula, apa la sangat RM1.60 bayaran tol NPE berbanding dengan jumlah minyak yang dihabiskan semasa kesesakkan, masa yang dihabiskan, dan juga 'wear n tear' perkakas enjin akibat berada didalam kesesakkan terlampau lama (terutama kepada kenderaan manual).

Rabu, 26 Mei 2010

Satu Malaysia Satu Jalanraya: Lampu....again

Sila perhatikan gambar lampu belakang beberapa kenderaan di dalam gambar dibawah dan fikirkan sejenak soalan saya ini....



Dalam banyak-banyak kenderaan di dalam gambar diatas, anda rasa kenderaan manakah yang paling senang untuk kita perasan mereka sedang menyalakan lampu signal?...
Lampu signal memang sedia maklum amat penting bagi sesebuah kenderaan. Pembuat kenderaan tidak akan mereka/memasang lampu signal pada kenderaan buatan mereka jikalau ianya tiada tujuan. Pemandu yang tidak tahu menggunakan lampu signal pula baik buang lesen memandunya.
Apa yang saya perasan di Malaysia ini, semakin besar kenderaan itu semakin kecillah lampu signal dan lampu breknya. Bandingkan lampu signal kereta kancil dengan lampu signal bas rapidKL, anda rasa lampu signal mana lebih besar? sudah tentu lampu signal kancil yang lebih besar walhal bas rapidkL punya badan lagi besar. Pada pembuat/pereka bas, rupa bas lebih utama daripada keselamatan kot...
Lori pula, besar mana pun lori tu, saiz lampu belakang mereka sama sahaja. Kecil sedikit dari lampu kancil. Diparahkan lagi dengan lori-lori ni yang memang dibasuh 3 tahun sekali, debu-debu kotor yang melekat pada lampu belakang buatkan lampu belakang mereka seolah-olah tiada guna kerana tidak berfungsi. Ada sesetengah lori pula memang sudah tertanggal lampu belakang, tetapi masih berada di atas jalanraya kita yang kononnya selamat ini.
Abang-abang penguatkuasa, tiada yang nak amik kesah ke?

Satu Malaysia Satu Jalanraya: Lampu


LAMPU KERETA....semua orang dah tahu apa tu lampu kereta. Macammana nak pasang pun semua orang dah tahu. Sebelum ni saya ada menceritakan kesah dongeng mengenai sesetengah pemandu yang tak suka ambik tahu samada lampu dia bernyala atau tak bila memandu waktu malam. Bagi pemandu-pemandu yang careless and selfish macam ni, kononnya dia buleh mengelak sebarang halangan bilamasa dia nampak, ataupun dia akan memberi seribu alasan konon tak perasan lampu kereta tak bernyala. Namun ada juga sesetengah pemandu kereta yang elok dan tidak rosak keadaan lampu keretanya, tetapi tidak membuka lampu ketika memandu malam. Bila masanya kita perlu membuka lampu kereta?.....
Mengikut secara lojik sekolah memandu, apabila malam menjelma secara otomatik kita akan membuka lampu. Namun apabila kita bertanya kepada orang kebanyakan mengapa kita perlu membuka lampu ketika memandu waktu malam? mungkin kebanyakan jawapan yang dapat kita terima adalah kerana kita tidak nampak jalan....memang betul jawapan tu, tapi dengan kehadiran lampu jalan yang belambak-lambak sekarang ni, takkan la kita tidak nampak jalan kan?...
Jawapan yang sebetul lojik adalah supaya kenderaan lain perasan dengan kehadiran kita di atas jalanraya. Betul apa yang saya katakan, kalau la kita pasang lampu supaya kita nampak jalan, bagaimana pula pemandu-pemandu selfish yang memandu tanpa memasang lampu itu? Ini bermakna kita mampu melihat juga walaupun memandu dengan lampu kereta padam di waktu malam.
Atas alasan yang sama juga kita perlu memasang lampu pada keadaan lain selain faktor malam. Antara keadaan yang perlu dipasang lampu:
1. malam
2. senja atau subuh (lampu kecil pun takpe)
3. hujan
4. terowong
5. Parking shopping complex bertingkat yang tertutup

1. Malam
Semua dah sedia maklum....

2. Senja atau subuh.
Senja atau subuh ketika gelap gelita tu memang la patut pasang lampu, yang saya maksudkan adalah ketika matahari baru hendak naik atau baru hendak tenggelam. Ketika nampak tompok-tompok merah kat langit. Memang secara dasarnya kita masih nampak jalanraya dan kenderaan lain dengan jelas dan kenderaan lain pasti nampak kita dengan jelas juga. Tetapi pernahkah anda semua menyelami maksud "Sekali Imbas"? Pada ketika ini lepas subuh dan senja ini, keadaan sekeliling kita boleh dikatakan seakan-akan berwarna kelabu, seolah-olah berkabus. Pada ketika inilah mata kita tidak dapat memberi fokus dengan baik terutama dengan pandangan sekali imbas. Apabila kita memandu laju di lebuhraya, dengan sekali imbas kita melihat side mirror untuk menukar lorong. Pandangan sekali imbas itu mungkin menyebabkan kita tidak nampak kehadiran kenderaan lain melalui side mirror itu, TERUTAMANYA apabila kenderaan itu tidak memasang lampu. Maka kita pun terus menukar lorong tanpa sedari tindakan kita mengundang bahaya. Terutama kepada kenderaan berwarna gelap dan silver, waktu subuh dan senja ini adalah waktu kenderaan kita sukar dilihat. Maka pasanglah lampu ketika ini, walaupun lampu kecil supaya orang keliling kita tahu kewujudan kita.

3. Hujan
Apabila hujan turun, ramai yang sedia maklum untuk memasang lampu supaya kenderaan lain perasan kehadiran kita di jalanraya. Walaupun ramai yang masih bangang tidak membuka lampu kerana mereka rasa mereka nampak kenderaan lain, mereka perlu ingat orang lain tidak semestinya nampak kehadiran mereka. Keadaan ketika ini juga amat bahaya dengan pandangan sekali imbas. Maka pasanglah lampu ketika hujan supaya orang perasan kehadiran kita. Sekiranya hujan renyai/tidak selebat mana bolehlah memasang lampu keci sahaja. Apabila hujan yang benar-benar lebat, perlulah dipasang lampu besar kerana lampu kecil anda benar-benar kecil. Jangan sesekali memasang lampu hazard walaupun ketika itu hujan tersangat lebat sehingga sukar nampak jalanraya!Ini kerana orang lain tidak tahu anda kereta anda sedang rosak atau bergerak. Ini tersangat mudah menyebabkan kemalangan jalanraya.

4. Terowong
Apabila melalui terowong, walaupun keadaan didalam terowong dicerahi dengan cahaya lampu, tetapi kita perlu juga memasang lampu supaya kenderaan lain tahu kehadiran kita. Ini kerana lampu didalam terowong di pasang dengan lampu kuning yang memang menyebabkan penglihatan menjadi kabur terutama bagi mereka yang sedia rabun. Kenderaan lain ketika ini sekiranya dilihat melalui side mirror akan nampak seperti sebuah objek hitam. Dengan pemasangan lampu akan membantu kenderaan di hadapan perasan dengan kehadiran kita.

5. Di parking bertingkat tertutup
Kawasan ini memang cerah dengan pelbagai jenis lampu, dan kenderaan-kenderaan pun semua memandu dengan perlahan. Kita memang nampak kenderaan lain dengan jelas. Namun ada ketika apabila kenderaan hendak keluar daripada parking, mereka cuma melihat sekali imbas sahaja. Lampu di kawasan parking yang malap dan berwarna kuning akan membantu penglihatan mereka. Ada kebarangkalian yang mereka akan keluar parking sesuka hati mereka tanpa menyedari kehadiran kita yang menghampiri mereka. Maka pasanglah juga walaupun lampu kecil ketika melalui kawasan parking bertingkat yang tertutup.

Isnin, 17 Mei 2010

Satu Malaysia Satu Jalanraya: Sesak

Setelah sekian lama mendiamkan diri dari persada seni mengumpat, kini ia telah kembali bersama gossip terbaru.....dipersilakan........'Satu Malaysia Satu Jalanraya' bersama topiknya.....SHESAKU (sebutan sesak dalam slang Jepun).....

Ya tuan-tuan dan puan-puan, Jalanraya dan Lebuhraya di Malaysia ini dah ibarat seperti 'aur dengan tebing'. 'sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula lebuhraya malaysia'.....Boleh dikatakan bagi penduduk di Lembah Klang, bermesra dengan lebuh raya ibaratkan menggosok gigi di pagi hari. Setiap hari kita akan melalui lebuh raya, manakala bagi penduduk di luar lembah klang, jalanraya sudah diibaratkan melepas 'saham' dipagi hari. Kita rakyat Malaysia pasti akan berhadapan dengan jalanraya dan lebuhraya setiap hari. Terutama bagi mereka yang bekerja di kawasan bandar, mencium bau ekzos kereta sudah ibarat mencium perfume Gucci. Sudah sebati dalam diri kita apabila kesesakkan jalanraya sudah menjadi sarapan dan hidangan minum petang kita.

Bagi orang-orang yang jarang ataupun tidak pernah berada di kawasan lembah klang, apabila mendengar radio diwaktu puncak, sering kali kedengaran perihal laporan mengenai kesesakkan lalulintas di kawasan lembah klang. Tetapi pasti mereka ini tidak dapat membayangkan bagaimana teruk kesesakan lalulintas itu. Disini saya cuba untuk memberi darjah keterukkan kesesakkan lalulintas di lembah klang.

Peringkat 1: Laluan dipenuhi dengan kenderaan namun masih lancar dan boleh memecut selaju 80km/h.
Peringkat 2: Laluan dipenuhi dengan kenderaan dan laju maksimum boleh pergi pun lebih kurang 50km/h ke 60km/h.
Peringkat 3: Laluan penuh dengan kenderaan perlahan. Halaju umum sekitar 10km/h ke 30km/h.
Peringkat 4: Laluan sesak. Perjalanan sejauh 1 kilometer memerlukan 30minit untuk sampai.
Peringkat 5: Laluan sesak. Perjalanan kurang 500 meter memerlukan masa hampir 30 minit ke atas.

*Adalah dimaklumkan bahawa peringkat darjah diatas adalah berdasarkan pendapat saya. Mungkin berbeza dengan orang lain. Sila jangan mengada nak kondem...

Bergantung kepada kawasan kesesakkan, kebanyakkan laluan di lembah klang ketika waktu puncak adalah sekitar peringkat 2 hingga peringkat 4. Kesesakkan ini bagaimana pun adalah kesesakkan yang dikira pada kebanyakkan waktu biasa, walau bagaimanapun kesesakkan bergantung kepada juga kepada cuaca, kemalangan, cuti umum dan juga faktor sampingan seperti polis mengada-ngada buat road block.
Mengambil contoh perjalanan seharian saya dari rumah di Taman Cuepacs, Cheras menuju ke tempat kerja di Jalan 222, Petaling Jaya. Bagi kesesakan biasa waktu puncak yang saya akan hadapi adalah seperti berikut:

Laluan 1: Keluar dari rumah di Taman Cuepacs menuju lebuhraya Cheras-Kajang. Waktu tidak sebuk hanya memerlukan 3 minit, namun ketika waktu puncak memerlukan hampir 20 minit. (Kesesakkan Peringkat 4)
Laluan 2: Sejurus memasuki Lebuhraya Cheras-Kajang sebelum tiba memasuki Lebuhraya Hubungan Timur-Barat di Taman Connaught. Perjalanan memerlukan hanya kurang 4 minit. (Kesesakkan peringkat 1)....(dahulu laluan ini pernah mengalami Kesesakan Peringkat 4 selama beberapa tahun setiap masa dalam sehari disebabkan pembinaan laluan bertingkat)
Laluan 3: Sejurus memasuki Lebuhraya Hubungan Timur-Barat. Apabila banyak kenderaan 'bijak' daripada Taman Connaught yang keluar dan masuk lebuhraya sesuka hati adik mertua diorang tanpa memikirkan kenderaan yang datang. Hasilnya laluan menjadi sesak. (Kesesakkan Peringkat 3)
Laluan 4: Apabila melepasi Tol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat. Tiada kesesakkan dikenalpasti.
Laluan 5: Di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat apabila tiba di persimpangan masuk ke Lebuhraya KL-Seremban. Daripada persimpangan ini sehingga memasuki Lebuhraya Persekutuan, perjalanan yang hanya memerlukan kurang 3 minit pada waktu biasa memakan masa selama 15 ke 20 minit pada waktu puncak. (Kesesakkan Peringkat 4)
Laluan 6: Sejurus memasuki Lebuhraya Persekutuan dihadapan Angkasapuri menuju Petaling Jaya sehingga persimpangan PPUM/KWSP. Kesesakkan disebabkan pelbagai faktor terutamanya sikap pemandu yang suka memotong barisan menyebabkan perjalanan yang hanya memakan masa selama kurang 2 minit pada waktu puncak menjadi 10 hingga 20 minit pada waktu puncak. (Kesesakkan Peringkat 4)
Laluan 7: Perjalanan seterusnya lancar sehingga ke pejabat di Jalan 222.

Berdasarkan laluan saya tersebut, adalah jelas perjalanan menjadi sesak disebabkan pertambahan kenderaan. Ini juga bersamaan pertambahan pemandu yang amatur/ kurang cekap, teragak-agak membuat tindakan sehingga mengganggu perjalanan yang lancar. Disamping itu juga sikap sesetengah pemandu yang mementingkan diri sendiri, memotong kenderaan lain yang sedang sabar mengikut barisan juga menambahkan lagi parah kesesakkan. Memang lojik la perjalanan akan sesak kalau pemandu 'bijak' seperti ini mengikut laluan bertentangan dan lorong kecemasan kemudian mencelah dihadapan. Jadi kenderaan dibelakang sampai bila pun tidak dapat bergerak......disebabkan setiap kali ada ruang untuk kenderaan hadapan bergerak, sering kali diisi dengan kenderaan biadap yang memotong. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap golongan-golongan selfish begini, mereka tergolong dalam golongan tertentu sahaja. Tidak kira mereka kaya memakai kenderaan besar ataupun hanya kenderaan yang menunggu untuk roboh, apabila golongan ini yang memandu, pasti sikap biadap dan pentingkan diri sendiri mengisi corak pemanduan mereka. Tidak perlu saya tulis disini golongan-golongan tersebut kerana ISA akan menjadi mimpi buruk saya apabila dituliskan.

Dengan corak masyarakat pemandu begini, dan ditambah pula dengan faktor lain seperti cuaca, akan hadir Kesesakkan Peringkat 5 akhirnya. Kebiasaannya dipetang hari, saat-saat sebelum hujan lebat ataupun saat-saat sejurus hujan lebat reda, saat-saat itu akan menjadi mimpi ngeri pemandu-pemandu di lembah klang. Ketika ini, Kesesakkan Peringkat 5 amat mudah berlaku di mana-mana. Oleh itu, apabila anda lihat hari hampir hendak hujan lebat, tunggu sahaja apabila hujan turun sebelum bertolak pulang ke rumah. Ataupun apabila hujan telah mula turun lebat, cepat-cepat la anda bertolak pulang sebelum hujan berhenti, kerana kesesakkan akan menjelma. Walaubagaimanapun, sekiranya hujan yang turun hanya sedikit, kesesakan boleh menjadi Peringkat 4 atau 5 secara tiba-tiba apabila pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing. Ketika ini anda tiada pilihan lain selain memaki-hamun kenderaan-kenderaan amatur di keliling anda. Tetapi anda juga perlu berwaspada sekiranya ingin memandu seperti biasa ketika jalan basah, pastikan anda mempunyai daya membuat keputusan cepat selain skill-skill tambahan. Ini kerana sedikit kesilapan buleh mnyebabkan kenderaan anda terbabas. Pastikan anda boleh membaca keadaan permukaan jalanraya dari jauh supaya tindakan awal boleh dibuat.

Kesesakkan yang disebabkan oleh kemalangan kadang-kala menyakitkan hati juga. Kepada yang terlibat kepada kemalangan, tiada apa buleh dilakukan. Semoga mereka dalam keadaan selamat. Sekiranya kemalangan kecil, buleh dialihkan kenderaan ke tepi, sekiranya kemalangan besar, kesesakkan tidak dapat dielakkan. Namun kesesakkan yang disebabkan oleh kemalangan kecil yang telah dialihkan tetapi menjadi tatapan semua pemandu yang paling tidak diterima. Semua pemandu penuh perasaan ingin tahu sehingga masing-masing memperlahankan kenderaan semata-mata mahu melihat apa yang telah berlaku pada kemalangan itu. Hasilnya kesesakkan Peringkat 5 berlaku....

Pelbagai lagi faktor kesesakkan yang menyakitkan hati buleh diceritakan, tetapi tiada apa yang buleh dibuat. Selagi kita tidak memupuk sifat pemandu cemerlang, bersopan santun, menghormati pemandu lain, mengikut peraturan termaktub dan tidak termaktub. Apa yang paling penting, respect other people's...jangan sampai menyusahkan pemandu lain.

Moral: Carikla rumah sebelah opis korang

Dengan sikap pemandu yang penuh ciri-ciri selfish begitu

Khamis, 6 Mei 2010

Kereta disepak samseng jalanraya



Kuala Lumpur, 5/May/2010- Seorang lelaki yang dalam perjalanan kerja ke tempat kerjanya seperti biasa di waktu pagi mengalami tekanan perasaan setelah kereta Honda Accord yang dinaikinya telah dicalarkan dan ditendang oleh seorang samseng jalanraya yang menaiki motorsikal kapcai. Berita selanjutnya:

Mangsa, Shahreza yang bekerja di sebuah kilang Jepun yang kedekut di Petaling Jaya bernama Sato berkata, "Saya rasa tertekan dan murung selepas kejadian itu. Mungkin memerlukan masa selama seminggu untuk redakan keadaan....abang tau tak nak repair mana?".
Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa dan suspek melalui satu jalanraya yang sempit di kawasan Sentul sebelum mangsa mengelak lubang di tengah jalanraya tanpa menyedari kehadiran suspek yang menaiki motosikal di sisinya. Akibat daripada tindakan mangsa itu, dipercayai hampir mengakibatkan suspek jatuh gedebuk dari motornya. Suspek yang berang dengan tindakan mangsa lalu mengejar mangsa sambil memaki hamun, menunjuk-nunjuk isyarat lucah (rujuk abe lucoh R&D untuk mengetahui lebih lanjut isyarat ini), dan menekan hon motosikalnya kepada mangsa. Mangsa yang dipercayai baru pulang setelah lama migrasi dari negara asal Ultraman dikatakan membuat dono sahaja kepada suspek. Ini membuatkan suspek bertambah berang. Setelah lama kejadian kejar-mengejar berlaku, akhirnya suspek dikatakan telah menendang kereta mangsa dan melarikan diri. Manakala mangsa masih lagi maintain pada posisinya. Setelah mangsa membuat pemeriksaan ketika tiba di kilang kedekut, didapati beberapa kemek dan calar terhasil daripada insiden tersebut.
Beliau telah membuat report kepada rakan-rakan R&D nya dan hasil siasatan pasukan khas dari R&D mendapati mangsa dan suspek masing-masing bersalah. Menurut ketua pasukan khas, GL Mohd Aidil ketika dihubungi berkata, "itulah penunggang motor, kadang-kadang kita bukannya nampak diorang kat mana, diorang ligat kiri kanan kita. sedar-sedar je ada kat kiri la, kanan la. Keadaan jadi lebih teruk semasa mereka berada di kawasan 'blind spot' pemandu kereta." sambil mengesahkan menerima laporan tersebut.
Menurut salah seorang ahli pasukan khas yang ditemui berkata, "mangsa sepatutnya mengangkat tangan meminta maaf kepada penunggang motosikal tersebut kerana jalanraya Malaysia ni memang bahaya sedikit. Tidak mengapalah kerana mangsa baru mula mengenali jalanraya Malaysia".

moral: harap JKR dapat repair semua jalan berlubang.

Khamis, 11 Mac 2010

Satu Malaysia Satu Jalanraya: Penguatkuasaan

Pagi ni saya keluar rumah macam biasa untuk ke tempat kerja. Perjalanan seawal jam 6:30 pagi sudah tentu dikala sang matahari belum menampakkan wajahnya. Ketika tersangkut di perjalanan yang sesak, diri ini mula memikirkan mengenai kesempitan hidup beberapa pemilik kereta di sekeliling saya yang tidak mampu untuk membeli mentol lampu keretanya. Ada sebuah van yang lalu dihadapan saya untuk beberapa ketika, tidak menyala keseluruhan lampu breknya. Ada juga kenderaan yang tidak menyala keseluruhan lampu didepan dan belakang kenderaannya. Kadangkala terpikir juga saya, adakah mereka terlampau tidak mampu membeli mentol lampu kereta yang hanya berharga RM2 itu, ataupun mereka tidak ambil kesah mengenai kenderaan mereka, ataupun mereka sering lupa untuk membeli atau memeriksa kenderaan mereka. Antara jawapan yang akan kita mendengar apabila kita menegur mereka...


1. "aiyoh...tak perasan lah. nanti saya tukarlah"
2. "nanti saya tukar la, sekarang ni takda masa la nak pergi tukar. lagipun polis tak tahan kalau setakat satu lampu je yang menyala"..

dan berbagai lagi alasan yang kita buleh dengar. Memang dari segi undang-undang adalah satu kesalahan untuk menggunakan kenderaan yang tidak menyala lampunya hatta satu lampu sekalipun. Namun betapa kuatnya pun undang-undang yang kita ada, ianya akan hanya menjadi satu coretan di kitab undang-undang kita sekiranya tiada penguatkuasaan ke atas undang-undang itu. Penguatkuasaan yang bagaimana?kita sering kali mendengar pasukan polis atau JPJ membuat roadblock atau pemeriksaan di jalanraya untuk mengesan kenderaan yang melakukan kesalahan. Untuk bas-bas dan teksi pula, pemeriksaan akan dilakukan di perhentian-perhentian tertentu. Memang ianya adalah satu penguatkuasaan yang boleh dikatakan berkesan, namun adakah ia berkesan secara menyeluruh. Tidak berdosa sekiranya saya berkata yang penguatkuasaan sebegini hanya akan membuang masa dan kos sahaja. Kita ambil contoh roadblock di suatu kawasan pada satu malam. Semua kenderaan yang melalui kawasan itu akan diperiksa keadaan kenderaannya. Tapi saya pasti ramai yang setuju sekiranya ada antara kenderaan itu akan berpatah balik apabila mereka sedar ada roadblock di hadapan mereka. Malah roadblock yang dilakukan pada malam hari, adakalanya tidak dapat memeriksa banyak kenderaan. Sebabnya ada antara pengguna jalanraya akan menggunakan kenderaan untuk berulangalik ke tempat kerja sahaja, pagi keluar rumah dan petang balik. Dapatkan agensi penguatkuasa mengesan kenderaan diwaktu ini?...pasti tidak. Sebenarnya banyak lagi kelemahan yang boleh kita cungkilkan dengan hanya melakukan roadblock untuk mencari pesalah jalanraya. Habis tu, macammana lagi penguatkuasaan yang buleh kita buat?...
Sebenarnya corak penguatkuasaan kita banyak dicontohi daripada corak penguatkuasaan British. Ini disebabkan ramai pengarah agensi penguatkuasa dan menteri-menteri yang terlibat adalah berkelulusan daripada sana ataupun sering ke sana. Bukannya salah untuk meniru corak penguatkuasaan mereka, tetapi penguatkuasaan mereka adalah sesuai dengan mentaliti mereka sebagai penduduk sebuah negara maju. Sebuah negara yang mempunyai taraf hidup penduduk yang serasi dengan pendapat isi rumah. Malaysia adalah sebuah negara membangun yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan taraf hidup. Berbilang kaum sahaja dapat membayang betapa banyak corak kehidupan dari negara asal masing-masing dibawa bersama sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan taraf hidup. Pendapat per kapita penduduk yang tidak serasi dan peratusan rakyat miskin yang tinggi mewujudkan jurang perbezaan antara kita dan British. Adalah sukar untuk melaksanakan penguatkuasaan yang dicedok bulat-bulat dari negara terbabit. Sebarang penguatkuasaan perlulah diserasikan dengan keadaan negara kita.
Saya sebenarnya mencadangkan agar penguatkuasaan undang-undang jalanraya di Malaysia ini diteladani daripada negara-negara maju Asia yang lain seperti Korea Selatan dan Jepun. Saya masih teringat ketika berada di negara Jepun dahulu, menaiki basikal di waktu malam dan saya telah ditahan oleh anggota penguatkuasa kerana menunggang tanpa lampu. Bayangkan dengan hanya menaiki basikal sahaja pun saya telah ditahan, inikan pulak kalau kita menaiki kenderaan tanpa lampu. Pasukan polis ada polis peronda yang akan meronda menjaga ketetenteraman rakyat. Namun mereka akan hanya membazir duit rakyat untuk membayar minyak kenderaan yang sekadar berpusing pusing di taman perumahan. Memanglah ianya berguna untuk menghalang jenayah dari berlaku ataupun dapat bertindak pantas sekiranya terdapat kecemasan. Tetapi ianya juga akan lebih baik sekiranya polis yang meronda dapat menahan sebarang kenderaan yang melakukan kesalahan lalulintas. Pada firasat saya, kemungkinan polis yang meronda adalah polis bahagian jenayah yang tiada kuasa untuk menahan pesalah lalulintas. Namun pagi ini, ketika keluar bekerja, saya ternampak ada sebuah kenderaan peronda polis berhenti di 7E dan seorang pegawai polis trafik keluar masuk ke kedai. Ini bermakna ada terdapat polis trafik bertugas bersama polis peronda, walaupun bukan semua. Ini juga bermakna, mereka boleh menahan mana-mana kenderaan yang melakukan kesalahan trafik termasuk yang mempunyai lampu kereta yang tidak menyala. Habis kenapa kita tidak pernah nampak perkara begitu?kenapa orang yang melakukan kesalahan jalanraya masih ramai?kenapa kenderaan-kenderaan yang ditahan polis peronda yang menaiki Mitsubishi EVO 10 adalah kenderaan yang lusuh yang tidak tentu buleh bergerak lebih dari 80km/j..(perkara yang saya sering nampak di lebuhraya hubungan timur barat)?
Penguatkuasaan atau pemeriksaan yang tidak mengikut masa sebenarnya satu penguatkuasaan yang sangat berkesan. Mereka yang menggunakan jalanraya akan sering takut untuk melakukan kesalahan lalulintas. Walaupun pada permulaannya mereka akan takut, namun setelah dijadikan amalan, sudah pasti membuahkan hasil melahirkan pengguna jalanraya yang bertanggungjawab.

Sebenarnya perkara utama yang saya ceritakan disini adalah, ketika kepala saya sebuk memikirkan kesalahan lalulintas yang dilakukan oleh ramai pengguna jalanraya, ketika itu jugak saya perasan yang lampu kereta saya sebenarnya telah terbakar sebelah heheheh....



nasib baik ada mentol spare kat rumah. So esok saya akan update tentang cara-cara menukar mentol kereta.

Selasa, 2 Mac 2010

Satu Malaysia Satu Jalanraya: Amature Driver

Beginner, Amatur dan Professional adalah 3 kelas penggolongan yang diberikan bagi merujuk kepada tahap pencapaian sesuatu atau seseorang. Beginner adalah merujuk kepada sesuatu atau seseorang yang baru mula berjinak-jinak dalam bidang yang ingin diceburi. Amatur adalah golongan mereka/sesuatu yang telah pun berpengalaman sedikit yang berupaya memberi response terhadap sesuatu yang berlaku. Manakala professional adalah golongan yang boleh dianggap sebagai pakar ataupun boleh bertindakbalas dengan response yang cepat dan tepat berdasarkan keadaan persekitaran. 3 kelas ini boleh digunakan untuk merujuk sesuatu dalam pelbagai keadaan seperti tahap membaca bahasa asing, ataupun tahap menulis sesuatu cerpen. Namun, saya percaya ramai yang terlibat dalam satu keadaan iaitu memandu, amatur driver...
Pagi ini semasa ingin ke tempat kerja, seperti hari-hari semalam sebaik sahaja keluar dari rumah saya, jalan untuk menuju masuk ke lebuhraya akan sesak yang teramat sangat. Sekiranya saya menunggu mengikut laluan itu, nescaya saya akan tiba di opis 2 jam berikutnya (saya keluar rumah jam 6:30 pagi). Lalu saya telah mengikut laluan lain yang agak jauh namun kurang sesaknya. Semasa tiba di satu simpang yang sebuk, laluan saya terdapat 2 lorong di kiri dan kanan. Laluan kiri adalah untuk kereta menuju ke kiri dan lorong kanan untuk kereta yang menuju ke kanan.

kuning: kereta amatur
merah: kereta saya

Semasa saya cuba untuk membelok ke kanan disimpang itu, terdapat satu kereta yang mencelah dari kiri (setelah dia mengikut dilorong kiri tersebut tadi) dan memotong kereta saya tanpa segan silu.
Amatur driver point ①: Nombor plate kereta dia WSS XXXX
Amatur driver point ②: Dia adalah seorang wanita yang memandu dengan steering berada dekat dengan dadanya
Amatur driver point ③: Dia memandu di lorong kiri yang sepatutnya untuk menuju ke kiri
Amatur driver point ④: Dia memotong saya dari kiri di simpang tiga

Memandangkan masih awal pagi dan saya tidak mahu memberi tekanan kepada kepala saya, tambahan pula diri ni masih tak berapa sehat, maka dibiarkan sahaja amatur driver itu memotong saya dan saya memandu sahaja dibelakangnya.
Ketika tiba di satu lagi simpang tiga untuk masuk ke jalan besar, berdasarkan keadaan posisi keretanya saya agak dia ingin ke kiri seperti saya. Sebelum tiba di hujung simpang, saya lihat kereta yang datang dari arah kanan jalan masih jauh dan memang sempat sangat sekiranya kereta amatur di depan saya terus masuk ke kiri. Sebaik sahaja saya pandang ke hadapan, alangkah terperanjatnya saya apabila mendapati amatur driver itu telah memberhentikan keretanya dengan jarak satu kereta dari hujung simpang (kat tanda "berhenti" tu)....dan serentak dengan itu juga saya terpaksa membuat brek emergency. Dan begitu juga dengan kereta-kereta di belakang saya. Kalau tidak silap saya, memang saya telah melanggar sedikit belakang kereta amatur itu, dan saya rasa seperti kereta myvi dibelakng saya juga telah melanggar saya sedikit. Sekiranya betul saya telah melanggar kereta amatur ini, dan sekiranya amatur driver ini berhenti di tepi untuk memeriksa kesan perlanggaran, memang satu ceramah perdana akan saya berikan kepada amatur driver ini. Tetapi amatur driver ini telah pergi terus seolah-olah tiada apa yang terjadi. Saya juga meneruskan perjalanan dengan perasaan yang bengang dengan pemandu amatur..

Amatur driver point ⑤: dia teragak-agak untuk keluar simpang
Amatur driver point ⑥: di simpang, dia berhenti agak jauh dari tempat yang biasanya orang lain berhenti
Amatur driver point ⑦: dia tidak peka dengan apa yang berlaku kepada keretanya

Ini adalah contoh amatur driver yang dapat saya tunjukkan. Saya percaya ramai orang telah berhadapan dengan amatur driver yang lebih banyak lagi ragam yang dilakukan. Kadangkala mereka yang amatur driver ini memandu kereta yang lebih mewah daripada kita. Adakah mereka cuba menunjukkan kemewahan mereka dengan pemanduan yang papa. Sekarang ini juga seperti yang semua orang alami, kesesakkan jalanraya di Lembah Klang menjadi bertambah buruk. Disebalik kesesakkan jalanraya itu dapat kita saksikan berapa ramai amatur driver bersama kereta-kereta baru mereka...............dan meningkat jua jumlah kemalangan jalanraya dinegara kita

Isnin, 1 Februari 2010

Satu Malaysia satu jalanraya: EPISOD 1

Kehadapan mereka mereka yang memandu di jalanraya. bersopan santunlah anda dijalanraya, maka kepada anda jualah orang lain akan bersopan santun. Episod satu kali ini akan meninjau perihal perangai pengguna jalanraya yang bijak tidak tau menggunakan lampu signal.
lampu signal sebenanye adalah satu objek/ciptaan bijak dihasilkan oleh orang yang bijak mencipta kereta. Lampu signal ni memang ada kat semua kenderaan bermotor yang terdapat di atas jalanraya dimana mana di muka bumi ciptaan Allah ini. Sama ada anda suka atau tidak, apabila anda membeli kenderaan di dunia ini, lampu signal akan disertakan sekali sebagai pakej bersama kenderaan anda. Apa itu lampu signal?
kalau kita search kat Wikipedia, lampu signal ini akan merujuk kepada lampu untuk memberi signal secara visual. Signal signal ini diberikan berdasarkan kod morse untuk memberi maklumat atau data kepada pasangan kita di sebelah sana. Kebiasaannya digunakan ketika perang oleh kapal terbang dan juga kapal perang. Secara logika juga, lampu signal yang terdapat pada kereta adalah untuk memberi signal kepada orang orang disekeliling kita supaya peka terhadap pergerakkan yang kereta kita akan lakukan. Apakah kegunaan lampu signal kereta?
Apabila merujuk kepada pergerakkan kereta kita, dapatlah kita bayangkan yang kereta akan bergerak kepada 4 arah, depan, belakang, kiri dan kanan. Apabila kedepan, tiada lampu akan menyala, dan kereta bergerak kedepan pun sudah dianggap kita faham yang kereta sedang melakukan pergerakkan ke depan. Pergerakkan ke belakang pula dapat dilihat signal melalui lampu berwarna putih yang menyala di belakang kereta (kalau lori kat jepun, ada keluar suara kata lori tengah berundur). Manakala pergerakkan ke kiri dan kanan pula dapat ditunjuk niatnya melalui lampu signal, kalau kiri nyala, ke kiri lah pergerakkan kereta, kalau ke kanan menyala, ke kanan lah pergerakkan kereta. Oleh itu, penting tak lampu signal ini?memang sangat penting supaya orang lain tau yang kita sedang melakukan pergerakkan ke mana. Bila sepatutnya guna lampu signal ni?
lampu signal sepatutnya digunakan apabila:

1. hendak menukar lorong
2. hendak memasuki simpang
3. hendak keluar simpang
4. hendak berhenti ke kiri jalan/ kanan jalan (apabila sudah berhenti diberi lampu hazard light)

4 keadaan ini adalah basic kepada pengguna jalanraya untuk menggunakan lampu signal. Dengan memberi signal, kita dapat memberitahu orang lain yang kita akan melakukan pergerakkan membelok dan dengan ini orang lain itu akan berwaspada atau bersiap sedia. Dengan memberi signal juga kita dapat memberitahu kepada penunggang motor dibelakang kita supaya tidak memotong kita sesuka hati dan sebarang kemalangan dapat dielakkan.
walaupun boleh dikatakan semua orang tau apa itu lampu signal, bagaimana menggunakannya, ada juga terdapat sesetengah orang/malaun yang tidak tahu memberi signal semasa memandu. sepanjang pemerhatian saya sebagai pemandu, boleh saya asingkan mereka kepada beberapa golongan:

1. golongan muda yang baru mula membawa kereta. kereta pun baru (pemberian mak bapak), pastu nak berlagak kat jalanraya.
2. golongan wanita (semua sedia maklum)
3. golongan kaya yang memandu kereta besar2. Otak bijak dapat beli kereta besar, tapi stupid pasal tak tau guna signal.

Bukannya semua yang golongan2 ini termasuk dalam geng2 tak tau guna signal. ada juga yang tau menggunakan secara berhemah. Tetapi dalam kebanyakkan kes, ataupun majoritinya adalah golongan diatas. (sesiapa yang rasa pendapat saya tak betul tu, jangan risau, kalau anda bukan orang macam tu, anda termasuk dalam golongan minoriti ler....hebat la tu).
contoh contoh keadaan yang mereka tidak tau menggunakan signal:
Kereta merah: anda
kereta kuning: stupid driver
kereta hijau: kereta lain yang tiada kene mengena


Kes 1: Apabila anda hendak ke keluar simpang samada ke hendak ke kiri atau ke kanan, ada sebuah kereta datang dari sebelah kanan anda. sekiranya kereta itu hendak terus ke hadapan, adalah bahaya untuk anda keluar simpang. But this stupid driver without giving any signal, turn to his left into the junction. Bengang tak?anda sudah menunggu lama nak keluar, sekali kereta tu buat macam tu. So anda terpaksa tunggu sehingga tiada kereta yang lalu atau terdapat kereta yang memberi signal hendak ke kirinya.



kes 2: anda sedang memandu dengan kelajuan maksimum had laju (110kmh) di laluan tengah lebuhraya apabila terdapat sorang stupid driver memasuki lorong dihadapan anda tanpa memberi signal ataupun daripada lorong kiri terus memotong dihadapan anda untuk ke lorong paling kanan. adakah anda bengang?andai kata dia memasuki lorong anda dengan jarak 1km dari anda, anda pedulik hapa. tapi kalau dengan jarak tak sampai 1 meter depan anda, camne?anda terpaksa menekan brek kereta anda secara mengejut. kalau penumpang anda tgh melakukan sebarang kerja seperti buat susu anak, tak ke melambung dia ke hadapan kerana anda brek kereta.



kes 3: anda sedang memandu dibelakang sebuah kereta. tiba-tiba kereta itu membrekkan keretanya. Pada pendapat anda mungkin terdapat kereta/motor/basikal dihadapannya yang menghalang laluannya. Secara tibatiba kereta itu brek dengan lebih kuat dan masuk ke kiri. Anda yang sedang memandu dengan kelajuan biasa tidak tahu yang dia akan membelok secara tiba2 terpaksa membrek dengan tiba2 bagi mengelak berlanggar dengan belakang kereta nya. Anda bengang tak?sekiranya that stupid driver menggunakan lampu signal memberitahu kita yang dia akan membelok, sudah pasti kita akan bersiap sedia untuk menekan brek atau kita menukar laluan dan memotongnya sahaja. Keadaan akan menjadi lagi bengang sekiranya kereta itu hendak berhenti di tepi tanpa memberi signal, dan kemudian teragak agak untuk mencari ruang kosong untuk parking. Ini semua dilakukan tanpa memberi signal. Anda yang tidak tau niatnya pasti akan memaki hamun.

begitulah tuan tuan dan puan puan mengenai betapa pentingnya menggunakan lampu signal semasa memandu. Ingatlah akan pemandu2 dan orang2 disekeliling kita, peka terdapat persekitaran kita semasa kita memandu. Fikirkan apa yang mereka akan rasakan sekiranya anda melakukan masalah semasa dijalan raya. Yang pasti, maki hamun, sumpah seranah, carut mencarut sudah pasti hinggap dimulut orang yang bengang dengan tindakkan anda tidak tau memberikan signal. Walopon orang yang mencarut itu akan dapat dosa sebab mencarut, anda yang memandu tidak menggunakan signal juga akan mendapat dosa sebab menjadi punca orang tu mencarut. Oleh itu, gunakanlah lampu signal anda sebetulnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...