Memaparkan catatan dengan label jikosyokai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jikosyokai. Papar semua catatan

Rabu, 21 Ogos 2013

Kenapa Mazda 5?!Why?why?....

Ha......kembali semua bersama topik berkaitan kereta.....
Sebelom ni dah janji nak kenalkan family baru satu lagi kan?...ha ni lah dia, Mazda 5.....

Tercetusnya idea...

Kesah mengambil anak angkat ini bermula setahun yang lepas. Kira2 beberapa bulan sebelom Ramadhan, and kami pun baru saja mendapat baby baru, kami pun planned nak buat akikahnye dkt kampong hamba, kat kelantan. Nak jadik kesah pulak, kami baru meng-order seorang maid dr agen kat indonesia (mcm order apa la pulak) and dia berjanji maid kami akan sampai sebelom Ramadhan. Ini bermakna, utk bergerak ke kelantan ketika Raya puasa nanti, saya, isteri, anak 3 orang yg perlu duduk dlm car seat dan seorang maid akan menaiki kereta CRV. Kemudian seorang sepupu wife pun teringin nak ikut, so nanti 4 dewasa dan 3 kanak2 dlm car seat akn memenuhi CRV saya. Maka setelah berfikir lama dgn wife, membuat kira2 kewangan, akhirnya kami setuju melucutkan jawatan encik CRV gemuk dan mencari pengganti lain yg lebih byk seat.

Abistu, kenapa Mazda 5?

Kalo nak ikut nafsu saya, mmg sy angkat Estima la....tapi terdpt beberapa requirement yg kitorg letak utk mencari pengganti crv tu.
1. Kete baru, bukan 2nd hand. Sbb malas nak jaga maintenance kete besar2 nih. Tak larat dah asyik dok pakai kete besar je selama ni.
2. Kereta tu perlu 6 seat dan ke atas.
3. Kereta tu perlu ada official warranty lebih dr setahun dr pengeluar kereta, bukan penjual kereta.
4. Kereta tu perlulah mempunyai pintu belakang sliding (gelongsor). Senang kalo kat parking sempit2 ni nak kluakan anak dr kete. Berdasarkan pengalaman lepas masa pakai CRV, mmg susah kalo nak kluakan anak dr car seat kalo tmpt sempit nih. So mmg nak carik yg pintu sliding.
5. Tak nak kereta tinggi sgt sbb kalo drive ke kelantan, senang nak amik corner laju etc. Kebanyakkan kereta besar cam starex mmg sedap bawak, especially kat hiway, tapi bila kat laluan biasa ni, suspension belakang too bouncing and cornering kena carefull enough.

Based on above requirements, list yg boleh disediakan lepas tgk availability di malaysia nih:
1. Mazda 5
2. Mazda 8
3. Honda Freed
4. Volkswagen Sharan
5. Nissan Serena

Nissan Serena: kesah mencari kereta ni pada tahun 2012. Nissan Serena model 2nd generation ini telah mula dijual sejak 2001/2002 begitu. Sudah 10 tahun namun masih menjual model ini. Sedangkan kat Jepun sudah ada generasi ke 4. Mmg tak masuk akai langsung kalo nak beli kete nih.....old technology.

Sharan & Mazda 8: Mahal sgt...lebih2 lagi Sharan. Dah la kecik mcm mazda 5...tapi harga giler mahal.

Honda Freed: Too small. Tak patut jadik 7 seater car sepatutnye nih.

So yang tinggal, Mazda 5 je la....faham dah?

Spesifikasi

Speksifikasi asal buleh check intenet, malas nak tunjuk kat sini. Tapi hok kitorg ni ada additional leather seat. Pastu dah tau mmg kete sempit kalo semua seat bukak, terpaksa la pasang roof box. Batang pelantar pakai brand Thule, sbb brand lain ni tak percaya sgt. Takut bengkok etc. Pastu dah alang2 tu, beli la box Thule sekali...harga tak moh cakap sini. Gi kedai tanya sendiri...

Khamis, 29 April 2010

Men's Barber


Kedai gunting rambut berdekatan dengan rumah saya di Cheras. Hanya untuk lelaki sahaja (dah dia tulih men's barber....ke dia maksudkan tukang gunting tu adalah lelaki?)...
Bayaran untuk dewasa adalah RM8 untuk sebarang jenis potongan..
Bayaran tambahan RM4 kalau anda mahu diorang urut kepala dan belakang badan....memang sedap giller. Urutan kat belakang badan tu, kalau staff diorang yang takde skill urut belakang, diorang ade disediakan mesin urut belakang......saya dah rasa dua2, urut pakai tangan lagi best....

Kete baru nampak..huhu

Macam yang saya dok promote sebelom nih pasal kereta comel kak gi, ni ler gambar si comel yang menggantikan si comel lama.


Bagi penduduk Sato,cerita pasal kereta kak gi ni dah basi dah pun..ye lah, kereta tu dah masuk Sato sejak 15 april lepas lagi dah pun. Tapi yang sebenarnya, sebelom si comel ni masuk Sato dulu, tiada siapa yang tahu rupa si comel ini selain saya dan Kak Yan huhu....cuma saya yang lambat masukkan gambar ke blog nih.
Okeh...kepada siapa yang nak kenalan ngan kak gi comel bersama kereta comelnya, bgtau ler saya..........(double promote heheh)

Rabu, 31 Mac 2010

Kak G dan keretanya.....


Namanya Foziah, tapi kami panggey kak gi. Dia ni merupakan jiran sebelah kiri saya kat parking Sato nih. Tapi dalam organisasi Sato nih, dia merupakan super senior, super sempai, super bos (lain department la..) berbanding diri saya. Petang-petang masa nak balik keje dia akan check keadaan kereta dia, kalau ada yang dia tak puas hati, dia mintak pendapat orang yang ada kat situ. Memang safety first lah orang kata. Sama jugak dengan keje dia kat Sato, memastikan keselamatan dalam semua aspek kecuali security guard punye hal. Saya amik gambar nih sebab, si comel berwarna merah yang tengah digomol oleh kak gi itu akan diambil alih peranannya oleh si comel yang lain tidak lama lagi............siapa?tunggggguuuuu....bagi suspen sikit

Khamis, 31 Disember 2009

Jikosyokai

woiyeah....memandangkan aku tgh busan. pastu malas nak buat keje kat opis ni, maka aku menulis sebuah nukilan isi hati hahaha.........

memperkenalkan anak saya. Gadis ayu yang tidak asing lagi dalam dunia permodelan antarabangsa....namanye Nur Zia Zaara
Zia Sehari Lepas Dilahirkan (22 February 2009)

Zia ni dilahirkan oleh seorang ratu dalam bidang masak memasak. Tidak lain dan tidak bukan......MAMAnya
Mama ngan Zia 3 bulan lepas Zia lahir

Seterusnya, saya ingin memperkenalkan "kawan" family saya sekarang....perkenalkan Encik Honda CRV RD5 .............

kereta ni baru kami beli dalam bulan november 2009 selepas menjual sebuah kereta yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga sebelom ini. Perkenalkan Encik Honda Accord Euro R CL1....
kereta ni aku beli masa kat Jepun dulu....malas nak kata byk pasal kete ni lagi sekarang, cite lain kali.....
sebelom aku pakai kereta accord ni, aku pakai kereta Nissan Skyline R32 Type M.
pinjam gamba kete orang lain jap, tapi macam ni lah rupa skyline R32 tu

sebelom skyline tu pulak merupakan kereta aku yang pertama......................encik Toyota Levin AE110........
sama bentuk macam kete kat atas tu, tapi kete saya warna silver

kebanyakkan gamba2 kereta saya yang lepas2 tu semua dah hilang sebab PC yg saya bawak dr jepun rosak...abih semua gamba2 masa kat jepun dlm PC tu ilang...........hampeh.

itulah saja jikosyokai saya utk kali ini..lepas ini saya akan perkenalkan dengan lebih details mengenai keluarga dan "kawan"2 diatas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...