Memaparkan catatan dengan label CRV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CRV. Papar semua catatan

Ahad, 15 Julai 2012

kereta dan AKU: 2 Tahun 6 Bulan kita bersama

Kelahiran anak saya yang sulung, saya masih memandu Accord Euro R CL1, ketika isteri mengandung anak ke-2, Euro R terpaksa dilepaskan dan CRV RD5 mengambil tempat. Kini sejurus selepas kelahiran anak ke-3, CRV pula dipaksa lucut jawatan dan sebuah mini van dilantik untuk tugasan ini.

Mungkin ada yang berkata, "tak cukup besar ke CRV tu?", mungkin juga ada yg berkata "biar benar diorg nih"......

Tapi mungkin juga ini yang dikatakan rezeki anak.

Sebenarnya perkara ini sememangnya berada diminda kami suami isteri ketika isteri sedang mengandung lagi. Dengan keadaan anak dua, setiap kali pulang ke kelantan, muatan dalam kereta sememangnya ibarat lori. Bukannya kadang2, tapi memang setiap kali balik. Tambahan pula dengan setiap anak diwajibkan duduk dalam car seat. Dengan CRV, saya akan berada di seat driver, isteri di seat sebelah dan 2 anak bersama car seat berada di seat belakang. sekiranya ada penumpang lain, satu car seat terpaksa keluarkan dan anak saya yg tidak duduk dlm car seat tu memang tak senang duduk sepanjang jalan. Kalau perjalanan ibarat ke penang, mungkin bleh bertahan. Tetapi ini perjalanan ke kelantan yang 80% jangkamasa perjalanan tidak akan melalui lebuhraya, dan jika tidak bernasib baik akan tersangkut di kesesakan menuju ke kelantan selama 15 jam. Keselamatan dan keselesaan menjadi perkara utama disini. Dan kini dengan tambahan satu lagi baby carrier, ruang akan menjadi masalah. 

Sejurus selepas kelahiran anak ke-3, kami pernah buat simulasi perjalanan ke hospital bersama 3 car seat. Perjalanan yang singkat menjadi sukar kerana ruang yang sempit. Isteri sukar nak siapkan susu anak2, isteri hanya boleh breastfeed anak sebelah bahagian saja etc.

justeru, setelah membuat kira2 dan jumlah simpanan pun agak baik, akhirnya kami bersepakat untuk mencari sebuah kenderaan yang praktikal untuk menggantikan CRV kesayangan kami.

Tatacara pemilihan kenderaan akan saya cerita dalam entry untuk memperkenalkan 'keluarga' baru kami nanti.

CRV telah pun berjasa dalam keluarga saya. Semalam pun isteri saya berkata "CRV ini adalah kenderaan terhebat pernah dia naik". Pada saya. walopon sehingga kini saya rindukan ke-cun-nan Euro R saya, dan rindukan kehebatan skyline R32 saya, saya akui, CRV adalah kenderaan paling praktikal pernah saya miliki.


CRV RD5 adalah crv generasi kedua yang mula betapak di malaysia dr tahun 2002 sehingga digantikan dengan model baru pada 2007. Ianya hanya terdapat pada enjin kapasiti 2000cc utk market Malaysia, walhal di luar negara juga terdapat kapasiti 2400cc.

Berdasarkan berat badan CRV ini, ianya mungkin dicipta untuk membawa badan dengan enjin 2400cc ini. Mungkin disebabkan itu juga versi 2000cc yang terdapat di malaysia ini dikatakan makan minyak.
Tapi seperti yang saya cerita dalam entry sebelom ini, penggunaan minyak boleh dkurangkan dengan mengurangkan berat badan dan sedikit modikasi.
CRV saya telah menggantikan rim original 15 inci yang berat kepada rim advan rg 17inci yang ringan. Hasilnye memang sangat terasa. penggunaan minyak kurang dan pikap juga betambah. Tapi sebabkan perbezaan 2 inci, dan series taya yang nipis sedikit berbanding original, ketahanan pada persekitaran underbody seperti suspension, bush, dan bar menjadi kurang. sekiranya anda terasa ingin menukar rim crv sebegini, eloklah dicari yg 16 inci atau kekalkan dengan 15 inci tetapi ringan.

kelebihan crv sebegini: 
ruang dalam yang luas (serius luas), 4wd yang sangat membantu ketika hujan dan selekoh, position yang tidak terlalu tinggi seperti van atau pikap trak dan tidak serendah kereta sedan. Pikap enjin yang best. Naik bukit lurus laju je, bukit lurus la, kalo bengkang bengkok cam genting tu memang tertinggal belakang la.Ada overdrive yang membantu ketika memasuki selekoh dengan kelajuan tinggi dan ketika memotong kereta. Senang nak gerak dr seat depan ke belakang dan sebaliknya.

kelemahan crv yang nih:
bentuk bumper hadapan yang melengkung di belah bawah, dan taya depan yang agak rapat dengan bumper membuatkan apabila kita melanggar lopak air dengan kelajuan tinggi, air akan terhambur atas cermin hadapan, sangat2 bahaya bagi mereka yang senang panik. rim original yg berat buatkan pikap tiada. Handbrake yang menyerupai centre panel dashboard, sangat bahaya kalau budak2 yg tak tau pape pegi tarik handbrake tu masa kita tgh drive.  minyak kuat...etc...

Saya akan ceritakan perihal mini van dalam entry lain. Selamat maju jaya kepada CRV kesayangan dan terima kasih banyak.

Khamis, 7 Jun 2012

the gril with the rim


Nah....gambor gril ngan rim original crv...nampok buleh tahan gak




Isnin, 28 Mei 2012

the grille

Few weeks ago, gatal poket..dalam kete ade bunyik pelik2 kat taya tiba2 tergatal poket gi beli grille baru kat kedai 'abang'. Nah ni dia rupenye....


Ni ghupe dr depan..

Ni rupe dr tepi sket... nampak sgt ketidakmasukkan rim tu dengan grile. kalo pakai rim silver atau chrome tu memang cun lah..


Selasa, 3 April 2012

Sep..sket

Saja nak meng-update pasal voltage stabilizer buatan sendiri yang saya post sebelom.

Dah try pakai dalam seminggu lebih ni, perubahan paling terasa la kan...minyak kereta bertambah save. Mungkin korang ingat ni semua psikologi jek, tapi percaya lah pada mereka yang menggunakan CRV nih. Kalo sebelom ni, bawak kereta dr cheras sampai putrajaya, dpt nampak meter minyak bergerak turun. tapi lepas pakai mende nih, meter tak gerak la pulak. pastu kalao isi full tank pulak, dlm 4 5 hari pegi balik keje+ jalan2 weekend, sure abih minyak dah. Tapi lepas pakai alatan radas nih, meter nampak cam tak berjalan. Isi full tank, seminggu lebih dpt bertahan....

skang ni saya tgh berkejasama ngan abang maintenance group untuk buatkan casing utk saya. Tgk progress agak perlahan, nanti bila dah siap kang saya update lagi.

Ahad, 18 Mac 2012

Huih terangnyer panel.......*cam hampeh*

 
Panel yang tengah tu yang control suhu tu yang tak menyala

Maka tersebutlah kesah...lampu pada ekon (aircond) panel kereta saya tak menyala la pulak sebijik. Dengan penuh rasa tanggungjawab, saya pun membukak la panel tu nak cabut lampu tu bawak pegi kedai ekesesori.  Cara2 nak membukak lampu nih:
1. Bukak cover kat tgh2 ruang simpan barang kat centre panel kereta. Dalam tu ada satu screw kena bukak. Refer kat gambar atas tu.
2. Bila dah bukak tu, ade 2 screw kat belah atas panel tu kena bukak.

3. bila dah bukak screw, ade 4 tempat clip yang hanye perlu ditarik je panel tuh.
4. Bila dah tarik tu, ade satu cable kena bukak.

5. Pastu bukak cover belakang ekon panel tu guna screwdriver. ada 7 tempat screw kena bukak.

6. Lokasi lampu2 tu seperti yang dibulatkan digambar bawah. Cara nak bukaknye, pakai screwdriver rata, pulaskan soket tuh.


Bila dah bukak tu, sekali ada soket la pulak...
Ginilah rupe lampu tuh

Lepas ditanggalkan dari soket

Masalah bila dah bersoket gini nih, takde kedai yang jual sebab dia special made untuk honda. Tapi saja la try gi tanye kat kedai 'abang', sah takde jual. Maknenye kena gi carik kat dealer.....
Pastu dok pikir2 tahap kemalasan nak gi dealer semata-mata nak carik makhluk ni, saya pun sekali lagi terpikir untuk tukarkan je lampu tu ke LED. LED pun belambak kat opis tu, buleh je amik sebanyak yang mungkin.
Mula2 nak pilih warna LED yang nak pakai tu, kat opis ni ade kuning crystal, merah biasa ngan merah crystal ngan hijau biasa. hmmm.....merah crystal je la kot. Pastu amik sebijik LED tu try masukkan kat soket.

Memandangkan tak ada datasheet utk LED nih, so saya try sambung direct LED tu dengan power supply nak tgk arus (current) yang sesuai untuk LED tu. Berdasarkan ujikaji, 0.05A pada 2. 5V berikan cahaya yang agak terang. Tapi kat ekon panel tu pulak, berapa voltage diberikan?

Terus saya amik multimeter, kira voltage pada lampu kat ekon panel tu.....12V...seperti yang dijangkakan. Kalau sambung direct LED ni kat ekon panel, sah sah terbakar LED tu. Maknenye kenalah letak perintang. 
Kalau dari segi circuit, litarnye lebih kurang beginilah.

LED memerlukan antara 2V hingga 3V untuk menyala. Saya andaikan disini dia menggunakan 2.7V.
Kiranya voltage asal pada ekon panel adalah 12V, voltage pada R1 adalah 9.3V (12V-2.7V=9.3V). So resistor yang kita perlukan disini daripada hukum Ohms V=IR adalah 9.3V/0.05A=186 ohm. 
Kuasa, P=VI, sebabkan voltage asal adalah 12V, adalah tidak sesuai sekiranye kita menggunakan chip resistor. Takut panas sangat, nanti senang terbakar. Terpaksalah saya gunakan carbon resistor. Tapi carbon resistor tak banyak ade kat opis nih. Paling kecik yang ade pun 1000ohm....hmm..terpaksa la sambungkan cara selari. Sambungan selari maknanye tak boleh sambung banyak sgt, takut takde space nak pasang LED tu kat ekon panel nanti.

1000ohm disambung selari untuk 2 bijik dapatlah 500ohm, Kire dekat gak la ngan 186ohm..
V=IR
9.3/500 = 0.0186A
1.86A...boleh la kot....malas nak sambung banyak2.Pastu alang2 dah nak tukar ke LED tu, saya pun pasang je terus semua soket2 lampu yang lain tu dengan LED jugak. hasilnye...

Tapi tetiba terpikir la pulak, boleh ke LED tu masuk dalam ekon panel tu?...bila dibuat perbandingan, LED tu tinggi sket dr lampu asal. So, terpaksa cuba pasang kat ekon panel je.......eh..buleh la pulak...layan....

Bila dah siap, saya pun pasangkan balik soket kat ekon panel tu. Pastu sambungkan balik semua kat kereta. Hasilnye pulak...

Hmm...panel control suhu yang tengah tu mcm tak nyala sangat la. Tapi perkataan "A/C" tu nampak la. Bila pikir2 balik, saya guna LED merah, panel tengah tu warna biru display dia. So kalau pikir warna asas kuning, biru ngan merah. Bila merah campor biru, dapat la ungu. Pastu biru ni pulak bukan jenis biru lutsinar ke hapa, mcm cat mati gitu. Pastu LED pulak 0.0186A je, tak berapa terang sgt la. Tapi apa pun ok la....kire menjadik jugak la...

Rabu, 14 Mac 2012

Sendiri made VS dicucuk ...adeh

Okey...bersambung dr cerita sebelom....gambar akan diupdate nanti ye...

Kalau dlm kesah pengayaan uranium ...eh bukan ...pembuatan Voltage Stabilizer (VS) saya sebelom nih. Kalau tgk gambar yg bila VS tu dah siap tu, dengan keadaan bogel macam tu lah saya pegi cucuk VS ni kat encik CRV saya yang tua nih.
Saja nak tau menjadik ke tak sendiri made VS nih...kalau rasa ok kang saya buatkan lah body dia.....

Test 1, Start Henjin:
okeh, bila dah cucuk kat tempat rokok tu, saya terus start enjin.....hmm....mcm takde perubahan, enjin still amik masa nak hidup. Takpe...crv ni belom serasi kot ngan vs nih. Saja bagi dia charge kejap dlm beberapa saat. Pastu matikan enjin balik. pastu hidupkan balik enjin, sekali enjin mengaum garang seolah saya hidupkan sambil tekan pedal minyak..heheh....ni pun sbb jangkamasa antara off ngan on enjin tadi kejap sgt. kalo penggunaan biasa, xdenyer jadik camtu........

Test 2, Radio kereta:
dikatakan kalau pakai vs ni, bunyik radio makin sedap......saya rasa sama jek. sebab selama ni pun memang tak amik kesah pun pasal radio nih. tapi perasan la bila cucuk vs nih, matikan enjin je, radio tak terus mati, still berbunyik utk beberapa milisaat.

Test3, lampu:
Hmm...lampu dalam kereta agak terang compared dengan sebelom nih. Lampu luar kereta kurang la malap dia banding ngan sebelom nih, tapi still ade kemalapan tu, cuma dah kurang...

Test4: pikap kereta:
seriously ade beza gak la walopon sket. Mesti ade yang tak caya ckp saya kan?...tapi percayalah..sebabnye saya ni pakai crv buruk jek, memang enjin ni tak power langsung, tapi bila ade perubahan sket tu, memang dapat rasa lah....

Test5, gegaran enjin: 
ntah..sebabnye enjin mounting saya memang dah kong sebelah heheh.......esok nak gi tukarlah mounting nih....

Test, 6: enjin respon:
Sebenarnye sambungan dr test 4 tadi. Ye lah kita ni bila dah pakai kete berat tapi enjin kecik nih, setiap perubahan kat enjin tu memang dapat rasa. So lepas pakai vs ni dapat la rasa yang gap masa antara pedal minyak ditekan dengan respon pada enjin makin kurang la....

test apa lagi nak tulih nih........?

overall conclusion: Yes...memang ade perubahan. Kiranya menjadik jugak la vs buatan sendiri nih. Cuma jauh kat lubuk hati saya, rasa mcm ade mende tak cukup. Saya tak sure samada circuit saya tak cukup mende ke, atau mende lain. Saya dapat rasakan mcm vs ni tak bagi kesan yang secukupnya kat enjin. Padahal, alternator, compressor, main fius, bateri, radiator etc pe semua tu ade kat enjin bay. Kalau saya cucuk kat tempat rokok, seolah olah dia hanya banyak bagi kesan kat bahagian dalaman kereta. Tapi kalau nak sambung vs ni kat bateri directly, buleh ke vs buatan sendiri ni nak tahan panas, percikan air hujan, habuk dalam enjin bay tuh?...........takpe, dah nama pun ujikaji. Kalau tak cuba tak tau kan...insyaallah weekend ni try pasang kat bateri pulak tgk camne....

Selasa, 13 Mac 2012

Sendiri made Voltage stabilizer

skang ni kan, kadang2 tu bila duduk dalam kete idling kat traffic lite sambil pasang ekon, perasan gak bila compressor ekon tu nak function je, lampu kete jadik malap, enjin gegar sket....


lepas dok fikir2, kete ni nak kete letak voltage stabilizer nih......

saya pun mula dok survey2 harga kat online ngan kedai eksesori. Kedai 'abang' jual pivot tipu pun harga dah RM100. Kedai2 lain pun jual lebih seratus semua...apa la diorg ni jual mahal2....dalam tu ada capacitor je pun.........kalau nak beli yang bawah seratus, takut pakai 3 bulan, dah rosak dah......

So saya pun terfikir nak try buat sendiri.......

Cepu emas: kenapa nak kene pakai Voltage Stabilizer (VS) nih?
kalau google pun, belambak teori yang boleh kita baca. Tak payah lah saya nak copy & paste kat sini. Kalau teori peribadi saya la, disaat bateri kereta dah tak secemerlang masa mula2 beli dulu. Setiap kali masa idling ataupun alternator tak berpusing laju, andai kata kita nak bukak power window ke, cmpressor ekon nak open ke, apa2 ke yang memerlukan penggunaan voltage tambahan, disaat itu bebanan yang dikenakan terhadap bateri amatlah tinggi. Disebabkan itu serakkan kuasa kepada lampu, dan eksesori lain menjadi kurang (Drop Voltage). So sebab tu lah lampu pe semua tu jadik malap sekejap dalam beberapa milisaat. Minyak pun mungkin akan makan lebih sikit sebab kuasa tak cukup utk pembakaran plug. Noise pun agak banyak dengan perubahan2 voltage ini dan diganggu lagi dengan pusingan compressor, alternator etc...
So si mahkluk VS ni akan 'backup' kuasa yang dah drop tu dan memastikan eksesori2 kereta ni sentiasa function cam biasa. Noise pun dapat dikurangkan sebab tu lah orang kata bila pakai VS ni bunyik radio lagi sedap la, gegaran enjin kurang la etc...

Kerja2 pun bermula:

Mula2 nak tau circuit mcmmana si VS nih..saya pun buat research sket, tapi tak jumpa circuit sebenar VS. tapi apapun keypoint dia adalah kapasitor yang disusun secara selari. So saya pun pikir la circuit saya sendiri dan hasilnye....

Pastu mana nak carik barang2nye?...pegi je carik kat kedai2 yang jual komponen elektronik nih. Kat jalan pasar ke, yg dekat ngan opis saya nih kat seapark je lah...tapi cam malas lak nak keluar carik mende2 nih......last2 masa kat opis, saya pegi bilik R&D curik capacitor2 dari power unit -power unit yang dah rosak. Biasanye power unit camni memang ade capacitor2 besar utk tujuan sama ngan saya nak buat nih, stabilkan voltage. Cuma utk VS ni baik carik elektrik capacitor utk voltage 16V ke atas. Ade la sebab2 dia, malas nak cerita panjang sini.
 Antara power unit yang menjadi mangsa kerakusan saya

Antara capacitor yang berjaya diculik

Lepas berjaya hijack capacitor2 dr 3 4 bijik power unit, dah boleh mula solder dah. Semua barang2 mcm solder board, wire etc semua tu ade kat bilik R&D, so memang senang la keje saya.
 Capacitor mula disusun kat board

 Kawasan membuat keje yang agak bersepah

kapasitor yang dah siap solder atas board

Bila dah siap, camne nak sambungkan circuit saya nih kat kereta. Sepatutnya kene sambung ngan cable  besar pastu sambung kat bateri. Tapi sebabkan cable tu takde, kene pikir cara lain nak sambung mende ni kat kereta. Kebetulan saya ade beli soket utk sambung kat cigarette plug dulu kat jalan pasar. Terus saya turun gi kat kereta amik soket tu....
soket yang dah dibuka

Sambung wayar dengan saiz AWG18 kat soket tu, pastu check connection. Kat soket tu pun nasib baik ade sambung LED ngan fius siap2. So boleh la check connection based on LED tu.  Cara nak check tu, saya sambung VS dengan power supply. Set la power supply ikut berapa voltage yang kita nak pun. Masa mula try, LED tak menyala. bila check balik rupenye terminal dalam soket tu dah short...silap saya sebab solder besar sgt, tapi tak leh buat apa sebab wayar saiz besar. Lepas dah repair, check connection...ok. 
plug rokok version VS buatan sendiri

Lepas cabut power supply tu, saja la tgk berapa voltage yang klua dr VS disaat power supply cabut. Maka multimeter pun digunakan......kalau saya masukkan 12V ikut power supply, cabut je power supply dr VS, voltage mula2 tu lebih kurang 12V gak la...dan menurun.
 Sesi pengiraan undi sedang dijalankan

Sebaik power supply dicabut, voltage yg klua dr VS ni pun lebih kurang sama dgn voltage power supply td

Jumlah capacitance=21 224uF
Kos yang digunakan= free tapi masa kerja yang dibazirkan...nasib baik bos balik kampung hehe

Lepas ni saya cerita perihal VS ni dicucuk kat kereta...bersambung.

Isnin, 5 Mac 2012

Spray the grille ler

Minggu lepas, camne saya buleh terpikir ntah nak spray chrome line kat grile CRV saya jadik warna hitam. Mungkin sbb tgk gambar CRV lain yang ada buat camtu, nampak cam lawa la pulak. Lagipun chrome tu hampeh pun......
Pastu weekend lepas, singgah kedai hardware beli spray kaler flat black....RM6....

Mula2, bukak grille tu. Kalau nak tau cara bukak grille CRV 2nd gen nih, buleh rujuk entry saya yg lepas nih.

Gambar atas: Rupe grille asal 

Gambar atas: Chrome yang telah siap sedia untuk disunatkan 

 Gambar atas: hampir siap dah...

Gambar Atas: Chrome yg dah siap spray dan dipasang pada grille kembali. 

Gambar atas: rupa bila dah siap... 

Gambar atas: rupe dr sudut lain

So camne?apa pendapat korang......pendapat saya?...hmm...hampeh tak lawa pun. Sebabnye kete dah kaler hitam...kalau kete kaler lain mungkin nampak lawa la. Kalau warna hitam camni, baik saya spray kaler yg tak sama hitam mcm grey ke, putih ke....tapi nak buat camne, dah siap dah pun...next projek, blackout headlights hehehe...

Isnin, 26 Disember 2011

Selamat Ulang tahun ke 2

Bulan ni genaplah ulang tahun kedua kehadiran encik CRV gemuk dlm hidup kami sekeluarga. Maknanye dah 2 tahun saya gunakan SUV nih. Sebabkan CRV generasi ke 4 dah kluar kat obersea, maka CRV generasi ke2 saya ni dah dikira kereta buruk dah pun. Apa yang best, tak best pakai SUV ni dah saya ceritakan masa ulangtahun pertama dulu, malas nak cerita lagi dah...

Sepanjang setahun ni, xde cerita sgt buleh saya ceritakan pasal CRV nih. Sebabnye saya takde duit nak buat mende pelik2, nak hantar gi service pun pikir dua tiga empat kali. Kalo nak dijadikkan cerita pun, saya ada terlibat dengan satu kemalangan kecil dengan motosikal beberapa bulan lepas, walopon bukan salah saya tapi saya dengan baik hati memberi sedikit duit kepada penunggang motor yg injured dan moto dia pulak rosak. Cerita lain pulak, masa balik kelantan raya puasa dulu, on the way balik KL tu saya terlanggar lubang besar kat Kuala Krai masa tengah merempit pukul 5 pagi. Hasilnye taya kereta terkoyak sket, tapi tanye kedai, uncle tu kata buleh pakai lagi.....pakai je la selamba. Cerita lain lak, ade bunyik kluk klak kat taya kete tu kalo jalan, dah tau dah masalah apa, tapi xde duit nak repair lagi. masalah lain lak, baru2 ni power window belah driver dah kong terus. memang tak jalan terus, tapi sampai skang tak repair lagi.

Tahun ni tahun yg agak sebuk sbb anak2 dah berapa kali masuk ward, rumah baru dah siap, so bizi ngan urusan renovasi....dan skang ni tgh pindah sket2.

insyaallah crv gemuk ni akan terus bersama kami walopon rasa teringin pakai MPV seiringan dengan anak ke 3 yg akan lahir tahun depan......

Selasa, 4 Oktober 2011

nombo best lagi


berjaya dpt masa on the way nak pegi bentong aritu....best tak?heheh


Jumaat, 23 September 2011

CRV 4th gen prototype eksiden

Kesahnye begini, 

seperti yang ramai sedia maklum, Honda tengah dalam sesi percubaan untuk model terbaru Honda CRV. So mcm biasa, designing sehingga ke driving test dilakukan di syarikat amerika tuh. Kalau ikutkan jaduak CRV model terbaru ini akan dilancarkan di US pada hujung tahun ini. 
Dalam satu sesi percubaan di US sana, prototype yang sedang diuji ini telah eksiden dengan sebuah harrier yang dipandu oleh seorang blogger.
Kesahnye boleh dibaca pada blog pemandu tersebut di sini.

Sure down giler kan driver CRV tuh. Konpem yang ni CRV generasi ke 4 yang pertama di dunia terlibat dalam eksiden jalanraya. Tapi daripada eksiden tu, kita boleh bagi konklusi yang airbag test CRV itu telah berjaya......

Rabu, 24 Ogos 2011

Manjakan CRVku...


Persiapan hari raya diteruskan lagi dengan sesi menukar tayar CRV...

Mula2 pergi carik taya kat area PJS 1 dekat ngan taman maju jaya. Survey kat kedai taya situ, jumpalah taya second hand yg sesuai ngan CRV tuh.. lepas nego2 ngan tokey, haram tak dpt murah..last2 amik gak la 2 bijik sbb harganye pun still murah lagi. Lepas siap pasang semua taya....terus pegi seapark pulak nak buat aligment. Saja tak nak buat kat kedai taya tadi walopon buleh dpt free alignment. sebab dah caya ngan kedai kat seapark nih, so pegi situ je la....masa kat kedai seapark tu la kene sound ngan org kedai sbb amik taya second yg tebal bunga tak sama kiri ngan kanan...nak buat camne, masa pilih tu tak tgk betul2...pastu kene sound sekali lagi sbb biarkan taya spare xde angin...heheh ...sori ha tokey.....pastu alignment kene la 20 hengget utk kereta 4wd cam CRV nih...

lupe lak nak ckp...aritu ade kire penggunaan minyak kat crv buruk nih...dapat la 8km/liter minyak. buleh tahan teruk gak la...dah ibarat bawak kete turbo dah nih. Tapi kalau kete turbo tu best gak, sebab laju...tapi crv nih lembap...ceit....kene slow2 bawak kete lepas nih

Khamis, 19 Mei 2011

Cara Menukar Air filter

Cara menukar air filter untuk kereta CRV (model RD5, 2nd gen), Stream ngan DC5

Bahan: Air filter 1pcs, screw driver mata philip 1pcs, kunci kereta
Cara menukar:
1. Bawak kluar dulu air filter anda. Make sure tu betul2 air filter, bukan kuali ataupun basikal.

2. Carik lokasi air filter box kereta anda. Untuk crv, stream ngan Integra...lokasinye ditunjukkan pada gambar dibawah. Jangan salah ngan bateri kat sebelah tu lak.

3. Bukak skru kat lima posisi keliling kotak tu, pastu longgarkan satu skru kat hose besar yang sambung antara kotak ngan hose. Macam dalam gambar kat bawah nih.

4. Bila dah bukak, nampak la air filter macam gambar kat bawah nih. Air filternye yang bentuk silinder bulat tuh.

5. Cube ler bandingkan air filter baru ngan air filter lama...bentuk sama?..orait cun...kaler lain?..no hal lah tuh..


6. Masukkan air filter yang baru kat dalam box tu....mana atas, mana bawah tu tak kesah sebab rupenye pun silinder.


7. Tutup balik air filter box tu, skru balik semua kat tempat asal. Cuba hidupkan enjin, kalau enjin tak hidup maknanye tempat lain bermasalah. Bukan air filter hehe...sebab anda salah pasang camne pun enjin tetap hidup gak. Cuma jangan lak gi masukkan barang2 kat dalam filter box tuh.


Feeling lepas tukar air filter baru nih: memang ade rasa lain, lagipun air filter lama tu memang dah kotor dah. Tapi tak de la terasa besar sangat bezanye sebab pakai air filter drop in je pastu ekzos pun still stock condition...insyallah, cuba tgk 2 3 ari ni camne...nak kene reset ecu dulu rasanye

Rabu, 18 Mei 2011

Ekjoh

Kelmarin gi repair ekjos yang bocor kat PJ...saja amik kedai nih lepas survey kat tenet. Hajatnye nak tukar terus ekjos sistem, tapi lepas consult ngan owner kedai...cancel terus. Sebabnye mahal nak buat kat CRV nih..pastu nanti sure makan minyak tak hengat. Lagipun dia kata ekjos CRV nih buat dari material baguih..jenih black metal...(tak tau lak ekzos pun layan muzik gini). Dari rupa nampak cam berkarat la, tapi ok tuh....Alih2...aritu saya repair ekjos yang bocor tu jek la...

Tempat yang bocor

Close up...sorry gambar blur

Bahagian yang bocor dipotong

Diganti dengan besi stainless steel


Bayarannye RM50.....aritu tanye kedai kat rumah sana, dia mintak RM130.....nasib baik la datang kat kedai kat PJ nih...planning lepas ni nak tukar tabung ekzos belakang, owner tu kata belakang tu RM300 lebih kurang. Rasanye baik tukar sebab CRV nih memang tertonjol tabung belakang nih. Tak macam kereta lain....kalau tukar yang lawo sket, baru cun..tapi tu baru plan...lain kali pikir camne
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...