Selasa, 14 Disember 2010

Glove entry

Sebelom mulakan perjalanan pertama dengan encik Montana dulu, saya ada beli glove ngan lampu beskal. Beli kat kedai beskal kat Taman Wangsa Melawati..masa tu pun kebetulan nak pergi amik wife balik kerja kat Wangsa Maju, singgah jap beli barang2 tuh. Glove tu saya amik yang half finger punye dengan tujuan senang nak korek hidung....eh bukan...senang nak pegang mende lain walopon tak payah bukak glove. Sekali ngan glove tu, saya nak beli lampu beskal...pastu tokey kedai tu offer saya lampu beskal depan belakang sekali ngan meter basikal RM150 jek...nak ikutkan kalau beli meter saja pun dah nak dekat seratus, so yang ni kira murah dah la nih. cuma meter tu model lama la kot...tapi pedulik hapa saya asalkan buleh gerak....angkat je la lampu ngan meter tu satu set.
Glove yang dibeli..barang murah jek

Kotak berisi set lampu ngan meter....lampu dah pasang kat beskal dah masa amik gambar nih

Jumaat, 3 Disember 2010

DCarbo DGen2

Minggu lepas, kawan lama saya, Imran kontek saya pasal Dcarbo lepas baca kat blog nih. Dia nak cuba dcarbo tu kat kereta dia.........so lepas seminggu dok set masa, kacau pulak dengan saya yg sebuk ngan kerje dok balik lambat selalu, last2 hari sabtu minggu lepas lepas subuh kitorang set masa.....
hari tu pun saya bgn betul2 lepas azan subuh, mandi solat..pastu hantar mesej kat Imran.....tak replay...saya pun tunggu...alih2 dah 7 setgh baru reply..hampeh tul...terus saya siap, bawak zia sekali pergi rumah dia, tinggalkan kereta kat situ pastu naik kereta dia dtg Sato. terpaksa buat kat Sato sebab saya tertinggal Dcarbo kat Sato.
Sampai Sato jek, terus Imran bukak bonet, saya gi amik Dcarbo...pastu kitorang konpius nak masukkan kat mana. Pernah masukkan Dcarbo dulu kat kereta GEN2 Farizal, tapi terlupa kat mana kitorang masukkan......lepas carik2 punye carik vacuum hose, kacau pulak dengan si Zia yg takut ngan Imran, nak berak la, nak susu la....last2 kitorang buat pilihan masukkan je ikut trotle body.....memang tak elok, tapi tu je yang terpikir masa tuh. Eksperimen pun bermula..............sebabkan bukan guna vacuum hose, maka terpaksa la curah je dlm trotel body. Tunggu punye lama, takde keluar asap putih...bila imran tekan sikit....ada la kelaur sikit asap putih...........lepas dah lama, cuba tekan minyak banyak kali.....xde dah kuar.........eksperimen cam gagal jek..........last2 saya kitorang balik camtu je sebab zia pun dah terberak pastu saya tak bawak napkin lebih.....tapi saya janji ngan imran la nak carik mana vacuum hose so lepas dia balik dr belayar kapal 6 bulan lepas nih, buleh buat balik kat kete dia......

Imran ni keje kapal, hari isnin lepas tu dia mula belayar gi mana ntah, balik umah 6 bulan lepas tu

Isnin, 29 November 2010

Selamat Ulangtahun


26/November/2010: genaplah setahun encik CRV ini bersama keluarga saya. Tak seperti kereta kereta saya sebelom ni, kereta kali ni tiada seni modifikasi ekstrim yang diterapkan sangat. Antara perubahan yang telah dibuat...tukar rim dari standard ke Advan RG termasuk tukar taya, pasang windscreen visor, pasang langsir untuk seat belakang, tukar lampu maghrib ke LED, pasang foglamp, tukar lampu foglamp ke HID, pasang grounding cable pada enjin, tinted aircool, korek lubang angin pada grill depan….itu je yang saya teringat..hmm..byk gak. Pastu untuk repair barang yang rosak, saya dah tukar seal apa ntah yang buat enjin oil leaking ngan tukar bar apa ntah yang rosak bawah kereta.

Pakai kereta SUV ataupun 4WD ni memang lain berbanding pakai kereta biasa. Antara kelebihan yang dapat saya rasa sepanjang setahun ni bila gunakan SUV:
1. bila lalu kat lopak, tak terasa masalah hidroplan.
2. naik bukit laju berbanding dengan kereta FF biasa.
3. boleh redah lubang ngan jalan tidak rata dengan tenang.
4. dalaman kereta yang luas, memang best buat balik kampong.
5. selamba badak lalu kat pasir pantai.
6. posisi yang tinggi, senang nak tgk kat depan.
7. bila jalan naik air, sementara semua kereta serba salah nak lalu ke tidak, SUV dengan muka selamba redah air hehe…(kene tgk ketinggian air gak).
8. Boleh parking kat tempat yang tak rata langsung, tempat yang kebanyakkan kereta sedan memang takkan parking macam bahu jalan yang ada gap tinggi antara jalan ngan bahu jalan.

Kelemahan:
1. Power takde, kalau pakai X6 ke, X5 ke, Q7 ke, toureg ke lain la cerita
2. kene charge mahal bila basuh kete.
3. roadtax mahal sket.
4. minyak boleh tahan kuat (tapi kalau pandai cara drive, memang save minyak)
5. saiz yang besar, memang tak sesuai buat pergi pasar.

Erm...buat masa ni tu je la terpikir. Tapi overall, memang kelebihan lagi byk dari kelemahan. Sebelom pakai SUV, saya ade terdengar review yang mengutuk SUV sebab besar dan hanye menyempitkan jalanraya, pastu ade yang kata SUV ni hanye sesuai ngan negara 4 musim je sebab ada salji, sedangkan Malaysia takde. Tapi bagi saya, SUV ni banyak kelebihan dia berbanding dengan sedan. Sebab tu saya pernah dengar orang berkata, bila sudah pakai SUV, memang susah nak beralih guna sedan balik. Mungkin betul gak la....pada diri saya, insyaallah, kalau takde masalah, saya akan terus menggunakan SUV ini sehingga saya mampu utk membeli MPV idaman saya.

Modifikasi bermula

Lepas kesah gear bermasalah sebelah pagi masa pergi Bandar Tun Razak tuh, saya terus bawak basikal saya pergi kedai basikal milik encik Mahadir kat Kg. Sungai Ramal Dalam. Tujuan pertama untuk suruh repair gear saya, lagi satu nak mintak tengokkan header lock yang senget.

Header lock senget tu saya perasan masa nak tukar stem basikal hari tu, stem yang baru tak leh masuk sebab header lock senget. Masa bawak gi kedai Mahadir, dia kata memang senget, lepas dia pasang lock baru, dia pasangkan sekali stem yang baru.....dah mula nampak gah dah beskalku. pastu dia pun betulkan gear. Sebelom balik, saya buat test ride dulu, tukar2 gear...ok dah. Sekali ngan stand basikal 2nd hand saya beli dari Mahadir, total bayar RM27 kat dia....dia ni memang amik murah je manjang....sebab tu saya suka pergi kedai dia walopon jauh.
Stand basikal murah RM20
Stem yang telah ditukar

kat rumah petang tu saya teruskan proses transforming basikal saya. Barang2 yang nak ditukar, handle bar, grip, 'tanduk' ngan skewer utk seat post.
SEBELOM


SELEPAS


My first ride

Setelah berlumuih basikal patik kena hujan panas tapi belum naik2 jugak, akhir 'kuda' itu berjaya ditunggang buat pertama kalinya.

Kejadian berlaku pada hari sabtu hujung minggu yang lepas. Lepas bangun subuh, main tenet kejap, pukul 7 camtu saya pun keluar dengan seluar pendek kononye nak berbasikal. Sebabkan ni kali pertama, so saya hanya pusing kawasan perumahan saya je la. Walopon jaraknye pendek, 1, 2 kilometer je rasanye...tapi dia punye penat...toksah cerita la. Dah ler kawasan rumah saya ni berbukit sikit. Masalah yang saya jumpa masa first ride ni, gear depan tak leh masuk gear dua ngan stamina takde hahah.......tgh2 perjalanan masa saya singgah beli roti canai utk org2 kat rumah, turun basikal je mulalah terkangkang berjalan masuk kedai mamak. total ride hari ni setgh jam utk 1, 2 kilometer...tu pun sebab singgah kedai mamak.

Esok harinya lepas subuh saya mulakan ride kedua, pusing kawasan yang sama jugak tapi tambah sikit jaraknye. Kali ni kurang sikit semputnye banding ngan hari sebelum. Tapi boleh tahan gak la semput. Yang bestnye kali ni, nak balik rumah saya tu kene naik bukit sikit, kali ni naik selamba je ngan basikal sampai rumah. kalo hari sebelom tu ngan masa naik basikal pak mertua sebelom ni, kene seret hahah....

Semlm saya buat riding ketiga saya. Target saya kali ni agak jauh, Bandar Tun Razak......So lepas azan subuh, saya bangun solat kejap...pastu mula bersiap. Pukul 6 suku pagi saya keluar rumah...kali ni pakai elok sikit, seluar pendek ada cycling track kat dalam (beli kat jepun dulu) ngan glove beli beberapa minggu sebelom. Lampu pun ada beli gak aritu, so siap ngan lampu saya pun bergerak dari rumah. Awal pagi ni kete tak banyak sgt, so takde la rasa cuak sgt. Masa awal perjalanan, saya lalu dalam terowong depan plaza phoenix utk tembus ke taman connought, gear belakang pulak buat hal. Tak boleh nak masuk gear...kadang2 buleh pulak. Saya dah nak putus asa dah, tapi sebabkan masa tu kat dalam terowong, nak patah balik memang bahaya sebab lawan arus kereta...nak patah balik pulak kene pusing kat persimpangan Bandar Tun Razak jugak...last2 pikir teruskan je la ngan gear bermasalah tu. Masalah kedua pulak datang lepas tu....seat post saya longgar, asyik bergerak je seat..berhenti tepi jalan betulkan pun tak lama lepas tu gerak balik.......lepas berhempas pulas menganyuh, akhirnya saya tiba gak kat bandar tun razak. terus buat pusingan balik rumah.......sampai rumah pukul 7 pagi........buleh tahan gak rupanya. penat tu memang tak leh cakap la...tapi seronok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...