Rabu, 21 Ogos 2013

Kenapa Mazda 5?!Why?why?....

Ha......kembali semua bersama topik berkaitan kereta.....
Sebelom ni dah janji nak kenalkan family baru satu lagi kan?...ha ni lah dia, Mazda 5.....

Tercetusnya idea...

Kesah mengambil anak angkat ini bermula setahun yang lepas. Kira2 beberapa bulan sebelom Ramadhan, and kami pun baru saja mendapat baby baru, kami pun planned nak buat akikahnye dkt kampong hamba, kat kelantan. Nak jadik kesah pulak, kami baru meng-order seorang maid dr agen kat indonesia (mcm order apa la pulak) and dia berjanji maid kami akan sampai sebelom Ramadhan. Ini bermakna, utk bergerak ke kelantan ketika Raya puasa nanti, saya, isteri, anak 3 orang yg perlu duduk dlm car seat dan seorang maid akan menaiki kereta CRV. Kemudian seorang sepupu wife pun teringin nak ikut, so nanti 4 dewasa dan 3 kanak2 dlm car seat akn memenuhi CRV saya. Maka setelah berfikir lama dgn wife, membuat kira2 kewangan, akhirnya kami setuju melucutkan jawatan encik CRV gemuk dan mencari pengganti lain yg lebih byk seat.

Abistu, kenapa Mazda 5?

Kalo nak ikut nafsu saya, mmg sy angkat Estima la....tapi terdpt beberapa requirement yg kitorg letak utk mencari pengganti crv tu.
1. Kete baru, bukan 2nd hand. Sbb malas nak jaga maintenance kete besar2 nih. Tak larat dah asyik dok pakai kete besar je selama ni.
2. Kereta tu perlu 6 seat dan ke atas.
3. Kereta tu perlu ada official warranty lebih dr setahun dr pengeluar kereta, bukan penjual kereta.
4. Kereta tu perlulah mempunyai pintu belakang sliding (gelongsor). Senang kalo kat parking sempit2 ni nak kluakan anak dr kete. Berdasarkan pengalaman lepas masa pakai CRV, mmg susah kalo nak kluakan anak dr car seat kalo tmpt sempit nih. So mmg nak carik yg pintu sliding.
5. Tak nak kereta tinggi sgt sbb kalo drive ke kelantan, senang nak amik corner laju etc. Kebanyakkan kereta besar cam starex mmg sedap bawak, especially kat hiway, tapi bila kat laluan biasa ni, suspension belakang too bouncing and cornering kena carefull enough.

Based on above requirements, list yg boleh disediakan lepas tgk availability di malaysia nih:
1. Mazda 5
2. Mazda 8
3. Honda Freed
4. Volkswagen Sharan
5. Nissan Serena

Nissan Serena: kesah mencari kereta ni pada tahun 2012. Nissan Serena model 2nd generation ini telah mula dijual sejak 2001/2002 begitu. Sudah 10 tahun namun masih menjual model ini. Sedangkan kat Jepun sudah ada generasi ke 4. Mmg tak masuk akai langsung kalo nak beli kete nih.....old technology.

Sharan & Mazda 8: Mahal sgt...lebih2 lagi Sharan. Dah la kecik mcm mazda 5...tapi harga giler mahal.

Honda Freed: Too small. Tak patut jadik 7 seater car sepatutnye nih.

So yang tinggal, Mazda 5 je la....faham dah?

Spesifikasi

Speksifikasi asal buleh check intenet, malas nak tunjuk kat sini. Tapi hok kitorg ni ada additional leather seat. Pastu dah tau mmg kete sempit kalo semua seat bukak, terpaksa la pasang roof box. Batang pelantar pakai brand Thule, sbb brand lain ni tak percaya sgt. Takut bengkok etc. Pastu dah alang2 tu, beli la box Thule sekali...harga tak moh cakap sini. Gi kedai tanya sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...