Sempena raya yg bakal menjelang, ku persiapkan bekalan utk pulang ke kampung. kereta ku hantar ke bengkel utk diservis...bengkel terletak di petaling jaya dan rumahku pula di cheras.....namun hari ini cuti sempena nuzul alquran...
Servis apa yg kubuat pada CRV ku ini? bukan servis tanggung maupun servis kuda-kuda
flush enjin oil
tukar enjin oil
tukar oil filter
tukar gear oil
tukar axel oil
tukar aircond belt
tukar fan motor
pasang aircond filter
tambah gas aircond
begitu byk ku lakukan, begitu byk juga duitku habis...itu pun ada lagi yg perlu dilakukan dimasa hadapan...
menunggu kereta siap servis dibulan seperti ramadhan ini, byk menguji kesabaran...kepanasan terik matahari dan restoran cina di kiri kanan bengkel menambahkan imanku. namun ku sedih........
aku sedih pabila melihat kaum sebangsa dan saudara seagamaku keluar masuk kedai nombor ekor berdekatan bengkel.....
aku sedih pabila melihat kaum sebangsa dan saudara seagamaku masuk ke kedai mamak dan membeli nasi bungkus.........
aku sedih pabila melihat kaum sebangsa, saudara seagama, bekerja di syarikat yg sama dengan diriku, memandu kereta ditengahari, dan berhenti utk makan di sebuah bazar makanan berdekatan dengan syarikat kami.......................................
apakah tiada rasa malu pada diri mereka lagi?
apakah tiada sedikit pun keimanan pada diri mereka lagi?
apakah mereka kenal Islam lagi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan