Memaparkan catatan dengan label kereta dan AKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kereta dan AKU. Papar semua catatan

Isnin, 2 April 2018

Selamat Tinggal Mazda 5

Gitulah.....macam tajuk kat atas, boleh agak dah kot.

Alkesah, Mazda 5 dan kami terpaksa berpisah. Keputusan dibuat setelah berbulan memikirkannya disebabkan beberapa faktor. Faktor utama tak dapat cerita kat sini sebab terlalu peribadi, tapi faktor kedua adalah disebabkan ruang dalaman yang makin kecik.....eh, tak. ruang sama je tapi proses tumbesaran anak2. 
Walaupun Mazda 5 ni ikutkan boleh memuatkan sehingga 6 orang lelaki dewasa, tetapi sejujurnya hanya 4 lelaki dewasa dan 2 lelaki dwarf atau kanak2 lelaki yang duduk di seat belakang sekali. Ada ketika terpaksa bawa bersama parent mertua bersama pembantu mereka lalu membuatkan ruang yag semakin sempit menjadi tidak muat.
Atas alasan tersebut, maka terpaksa juga kami lepas Mazda 5 setelah 5 tahun beliau berjasa kepada kami.

Untuk penggunaan setelah 5 tahun, Mazda 5 ni tak buat masalah yang berat. Paling berat saya hanya menukar absorber belakang. Enjin masih berkeadaan baik walaupun mileage dah menunjukkan 150,000km. Siapa sangka Mazda mampu membuat kenderaan baik seperti ini. Orang dok kata pilih la kereta T untuk tahan lama dan comfortability, atau pilih la kereta H untuk enjin power...tapi saya secara diktator dan hasil kajian penuh telah memilih Mazda. Setelah 5 tahun bersama dan lebih 150 ribu km beraksi bersama, Mazda 5 kami masih gagah berlari.

Ahad, 15 Julai 2012

kereta dan AKU: 2 Tahun 6 Bulan kita bersama

Kelahiran anak saya yang sulung, saya masih memandu Accord Euro R CL1, ketika isteri mengandung anak ke-2, Euro R terpaksa dilepaskan dan CRV RD5 mengambil tempat. Kini sejurus selepas kelahiran anak ke-3, CRV pula dipaksa lucut jawatan dan sebuah mini van dilantik untuk tugasan ini.

Mungkin ada yang berkata, "tak cukup besar ke CRV tu?", mungkin juga ada yg berkata "biar benar diorg nih"......

Tapi mungkin juga ini yang dikatakan rezeki anak.

Sebenarnya perkara ini sememangnya berada diminda kami suami isteri ketika isteri sedang mengandung lagi. Dengan keadaan anak dua, setiap kali pulang ke kelantan, muatan dalam kereta sememangnya ibarat lori. Bukannya kadang2, tapi memang setiap kali balik. Tambahan pula dengan setiap anak diwajibkan duduk dalam car seat. Dengan CRV, saya akan berada di seat driver, isteri di seat sebelah dan 2 anak bersama car seat berada di seat belakang. sekiranya ada penumpang lain, satu car seat terpaksa keluarkan dan anak saya yg tidak duduk dlm car seat tu memang tak senang duduk sepanjang jalan. Kalau perjalanan ibarat ke penang, mungkin bleh bertahan. Tetapi ini perjalanan ke kelantan yang 80% jangkamasa perjalanan tidak akan melalui lebuhraya, dan jika tidak bernasib baik akan tersangkut di kesesakan menuju ke kelantan selama 15 jam. Keselamatan dan keselesaan menjadi perkara utama disini. Dan kini dengan tambahan satu lagi baby carrier, ruang akan menjadi masalah. 

Sejurus selepas kelahiran anak ke-3, kami pernah buat simulasi perjalanan ke hospital bersama 3 car seat. Perjalanan yang singkat menjadi sukar kerana ruang yang sempit. Isteri sukar nak siapkan susu anak2, isteri hanya boleh breastfeed anak sebelah bahagian saja etc.

justeru, setelah membuat kira2 dan jumlah simpanan pun agak baik, akhirnya kami bersepakat untuk mencari sebuah kenderaan yang praktikal untuk menggantikan CRV kesayangan kami.

Tatacara pemilihan kenderaan akan saya cerita dalam entry untuk memperkenalkan 'keluarga' baru kami nanti.

CRV telah pun berjasa dalam keluarga saya. Semalam pun isteri saya berkata "CRV ini adalah kenderaan terhebat pernah dia naik". Pada saya. walopon sehingga kini saya rindukan ke-cun-nan Euro R saya, dan rindukan kehebatan skyline R32 saya, saya akui, CRV adalah kenderaan paling praktikal pernah saya miliki.


CRV RD5 adalah crv generasi kedua yang mula betapak di malaysia dr tahun 2002 sehingga digantikan dengan model baru pada 2007. Ianya hanya terdapat pada enjin kapasiti 2000cc utk market Malaysia, walhal di luar negara juga terdapat kapasiti 2400cc.

Berdasarkan berat badan CRV ini, ianya mungkin dicipta untuk membawa badan dengan enjin 2400cc ini. Mungkin disebabkan itu juga versi 2000cc yang terdapat di malaysia ini dikatakan makan minyak.
Tapi seperti yang saya cerita dalam entry sebelom ini, penggunaan minyak boleh dkurangkan dengan mengurangkan berat badan dan sedikit modikasi.
CRV saya telah menggantikan rim original 15 inci yang berat kepada rim advan rg 17inci yang ringan. Hasilnye memang sangat terasa. penggunaan minyak kurang dan pikap juga betambah. Tapi sebabkan perbezaan 2 inci, dan series taya yang nipis sedikit berbanding original, ketahanan pada persekitaran underbody seperti suspension, bush, dan bar menjadi kurang. sekiranya anda terasa ingin menukar rim crv sebegini, eloklah dicari yg 16 inci atau kekalkan dengan 15 inci tetapi ringan.

kelebihan crv sebegini: 
ruang dalam yang luas (serius luas), 4wd yang sangat membantu ketika hujan dan selekoh, position yang tidak terlalu tinggi seperti van atau pikap trak dan tidak serendah kereta sedan. Pikap enjin yang best. Naik bukit lurus laju je, bukit lurus la, kalo bengkang bengkok cam genting tu memang tertinggal belakang la.Ada overdrive yang membantu ketika memasuki selekoh dengan kelajuan tinggi dan ketika memotong kereta. Senang nak gerak dr seat depan ke belakang dan sebaliknya.

kelemahan crv yang nih:
bentuk bumper hadapan yang melengkung di belah bawah, dan taya depan yang agak rapat dengan bumper membuatkan apabila kita melanggar lopak air dengan kelajuan tinggi, air akan terhambur atas cermin hadapan, sangat2 bahaya bagi mereka yang senang panik. rim original yg berat buatkan pikap tiada. Handbrake yang menyerupai centre panel dashboard, sangat bahaya kalau budak2 yg tak tau pape pegi tarik handbrake tu masa kita tgh drive.  minyak kuat...etc...

Saya akan ceritakan perihal mini van dalam entry lain. Selamat maju jaya kepada CRV kesayangan dan terima kasih banyak.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Kereta dan AKU: Honda Accord Euro R CL1

Bahagian kereta dan AKU kembali lagi bagi memperkenalkan sebuah lagi kereta yang hadir dalam hidup saya selama ini, Honda Accord Euro R CL1.
My lovely ex-car

Honda Accord Euro R CL1 sebenarnya satu model Honda Accord yang disuntik dengan DNA kereta berprestasi tinggi. Seperti mana konsep pada enjin Honda Integra Type R dan Honda Civic Type R, Honda telah menyuntik konsep yang sama di dalam enjin Accord Euro R ini tetapi dengan kapasiti yang lebih tinggi.

Accord Euro R ini mula diperkenalkan pada Honda Accord generasi ke 6 di Jepun. Perlu diingatkan disini bahawa Accord di Malaysia adalah berlainan dengan Accord di Jepun di mana Accord di Malaysia diambil daripada Honda Inspire. Pada asal penghasilan Honda Accord generasi ke-6 ini, Honda tiada perancangan untuk menghasilkan sebuah Accord berprestasi tinggi. Kemudian setelah melihat permintaan daripada ramai pengguna yang ingin sebuah kereta berprestasi tinggi seperti Type R tetapi sesuai untuk sebuah keluarga, maka Honda Jepun telah memperkenalkan Honda Accord Type R CH1 untuk pasaran di Eropah. Kemudian Honda telah menerima pelbagai permintaan daripada pengguna di Jepun untuk menghasilkan Accord Type R bagi pasaran Jepun, maka terciptalah sebuah lagi Accord berprestasi tinggi untuk pasaran Jepun sahaja.

Ciri-cirinya adalah seperti sebuah Type R dimana mempunyai enjin yang kuat (tuned-up H22A daripada Prelude Type S), Recaro seat, stereng momo dan pelbagai lagi namun berbeza daripada Type R kerana mempunyai 4 pintu, tambahan ciri keselamatan dan ruang yang luas. Oleh itu, penggunaan "Type R" adalah tidak sesuai dengan sebuah kereta berciri keluarga. Dengan mengekalkan prinsip 'R' dan mengenangkan Accord Type R di Eropah yang telah berjaya, Honda menamakan Accord berprestasi tinggi ini dengan nama Honda Accord Euro R CL1 khas untuk pasaran di Jepun sahaja.
Accord Euro R CL1 juga telah diadaptasikan pada sebuah lagi kereta keluaran Honda yang menggunakan casis yang sama iaitu Honda Torneo (model gantian bagi Honda Ascot dan Honda Rafaga). Honda Torneo menggunakan casis yang sama seperti Honda accord generasi ke-6 tetapi berbeza pada lampu depan dan belakang. Selebihnya semua sama.

Bagi gred yang rendah sedikit daripada Euro R (220hp), Honda telah memperkenalkan SiR-T dan SiR. SiR-T/SiR adalah model Accord/Torneo generasi ke-6 yang menggunakan enjin F20B yang berkuasa 200hp (SiR-T) dan 180hp (SiR). SiR-T adalah dalam transmisi manual manakala SiR adalah dalam transmisi separuh automatik.
Yang merah tu Accord Euro R saya, yang putih Torneo SiR milik kawan saya. Nampak beza kat lampu ngan grill depan. Bodykit memang lain sebab bodykit Euro R ngan SiR lain.

Accord Euro R telah mula dikeluarkan pada 1997 sehingga pengakhirannya pada 2002. Pada akhir-akhir keluarannya pada 2002, Honda telah memperkenalkan edisi terhad Honda Accord Euro R-X yang mempunyai beza sedikit pada warna interior.

Pada tahun 2002 juga Honda Jepun telah memperkenalkan Honda Accord generasi ke-7 dan pada penghujungnya tahun diperkenalkan pula Honda Accord Euro R bagi generasi Accord ke-7 and Euro R generasi ke-2.
Honda Accord Euro R CL7 terbaru

Accord generasi ke-7 ini pula tidak disertakan bersama model 'adik-beradik' Torneo seperti pada model ke 6. Bermakna variasi Euro R hanya ada pada Accord sahaja. Bagi Accord Euro R untuk model ini, masin mengekalkan kuasa kuda yang sama dengan Accord Euro R pertama CL1. Tetapi disebabkan badannya yang berat dan jumlah torknya yang agak rendah, Euro R ini dikatakan berprestasi kurang daripada model sebelumnya. Pada tahun 2009, Honda Jepun telah memperkenalkan pula Honda Accord generasi ke-8. Mungkin Euro R Accord generasi ke7 memperlihatkan sedikit kegagalan, maka sehingga ditulis artikel ini, masih belum diperkenalkan atau memperdengarkan desas desus kelahiran Euro R bagi generasi Accord ke-8.

Nissan Skyline R34 4 pintu

Berbalik kepada Honda Accord Euro R Cl1 saya, saya membeli kereta ini pada mac, 2006 semasa belajar di Jepun. Sebelum membeli kereta ini, saya telah membuat list untuk kenderaan-kenderaan pilihan saya yang sesuai untuk saya bawa balik ke Malaysia. Antara pilihan saya selain Euro R adalah Subaru Legacy B4, Toyota Altezza RS200, dan Nissan Skyline ER34 4 pintu. Namun ketika itu, Nissan Skyline R34 4 pintu masih berharga sedikit mahal dan kurang kemampuan, maka saya terpaksa lupa hasrat. Manakala Legacy B4 pula sukar dicari yang mempunyai transmisi manual, dan yang ada pun telah mempunyai mileage yang tinggi serta pernah mengalami kemalangan.
Subaru Legacy B4

Bagi kenderaan yang menggunakan enjin boxer seperti Subaru, pernah mengalami kemalangan adakalanya tidak sesuai dibeli kerana dikuatiri mengalami masalah dikemudian hari. Ini kerana pada enjin boxer, pistonnya bergerak secara melintang berlainnan daripada kereta lain yang bergerak secara menegak atau melentok senget.
Sehinggalah pada suatu masa, saya telah menjumpai beberapa orang ingin menjual Accord Euro R dan Altezza. Pada ketika saya melihat Altezza itu, terus terpaut di hati saya kerana Altezza itu telah pun diubahsuai berserta telah dicat baru. Dengan harganya yang rendah, memang menarik hati saya. Saya melihat iklan itu di pagi hari, dan terus bertanya kepada rakan saya yang telah pun mempunyai sebuah Altezza. Setelah dia pun mempersetujui, pada tengahari itu ketika saya ingin menghubungi penjual tersebut, saya dapati yang kereta itu telah pun dijual. Berasa kecewa yang teramat, saya terus membuat keputusan membeli Honda Accord Euro R yang saya lihat beberapa hari sebelum itu. Dan kereta itulah yang menjadi buah hati selama beberapa tahun.
Toyota Altezza RS200

Accord Euro R saya ini semasa dibeli telah disertakan dengan spoiler dan grill jenama Mugen yang sedia maklum sukar dicari dan mahal. Kira nasib baik la saya nih. Kemudian pada permulaan, beberapa proses pembaikan perlu dilakukan pada sebelum proses pengubahsuaian dimulakan dengan sebahagian besarnya adalah DIY. Antara DIY yang saya telah lakukan:

1. Mengecat brake caliper
2. Menukar stereo dan speaker
3. Memasang lampu neon bawah kereta
4. Menukar stereng
5. Membuang calar-calar di bumper hadapan
6. Menukar airfilter sistem
7...

ntah, banyak sangat yang telah dilakukan. Selain itu, pelbagai masalah juga telah saya hadapi dengan kereta ini seperti bolt enjin mounting yang terpatah ketika berlumba dengan kawan-kawan, banana inner house yang hancur setelah terjatuh selepas berlanggar dengan tayar, bolt rim yang terpatah dan lain lain. Kemudian setelah kereta ini dibawa pulang ke Malaysia, pernah juga kereta ini dipecahmasuk oleh perompak dan 2 kerusi recaro standard, stereng momo bernilai RM800, beserta speed limiter yang baru dipasang telah dicuri. Selain itu juga pelbagai lain kenangan dan rekod bersama kereta ini telah dibuat.
Bergambar bersama Altezza di PutraJaya

Di Malaysia juga, terdapat kumpulan Honda Accord generasi ke-6 yang aktif dalam pengubahsuaian dan berkomuniti. Saya yang telah menganggotai mereka setelah pulang juga telah belajar banyak mengenai perihal kereta daripada mereka. Cuma keadaan kewangan dan alat ganti yang mahal di Malaysia berbanding dengan di Jepun buatkan tiada sebarang pengubahsuaian yang boleh dibuat saya ketika di Malaysia. Setelah berkahwin dan isteri yang telah mengandung membuatkan saya mengubah kembali keadaan kereta kepada keadaan asal. Tiada lagi kedudukan seat yang rendah, tiada lagi suspension perlumbaan, dan tiada lagi sebarang pengubahsuaian ekstrim.
Semasa gathering bersama rakan-rakan Accord 6th gen

Setelah beberapa tahun berlalu, dan isteri saya pula sedang mengandung anak ke-2 kami, kebetulan pula usia kereta telah pun lanjut dan pelbagai peralatan perlu diganti. Ketika ini jugalah saya terpaksa membuat keputusan yang sungguh sukar iaitu menjual kereta ini. Walaupun kereta ini sukar dilihat di Malaysia dan mempunyainya adalah satu kelebihan, tetapi manusia perlu maju ke hadapan. Dan saya yang mementingkan keluarga lebih dari segalanya telah menjual kereta yang banyak berjasa kepada saya dan isteri selama ini. Mungkin pada perasaan saya sahaja atau pun kebetulan, di saat akhir sebelum saya menjual kereta ini, pelbagai masalah datang serentak seolah-olah merajuk dengan keputusan saya. Namun begitu terpaksa jua saya lepaskan......................................semoga berjumpa lagi 'Maikel' (nama timangan saya kepada Honda Accord Euro R CL1 yang banyak berjasa kepada saya itu).

Jumaat, 19 Februari 2010

kereta & AKU (2): Nissan Skyline R32

Ya....kita berjumpa kembali pada sesi "kereta & AKU" siri kedua. Pada siri ini saya akan menceritakan mengenai kereta yang kedua hadir dalam hidup saya, Nissan Skyline R32 Type M....Mungkin ada yang tertanya tanya kereta apa nih?best ke?type M tu apa?....ha...tengok gambar bawah nih....
walopon kereta saya tidak ada rupa dan kuasa sehebat kereta diatas, tapi lebih kurang macam tu lah kereta nih. Skyline R32 ni lebih kurang macam pencetus era kegemilangan untuk siri skyline kerana model ini dikatakan lebih berjaya berbanding model-model skyline sebelumnya. Bermula pada model ini jugalah Nissan telah memperkenalkan siri GTR yang telah terbukti sebagai "monster" pada kalangan-kalangan performance car. Selepas kejayaan yang dicapai pada Skyline R32, Nissan telah menyambung kehebatan siri skyline melalui R33 dan R34 sebelum dikecewakan melalui model R35.
Nissan Skyline R33 adalah siri kedua skyline yang dihasilkan berdasarkan skyline R32. Dengan isipadu enjin yang lebih besar (2500cc), Skyline R33 bagaimanapun gagal dalam perkara asas utama dalam bidang performance car, kekuatan enjin yang selari dengan berat kereta.
Nissan Skyline R33 GTR
Skyline R32 dicipta dengan badan yang ringan bersama enjin 2000cc nya dan ini menghasilkan satu keupayaan yang sesuai. Manakala Skyline R33, walaupun dihasilkan dengan enjin 2500cc, berat badan kereta yang berlebihan menyebabkan model ini tidak berapa berjaya. Para pengguna perlu mengurangkan berat badan kenderaan sekiranya mereka inginkan kuasa maksimum daripda model ini. Nissan telah pun sedar akan perkara ini lalu menghasilkan satu lagi model yang kuat dan bersesuaian dengan berat badan, Skyline R34.
Nissan Skyline R34 GTR
Nissan Skyline R34 GTR adalah antara monster yang amat digeruni dan diingini berdasarkan kehebatannya yang dikatakan satu-satunya kereta komersial keluaran Jepun yang boleh menyaingi kelajuan Ferrari. Namun, sebaik sahaja Encik Carlos Ghosn menguasai Nissan, kehebatan siri skyline dikecewakan dengan penghasilan skyline R35 yang lebih menuju ke arah sebuah kereta mewah.
Nissan Skyline R35
Selepas menerima kritikan dan kutukan mengenai perubahan mengecewakan pada Skyline R35 inilah, Nissan telah mengumumkan projek penghasilan monster skyline yang baru. Selepas sekian lama, kita telah dikejutkan dengn pengumuman Nissan Skyline GTR terbaru dari Nissan sebelum namanya ditukar kepada Nissan GTR (ianya dikeluarkan daripada siri Skyline berikutan kuasanya yang terlampau hebat).
Nissan GTR
Berbalik kepada Nissan Skyline R32 kepunyaan saya dahulu, model Type M sebenarnya adalah model R32 coupe yang dikuasakan dengan single turbo, berbanding dengan GTR yang mempunyai twin turbo. R32 ini juga seperti skyline yang lain dihasilkan dalam pelbagai version. Version 4 pintu tanpa turbo untuk kegunaan pak cik makcik, version 2 pintu tanpa turbo untuk kegunaan wanita bujang (menggunakan nama panggilan GTS), Type M yang mempunyai 2 pintu dan satu turbo, dan juga GTR yang mempunyai 2 turbo 4WD.
Kereta saya semasa dibeli mempunyai spesifikasi yang simple, ekzos besar dari HKS, air filter cendawan HKS. CPU ???(lupa nama), bodykit Bomex ala ala GTR. kemudian saya telah mulakan modifikasi dengan menukar stereo kereta, menukar steering kereta, memasang blow off HKS, menggunakan Iridium Plug, menukar ignition coil kepada HKS dan beberapa modifikasi yang ringan. Terus terang saya telah berhabis banyak untuk kereta ini ketika itu.
Sethun selepas bermanja dengan skyline nih, saya pun telah mula mencongak congak mengenai kereta untuk dibawa pulang ke malaysia. dengan kereta 2 pintu seperti ini, amat sukar untuk digunakan di malaysia. apatah lagi apa telah berkeluarga nanti.. ketika itulah saya mula mencari cari kereta lain dan menjual kereta ini kepada kohai (junior) saya.
Terus terang, walaupun saya telah menggunakan honda dan toyota sebelum ini, nissan skyline ini tetap menjadi kegemaran saya yang utama. Sehingga sekarang pun saya masih terkial-kial mencari masa dan wang untuk kembali bermanja bersama Nissan Skyline R32 ini lagi.....Insyaallah.

Jumaat, 22 Januari 2010

Kereta & AKU(1): Toyota Corolla Levin

Okeh....cucu nak bercerita sikit mengenai kereta2 yang pernah cucu pakai selama ini. Kereta pertama yang cucu beli adalah Toyota Corolla Levin. Kat sini cucu tak guna gamba sebenar kereta cucu sebab gamba kereta cucu dah hilang. so cucu tunjuk pakai gamba lain je la eh....
Code name untuk kereta ni adalah AE110 dan AE111. Tapi kereta yang cucu beli AE110. Cucu beli kereta tu bulan April, 2004 kat sebuah kedai kereta kawan2 kami kat Jepun bernama Asonaro Auto Garden.
Kereta ni ada 2 pintu sahaja dan didatangkan dengan beberapa spec berlainan. Macam yang cucu beli tu jenis AE110 FZ. Mulanya cucu tak tau mende pun apsal diorg bagi nama FZ, sedangkan tgk interior ngan exterior semua sama ngan AE111 XZ ngan AE111 BZ-G. Untuk AE111 didatangkan dengan spec BZ-G Super strut suspension, BZ-G, BZ-V dan XZ. Manakala AE110 didatangkan dengan spec FZ sahaja. Setiap specifications tu ada auto dan ada manual, maknanye spec code bukan menunjukkan dia auto atau manual.
kenapa kereta cucu, bentuk luaran semua sama tapi kene guna code AE110?
lepas beli kereta tu, cucu pun buat la sedikit research pasal kereta cucu. Then cucu jumpa satu informations dalam website jepun mengenai AE110 FZ nih. AE110 FZ ni adalah version AE111 yang dibuat khas untuk golongan wanita................(ceh, hampeh betul)..patutlah cucu tgk kat sun visor kereta cucu, belah driver ade cermin make-up, tapi belah passenger takde cermin make-up.
Sebenarnye AE111 version punye Levin nih, ade satu spesis yang performance version, AE111 BZ-R. Kalau nak buat pembayangan, ibarat macam Type-R la bagi Honda. BZ-R memang dicipta untuk performance. Gear pun ada manual sahaja, 6 gear lak tu. engine pulak memang mantap, bukan turbo, NA macam vtec gak. Kalau kat mesia ni diorg panggil engine black top. memang banyak orang bawak masuk kete potong BZ-R ni sebab nak engine dia masukkan dalam kereta toyota corolla SEG. 
Contoh2 BZ-R yang lawa

performance?
Engine untuk AE111 adalah jenis yang sama digunakan dalam levin AE101 (bukan yang supercharger tu eh)......manakala AE110 menggunakan engine yang sama dalam kereta Toyota Carib (gunakan code sama AE110 dan AE111). Toyota Carib tu buleh dikatakan Levin dalam bentuk wagon.
pick-up nye memang mantap la disebabkan body yang ringan dan stabil. Kereta ni memang stabil.. cucu ingat lagi masa pakai kereta ni dulu, ade la nak beli barang kereta ni dari sorang jepun tu. jepun tu pulak memang menggunakan kereta AE111 untuk main kat track...kaki lumba la nih. jepun tu kata kat cucu, kereta ni tak payah nak pakai tower bar, side bar, lower bar apa apa bar semua tu sebab Toyota dah buat dia memang stabil sangat....biar benar dia nih...tapi betul kot. sebab selama cucu pakai kete tu, kalau cornering memang tak rasa masalah langsung berbanding pakai kereta lain.

Kaizou/modifications
apa yang cucu dah buat kat kereta ni?
masa mula2 pakai kereta ni, senior2 cucu ngan kawan cucu semua pakai kereta yang laju2...
Man: pakai Nissan skyline R33
Apul: Mitsubishi FTO
Tempe: Pakai Subaru WRX convert STi
Kucai: Mira Turbo
Imran: Evo 5/ Accord CF4/ Skyline R33
Rintik: Mazda RX-7 FC

So kalau korang tgk pun dah tau dah yang kereta cucu adalah yang paling perlahan dan tak menyerlah. maka, operasi kaizou pun bermula..

1. mula2 masa dah dapat kereta tu, mende pertama yang cucu beli adalah sport rim. Cucu guna brand apa ntah tak ingat tapi memang lawa.
2. Lepas tu cucu tukar plug cable guna NGK Hi-Power, tukar Spark Plug ke Iridium. Hasilnye memang terasa sangat waktu ni. Tak sangka pulak Plug cable ngan Iridium plug memang bawak hasil berlainan sangat. Naik bukit, pecut semua mantap.
3. Lepas tu cucu fokus kepada rupa luaran kereta pulak. Mula2 cucu ade terjumpa Bomex punye spoiler dijual dengan harga yang murah. cucu pun angkat. rupa dia macam nih...Nak pasangnye agak susah gak mula2. sebab nak cabut spoiler asal yang melekat agak kuat. Tambahan pulak cucu buat waktu musim bunga, memang agak sejuk waktu tu. spoiler tu pulak kebetulan datang dengan warna yang sama dengan kereta cucu....silver.
4. Tak lama lepas tu, cucu pun mencari pulak bumper depan untuk dipadankan dengan spoiler besar yang gedabak tu. hasilnye cucu membeli bumper Bomex (Bomex adalah satu brand US yang agak terkenal. Kereta2 dalam filem Fast n Furious 1 semua menggunakan Bomex punye bodykit). Cucu pulak beli dari kilang, so beum dicat lagi lah bumper. Cucu cat sendiri bumper tu, pastu pasang sendiri kat kereta. Hasilnye lebih kurang macam ni lah....Tak lama lepas dipasangkan bumper tu, Winter pun menjelma. dan cucu terpaksa menukar kembali bumper ke bumper asal sebab takut bumper tu pecah bila langgar salji.
5. Masa winter, kereta tu memang dalam keadaan asal. cucu pun membeli side step bomex untuk melengkapkan bomex bodykit pada kereta nih. tapi terpaksa tunggu sampai musim bunga sebelom dapat pasang side step tu sebab jalanraya penuh ngan salji.

Bila Musim Bunga pun tiba, datang keinginan cucu untuk mencuba kereta lain pulak. maka cucu pun menjual kereta ni dengan harga yang murah kat kohai cucu....zarul. bagi kat zarul semua bodykit kereta tu sekali. Lepas tu cucu membeli kereta Nissan Skyline R32. Maka berakhirlah kenangan cucu bersama Toyota Corolla Levin AE110..


Spec utama (dari http://www.cars-directory.net/specs/toyota/corolla_levin/1995_5/2954/)

GENERAL

Body typeCoupe
DriveFF
Transmission2 ways * OD attaching 4 speed automatic
Displacement, cc1498
FrameE-AE110-ACPGK
Price of new car, thousands yen (Tokyo area)1287 (~$10700)

SPECIFICATION (SPECS)

EXTERIOR

Exterior dimensions (LxWxH), mm4285 x 1695 x 1305
Interior dimensions (LxWxH), mm1750 x 1410 x 1095
Wheel base, mm2465
Treads (F/R), mm1470 / 1460
Ground clearance, mm150
Curb vehicle weight, kg980
Gross vehicle weight, kg
Seating capacity, persons4
Doors number2
Min.turning radius, m4.8
Fuel tank capacity, l50

ENGINE

Displacement, cc1498
Engine model5A-FE
Max.power (Net), kw(PS)/rpm100 ps (73.55 kw) / 5600 rpm
Max.torque(Net), N*m(kg*m)/rpm14.0 kg*m (137.29 N*m) / 4400 rpm
Power density9.8
Engine typeWater cooling serial 4 cylinder DOHC16 valve
Engine information
Fuel systemEFI (electronic fuel injection)
TurbochargerNo
Fuel typeUnleaded regular gasoline
LEV system (Low emission vehicle)No
Compression ratio9.8
Bore, mm78.7
Stroke, mm77
Final gear ratio
Fuel consumption at 10-15 modes, l/100km6.2
Fuel consumption at 60 km/h, l/100km

CHASSIS / TRANSMISSION

Power steeringYes
Tires size, front175/70R13 82s
Tires size rear175/70R13 82s
Braking system, frontVentilated disk
Braking system, rearDrum (leading/trailing)
Suspension system, frontStrut type coil spring
Suspension system, rearStrut type coil spring (stabilizer attaching)

EQUIPMENT

EXTERIOR EQUIPMENT

Sunroof / MoonroofOption
Front fog lampOption
Rear fog lampNot Present
Xenon headlight (Discharge lamp)Not Present
Projector headlightNot Present
Rear wiperOption
Front spoilerNot Present
Rear or roof spoilerOption
ABS (Antilock brake system)Option
TCS (Traction control system)Not Present
LSD (Limited slip differential)Not Present
Privacy glassNot Present
UV cutting glassNot Present
Aluminium wheelOption

INTERIOR EQUIPMENT

Air conditionerNot Present
Wood panelNot Present
Cruise controlNot Present
Centralized door lockPresent
Power windowPresent
Steering wheel telescopicNot Present
Steering wheel tiltNot Present
Leather steering wheelNot Present
Power front seatNot Present
Power rear seatNot Present
Leather seatNot Present
Falling down type rear seatDivided type
Child seat fixed with seat beltNot Present
Rear ELR3 point seat belt Present
Front seat pretensioner seat beltNot Present
Fourth limited front seat beltNot Present
Side impact barPresent
Airbag (Driver)Option
Airbag (Passenger)Not Present
Airbag (Side)Not Present
Audio deckNot Present
CD-playerNot Present
Car navigation systemNot Present

Colors

Color spectrumColor

Black metallic

Super white II

Medium green mica metallic

Silver pearl metallic

Red mica metallic

Dark blue mica




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...