Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan

Khamis, 20 Februari 2014

Bandung

Pertama kali ke Indonesia....what to expect?

I never been to Indonesia before. Only heard many stories about Indonesia, heard many riots happened in Indonesia for so many reasons, heard about how bad the traffic jam there....but that's all were stories heard from people. Plus, my maid also came from Indonesia, they also contributed to the stories that I can only hear and imagine.

'Perjalananku' starting from last week trip to Bandung gave me the opportunities to find out the real stories from what I had heard.

Flight landing in Husein Sastranegara Airport in the early morning woke me up from morning sleep. From inside the plain I can see 'Giant', a supermarket origin from Malaysia. "wah...giant dh bertapak di Indonesia rupanya".....yes, I admit that I never concern about Malaysia companies going international. When the flight make a turn heading terminal, I saw few Indonesia army plains. Then a group of army were doing kawat pagi probably. Tu dia.....it is actually an Indonesia airforce airport that converted for conventional airplane usage. While I was walking from airplane to the terminal, a big Hercules...yes, the Hercules army airplane landed on the pathway. Biar betui.....giler bagak n kuat bunyik.

Locations:
My hotel located in Lembang area, at the road to Takuban Perahu. It is quite far from Bandung city and have a very nice hill view that full of vegetables. According to taxi driver, Bandung actually have their nice fresh fishes but the Lembang area is quite far from the city and they have good and fresh vegetables. There have many hotels in the area but all of them are more to resort with villa and chalet type of rooms. I reached the hotel at 12pm but the temperature was around 22degrees. The area located in high hills area which makes the temperature low.

Traffic:
About the traffic, the rumors about how bad traffic jam is true. The traffic was very messy. I can hear vehicle honk in every minutes. The road was small and curvy, just imagine when the taxi driver takeover a lorry at curvy road. Lebih hebat dari takumi woo....kalau dalam Initial-D, takumi potong kereta lain guna high performance car, but here, take over the any slow car only by Toyota Avanza. Hard for me to explain more, just go to Bandung and experience it yourself.

Foods:
Other than local food restaurant, Bandung is full with Japanese restaurant. I am not sure if there are many Japanese there in Bandung. I have went to a Japanese restaurant named Torigen in near to Bandung city centre. It was claimed by my Japanese friends as the nicest Japanese restaurant over there. Tried few Japanese food, but the best one was a sushi with maguro...forgot the name. We had ordered 18 pieces of Takoyaki but it was never came to our desk until we headed back to hotel 2 hours later. It was not a good service for that but still we go to same places a night after to have our dinner. But this time my friend from NEC had ordered the takoyaki earlier before we started our car engine. The trip from hotel to the restaurant took around 30 minutes, but we could only get the Takoyaki 30 minutes after we arrived the restaurant. Was a hard waiting but just when you taste the takoyaki, you will forget all the hard waiting moments. It was very nice takoyaki ever. I had never tasted any good takoyaki outside of Japan than the takoyaki there.

The hotel:
Do not want to brief much about the hotel. The surroundings and hotel arrangement was nice but please do not expect much. As an advice, please prepare ubat nyamuk and buy indonesia sim card if you want to use internet in the room. I had an experienced where I have to prepare a documents but there was no internet line in the room. I have to walked at 12 midnite through villas and big trees for about 100 meters to lobby just to get an internet line for me to do my work. I finished my work at 3am and walked back to my rooms.......the meeting rooms?......do not want to tell....very not suitable to organize an important meeting.

Other than hotel that I went, it was a nice experienced for me in Bandung. Even I had never have a chance to go shopping (as what many Malaysian go there, to shopping), I am very enjoy being in Bandung. To watch and have my first experiences in Indonesia.

I will post my trip experiences in Batam and Jakarta next time.

Berjalan lagi?!

7 tahun................blah...

9 bulan................blah.....

perjalanan saya yg dah sudah. Kini perjalanan baru bermula lagi....perjalanan yang lebih hebat dan mencabar. Perjalanan yang benar perjalanan......anak, isteri menunggu dirumah....."bila babah nak balik?"........sabar nak. Babah berjalan mencari arah tujuan....

Rabu, 28 Ogos 2013

Cara mengelak penyeludupan di sempadan Malaysia Thai

Saya tertarik dengan berita hari ini dimana timbalan menteri dalam negeri ckp peningkatan jumlah kes membabitkan senjata api diKelantan disebabkan oleh hadiah senjata api yg diberikan oleh sindiket dadah kepada penyeludup sekira berjaya menyeludup dadah antara dua negara ini.
Itu kenyataan dr seorang menteri tanpa menyebut solution yg akan diambil. Biasanya kalau camni diorg akan sebut "Kami akan mengarahkan pihak yang mengawal sempadan supaya memperketatkan kawalan"............pastu minggu depan ada lagi org kena tembak mati...

Kalau sesiapa yang tidak pernah menjejak kaki ke kelantan, sebenarnye sempadan malaysia thailand di Kelantan ni di pisahkan oleh sungai golok. Sungai yang selalu melimpah kalo musim banjir tu heheh........kalo yg pernah ke sungai ini, pastu tahu kelebaran sungai ni yang tersangat dekat. Anda tak perlu jadik Ian Thorpe untuk berenang ke seberang, tak pandai berenang pun takpe sbb sungai pun xde la dlm sgt....lebar dia kalo kat kawasan kastam pengkalan kubur tu jauh sikit la, tapi kat belah pendalaman tu, lebar dia mcm melintas jalan raya 2 lorong je...Pastu ditepi tepi sungai ni la ada rumah2 penduduk, kalo belah sini, penduduk malaysia, belah sana pulak penduduk thai...sedangkan sedara mara je nih..........bila musim banjir, abih semua tenggelam....
sepanjang sungai ni kalo kat belah malaysia ni, byk la pos kawalan polis/tentera. ini yang dikatakan kawalan ketat, tapi kalo penduduk naik sampan pegi umah org thai kat seberang, no problem...sedara mara lah katakan....kawalan still ketat..no problem. Bila byk org seludup dadah ngan pistol, alasan yang senang diberikan "kawasan terlampau luas untuk dikawal"..........ceit..politik belaka...

Siapa pernah pergi Konpleks Bebas Cukai Pengkalan Kubur?yang pernah pegi tu pernah tak pegi sampai tepi sungai sebelah kompleks kastam tu?...kalo siapa pernah pegi situ, sure terkejut dgn suasana disitu. Disebelah kanan ada kompleks imigresen, di sebelah kiri ada kastam, terdapat pengkalan polis marin berdekatan....tapi di situlah sampan2 dengan selamba pass beras pesemua kat peraih2 yg dok tunggu tepi sungai. Peraih2 ni akan amik beras pesemua tu bawak masuk kete, ade setengah tu siap ade ruang simpanan rahsia dlm kereta. Lepas sumbat dlm kereta terus blah......aik, camtu je?.....serius tak tipu, sbb kitorg penah saja jalan2 kat situ...kete lalu betul2 tepi air sungai, cuak gak kot2 tergelincir masuk sungai...masa kitorg lalu, ramai gak la yang dok usha kitorg...

Dah byk merapu nampak saya nih, okeh kesimpulan dr cerita diatas.....semua kawalan ketat pejadah semua tu, politik je. Sebenarnya diorg ni susah nak kawal org ulang alik sungai golok sbb penduduk antara dua2 belah sungai ni walopon negara berlainan tapi ada hubungan sedara mara.....

Ok la, tu cerita kat belah kelantan. Belah kedah perlis ni apa cerita pulak? aritu ade menteri kata nak pasang pagar kat sempadan. tapi dpt buat skit je skang sbb ade masalah cost dulu, skang mungkin nak sambung balik....seriously?buat pagar tgh2 hutan?.....penyeludup xde masalah langsung nak potong pagar kalo nak seludup barang.....

abihtu semua aku nak komplen, ade idea ke?

kalo idea tu ade la...tapi still nak kena buat study gak. ye la, cadangan dari rakyat jelata ni, bukannya golongan cerdik pandai cendekiawan yang bertapak di institusi tinggi milik kerajaan.

Cadangan saya

1. Zon larangan 100 meter: Sepanjang 100 hingga 200 meter dari sempadan negara dibuat satu zon larangan sebarang aktiviti. Zon ini perlulah clear dari sebarang pokok/bangunan/apa2 yang besar, ianya perlu clear ibarat padang bola. Kalau di belah perlis n kedah, hutan2 sepanjang sempadan perlu dibersihkan, pastu nak buat pagar pun buat la sbb kawasan dah clear."Giler byk pakai kos ni, dah la gunung ganag lak tu"...Pembersihan tu turut melibatkan pokok2 balak yang berharga, boleh balik modal. Mana lebih utama? keluarkan kos besar utk clear hutan atau biarkan penyeludup seludup dadah, minyak masak, minyak petrol, senjata api etc?...."kalau ada rumah penduduk cam kat kelantan tu camne?"...pindahkan je la. Beribu rumah setinggan kat KL n Selangor selamba je kerajaan pindahkan, ni nak pindahkan berapa puluh rumah pun susah ke?lagipun kat sungai golok tu, duduk tepi sungai, tiap2 tahun banjir nak kena pindahkan. Baik pindahkan terus gi tempat lain.......

2. Pos kawalan sempadan: Berjarak 100 meter dari sempadan yang telah dibersihkan, bina pos kawalan pihak berkuasa yang tinggi. Supaya penjaga sempadan boleh check persekitaran dari jarak jauh lagi. Senang nak view dah sbb semua pokok, bangunan, rumah dah dibersihkan...ibarat melihat padang bola dari seat paling tinggi di stadium.

3. Pagar (optional): ni optional la kalo nak mantapkan lagi zon larangan. Andai takut lembu kambing milik penduduk sekitar berkeliaran sampai zon larangan.Kang jadik alasan penduduk lak nak pegi dekat ngan sempadan.

Cukup?....cukup dah tu, yg lain2 tu kalo nak buat, tambahan je la. tapi yang penting nye kat atas tu la.Asalkan xde sebarang aktiviti di kawasan berdekatan sempadan, penyeludupan pun dapat disekat. Pos kawalan tinggi2 belaka, kalo nampak orang menghampiri sempadan, bole cepat2 hantar pasukan pegi kat orang tu.....tapi yang penting pembersihan kawasan supaya orang di menara pos kawalan ni dpat tengok sekitar tanpa halangan.
Faedah lain dari segi masalah banjir kat sungai golok. Tiap2 tahun dengar penduduk rantau panjang dipindahkan sbb banjir, kalau ada zon larangan, digarisan 100 meter yang bertempat pos kawalan ni,bolehlah dibuat tanah tinggi ibarat tembok la. so kalo banijr pun xde la besar mana sbb 100 meter dr sungai dah memang clear utk sungai memenuhi.

Amacam? Okey tak idea saya.
Diharap pihak berkuasa mempertimbangkan permohonan saya.

Sekian,
Yang menulis sesuka hati.


Isnin, 28 November 2011

Selamat Tahun Baru 1433

Selamat Tahun Baru!!!........hari ahad lepas bermulanya tahun baru bagi umat Islam seantero dunio...sepatutnye hari ni (isnin), semuo penduduk Malaysia dapat la cuti umum sebabkan cuti awal muharam tu jatuh hari ahad......tapi kampeni saya still keje cam biasa...hampeh punye Jepun, hampeh punye HR melayu yang tau nak ampu bos2 jepun jek....
Pagi ni masa gi keje singgah kat stesen minyak...tokeynye sorang wanita Chinese yang sgt peramah. Kat tepi kaunter ade sorang abang melayu tengah isi borang apa ntah........sekali abang tu tanye kat tokey tuh;
"arini public holiday ke? tengok orang tak ramai pun"......satu soklan yang buat saya pandang semacam je kat brader tuh.......

Jumaat, 21 Oktober 2011

OMG~

OMG~!,,,kenapa saya tulih artikel ni pun tak tahu lah.......

tapi perasan tak skang ni ramai dah dok nyebut "OMG"......tak tahan pulak bila setengah tu sebut dengan gaya mengada ngada yang dalam hati kita rasa nak lempang je budak sekor nih......

cuba dengan gaya mengada ngada tu sebut "ya tuhan ku" atau pun nak senang lagi..."Ya Allah"...

Sebut "OMG" lapan ribu belas juta puluh kali pun, xkan dapat pape...sebut "Ya Allah" sekali jek, dapat la pahala Insyaallah..........

Rabu, 17 Ogos 2011

Pada hari Nuzul Alquran ini

Sempena raya yg bakal menjelang, ku persiapkan bekalan utk pulang ke kampung. kereta ku hantar ke bengkel utk diservis...bengkel terletak di petaling jaya dan rumahku pula di cheras.....namun hari ini cuti sempena nuzul alquran...

Servis apa yg kubuat pada CRV ku ini? bukan servis tanggung maupun servis kuda-kuda

flush enjin oil
tukar enjin oil
tukar oil filter
tukar gear oil
tukar axel oil
tukar aircond belt
tukar fan motor
pasang aircond filter
tambah gas aircond

begitu byk ku lakukan, begitu byk juga duitku habis...itu pun ada lagi yg perlu dilakukan dimasa hadapan...
menunggu kereta siap servis dibulan seperti ramadhan ini, byk menguji kesabaran...kepanasan terik matahari dan restoran cina di kiri kanan bengkel menambahkan imanku. namun ku sedih........
aku sedih pabila melihat kaum sebangsa dan saudara seagamaku keluar masuk kedai nombor ekor berdekatan bengkel.....
aku sedih pabila melihat kaum sebangsa dan saudara seagamaku masuk ke kedai mamak dan membeli nasi bungkus.........
aku sedih pabila melihat kaum sebangsa, saudara seagama, bekerja di syarikat yg sama dengan diriku, memandu kereta ditengahari, dan berhenti utk makan di sebuah bazar makanan berdekatan dengan syarikat kami.......................................

apakah tiada rasa malu pada diri mereka lagi?
apakah tiada sedikit pun keimanan pada diri mereka lagi?
apakah mereka kenal Islam lagi?

Selasa, 16 Ogos 2011

jom main mercun!!!

Lama benar dah rasanye tak menulis...ye ler..sejak internet kat opis tu dah block semua blog2 nih.....

meh ler saya menceritekan cerite dongeng rakyat sekali sekala...

macam biasa bila nak raya ni..mercun n bunga api

memang seronok main mercun ngan bunga api.....

bila jari budak nak putus sbb main mercun...siapa yg dipersalahkan?

1st: budak tu akan disalahkan sbb main mercun
2nd: mak, bapak ngan family budak tu sbb bg dia main mercun
3rd: penjual bunga api sbb jual mercun yg budak tu main
4th: pembekal bunga api yg membekal kepada penjual tu
5th: penyeludup bunga api dr negara jiran yg kemudian jual kpd pembekal td
6th: kastam ngan UPP sbb tak jaga sempadan elok2

mana2 sorang dr senarai atas tu sepatutnya akan ditahan atas Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957...............eh..

mcm kurang satu...

mana nak letak polis lak?

ow...polis standby bila nak buat serbuan jek...so polis tak yah dipersalahkan la kan?

alkesah semlm saya pergi pasar ramadhan kat bangsar...cam biasa la kat mana2 pasar ramadhan, sure ade org jual mercun...so dlm kepala fikir nasib korang (si penjual mercun) baik sbb xde polis ronda........tapi pasar ramadan bangsar ni kat belakang balai polis jek....polis tak cukup kot nak meronda...xpe lah.........lepas tawaf pasar ramadan tu nak dekat 5 kali, terperasan lak 2 anggota polis berpakaian seragam lalu kat depan gerai jual mercun sambil berborak kosong dengan mata dok tgk bodo kat mercun tuh. si penjual lak dengan muka tak bersalah dok promote bunga api kat sorang customer nih.......

apa guna akta bahan letupan tu ek?...mungkin tu khas guna utk serbuan warehouse mercun je kot ek....

Ahad, 17 Julai 2011

Amboih...

Satu hari yang tenang...sepasang suami isteri muda bersama 2 anak kecil sedang berjalan-jalan di sebuah kedai permainan. Tiba-tiba si suami ternampak satu kolam pasang-lipat...ala yang pakai angin tu. Serta merta terus di tunjukkan kepada si isteri sambil berkata..."pergh...dapat kat budak2 ni mesti best kan?" sambil dok tengok harganye yg nak sama dengan jumlah penggunaan petrol untuk honda CRV bagi sebulan. Memang takkan beli la kan....kemudian si isteri pun berkata "inilah yang saya ngan XXXXX (adik kepada si isteri) ngan kak XXXXX (kakak ipar si isteri) nak kongsi beli. terus si suami pandang slek kat si isteri...

Seminggu kemudian semasa pasangan ini sedang membeli belah di shopping komplek lain pulak, si isteri mendapat panggilan telepon...kata si isteri.."ha...ade ke situ?" dan disusuli dengan..."pump ade tak?"...."orait" dan perbualan pun berakhir dengan si suami rasa tak sedap badan je dengar perbualan nih...

Keesokkan harinye ketika si suami baru pulang dari satu kenduri kawen (pegi sorang2 je sebab si isteri penat katanye)....

Satu view yg buat si suami tepuk dahi....diorang ni memang ler....



Sabtu, 25 Jun 2011

ponin den

wuish...dah nak dekat sebulan kawe dop update blog. nak ikutkan banyak je mende nak tulih, antaranye, ketensenan akibat kegagalan pergi tgk Japan Super GT walopon dah beli tiket sebulan yang lepas, pastu insiden bibik saya lari dari rumah, insiden anak bongsu saya yang dah mula jalan. Tapi ye la kan, kat opis nak bukak blog tak boleh, company block, bila balik rumah, anak dah 2, nak kene layan diorang, waktu bersama family la katakan. Lebih2 lagi bila bibik dah takde nih, malam2 ingatkan nak tidokan diorang dulu baru update blog, alih2 dengan kita sendiri yang tertido. Lagipun saya ni kalo nak ulih blog lagi suka letak gambar yg diamik dr kamera sy sendiri. Satu hal pulak sebab nak buat watermark pesemua cukup. Pakai macbook kat rumah ni mana den tau sgt, dah biasa dari kecik guna windows. Tu yg watermark ke, edit gambar ke semua kene buat kat pc opis, pastu bawak balik gambar tu bila nak update kat blog.............kene pikir strategi lain nih.

Khamis, 26 Mei 2011

Terkini: Malaysia tewas

baru lepaih layan Sudirman Cup...Malaysia kalah kat Korea daa.......

xpe, nice and really good play by malaysian, except player pompuan single kita yang aku rasa tak berapa sangat la....kalau kalah macho takpe gak la kan, tapi kalau kalah ibarat pemain negara lawan budak sekolah, tak elok la rasanye kan. sebab kita membawa nama negara kat mata dunia...apa pun, well done malaysia.

Isnin, 21 Mac 2011

kenduri kawen

Hari isnin lepas saya ngan wife macam biasa keluar rumah kul 6 setgh pagi nak pergi keje yang terletak 17 kilometer je dari rumah. Dari rumah kat Batu 9 cheras nak sampai depan Giant Taman Konot biasanye makan masa 30 minit…..tapi hari tu dok sedap borak ngan wife saya, tak sedar la pulak saya dapat sampai kat depan Giant tu 5 minit je dari rumah. Camtu la beza waktu puncak jem ngan waktu tak jem sangat kat kawasan rumah saya. Sebab tu kami terpaksa keluar rumah awal untuk pergi keje yang terletak 17 km dari rumah.

Sambung cerita, lepas sampai kat depan Giant 5 minit je tu, baru la saya perasan yang minggu ni cuti sekolah. So ramai la orang amik cuti kerja untuk bawak anak2 balik kampong, bawak anak pergi holiday, sedara mara kawen kat kampong dll. Kami tak perasan la sebab anak2 kami kecik lagi…….

So ramai la yang balik kampung sebab kenduri kawen ni, jemputan kawen pun berganda la masa cuti sekolah berbanding ngan bukan cuti sekolah (pelik gak eh zaman sekang ni bukan cuti sekolah pun byk gak kenduri kawen). Saya sendiri pun weekend lepas ade 3 jemputan kawen. 2 jemputan dari tu pulak dari kawan sekolah menengah dulu. Bila time2 camni la dapat jumpa kawan2 lama dulu. Serius tak tipu...sejak kawen ni masa memang terhad untuk jumpa balik kawan2 masa belaja dulu. Macam sekarang ni masa umur tgh 20-an ni la ramai kawan2 dok kawen, waktu2 camtu la buleh jumpa balik kawan2 lama, dengar cerita masing2. Bila habis kenduri tu, masing2 pun balik rumah masing2 jalankan hidup masing2 semula.

Bila masuk era 30-an, kawan2 lama camni dapat la jumpa semula bila ade kenduri kawen kawan2 lain yang terlambat kawen....memang tak byk la kendurinye. Kemudian masing2 akan senyap kembali sehingga masing2 berumur linkungan 50-an, bila anak2 masing dah mula nak kawen. Waktu ni kita akan panggil balik kawan2 lama dulu untuk perjumpaan semula. Kesah2 silam ngan perkembangan semasa jadik bahan bualan. Hubungan diteruskan bila ada perjanjian urusniaga atau kebetulan ade hubungan silaturahim yang dapat diketahui............berlarutan sehingga masing2 meninggalkan dunia yang sementara ini.

Jumaat, 24 Disember 2010

Recreational is good

"Kau sepatutnye buleh smash sebab kau tinggi"...gitulah nasihat yang diluahkan Aidil kepada saya baru2 ni masa dok main badminton. Betul la tu, tapi saya ada sebab sendiri heheh....(malas pun ada gak aa)
mengimbas kembali:
Semasa di sekolah rendah, saya memang giler bermain bola sepak. Kawan baik saya ketika tu pun kebetulan dia pun giler bola sehingga kami tubuhkan kelab bola sendiri ketika itu dengan sorang uncle indian ni yang merupakan bekas jurulatih bolasepak negeri Pahang telah menjadi jurulatih kami. Anak uncle ni pun salah sorang member team kami....kalau main bola ngan anak dia nih, bila laga betis tu, toksah kata la sakit dia camne, tapi budak tu rilek jek. Kawan baik saya tu pulak dengar cerita memang sampai ke besar bersama bolasepak.
Walopon giler bermain bolasepak, saya memang malas nak pergi join team sekolah masa tu. Walopon kawan baik saya ngan kawan india tu dah pun join team sekolah, sampailah masa darjah 5 lepas kene paksa ngan kawan india saya, saya pun turun la join ujibakat pemilihan utk wakil sekolah. Tapi disebabkan sampai lambat ke pemilihan tu (sedangkan sekolah depan rumah je, lintas jalan 2 lorong), saya pun tak dapat join langsung pemilihan tuh. Masa dok tengok yang terpilih masuk team sekolah berlatih, saya nampak ade la sekumpulan budak ni tengah main volleyball. Sebabkan tak tau nak buat apa, saya pun pergi la join diorang main volleyball. Sedangkan saya tak perasan yang sebenarnye tu ujian pemilihan untuk wakil sekolah. Tiba-tiba saya terdengar bunyik wisel, saya pun mula la nak berangkat balik sebab ingatkan saya mengganggu latihan diorang. Masa nak blah tu la ade sorang cikgu tu panggil nama saya, dia suruh saya stay, saya yang tak tau pape lagi masa tu pun duduk je la sebelah cikgu. Lepas saya, sorang2 nama budak lain cikgu panggil...masa tu la baru saya tau saya terpilih utk team sekolah.....pulak dah....dtg utk pemilihan lain, lain yg dapat. Pertama kali main volleyball, terpilih team sekolah, dan mendapat tempat ke-4 dalam zon ..........(kat KL ni sebabkan takde daerah, kawasan terpecah ikut zon. No 4 dlm zon mcm no4 dlm daerah la jugak).............bermula dari itulah saya mula aktif dalam volleyball dan mewakili sekolah setiap tahun sehingga lah bersara ketika tingkatan 5.
Cedera:
Semasa di sekolah menengah, saya tidak lah begitu tinggi berbanding dengan teammate volleyball saya yang lain. Disebab itu tugasan untuk spike (perbuatan smash tapi digunakan dalam sukan volleyball), diberi kepada mereka yang tinggi2 ini. Tapi saya ada kelebihan lain iaitu servis. Servis saya dikatakan sukar diambil pasukan lawan. Sebabkan tulah mereka sering jadikan saya sebagai servis utama dalam setiap game. Tapi dalam kekuatan servis yang ada pada saya, tak sangka la pulak membawa kesan buruk kepada saya ketika umur masih muda.
Semasa belajar di universiti, saya masih bermain bersama rakan2 malaysia di universiti. Kebetulan ada antara mereka ni yang juga pernah mewakili sekolah dalam volleyball, so kami kadang2 kami masih mengamalkan cara permainan sama ketika di zaman sekolah. Ketika itu, court volleyball perlu di tempah dari pihak sekolah dan biasanye kami menempah ketika awal pagi di hujung minggu. Sepanjang 5 tahun bermain vollleyball di waktu pagi, memang tiada langsung saya mengamalkan senaman panas badan...akhirnye masa tahun ke 3 di universiti, saya mengalami kecederaan bahu lepas membuat servis. Waktu pagi kan badan lembut lagi, pastu dok servis kuat2....memang injured la bila dah lama. Pastu cedera tu mcm berkekalan gak la, saya tak boleh hayun lengan kanan dgn agresif.

walopon buleh dikatakan sebagai alasan, tapi tu antara salah satu punca saya tidak boleh smash semasa bermain badmintan. Pernah jugak cuba dulu, lepas tu terus tangan sakit tak leh gerak. Punca lain lak sebab pakai cermin mata (susah nak agak jarak) ngan belom biasa main badminton lagi..(dua-dua ni alasan malas je kot heheh)........cycling antara recreational yang sesuai saya lakukan sekarang sebab tak payah hayun tangan kuat2 hehe....

Rabu, 29 September 2010

Melayu perlu insaf

baru-baru ni ada menteri yang menggalakkan melayu supaya insaf..........

insaf kurang kick sikit dari taubat. Saya suggest guna perkataan taubat je terus.. baru power. Tapi perlu diingat jugak, sebelum menyuruh orang ubah sikap, kita juga perlu ubah. Biasanya semua bukan main ayat power konon menegakkan bangsa melayu dan agama islam. Bila pandang kat isteri-isteri mereka, jambul kat depan, rambut kalerfull, kulit muka ketat.

Lagu-lagu yang orang melayu dok layan tiap2 ari pun, 90 persen cerita pasal cinta sana cinta sini. Budak budak kecik umur 3 taun dah belajar nyanyi lagu "aku cinta kamu" "aku sayang kamu". Mula2 tak paham maksud dia, bila dah besar sikit, mula lah nak bercinta. UPSR pun ntah bila nak amik, dah ade kekasih dah. Bila dah baligh sikit, mula la ngandung sana ngandung sini. Tambah parah bila lagu2 cinta semua dok sedih sana sedih sini, tinggalkan kekasih la, benci kekasih la, rindukan kekasih la. Tengok muka ganas, gaya pun ganas, sekali nyanyi "aku rindu, aku cinta" kuat-kuat....giler spoil tak ingat. baik pakai baju gambar love-love jek.

Patut la melayu ni kuat berangan..........cuba la buat lagu2 kesah lain sikit. lagu pasal persahabatan ke, pasal hubungan kekeluargaan ke, pasal semangat ke.......baru la cepat maju.

Masyarakat kita ni sebahagian besar bergantung kat media massa untuk maju. Kalau media dok pasang lagu cintan mendayu-dayu ke cintan ganas-ganas ke, apa je la yang kaitan ngan cinta kekasih (kalau cinta ngan Tuhan ke, cinta ngan keluarga tak pe la jugak).....camne la orang nak maju. Lain la kalau media hari-hari dok pasang lagu pasal semangat untuk berjaya, kan ke nanti meresap dalam masyarakat terutama orang melayu.....yang pencipta lagu pun satu, dah takde idea ke nak buat lagu selain lagu cinta.......

Siapa layan J-pop mesti tau lagu-lagu kontemporari kat jepun ni sebahagian besar bukan pasal cintan cintan. Kebanyakkannya pasal perihal hidup yang menggalakkan mereka untuk terus berjaya. Sebab tu masyarakat diorang kurang berangan pasal percintaan nih.

Jodoh kita dah ditentukan Allah............insaf

Selasa, 7 September 2010

Inspirasi???

Kalau tengok berita Tv3, tak pernah lagi dengar mana-mana usaha parti pembangkang pernah dipuji. Walaupun saya tak menyokong mana2 parti politik, tapi fikir secara lojik takkan tiada langsung tindakan pembangkang yang baik dan buleh dipaparkan di berita? Bila orang kutuk TV3 sebab racist (bukan racist kaum, tapi pilih bulu), semua orang TV3 marah. Sensitif giler, tak leh nak kritik langsung.......

"Melodi" antara cerita paling laku pastu suka melaga-lagakan orang terutama artis-artis. Terutama bila artis-artis tu ada masalah rumah tangga ngan konflik dengan artis lain. Kalau jadik orang tengah untuk damaikan mana-mana pihak, dapat gak la pahala sikit. Ini lagi dok laga-lagakan diorang. Tak pasal semua crew ngan staffs TV3 dapat dosa, siap tanggung dosa penonton yang tengok sama.....

Baru2 ni TV3 buat hal dengan iklan raya 2010 mereka yang mengarut. Walopon dah ditarik balik, still terlepas kat youtube, maka banyak la maki hamun dan kutukan yang akan berterusan. Abih la....

Semalam saya layan cerita hong kong lakonan stephen chow, cerita yang mulanya menarik tiba-tiba jadik kelam kabut kat tengah2 sebab terlampau banyak sangat scene yang kena potong, sampaikan saya jadik tak paham kejap pasal cerita tu. Puncanya sebab iklan yang banyak nak mampos. Hari tu saya ada kira masa yang digunakan untuk setiap tayangan movie di TV3. Kebiasaannya slot untuk sesebuah movie disediakan selama 2 jam, fikir2 lojik memang biasanya setiap movie makan masa lebih kurang 2 jam...tolak iklan sikit2, tinggal la sejam setengah untuk cerita tu...........tapi tu apa yang orang ramai fikir. Saya pernah kira masa satu hari tu, setiap cerita yang ditayangkan selama 10 minit, akan disusuli dengan iklan selama 8 minit! (ini hanya kiraan rawak saya, bukan kiraan rasmi). Cuba bayangkan dalam tayangan 2 jam, sekiranya satu pusingan cerita dan iklan memakan masa selama 18 minit (10 minit cerita, 8 minit iklan), maknanya cerita itu hanya ditayangkan selama 1 jam 6 minit keseluruhannya. Dan selebihnya adalah iklan. Bayangkan sebuah filem yang panjang asalnya 2 jam 15 minit sebagai contoh, dipendekkan ke satu jam 6 minit......rasa2 anda faham tak apa yang ditayangkan?......

Famili saya ni dah layan TV3 dari kitorang kecik lagi. Sampai sekarang pun、walopon ada astro kat kampung saya, mak abah still layan TV3 jugak. Maknanya orang2 kampung terutama kat pendalaman yang tak dapat astro, TV3 ni channel yang terbaik selepas RTM. Cuba bayang berapa banyak dosa orang2 TV3 dapat bila menghasilkan sesuatu yang tak berkualiti, tak tepat, merapu dan sesuatu yang membuatkan orang lain pun membuat dosa..........

Selasa, 24 Ogos 2010

Hero kampung....

Saya rasa mesti di kalangan anda semua yang pernah dengar nasihat sebegini, "kalau kau eksiden kete kat kampung orang, tak kira la kau salah ke tak salah, baik kau lari dari situ sebelum kau masuk ICU".
Pernah juga saya dengar kisah daripada rakan saya mengenai seorang lelaki yang dibelasah penduduk kampung yang salah faham dalam satu eksiden jalanraya yang berlaku di kampung tersebut. Eksiden yang berpunca daripada seorang penduduk kampung yang menunggang mot0rsikal membuta tuli lalu melanggar kereta lelaki tersebut. Kemudian ianya disalah erti oleh penduduk kampung yang beranggapan lelaki tersebut yang melanggar. Maka dalam masa yang pantas, lelaki itu akan dimasukkan ke hospital kerana dipukul penduduk kampung. Saya percaya perkara ini adalah perkara yang biasa berlaku di mana-mana tempat di Malaysia hasil daripada sifat gdebe (bersifat samseng) masyarakat terutama orang melayu. Perkara fakta dan kebenaran ditolak tepi, bisikan halus dipercayai. Menghasilkan masyarakat yang tidak tahu sabar dan memilih keganasan.
Perkara sebegini juga buleh kita lihat dalam pelbagai aspek lain lagi selain di kampung kampung. Seperti apabila seorang ahli politik bukan melayu membicarakan mengenai diskaun perumahan mewah untuk bumiputra. Apabila disuarakan sahaja, lantas pelbagai organisasi dan tokoh melayu melenting. Sedangkan itu baru disuarakan, belum lagi diarahkan atau dilaksanakan. Kemudian ada yang berura-ura ingin membuat laporan polis, tunjuk perasaan aman dan lain-lain lagi bagi menunjukkan mereka membantah cadangan tersebut. Disamping itu, bagi ahli-ahli politik, ini sudah suatu bonus bagi mereka bagi mempamerkan yang kununnya mereka ini memperjuangkan hak anak-anak bangsa. Sunnguh lantang ahli-ahli politik ini bersuara, media-media utama pula mula menemubual ahli ahli sejarah dan pendidikan mengenai perkara ini. Sedangkan itu barulah cadangan semata...
Baru-baru ini berlaku insiden di perairan Malaysia dan Indonesia. Kedua-dua negara mengatakan yang insiden berlaku di perairan masing-masing. Bagi pihak kerajaan kedua belah pihak, hal ini telah di selesaikan secara baik namun tindakan susulan mengenai persempadanan perlu dilakukan bagi mengelak insiden serupa berlaku lagi.
Tetapi bagi pihak rakyat Indonesia, walaupun telah diselesaikan secara baik dan diterangkan oleh kerajaan mereka, mereka tetap menganggap kerajaan Malaysia bersalah dalam hal itu. Justeru tunjuk perasaan dilakukan di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia. Tunjuk perasaan yang aman kemudian bertukar menjadi ganas dan biadap dilakukan. Fasiliti kedutaan dirosakkan, jalan masuk utama ke kedutaan dihalang, maki hamun danpelbagai lagi dilontarkan. Yang paling biadap, bendera kebanggaan negara dibakar dan najis dilontar ke dalam kedutaan Malaysia. Apa yang Malaysia lakukan? Atas semangat persaudaraan, kedutaan Malaysia hanya memberi notis bantahan kepada kerajaan Indonesia. Bagaimana pula dengan bendera yang dibakar? Tiada pun sebarang bantahan daripada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia. Seolah-olah semua orang membiarkan sahaja kerana ia tidak penting. Mungkin begitu juga yang dirasai oleh masyarakat Israel apabila kita membakar bendera Zionis.

Di bulan kemerdekaan ini, kerajaan menggalakkan semua rakyat mengibar bendera, tetapi apabila bendera Malaysia dibakar oleh orang luar, semua rakyat Malaysia hanya berdiam diri sahaja............?!

kemana pergi pejuang-pejuang bangsa yang lantang bersuara tadi?

kemana perginya hero-hero kampung ini?

Dengan jumlah rakyat Indonesia di Malaysia yang mencecah hampir sejuta orang, dan belum lagi dikira yang datang secara haram. Sekiranya pendapat seorang di Malaysia adalah RM500, cuba bayangkan berapa banyak pengaliran wang masuk ke dalam Indonesia oleh semua penduduk mereka. Dan mereka masih meminta agar gaji amah dinaikkan. Dan mereka masih memaki hamun Malaysia............

Mungkin semangat persaudaraan mereka hanya terletak pada diri pemimpin mereka sahaja.

Ahad, 22 Ogos 2010

Demi kekasih ku serah, tapi....

Baru-baru saya menerima emel forward yang megandungi artikel tulisan seorang penceramah dari PAS (maaf saya terlupa namanya) mengenai masalah pembuangan bayi yang boleh dikatakan berlaku setiap hari di Malaysia akhir-akhir ini.
Apa yang dikatakan oleh saudara penceramah itu bahawa kegiatan pembuangan bayi yang berlaku akhir-akhir ini adalah berpunca daripada hubungan seks bebas yang berlaku semasa ambang tahun baru yang lepas. Aktiviti bersama arak, dadah, lumba haram dan lain-lain dan disusuli pula dengan seks bebas akhirnya membuahkan hasil 9 bulan kemudian iaitu pada waktu-waktu sekarang ini. Penceramah meramalkan yang masalah pembuangan bayi ini akan berkurangan apabila memasuki bulan 9 nanti.
Saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh saudara penceramah. Cuma saya ingin menambah yang semuanya bermula daripada cuti sambutan krismas, dihebatkan lagi apabila sambutan tahun baru....pada lingkungan seks bebas waktu itu akan membuahkan hasil dalam bulan 8 ini. Setelah apa yang berlaku dapatlah kita bayangkan betapa teruk masalah sosial yang berlaku pada masyarakat Malaysia terutama pada golongan Islam.
Setelah saya membaca artikel itu, saya teringat awal tahun ini semasa awal bulan februari, terdapat beberapa mahasiswa Islam yang kufur telah menganjurkan Hari Kekasih tahun ini disambut dengan aktiviti tanpa seluar dalam bagi wanita. Pada mahasiswa yang telah memalukan Islam ini, apa yang mereka anjurkan menunjukkan yang kununnya mereka ini berfikiran terbuka, beriringan dengan modenisasi dunia. Kununnya setelah mereka lakukan, mereka akan kelihatan matang dan bertamadun seperti masyarakat barat. Sedangkan hakikatnya apa yang mereka lakukan itu menunjukkan betapa fikiran mereka ini berada pada tahap seperti masyarakat zaman kuno, zaman sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w lagi.
Kenapa perlu disambut hari kekasih? Sekiranya kita ikhlas kepada kekasih kita, hari-hari kita buleh sambut, tidak perlu menunggu hari-hari tertentu sebegini. Kununnya mahu hari yang istimewa untuk kekasih......buleh dibuat semasa hari lahirnya. Tidak perlu disambut hari kekasih ini.
Kemudian hari kekasih disambut dengan sang wanita tidak memakai seluar dalam. Saya pun tidak tahu dari mana datangnya budaya ini, namun begitu pada pendapat saya ianya tidak banyak beza dengan apa yang dipakai oleh beberapa masyarakat di tengah padang pasir di Afrika dan di tengah hutan belantara di Asia Tenggara. Apa yang saya pasti, sambutan dengan gaya sebegini akan menambahkan lagi statistik pembuangan bayi pada 9 bulan yang akan datang.
Sekiranya apa yang saya rasakan ini betul, 9 bulan daripada 14Februari, 2010 akan berlaku satu ombak pembuangan bayi. Dan dalam perkiraan, penghujung tahun ini akan berlaku satu lagi ombak masalah pembuangan bayi.
Pelbagai pihak mula memberikan cadangan dan nasihat untuk membendung masalah ini, tapi saya rasa tidak banyak yang membantu. Selagi tidak di bendung secara ekstrim, masalah sebegini akan berterusan dan bertambah parah.
Justeru cadangan Ketua Polis Selangor agar diwujudkan Tabung DNA adalah satu cadangan yang menarik. Sekiranya anda peminat rancangan CSI terbitan Jerry Bruckheimer, anda pasti perasan dalam sesuatu kes apabila pihak CSI mendapat DNA, mereka akan dapat mengenalpasti pemilik sesuatu DNA dengan pantas. Oleh itu, sebarang waris daripada bayi yang dibuang dapat dikenalpasti dengan pantas.
Kemudian tindak lebih ekstrim lagi buleh diambil dengan menghukum ibubapa kepada pasangan yang membuat dan membuang bayi. Ini kerana sebarang tindak tanduk anak-anak adalah hasil daripada apa yang ditunjukkan oleh ibubapa. Ibubapa wajib mendidik anak menjadi mukmin dan mukminat yang baik.
Apapun usaha yang cuba kita lakukan, selagi pengaruh daripada media massa terhadap aktiviti seks bebas tidak dikekang, selagi itu masyarakat akan menghalalkan aktiviti tidak sehat yang menyumbang kepada jenayah buang bayi.

Selasa, 3 Ogos 2010

Betul ke salah ni?

Satu suasana di sebuah sekolah asrama berprestasi tinggi....

Di suatu sudut di sekolah asrama tersebut, terdapat beberapa pelajar sedang mencuri perkakas komputer dari makmal komputer sekolah. Tiba-tiba lalu dua orang pengawas sekolah berdekatan dengan mereka. Pengawas ini pergi ke pelajar-pelajar itu dan menanyakan sekiranya mereka ada mouse lebih atau tidak. Setelah mendapat barang yang diinginkan, pengawas itu pun beredar dari tempat itu.

Persoalannya, betul ke perbuatan mereka ini? Kalau kita fikir secara lojik, memang salah. Jikalau kita berada di posisi pengawas tersebut, kita akan menghalang mereka dan melaporkan kepada pihak sekolah.

Insiden seperti ini juga yang saya alami petang semalam ketika pulang dari kerja.
Saya mempunyai temujanji dengan seseorang di stesen minyak BHP Taman Connought semalam. Setelah berjumpa dengan orang itu, saya pun singgah sebentar di sebuah gerai menjual CD cetak rompak yang terletak berdekatan dengan kereta saya. Semasa sedang meneliti cd-cd tersebut, saya terperasan di hadapan saya ada seorang polis peronda menaiki motorsikal membawa perlahan berdekatan gerai tersebut seolah-olah ingin berhenti.
Maka dalam hati saya pun berasa cuak kerana adalah menjadi satu kesalahan membuat, menjual, membeli dan membawa semua cd-cd cetak rompak ini. Pelanggan yang membeli pun boleh dikenakan hukuman.
Baru saya ingin bertanya kepada penjual mengenai polis itu, sebab pelik juga mereka tidak lari. Ketika itu baru saya perasan ada seorang lagi polis peronda baru sahaja berjumpa dengan salah seorang penjual itu sebelum beredar pergi dari gerai tersebut. Manakala penjual yang berjumpa dengan polis itu datang kembali ke gerainya sambil mengira sejumlah besar duit di tangan. Saya tidak ingin menuduh sebarangan tetapi...

Terus datang perasaan konpius di kepala saya, menjual cd cetak rompak ni tidak melanggar undang-undang ke? polis peronda itu pula buat apa tadi dengan penjual cd cetak rompak itu? Apa kegunaan polis-polis itu meronda? polis hanya membuat tangkapan bila disuruh saja ke? kegiatan membanteras jenayah cetak rompak ni hanya dibuat bila disuruh saja ke? ataupun selama ini ia dibuat untuk menunjuk kepada masyarakat yang polis membuat kerja? ataupun polis tidak boleh membuat tangkapan jikalau tiada pegawai dari kementerian yang bertanggungjawab?

ntah la....yang mana betul yang mana salah pun saya tak tahu

Khamis, 29 Julai 2010

Fire Extinguisher



Gambar di atas saya ambil dari sebuah stesen minyak di Cheras. Apa yang menarik pada pemerhatian saya bukanlah stesen minyak itu ke bentuk pemadam api tu ke atau sampah yang kelihatan di dalam gambar itu. Tetapi apa yang menarik perhatian saya adalah cara pemadam api itu diuruskan. Untuk pengetahuan, pemadam api itu diletakkan di dalam kotak berkunci berwarna merah seperti gambar di atas, manakala kotak berisi pemadam api itu diletakkan betul-betul bersebelahan dengan pam minyak di tempat mengisi minyak.
Cuba anda perhatikan lukisan menawan saya di bawah dan fikirkan apa yang berlaku sekiranya satu kebakaran berlaku pada sebuah kereta yang sedang mengisi pam di kawasan "A".


Petunjuk:
A: Kawasan mengisi minyak A
B: Kawasan mengisi minyak B
P: Mesin pam minyak
TS: Tong sampah

Gambarajah di atas adalah gambaran dari atas kawasan mengisi minyak di sebuah stesen minyak. Pada gambarajah di atas, pemadam api terletak pada posisi bertanda kotak merah. Sekiranya kebakaran berlaku pada kenderaan di kawasan A atau B, anda sudah pasti tidak boleh menghampiri kotak pemadam api untuk mengambil pemadam api kerana ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan pam minyak dan ada risiko kebakaran merebak ke pam minyak dan berlaku letupan. Tambahan pula kotak berisi pemadam api itu dikunci dan sudah pasti mengambil masa untuk mengeluarkan pemadam api itu dan ini akan menambah risiko kepada diri anda.
Maka secara tak langsung, pemadam api daripada pam minyak di sekeliling akan digunakan. Sekiranya sebuah stesen minyak mempunyai kira-kira 4 tiang (2 pam setiap tiang) mengisi minyak seperti gambarajah di atas. Satu pemadam api tidak dapat digunakan atas sebab keselamatan dan tinggal 3 pemadam api yang buleh digunakan.
Persoalannya, kenapa kita perlu menggunakan 3 pemadam api sedangkan kita buleh pasti kesemua 4 pemadam api digunakan?
Caranya hanya dengan meletakkan pemadam api tersebut di kawasan yang berjauhan dengan pam minyak.
Persoalan kedua, berapa banyak salinan dan berapa ramai yang memegang kunci untuk bekas pemadam api itu?
sebaiknya diberi satu kunci pembuka kepada setiap pekerja supaya apabila berlaku sebarang insiden, tindakan pantas dapat diambil. Tidak perlu menunggu penyelia datang ataupun perlu berlari ke kaunter untuk mengambil kunci.

Apapun itu hanya pendapat saya sahaja, saya pasti pemilik stesen minyak sudah memikirkan dari pelbagai sudut semasa membuat tindakan meletakkan pemadam api tersebut di situ.

Jumaat, 9 Julai 2010

Saya yang tersangkut


Beberapa hari ni saya memang tak ada idea nak tulis apa yang blog. Bukannya otak kering, tapi sesuatu yang buat saya kering. Oleh sebab itulah beberapa hari ni saya hanya menulis mengenai sesuatu yang saya baca di internet sahaja. Habis itu selama ini bagaimana pula saya mendapat idea?
Semuanya kerana kamera digital saya. Kamera saya ini merupakan sumber inspirasi saya. Sebabnya, apabila saya terlihat sesuatu yang menarik, saya akan mengambil gambar perkara itu dan tuliskan diblog ini. Untuk itu, saya akan sentiasa meletakkan kamera digital saya di dalam kereta. Tetapi, sejak beberapa minggu ini, bateri kamera saya ini telah pun habis dan saya tidak tahu kemana hilangnya pengecas (Charger) bateri kamera saya ini. Oleh itu, apabila datang idea untuk menulis, ketiadaan kamera buatkan saya buntu. Pagi ini setelah dicari cari, akhirnya saya telah pun menjumpai pengecas bateri kamera saya yang di letakkan di bilik R&D di opis saya. Terlupa pula yang saya yang tinggalkan di situ bila kali terakhir menggunakannya. Maka lepas ni buleh la melaram kembali dengan kamera ini huhu...

Isnin, 21 Jun 2010

Ta-Ya-Sin-Kaf-wau

Jikalau anda berkunjung ke negeri Kelantan, antara pemandangan yang dapat anda saksikan juga di negeri ini adalah semua papan tanda premis ada ditulis dengan huruf jawi. Ini adalah undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Kelantan dan ianya tersangat baik bagi memastikan masyarakat muda Kelantan masih kenal dan tahu membaca jawi. Oleh itu, sekiranya pelabur-pelabur luar yang bersikap liberal dan ingin menerokai pelaburan di negeri ini, perlulah juga mengikuti peraturan di negeri ini, seperti yang boleh kita lihat sebuah pasaraya Tesco yang ditulis jawi.

Ingin saya berkongsi satu pengalaman saya di pasaraya ini semasa pulang bercuti tempoh hari. Seperti yang kita semua tahu, slogan “customer is always right” hanyalah satu slogan penipuan di Negara kita, dan ini sememangnya memang berlaku.
Saya berkunjung ke Tesco Kota Bharu bersama adik saya untuk membeli hadiah perkahwinan sepupu saya. Setelah berpusing-pusing di kawasan perkakas elektrik rumah, kami akhirnya bersetuju untuk membeli stand fan+ionizer jenama Elba sebagai hadiah. Harganya pula adalah RM219 setelah mendapat diskaun. Setelah melakukan pemeriksaan dengan abang staff yang peramah, kami pun menuju ke kaunter pembayaran bersama fan tersebut. Beratur di hadapan saya ketika itu ada seorang brader yang ingin membeli periuk nasi (konpem untuk hadiah kawen). Dan dihadapannya yang sedang membuat pembayaran……….tiada siapa?!
Maka saya pun bertanya kepada staffs di kaunter,

“tunggu apa dik?”.
“tunggu orang bayar, dia pergi cucuk duit kejap” katanya. Dan ketika itu saya melihat mesin pembayaran menunjukkan jumlah RM1088. Mungkin orang itu ingin membeli LCD TV kot. Kebetulan Tesco ketika itu sedang membuat promosi LCD TV dan LED TV sempena dengan World Cup.
“ler…cancel la kejap bagi kitorang bayar dulu. Nak tunggu dia lama lagi la kot” balas saya. Sememangnya Tesco yang penuh dengan orang ramai akan meramaikan lagi mesin ATM tu. Pasti membuatkan keadaan menjadi lebih lama.
“tak boleh la. Nanti nak kene panggil manager lagi, itu lagi, ini lagi”.
Satu alasan yang buat saya menyirap tapi kalau begitu pemikiran mereka, dapatlah dibayangkan tiada guna saya membalas lagi jikalau mereka lebih mementingkan kesusahan diri sendiri daripada pelanggan. Lalu saya pun membuat keputusan menunggu sahaja, mungkin juga pelanggan itu telah pun pergi lama dan akan kembali bila-bila masa.
Setelah menunggu selama hampir 15 minit, akhirnya pelangggan yang “tak gheti nak planning hidup” itu pun tiba dengan duit. Pelanggan yang beratur di depan saya telah pun ghaib entah ke mana namun barangnya masih ada di kaunter. Maka setelah pelanggan “tak gheti nak planning hidup” itu pergi, saya pun menunggu untuk tiba giliran saya tetapi pelanggan di depan saya pula tidak muncul untuk membuat pembayaran. Staffs di kaunter tersebut pula sedang sibuk mengemas duit di mesin.
Setelah menunggu beberapa ketika, staffs di kaunter berpaling mengadap saya dengan selamba dan berkata,

“ye abang?”………satu soalan yang tak boleh diterima langsung oleh saya.
Saya pun mengetuk ngetuk kotak barang yang saya beli dengan muka tak puas hati. Setelah itu baru mereka mengambil barang saya untuk pembayaran. Harga yang tersebut adalah RM219 dan saya pun membuat pembayaran sebanyak RM250. Setelah menerima baki, saya pun terus berlalu dengan adik saya kerana takut tertinggal solat.
Semasa perjalanan pulang, saya singgah di sebuah stesen minyak berhampiran rumah saya. Saya pun mengambil baki pembayaran pembelian tadi yang diletakkan di dalam poket untuk membuat pembayaran minyak. Namun saya dapati jumlahnya kurang. RM219 diberi duit RM250 akan mendapat baki RM31. Dan apa yang saya dapat adalah sebanyak RM21…kurang RM10 dari sepatutnya. Kemudian saya terus periksa resit pembelian dan mendapati jumlah lain yang tertera.

Disitu tertera jumlah pembayaran yang saya buat adalah RM220!!.....walhal saya berikan RM250. Sekiranya saya berpatah balik (yang sememang takkan saya buat sebab kene rempuh traffic jem yang teruk) pun saya tidak tentu mendapat kembali RM10 itu kerana tidak tertera didalam resit dan pihak mereka boleh membalas kembali tuduhan saya itu.
Disebabkan jumlah yang di”curi” adalah hanya RM10, adik saya pun memujuk saya dan menyuruh balik sahaja. Tiada apa yang boleh dibuat selain menulis di blog seperti ini.

Oleh itu, memang saya tidak akan memijak kaki ke Tesco Kota Bharu lagi. Dah ler jalan nak masuk jem, parking berterabur, staffs ikut suka mak bapak diorang, orang tersangat padat…………..damn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...