Pagi ni saya keluar rumah macam biasa untuk ke tempat kerja. Perjalanan seawal jam 6:30 pagi sudah tentu dikala sang matahari belum menampakkan wajahnya. Ketika tersangkut di perjalanan yang sesak, diri ini mula memikirkan mengenai kesempitan hidup beberapa pemilik kereta di sekeliling saya yang tidak mampu untuk membeli mentol lampu keretanya. Ada sebuah van yang lalu dihadapan saya untuk beberapa ketika, tidak menyala keseluruhan lampu breknya. Ada juga kenderaan yang tidak menyala keseluruhan lampu didepan dan belakang kenderaannya. Kadangkala terpikir juga saya, adakah mereka terlampau tidak mampu membeli mentol lampu kereta yang hanya berharga RM2 itu, ataupun mereka tidak ambil kesah mengenai kenderaan mereka, ataupun mereka sering lupa untuk membeli atau memeriksa kenderaan mereka. Antara jawapan yang akan kita mendengar apabila kita menegur mereka...
1. "aiyoh...tak perasan lah. nanti saya tukarlah"
2. "nanti saya tukar la, sekarang ni takda masa la nak pergi tukar. lagipun polis tak tahan kalau setakat satu lampu je yang menyala"..
dan berbagai lagi alasan yang kita buleh dengar. Memang dari segi undang-undang adalah satu kesalahan untuk menggunakan kenderaan yang tidak menyala lampunya hatta satu lampu sekalipun. Namun betapa kuatnya pun undang-undang yang kita ada, ianya akan hanya menjadi satu coretan di kitab undang-undang kita sekiranya tiada penguatkuasaan ke atas undang-undang itu. Penguatkuasaan yang bagaimana?kita sering kali mendengar pasukan polis atau JPJ membuat roadblock atau pemeriksaan di jalanraya untuk mengesan kenderaan yang melakukan kesalahan. Untuk bas-bas dan teksi pula, pemeriksaan akan dilakukan di perhentian-perhentian tertentu. Memang ianya adalah satu penguatkuasaan yang boleh dikatakan berkesan, namun adakah ia berkesan secara menyeluruh. Tidak berdosa sekiranya saya berkata yang penguatkuasaan sebegini hanya akan membuang masa dan kos sahaja. Kita ambil contoh roadblock di suatu kawasan pada satu malam. Semua kenderaan yang melalui kawasan itu akan diperiksa keadaan kenderaannya. Tapi saya pasti ramai yang setuju sekiranya ada antara kenderaan itu akan berpatah balik apabila mereka sedar ada roadblock di hadapan mereka. Malah roadblock yang dilakukan pada malam hari, adakalanya tidak dapat memeriksa banyak kenderaan. Sebabnya ada antara pengguna jalanraya akan menggunakan kenderaan untuk berulangalik ke tempat kerja sahaja, pagi keluar rumah dan petang balik. Dapatkan agensi penguatkuasa mengesan kenderaan diwaktu ini?...pasti tidak. Sebenarnya banyak lagi kelemahan yang boleh kita cungkilkan dengan hanya melakukan roadblock untuk mencari pesalah jalanraya. Habis tu, macammana lagi penguatkuasaan yang buleh kita buat?...
Sebenarnya corak penguatkuasaan kita banyak dicontohi daripada corak penguatkuasaan British. Ini disebabkan ramai pengarah agensi penguatkuasa dan menteri-menteri yang terlibat adalah berkelulusan daripada sana ataupun sering ke sana. Bukannya salah untuk meniru corak penguatkuasaan mereka, tetapi penguatkuasaan mereka adalah sesuai dengan mentaliti mereka sebagai penduduk sebuah negara maju. Sebuah negara yang mempunyai taraf hidup penduduk yang serasi dengan pendapat isi rumah. Malaysia adalah sebuah negara membangun yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan taraf hidup. Berbilang kaum sahaja dapat membayang betapa banyak corak kehidupan dari negara asal masing-masing dibawa bersama sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan taraf hidup. Pendapat per kapita penduduk yang tidak serasi dan peratusan rakyat miskin yang tinggi mewujudkan jurang perbezaan antara kita dan British. Adalah sukar untuk melaksanakan penguatkuasaan yang dicedok bulat-bulat dari negara terbabit. Sebarang penguatkuasaan perlulah diserasikan dengan keadaan negara kita.
Saya sebenarnya mencadangkan agar penguatkuasaan undang-undang jalanraya di Malaysia ini diteladani daripada negara-negara maju Asia yang lain seperti Korea Selatan dan Jepun. Saya masih teringat ketika berada di negara Jepun dahulu, menaiki basikal di waktu malam dan saya telah ditahan oleh anggota penguatkuasa kerana menunggang tanpa lampu. Bayangkan dengan hanya menaiki basikal sahaja pun saya telah ditahan, inikan pulak kalau kita menaiki kenderaan tanpa lampu. Pasukan polis ada polis peronda yang akan meronda menjaga ketetenteraman rakyat. Namun mereka akan hanya membazir duit rakyat untuk membayar minyak kenderaan yang sekadar berpusing pusing di taman perumahan. Memanglah ianya berguna untuk menghalang jenayah dari berlaku ataupun dapat bertindak pantas sekiranya terdapat kecemasan. Tetapi ianya juga akan lebih baik sekiranya polis yang meronda dapat menahan sebarang kenderaan yang melakukan kesalahan lalulintas. Pada firasat saya, kemungkinan polis yang meronda adalah polis bahagian jenayah yang tiada kuasa untuk menahan pesalah lalulintas. Namun pagi ini, ketika keluar bekerja, saya ternampak ada sebuah kenderaan peronda polis berhenti di 7E dan seorang pegawai polis trafik keluar masuk ke kedai. Ini bermakna ada terdapat polis trafik bertugas bersama polis peronda, walaupun bukan semua. Ini juga bermakna, mereka boleh menahan mana-mana kenderaan yang melakukan kesalahan trafik termasuk yang mempunyai lampu kereta yang tidak menyala. Habis kenapa kita tidak pernah nampak perkara begitu?kenapa orang yang melakukan kesalahan jalanraya masih ramai?kenapa kenderaan-kenderaan yang ditahan polis peronda yang menaiki Mitsubishi EVO 10 adalah kenderaan yang lusuh yang tidak tentu buleh bergerak lebih dari 80km/j..(perkara yang saya sering nampak di lebuhraya hubungan timur barat)?
Penguatkuasaan atau pemeriksaan yang tidak mengikut masa sebenarnya satu penguatkuasaan yang sangat berkesan. Mereka yang menggunakan jalanraya akan sering takut untuk melakukan kesalahan lalulintas. Walaupun pada permulaannya mereka akan takut, namun setelah dijadikan amalan, sudah pasti membuahkan hasil melahirkan pengguna jalanraya yang bertanggungjawab.
Sebenarnya perkara utama yang saya ceritakan disini adalah, ketika kepala saya sebuk memikirkan kesalahan lalulintas yang dilakukan oleh ramai pengguna jalanraya, ketika itu jugak saya perasan yang lampu kereta saya sebenarnya telah terbakar sebelah heheheh....
nasib baik ada mentol spare kat rumah. So esok saya akan update tentang cara-cara menukar mentol kereta.
kenapa?
BalasPadamjawabannya adalah koruptsi.
disebabkan harta dunia yang sementaralah para-para pegawai melepaskan tanggungjawab mereka.
disebabkan duit untuk 5cawan kopi starbucks, mereka membiarkan pesalah lalulintas berpelisiran.