Jumaat, 29 April 2011

Membaiki Arm Rest

Baru-baru ni saya perasan la yang arm rest CRV saya ni dah macam besi nak terkeluar sket. Agak2 masa tu mesti span kat dalam tu dah koyak sikit la kan. So, nak merepair tu dalam dok malas+takde masa...last2 berjaya jugak saya buat. Tu pun sebab dok sangkut dalam jem balik dari keje, saya terus mengoperate arm rest tuh.

Cara nak bukak arm rest ni senang jek.
1. Mula2 bukak zip yang ada yang belakang arm rest tuh.
2. Bukak sikit cover yang kat belah ada zip tuh.
3. Ada satu nut kat situ yang nak kene bukak. Saiz nut tu agak besar, rasanye kene pakai saiz 12 atau 13 kot...saya dah lupa saya pakai saiz apa.
4. lepas bukak nut tu, buleh la tarik keluar arm rest tu.
5. Lepas tu buleh la bukak cover arm rest tu sampai habis.
6. Nanti nak pasang balik arm rest tu, ikut langkah sama.

rupa span tu lepas cabut cover
Ingatkan bhgn span yang koyak tu sket je la. Sekali bila dah bukak tu, terkejut saya tgk lobang yang ada tu besar giler. saya pun tak paham camne buleh jadik camtu.


Nampak besi kat dalam tuh...

Pastu cara nak repair nih, buleh la masukkan span tebal ke apa ke yang lembut kat lubang tuh. Masam saya ni saya letak polistirena yang saya jumpa kat bilik workstation tuh.


bende yang kita nak sumbat tu kene la bagi padat sket. kalo tak nanti besi tu terkeluar lagi....lepas dah sure lubang tu dah padat, saya pun tutup lubang dengan menggunakan tape besar yang orang guna untuk seal kotak, bukan solatep yang kita dok bungkus hadiah tu. ni yang besar punye tuh, orang dok guna buat seal kotak besar2. Lepas dah tutup ngan tape, saya pun sarung balik cover arm rest tu pastu pasang balik kat kete.


Lepas dah pasang tu, besi tu pun tak terkeluar dah. dah sedap la sket nak gunakan arm rest nih huhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...