Ahad, 18 April 2010

NAZA Sutera problem?!

Ni saya jumpa kat satu forum, tak tau siapa penulis asalnya..tapi nampak macam ada kebenarannya. Yang menyebabkan saya tertarik adalah kerana ia melibatkan NAZA. Tempat kerja saya sekarang ini adalah menjadi laluan utama orang ramai menju ke Naza PJ...sudah pasti pelbagai jenis ferrari, lamborghini, hummer dan BMW yang lalu di hadapan ofis saya sekaligus menampakkan gah Naza ini. Tapi tidak sangka pulak sekiranya apa yang diceritakan didalam warkah dibawah ini sememangnya berlaku....ia seolah-olah Naza hanya menjaga kepentingan pelanggan-pelanggannya yang membayar kenderaan mereka yang berharga lebih daripada RM200,000.....
Di ambil daripada www.infomaya.net

-Warkah Mula-
"Kepada:-
Pengerusi,
NAZA CORPORATION SDN BHD
115, Jalan Raja Muda Abd Aziz,
Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur.

Tuan,

LAPORAN KEROSAKAN NAZA SUTERA

Untuk perhatian tuan, lain kali saya perlu berfikir lebih daripada berjuta kali jika ingin membeli kereta kereta keluaran NAZA kerana kualiti kenderaan yang amat teruk dan tidak menjaminkan. Saya telah membeli kereta NAZA Sutera 2 bulan lepas iaitu pada 1hb Ogos 2006 selepas menanti selama lebih kurang 4 bulan dimana wakil jualan tuan gagal membekalnya dalam tempuh yang telah dijanjikan oleh pihak Syarikat FS Trading Sdn Bhd iaitu dalam tempuh 2 minggu sahaja. Disini saya ingin menyatakan kekesalan yang amat sangat terhadap kereta yang telah dibekalkan oleh pihak tuan dan memohon supaya ianya dapat DIGANTIKAN DENGAN KENDERAAN YANG BARU. Inilah keadaan kenderaan yang telah dibekalkan kepada saya:-

1. Dari kualiti kereta tersebut adalah jelas bahawa pihak tuan hanya mementingkan soal keuntungan sehingga mengabaikan tentang kualiti kenderaan tersebut. Kereta ini lansung tiada kualiti dan saya melakukan kesilapan besar kerana hanya memandang dari segi rupa sedangkan ia penuh dengan masalah-masalah.

2. Dari segi pengamatan saya Jabatan Kualiti Kilang Naza gagal melakukan kerja dengan baik kerana sebahagian besar daripada peralatan didalam dan diluar kenderaan ini tidak dipasang dengan betul dan kemas. Ini termasuk bahagian-bahagian yang dibuat dengan plastik dan besi tidak dilekat atau dipasang dengan kemas dimana ada yang longgar. Seterusnya terdapat bahagian-bahagian dan skru yang sudah berkarat sedangkan kereta tersebut baru 2 bulan sahaja dan boleh dilihat dengan sebelah mata.

3. Pada minggun pertama, semasa saya memandu kereta balik daripada pejabat dan pada masa itu hujan turun; Saya terpaksa memandu dalam keadaan basah kerana air masuk melalui tingkap sebelah pemandu dengan banyak. Disini saya amati getah yang digunakan juga tidak berkualiti atau pun ia tidak dipasang dengan betul. Saya telah menghantarnya ke pusat serbis di Kuala Trengganu, setelah diperbetulkan ia masih tidak sempurna kerana pintu tersebut telah tidak selari dengan pintu-pintu yang lain. Jadi keempat-empat pintu ini perlu diketuk semula untuk menyamakannya. Ia masih tidak sempurna kerana semasa hujan air masuk semula melalui pintu belakang pula. Cubalah bayangkan kesusahan yang telah saya hadapi hanya kerana pintu-pintu ini.

4. Pada minggu ketiga ketiga balik daripada Trengganu stering kereta ini telah berbunyi seperti keldai seolah macam kenderaan yang berumur lebih daripada 20 tahun. Bayangkan macamana kedaan kereta ini setelah lebih dari 1 tahun.

5. Pada hari saya ambil kenderaan ini system penghawa dinginnya tidak berfungsi dengan betul; Angin sejuk hanya keluar daripada saluran bawah sahaja walaupun saya telah mengubah suis untuk angin itu keluar daripada atas. Keesokan harinya saya hanya kenderaan ke Syarikat FS Trading Sdn Bhd dan ia telah dibaiki dengan menyendal dengan sekeping span dan masih tidak sempurna. Adakah begini caranya ia dibaiki. Amat melucukan, Syarikat sebesar Naza tidak tahu camana nak pasang penghawa dingin dengan betul. Saya komplen tetapi jawapan amat tidak menyenangkan kerana pihak FS Trading menyatakan bahawa ianya salah panel pembekal dan jika saya hendak membaikinya dengan sempurna, saya perlu menghantar kereta ini ke Shah Alam dan ia akan memakan masa lebih daripada 2 hari kerana keseluruhan dash board perlu dibuka. Disini pihak Naza tidak membuat pemeriksaan dengan betul kerana takanlah angin ini ini tidak betul pun tak perasan sedangkan sebaik saya terima ia sudah rosak. Janganlah nak menyalahkan orang lain sahaja.

6. Pada hari kedua saya ke Bengkel Naza, iaitu bengkel Syarikat Mesra Harmoni Sdn Bhd, nama ajer mesra, upah tarik kenderaan pun saya kena tanggung, saya bersama-sama mekanik membuat pemerhatian ketika kereta ini dibaiki; Malang sungguh kerana tiada banyak yang mampu dilakukan kerana di bengkel ini tiada alatganti yang perlu untuk membaiki kereta Sutera, semua kena tunggu bekalan daripada pihak Naza, kereta saya masih lagi disitu sehingga hari ini 04hb Oktober 2006 sejak 15hb September. Bayangkan oil seal pun, Naza ambik masa selama lebih daripada 3 minggu.

7. Kerosakan seterusnya ialah mengenai pam air untuk pembersih air (wiper) tidak berfungsi dengan betul dimana sekejap kuat sekejap perlahan dan yang paling menyedihkan baru sebulan pun dah mula tidak betul pergerakannya. Bila saya menggunakannya ia bergerak dengan sempurna, tetapi bila saya tutup suisnya, ia akan berhenti ditempat-tempat yang ia suka. Sekejap ditengah-tengah cermin setelah dicuba berkali-kali baru ia berhenti di tempat yang sepatutnya. Ini baru sebulan, kalau setahun mungkin ia tak bergerak lagi. Ia amat menyusahkan untuk menunjuk kepada mekanik kerana ia tidak stabil, di bengkel nampak ok, bila balik ke rumah, masalah ini timbul semula. Inikah kualiti kereta baru Naza??? Saya rasa pihak Naza tidak ambil berat lansung soal kualiti eksesori kenderaan ini. Macam tangkap muat ajer.

8. Bonet belakang kenderaan ini juga tidak dipasang dengan sempurna kerana bonetnya tidak boleh dibuka dengan kunci. Pergi baiki ok, balik rumah jadi balik. Itulah kerja saya, kena ambik cuti dua hari hanya kerana nak baiki bonet kereta. Bayangkanlah kesusahan yang telah pihak Naza timbulkan kepada pengguna.

9. Batang gear bergegar dan menari sebaik sahaja enjin dihidupkan macam bas buruk yang mengangkut penumpang dikawasan pendalaman yang berumur lebih daripada 30 tahun dan pada masa yang sama kita dapat rasakan seolah enjin ini nak jatuh. Saya telah membeli 2 jenis kenderaan dan tak pernah alami keadaan sebegini ketika ia baru dibeli.

10. Enjin ini akan mengeluarkan bunyi amat bising yang ganjil setelah kelajuan melebihi 100km/jam, jadi sebaik saya ambil kenderaan ini saya terpaksa membawanya dibawah 100km/jam. Bunyinya seperti sebuah kapal terbang hendak memulakan penerbangannya, semasa saya pandu, semua penumpang jadi panik kerana ia macam hendak meletup. Saya berjumpa beberapa pemilik kereta ini di bengkel dan mereka menyatakan perkara yang sama dan ia bergantung pada nasib, kerana adanya terima masalah ini setelah ia bergerak lebih daripada 110km/jam. Tuan-tuan, percayalah, ia mengeluarkan bunyi yang ganjil, saya telah memandu lebih daripada 10 tahun dan kereta kancil saya yang berumur lebih daripada 9 tahun pun tidak mengeluarkan bunyi sebegini. Bila saya suarakan apa-apa yang ganjil mengenai enjin ini, dengan mudah dan selamba sahaja, mekanik menyatakan ianya kerana ia tidak menggunakan timing belt dimana ia gunakan timing chain. Saya bukan mekanik, tapi jangan alasan ini sahaja untuk selesaikan masalah ini, sedangkan enjin ini sebenarnya tidak berfungsi dengan betul dan akibatnya akan saya terangkan dibawah. Ini bermaksud seolah-olah timing chain tidak meningkatkan mutu enjin pada masa ini. Naza sepatutnya kena menyiasat dengan teliti sebelum menggunakan teknologi baru.

11. Seterusnya kerosakan yang paling teruk setelah simpton-simpton diatas, pada minggu keenam dimana saya menggunakan kereta ini dan ia baru bergerak lebihkurang 3,000km; Pada 15hb September 2006 kereta ini gagal dihidupkan.
Setelah sejam mencuba, saya mengoyangkan kenderaan ini maka enjin boleh dihidupkan; Ia mengejutkan saya, dan saya perhatikan asap putih keluar dengan banyak, pada mula saya ingat enjin belum panas, tetapi ia tak berhenti dan air mula keluar melalui ekzos dengan banyak dan tak berhenti-henti. Saya matikan enjin dan buka bonet hadapan, saya periksa minyak hitam dan air/coolant, ia masih berada dalam keadaan yang baik.Pada masa ini saya amat terkejut kerana enjin tidak mati setelah saya cabut kunci dan ia amat memeranjatkan saya; Naza telah mencipta kereta turbo tanpa perlu meletakan enjin turbo. Dengan hati-hati saya hidupkan semula kereta ini dan pandu dengan perlahan ke pejabat seterusnya ke pejabat FS Trading Sdn Bhd yang jauhnya lebih kurang 10km; Disana mekanik telah memeriksa kenderaan dan apa yang mengejutkan saya ialah suhu telah meningkat dengan mendadak dan air telah kering. Apa yang menyedihkan saya, pihak FS Trading pandang sebelah mata sahaja masalah saya ini dan saya terpaksa tunggu sehingga lebih daripada 2 jam menunggu kereta tunda untuk menunda kenderaan ini ke bengkel Syarikat Mesra Harmoni di Taman Melati. Saya diberitahu bahwa saya tidak perlu membayar kos tunda, malangnya sampai disana saya diminta membayar kos tunda tersebut. Biasalah pengguna memang selalu malang.
Setelah diperiksa, pihak bengkel belum kenalpasti masalah dan minta saya datang keesokan harinya.
Pada keesokan hari saya diberitahu bahawa enjin ini kena dibuka dan perlu overhaul kerana enjin ini telah dimasuki air. Jadi yang simpton-simpton sebelum ini adalah kerana enjin ini tidak berfungsi dengan betul dan pihak bengkel hanya membuat andaian tanpa mengendahkan apa yang saya laporkan.
Saya hairan kenapa kereta baru sebulan ini telah mengalami masalah sebegini teruk dan ini adalah masalah yang serius dan ianya adalah kereta baru. Bayangkan apa akan terjadi jika ia setelah dua tiga tahun nanti. Jadi pengguna seperti saya yang akan merana kerana terpaksa menanggung sengsara kerana terpaksa membayar pinjaman selama 7 tahun.
Saya amat kesal kerana mekanik disitu juga gagal menjawab punca kerosakan tersebut dan tidak mengakui ini masalah serius MAJOR PROBLEM.
Sekarang telah masuk minggu keTIGA kereta itu di bengkel Syarikat Mesra Harmoni, sebuah bengkel yang canggih dan gah tetapi tiada bekalan alatganti dan tidak mahu menanggung kos tunda tersebut sebanyak RM30.00 hanya kerana pihak Naza lambat membayar balik kepadanya iaitu lebih daripada 3 bulan. Biasalah pengguna kena tanggung, saya pada mula tidak berkira soal ini tetapi janganlah asyik hendak menyalahkan orang.
Bila saya tanya pihak bengkel dia menyalahkan pihak Naza masih tidak membekalkan alatganti dan menyuruh saya yang menghubungi pihak Naza dan saya terpaks hubungi pihak Naza, tapi amat menyedihkan bahawa sehingga kini tindakan semua pihak seolah-olah saya ini tidak penting. Apa yang saya dapat simpulkan ialah apa pun yang terjadi biar pengguna yang tanggung bebanan janji syarikat buat untung selagi tiada nyawa yang melayang, selagi kita hentam pengguna.
Pada 30hb September 2006 saya tanya kenapa kereta ini tidak siap, pihak bengkel menjawab bengkel ini sedang menjalankan kempen serbis kereta Naza sempena bulan perayaan dan kerana kereta saya mengalami masalah kronik maka ia tidak berkesempatan untuk dibaiki dan ia juga disebabkan kerana setelah 2 minggu berlalu baru cylinder head dibekal oleh Naza dan ia tidak cukup kerana oil seal masih lagi tidak dibekalkan. Satu-satu alat ganti kena tunggu dan tunggu untuk dibekalkan sehingga saya menawarkan diri untuk mengambil sendiri alat ganti tersebut. Tuan kena faham saya beli kereta untuk menyenangkan hidup saya bukan membebankan saya. Kempen itu juga lebih penting jika dibandingkan dengan kesusahan yang ditanggung oleh saya, mereka yang datang untuk serbis kereta tiada masalah ketiadaan kenderaan sedangkan saya terpaksa menanggung berbagai masalah kerana tiada kereta. Sepatutnya mereka perlu faham masalah saya ini kerana ia memberi kesan kepada imej Naza sendiri.
Disini saya membuat aduan kepada pihak Naza dan menerangkan bagaimana keadaan kereta yang telah dibekalkan kepada saya dan memohon supaya sebuah enjin yang baru kerana saya sudah tidak beryakinan dengan enjin kereta ini. Ini adalah kerana mekanik disitu tak dapat mengenalpasti punca masalahnya dan sepatutnya pihak Naza wajib membekal kenderaan yang berada didalam keadaan baik. Malangnya permintaan saya tidak dilayan dan macam tiada masalah langsung yang wujud dihati pihak Naza. Pusat Khidmat Pelanggan menyatakan bahawa Naza tidak akan menggantikan dengan kenderaan yang baru dan ia hanya akan membaiki sahaja. Bayangkan atau fahamilah ini masalah enjin, kereta baru sepatutnya tidak timbul masalah seteruk ini. Jika ia amat sedikit adalah lebih baik enjin atau kereta ini digantikan dengan yang baru.
Disini barulah saya faham saya kena terima apa pun keadaan setelah saya beli kereta itu, seolah-seolah jika Naza bekal saya besi buruk pun saya kena terima samada saya suka atau tidak. Terima kasih kerana telah berjaya menyusahkan hidup saya. Sudahlah begitu saya dibuat macam bola ping pong dipukul kekiri dan kekanan dan asyik menyalah antara satu sama lain sehingga kita keliru dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.
Jadi akhirnya pengguna yang terpaksa menanggung segala masalah, kesusahan samada dari segi masa,duit dan keperitan tidak hanya pada masa ketiadaan kenderaan untuk meneruskan kehidupan harian dan kemungkinan kerugian ini akan berlarutan bertahun-tahun.
Disini saya tertanya-tanya apa hak pengguna seperti saya bila keadaan ini terjadi; jika hanya dibaiki saya rasa ia tak memuaskan dan kelebihan serta keuntungan hanya sentiasa ada dipihak syarikat dan pengguna perlu jadi mangsa.

12. Setelah seminggu kereta di bengkel, saya pergi menjenguk dan tambah menyedihkan apabila melihat keadaan kereta baru tapi dah macam kereta buruk kebanyakan bahagian dan skru sudah mula berkarat. Paling menyedihkan semasa saya tiba di bengkel dengan sinis saya di perli kenapa datang cepat sangat sedangkan kereta ini tak tentu bila boleh siap, tiada rasa sempati langsung.
Macam inikah sikap panel bengkel yang dilantik oleh Naza???? Dan ada suara sumbang mengatakan bengkel tempat saya membuat serbis pertama iaitu di Kuala Trengganu tidak membuat kerja dengan betul. Lagi sekali asyik hendak menyalahkan pihak lain.
Saya pergi kesana hendak melihat dan mendapatkan jawapan kenapa kereta baru yang begitu megah di televisyen itu boleh rosak sebegitu teruk tetapi ini jawapan yang saya dapat sedangkan saya beli kenderaan tersebut dengan harga lebih daripada RM38,000.00 dan bukannya RM3 sahaja.
Seterusnya saya lihat skru besar yang memegang tayar telah berkarat dan disk brek juga berkarat dan ia amat mengejutkan saya keran baru 2 bulan sudah sebegini, tiada antirust ke?? Malah banyak lagi skru-skru daripada depan hinggalah kebelakang juga berkarat termasuk beberapa bahagian yang dibuat daripada besi lain juga mula berkarat. Apa pihak Naza tak uji atau kaji bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat kenderaan ini. Janganlah hanya keuntungan besar hendak dicari dan pengguna dijadikan bahan uji untuk mengurangkan kos. Saya nampak kereta ini hijau dan tidak lama lagi akan jadi warna karat.

14. Seterusnya masalah kunyi remote pada kali pertama guna untuk hari itu ia sempurna dan setelah kita bergerak lebih dari 50km dan berhenti; kunci remote tidak berfungsi lagi dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi lagi. Tunggu sejuk dulu baru ia berbunyi, hairan ini pun boleh jadi masalah. Ini pun jadi masalah, ini baru sebulan entah apa lagi akan saya tanggung selepas ini, nampak saya membeli masalah berharga RM38,000 bukannya kereta baru. Sedar dan fahamilah masalah saya.


15. NAZA telah membuat kesalahan besar dan bodoh kerana memberi gambaran buruk kepada pelanggannya. Jikalau tuan hendak tahu bahwa dengan laporan ini mungkin telah mengubah cadangan kawan-kawan saya untuk membeli kereta keluaran tuan dan banyak yang telah menempah semula kereta MyVi keluaran Perodua yang memberi keuntungan kepada kedua belah pihak.
Jika saya ada kamera, pasti akan saya rakamkan masalah-masalah lain yang kecil dimana tak sepatutnya ada pada kereta baru ini dan ada bahagian-bahagian saya terpaksa perbetulkan sendiri dan malas nak komplen lagi kerana sudah tidak mampu. Contohnya penutup talipinggang keledar boleh tercabut dengan tiba-tiba. Jadi saya pegi kedai beli gam dan lekatkan semula. Itu pun tak reti nak pasang, boleh gila dibuatnya. Nampak canggih tetapi penuh dengan masalah, macam ianya dibuat dengan kaki dan bukan menggunakan tangan.

Kesimpulan????? Jika ada anugerah untuk kereta keluaran terburuk dan tanpa kualiti pada tahun tersebut; Saya yakin dan pasti kereta ini akan memenangi anugerah tanpa sebarang bantahan daripada mana-mana pihak.
Disini jika kereta ini tidak diperbetulkan saya akan membuat promosi keseluruh tempat untuk membuktikan bahwa kereta ini amat buruk kualitinya.
Percayalah saya bukan dari Proton atau Perodua tetapi dua kenderaan keluaran syarikatnya telah saya guna dan tiada masalah seteruk ini terjadi pada saya, contohnya saya telah guna kereta kancil lebih daripada 8 tahun dengan tidak memberi saya masalah sebegini.

SYARIKAT NAZA BUAT KERETA INI DAN SETERUSNYA MENJADIKAN PEMBELINYA SEBAGAI BAHAN UJIKAJI ATAU R&D UNTUK KENDERAAN INI SUPAYA KOS DAPAT DITANGGUNG OLEH PEMBELI DAN BUKAN DITANGGUNG OLEH NAZA DAN BESAR KEMUNGKINAN IA AKAN BERTERUSAN SEBAIK MODEL BARU DIPERKENALKAN SELAGI TIADA NYAWA YANG MELAYANG ATAU CEDERA.
Sepatutnya pada peringkat awal kereta saya ini rosak teruk begini, pihak NAZA patut mengambil tindakan yang PROAKTIF dengan menggantikan dengan yang baru maka kita nampak dengan jelas bahwa ia bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang dia bekalkan kepada pengguna; malangnya mereka tak mengendahkan tuntutan saya malah dengan sombong dan bongkaknya wakil daripada Naza Customer Service mengatakan bahawa Naza tidak sekali-kali akan gantikan kereta saya dengan yang baru. Naza akan baiki bila rosak, baiki ,rosak lagi, baiki, sehinggalah tamat tempuh gerenti dan masa inilah ditunggu-tunggu kerana ia akan bekal alatganti dan upah baiki yang mungkin terlalu mahal untuk mengambil kembali kos-kos pembaikan yang diberi dengan percuma dahulu.
Bayangkanlah minyak enjin kereta Sutera ini sahaja mahal jika disbanding dengan kereta keluaran Proton dan Perodua. Ini baru minyak enjin, itu belum alatganti lain, sudahlah sukar untuk dibekalkan sekarang ini dan saya hairan dimana punyanya perkara ini terjadi.
BOLEH TUAN-TUAN BAYANGKAN, KERETA BARU SEBULAN SETENGAH KENA ANGKAT ENJIN, KENA OVERHAUL DAN INI DIKATAKAN PERKARA KECIL DAN BIASA. Ini masalah serius, MAJOR PROBLEM bukannya MINOR.

Apa yang boleh dibuat oleh orang kerdil dan miskin sepeti saya. Saya terpaksa berusaha selama 9 tahun untuk menukar kereta baru dengan harapan kereta ini dapat memberi kemudahan kepada kehidupan saya. Bukan besar harapan saya terhadap kereta ini kerana saya beli kereta ini dengan harapan ia lebih baik atau sama dengan mutu kereta kancil yang telah saya milik dahulu tapi malangnya tak sampai dua bulan; Saya terpaksa menanggung segala masalah ini dan saya tidak yakin lagi dengan keselamatan kenderaan ini.
Disini jika apa yang saya harapkan daripada Naza tidak diendahkan saya hanya mampu berdoa pada tuhan moga kereta yang saya beli dengan tulang empat kerat saya ini akan berada dalam keadaan baik da mohon tuhan sentiasa lindungi saya dan keluarga saya supaya selamat semasa menggunakan kereta tuan ini walaupun mulai dari saat ini saya pasti akan menanggung kerugian dari masa kesemasa.

Akhir sekali, semuga Syarikat Naza dan Tan Sri Nasimuddin akan terus cemerlang dan kaya raya pada hari-hari berikutnya dengan menjalankan aktiviti pembuatan kereta seterusnya mengeluarkan lagi masalah-masalah kepada pembeli kereta buatan Naza. Ketahuilah inilah kali pertama dan terakhir saya akan membeli kereta atau apa-apa kenderan keluaran pihak tuan dan cukuplah derita ditanggung oleh saya yang miskin dan bodoh ini. Syarikat Naza kena faham bahawa pembeli kereta murah ini hanya dibeli oleh golongan bawahan dimana kebanyakannya adalah bangsa bumiputra.

Kepada Badan Kerajaan, NGO, Pihak Akbar dan mana-mana yang terlibat secara langsung atau tidak; Tolong tenguk-tengukan atau siasat perkara ini dan saya yakin ia bukan ia sudah lama berlaku dan jika tiada jalan penyelesaian dibuat, saya tidak terkejut kenapa industri otomobil di Malaysia terus suram seperti kata perpatah Melayu lama RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI.





** TUAN-TUAN; SEMUA KOMEN INI HANYA DI FOKUSKAN KEPADA KERETA NAZA SUTERA MILIK SAYA SAHAJA DAN IA MUNGKIN TERJADI KEPADA PEMILIK-PEMILIK KERETA YANG LAIN DAN MUNGKIN TERDAPAT LAGI MASALAH LAIN YANG TELAH MENIMPA MEREKA. INI SAYA MAMPU SIMPULKAN DARI PEMERHATIAN SAYA SEMASA SAYA BERKAMPUNG DI BENGKEL NAZA KIA DI KUALA TRENGGANU DAN (Mesra Harmoni Sdn Bhd, Lot 7G & 9G, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, Setapak, 53100, Kuala Lumpur) Tel:603-41070828. PERGI TENGUK SENDIRI JIKA TIDAK PERCAYA DENGAN KATA-KATA SAYA DIATAS. SATU NAZA SUTERA PASTI ADA LEBIH DARIPADA 10 MASALAH BODOH.

INI DINAMAKAN MENGARUT!!!"

-Tamat Warkah-

Masa tahun 2007 dulu, abang saya hendak menukar kenderaan lain, masa tu antara yang dilihatnya adalah Toyota Estima. Kami (saya dan dia) pernah pergi ke Naza PJ dengan menaiki wira aeroback miliknya...sampai situ tiada seorang pun sales consultant yang datang layan...sedangkan obvious kami sedang teliti hampir semua stock estima yang ada dalam showroom tersebut...kemudian saya nampak ada satu family berbangsa lain, datang menaiki mercedes. Masuk sahaja mereka ke dalam showroom, 2 3 orang sales consultant datang layan diorang.............damn.......pastu abang saya terus ajak saya blah sambil kata "kalau aku tau diorang macam ni, aku suruh datang naik Euro R kau jek".....masa tu saya masih pakai Accord Euro R.

seminggu kemudian abang saya ajak saya ke Giant Kajang. Ada promotion oleh Naza (cawangan kajang kot) kat Giant tersebut...mengikut cerita abang saya. dia telah menempah satu estima dari sales situ, estima itu pulak memang cukup syarat eksesori yang abang saya nak, cuma kereta tersebut masing berada dalam kapal sedang dalam perjalanan ke Malaysia. Abang saya pun memberi duit tempahan sebanyak RM5000 untuk memastikan Estima tersebut menjadi miliknya.

Sebulan kemudian abang saya call tanya keadaan estima tu, jawapan yang diterima amat mengecewakan. "Alamak bang, estima tu orang lain dah amik la bang. HQ pergi bagi kat orang lain pulak, sedangkan saya dah apply untuk abang dah...." alasan yang cukup bu**sh**. Habis apa guna abang saya bagi RM5000 kat diorang...buat masuk laci?Atas rasa tak puas hati, saya ngan abang saya terus mintak pulangkan balik duit deposit. Tapi sekali lagi alasan yang diberi...duit deposit tidak buleh dipulangkan lagi dah...abang saya kene pilih kereta naza lain dengan deposit tersebut. Dengan layanan double standard begitu, memang abang saya tak nak...dimintak jugak pulangkan balik deposit itu dan still cawangan Naza itu kata tidak dapat dipulangkan. Maka.........kami pun terpaksa guna cara undang2.....dah tu kami ni pelanggan/pengguna, kami ada hak kami..

Tak lama lepas tu, abang saya beli Honda Accord dari Honda cawangan Seri Kembangan.....apa jadik dengan kes dia ngan Naza tu saya pun lupa nak tanya. Apa yang pasti, Naza macam banyak kronisme, birokrasi, lebihkan pelanggan yang duit banyak je...yang golongan sederhana ni diabaikan...........pernah tak terdengar Naza buat majlis untuk meraikan pelanggan2 awal Naza Sutera ke Naza Citra ke?tak pernah kan?...tapi selalu mendengar Naza buat parti untuk meraikan pelanggan2 yang membeli Harley Davidson, Ferrari, Miserrati yang diorang jual..................................damn...

50 ulasan:

  1. betulla.....banyak sangat mslh kete ni...sakit ati betol

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,2 hr lepas aku baru aje tukar stater keta naza sutera aku yang baru tak sangka kat kg aku skrg dah ada spare part keta ni tak spt 2 3 thn lepas kalau ada masalah tpaksa pegi kat ajen gerenti kena smbelih. Makluman stater aku rosak sejak awal aku beli keta ni oleh krn sukar nak dpt s.part aku tpksa mintak pomen repair stakat yg tmmpu aje, dpt.lah bertahan smpai ke thn ni. Oleh krn dah tak dapat repair lgi tpksa tukar aje.
    Masalah lain yang masih aku tanggung sehingga kini ialah keta ni asyik semput aje aku tak tahu nak buat mcmana lgi. Walaupun dah buat cluth plate masih lagi semput sampai masuk ni 2 kali cabel cluth aku putus. Plug dan air filter dah tukar tu pun puas cari kat kedai spare part last kat ajen jugak yg ada. Hrga pulak tu memang mahal nak kata origanal keta buatan china. Pulak tu cermin dua-dua belah dah senget bila tutup dan nak bukak, memang tension, hakikatnya aku dah kena tipu oleh manusia yang mementingkan diri sendiri.
    Aku tahu masalah yang aku alami ini di alami oleh semua pengguna yang membeli keta naza sutera. Takda sapa yang nak buat aduan kita pakat ramai-ramai mintak tv3 Aduan rakyat tolong membela nasib kita semua. Aku percaya kalau perkara ni dah masuk kat tv tentu pihak yg terlibat akan ambil tindakan. Ini sepatutnya melibatkn kerajaan jugak bagaimana kenderaan yg tidak bkualiti blh dluluskan utk berada atas jalan d Malaysia. Kalau nak btindak aku akan jadi org pertama yg akan buat aduan.

    BalasPadam
  3. Erm.. kerajaan nk amik tahu ke hal camni?? komen2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn support naza tu..kerajaan wat x tau je..tgk la sapa owner..dh tentu2 link org gov

      Padam
    2. jgn support naza tu..kerajaan wat x tau je..tgk la sapa owner..dh tentu2 link org gov

      Padam
  4. tunggu bila ada kematian atau nahas jalan raya yang melibatkan masalah teknikal kereta tersebut baru berlumba-lumba yang nak jadi pembela, tak caya kita tengok nanti.

    BalasPadam
  5. biasanya kalau eksiden kat negara nih, kerajaan ke rakyat ke takkan tgk punca dari segi masalah kereta, konpem kerajaan salahkan pemandu, rakyat lak salahkan JKR. Tapi menarik gak idea report kat aduan rakyat tuh...kalau buleh kumpul seramai buleh mangsa penipuan nih, pastu panggil je geng karam singh tu datang..saya support je la, bukannye ade pun kereta made in Naza nih

    BalasPadam
  6. sy sokong gak if dalam aduan rakyat...mgkn mslh saya tak seteruk masalah yg dihadapi oleh pengguna naza sutera lain, tapi agak boleh dikatakan menyakitkan hati kerana lampu signal hadapan sebelah kanan yang saya tempah semasa masih dalam warranty iaitu sejak 2008 sampai sekarang pun tak dapat lagi...memang syarikat penipu.. utk gathering ferrari yang perlu kos besar tu naza blh taja, tp kenapa masalah kecil camni tak boleh nak handle?

    BalasPadam
  7. memang sial kete naza sutera tu,apa-apa jenis kete naza memang tak boleh pakai,lagi beli besi buruk je daripada beli kete jenama naza.

    BalasPadam
  8. kete isteri kawe pon br aje kena... dah lingkup.. enjin dah jemm... br aje beli thn 2008 tuhh

    BalasPadam
  9. nasib baik jumpa blog ni.. NAZA bukan jurutera, mmg ahli perniagaan. Cari untung saja yg difikirkan..huhu

    BalasPadam
  10. Betul apa yang anda semua katakan, saya salah seorang pengguna naza sutera, memang banyak masalah. Penat nak membelanya.

    BalasPadam
  11. Mereka charge mahal tapi barang tak berkualiti. Says pergi tukar radio tapi no stock. Apabila ada stock rosak punya..... Sekarang engin ada masalah pulak. Tak tahu naza masih mahu service atau tidak sudah hampir 6 tahun....

    BalasPadam
  12. aku pakai sejak 2007 pun ok jaa pon, pickup ok, smua pun ok... x semua bgitu tuh. tgok keadaan jalan jugak, cara pemanduan, entah yg kamu beli tu 2ndhand kot.. naza ni fragile skit. so, klu x jaga betoi2, guna BMW or merce pon samo jugok..

    BalasPadam
  13. barangan naza mmg mahal skit, sbb kira keta eksekutf lor keta tu.. klu kmu tgok brita ttg keta tu, kamu pon tau jugee..

    BalasPadam
  14. Aku pakai naza sytera ni dr thn 2007,aku pun ada masalah dengan naza sutera ni,dah lah alat ganti mahal,macam-macam masalah aku hadapi dengan kereta ni.bayangkanlah cermin sisi sebelah kanan boleh reput x ker pelik 2...dah lah nak jual x da arga,lg mahal dr kancil 9 thun pnya pkai.

    BalasPadam
  15. sedih..sedih tapi ini mgkin ujian kat dunia. saya tukar kancil dgn sutera 2nd hand yg nampak cantik bersih (tahun 2008)malangnya tak sampai 6 bulan pakai, injin kondem dan tempr. naik giler.. foreman kata injin masuk air, kena o'haul kat RM900++ pastu dua minggu kemudian rosak balik. Foreman yg sama kata terpaksa tukar injin sbb spareparti dan ingin sutera tiada di pasaran. Aduuuh.. maka tukar injin kedai potong, rosak jugak dan tukar injin import 2nd ( kenari) tak ok jugak, duit dh melayang 3,000.. kereta tersadai kat workshop 5bulan.. budak tu kata rumit bang... injin tak sesuai dgn kereta sbb ini buatan china--pakai buang. dia pasang dan adjust apa yg patut, senget pulak. kedai pun tutup.. tukar wshop lain... o'haul balik... akhirnya boleh start tapi kereta calar balar, cermin sisi patah.. meter rosak. hantar kedai wiring kat 5 bulan lagi.... siap RM650. repair econ kat RM600... bawak balik.. roadtax dh tamat. resit beli injin dh hilang oleh foreman sbb kedai dh tutup... bayangkan betapa sedihnya akibat sutera sial nih. La ni tersdai kat rumah utk gi masjid je... ingin bergegar dan menunggu malaikat maut.. hutang kedai kat RM 12,000 lagi... nk gi puspakom tak ada resit belian injin, injin pulak senget di pasang. kalau ada orng nak aku bagi je kereta ni free pastu ansur hutang bank... 017 2397374

    BalasPadam
  16. Nasib baik menjenguk kat forum nih... baru plan nak ambik naza sutera second buat ulang alik kerja coz rege murah..... rupanye bayak masalah patut ler rege murah..... thanks u all coz inform bakal pembeli......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama laa kawe pun, nasib baik baca forum ni bru tau mslh sutera nih..

      Padam
    2. Same la.. nsb aku x beli ag.. bru plan nk amik

      Padam
  17. trima kasih kerana info tentang naza ini..kawe bru jah berkira2 nk pakai kreta nie,,,

    BalasPadam
  18. kereta saya tingkap rosak dan absorber bocor,sape tau mana nak dpt motor tingkap ni and sbsorber murah2??kawasan perak je, tapi baru2 ni saya tukar rim enkei size 15 tayar 55,,memang memuaskan ,senyum potong kenderaan lain di highway kerana kereta tidak bergoyang seperti inul daratista ,sepanjang perjalanan saya peace,sepanjang 7 tahun saya pakai sutera hanya masal ini sahaja yang timbul mungkin nasib saya baik,,tapi sy tetap berdoa kereta saya tidak jadi apa2 yang menyerabutkan kepala seterusnya saya bom saja kereta naza.

    BalasPadam
  19. memey betul pon naza ni bermasalah...
    compressor aircond je dh dkt 1k,aku rse dlm compressor aircond tu ada emas brngkli..
    nasib baik denso dh buat...x smpai 1k....trbaik utk denso drpd ucm cpt jahanam...
    tngkp pon brmaslah...ada ke patot gne benang utk naik kn crmin...mana pnye idea bangang la yg buat tu...link power window kalah hrga toyota n honda...brngkli kilang ferrari yg buat...
    drpd gne engine naza lbih baik gne engine daihatsu dkt naza sutera x pakai timing chain pon xpe...
    jnji engine daihatsu xde mslh...

    BalasPadam
  20. naza sutera kete sampah... apa yang kawan2 katakan sama berlaku pada kete saya

    BalasPadam
  21. saya menanggung kerugian yang amat banyak...minta sgt2 kalau ada sesiapa yg teringin sgt2 nak pakai kereta ni...pikir la bagi habis...saya sgt2 setuju semua komen diatas...hampir semua masalah di atas saya dah lalui...kerana masalah2 yang mcm ni rakyat sgt rasa tertipu...jgnlah menganiaya rakyat dengan memasukkan kereta yg x berkualiti kononnya untuk rakyat yang berpendapatan rendah...tetapi pada hakikatnya langsung tidak membantu...sebaliknya membebankan rakyat dengan hampir setiap bulan mengeluarkan belanja untuk membaiki kerosakan....minta pihak2 berwajib pantau kemasukan kenderaan-kenderaan yang tidak berkualiti....jgn kerana murah rakyat kena tanggung kerugian...

    BalasPadam
  22. boleh tak kalau kita gunakan hak kita sebagai pengguna dengan membuat laporan supaya hak kita terbela...minta pihak naza tarik balik semua kereta naza sutera keluaran mereka....x sanggup lg dah nak tanggung beban ni....ada sapa2 yg ada cadangan...

    BalasPadam
  23. dah jarang nampk keta ni atas jln,.. mmg x ok ke keta ni.. abg ipar ad la pakai keta ni.. buat masa ni takde lg la dgr dia kata keta dia selalu problem... ingt baru nak angkt keta ni,, hurrrmmm.. tp harga nya dah jatuh .. mmg murah , lebih murah dari kancil .. ye dok..

    BalasPadam
  24. Dia ikut org jugak kot, cara pemanduan.., pakai keta 1000cc tp nk speed mcm fair lady,, mmg hancur la jawab nye enjin tu.. sy pakai naza sutera buat masa ni, alhmdllh, takde la rosak yg teruk2,, cuma pintu je yg sy xpuas haty , mcm xrapat.. klu car wash air masuk dlm.. biasa la naza ni manja sikit, lg2 bab engine..mmg nk kena jga.. sy terbeli keta ni sbb murah dn desig pn lawa nmpk sporty klu lowwed..

    BalasPadam
  25. Btol mybe ikut cara pakai.. aq masih still gune naza sutera nih, first model ... smpi skg tip top lg,,,, mcm nek mpv,,, perrrgghhh..huhu..,, klu pkai sportivo lg best kot,,,,, spe pkai sportivo ok tak,,,,,^

    BalasPadam
  26. 300% sy menyokong ulasan dan komen pada kekurangan kereta NAZA SUTERA INI..kerana sy pun BEKAS pengguna kereta ini...awal dapat kereta dah rupe kereta test drive..cat tanggal.permukaan kereta kasar...guna setahun je trus jual..bwa byk masalah walaupun beli kereta baru..kakitangan naza tempat beli n servis pun kurang hajar...damn!!...dtg servis kete dlayan mcm banduan.....senyum pun tak....br 4bulan beli kereta NAZA SUTERA ni, moto wiper rosak, kereta under waranty tp settle tukar moto wiper, diorg mintak bayaran smpai rm600..kepala hotak diorg...smpai sekrg aku masih sakit hati....pasni tobat mmg xde nye nk beli kete2 dr NAZA ni..sebelah mata pun xakan pandang.....dhla market turun abis..aku tolak pas setahun gune dpt rm6k je...mmg kereta xde value lansung..kalo tau kereta mcm cel*** baik aku tggu SAGA BLM kuar lg bgus sebb lat 3bulan beli, BLM plak launcing....AKU SANGAT MENYESAL BERURUSAN DENGAN NAZA N SYARIKAT BERSEKUTUNYA...........

    BalasPadam
  27. Siapa nak kereta naza sutera aku? Beli tahun 2007, condition agak teruk sebab aku dah buat jadi stor simpan barang. Kena pegi puspakom utk renew roadtax sbb dah 3 tahun x renew. tayar dah tukar size 16". kalau nak barai buat part pun okay. Warna hijau daun pisang. side mirror kiri reput dan patah. Nak ambik free pun boleh cuma hutang bank bayar sendiri ansur2 ada lagi 2 tahun je pun. 0132191393

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.....saya beli 2006 ,aircond rosak.tali minyak putus pada 2010 ...nasib baik tak kemalangan......

      Padam
    2. Boleh tak jual computer box naza tu kat saya

      Padam
  28. Jahanam punya sutera

    BalasPadam
  29. Ada tak sesiapa tak nak jual computer box naza sutera??saya nak beli...kalau ada whatapps no ni 0174779529

    BalasPadam
  30. support lg naza..bg untung org kaya np..org melayu ni kalau dh kaya gini la jdnya.

    BalasPadam
  31. support lg naza..bg untung org kaya np..org melayu ni kalau dh kaya gini la jdnya.

    BalasPadam
  32. saye student dan sedang mncari kereta second yg murah2.. pada mulanya tertarik dgn naza sutera ni kreta rupanya memuaskan dan harganya murah.. rupanya banyak udang disebalik batu pada kreta ini.. naseb baik saye jumpa blog ini dan komen2 tuan2.. klau macamni baik saye cari kancil je.. tq atas perkongsian maklumat...

    BalasPadam
  33. Saya dulu pernah beli kereta naza ni sebab kereta ni ada rupa, harga murah. Tapi Allah lebih sayangkan saya. Dia bagi pakai kejap je, 2 minggu. Sebelum apa masalah pasal kereta jadi. Sblm saya sakit hati pasal kereta. Sblm duit habis bnyk kt kreta. Xciden jadi dulu. Kereta total lost, dapat claim insurans, walaupun patah tulang, still rasa brsyukur sbb hidup lagi dan boleh claim insurans kecedaraan.

    BalasPadam
  34. Baru nak beli yg second hand harga ditawarkn rm7500 boleh kurang lagi. Tahun buatan 2009. tq 4 d inf0

    BalasPadam
  35. Alhamdulillah..info yg bermanfaat, sedih baca kisah atas sekali tu.. Semoga Allah azza wajalla permudahkan urusan kita..

    BalasPadam
  36. Sape boleh jual base side mirror pada saya? saya punya dh reput... dah merata tanye kedai worksyop.tq Pm 0193138562

    BalasPadam
  37. nak tanya ada sape2 tahu kt mn ada pomen yg betul2 tahu pasal penyakit dan dpt d pulihkan kembali keta naza sutera.

    BalasPadam
  38. assalam, kT mana area jb bole dpt sparepart naza sutera ni ye?...dh lama tersadai, workshop kt takde sparepart, nk jual tak laku, nk beli kreta lain, belum mampu...pasal masalah2 dlm komen tu, mmgbetul sgt2~dah lbh sepuluh tahun pakai, dh berbakul email pada naza masa awal beli sampai give up dah__saya mmg tak akan beli keluaran naza lagi.

    BalasPadam
  39. Saya telah membeli Naza Sutera pada tahun 2006 keluaran pertama (WPF 3249)sehingga ke hari ini saya masih pakai. Naza Sutera is very good fuel consumption. Sehingga ke hari ini injin belum lagi mendatangkan masalah. Saya hanya buat penukaran warna sahaja.

    BalasPadam
  40. Saya dapat kete Naza Sutera ni free je dari saudara . Tpi bile baca komen2 sahabat2 semua ni , jadi takot2 pulak nak pakai . Masalah yang saya kena sambung sekarang adelah paip radiator sahaja , yang lain alhamdulillah masih elok .

    BalasPadam
  41. Saya membeli Naza Sutera pada 15.9.2006 (Brand New) dan sekarang masih digunapakai atas jalanraya. Dalam tempoh semenjak beli banyak juga parts yang saya ganti' seperti Radiator, alternator, wiper motor, power window motor dan juga rewiring. Selain daripada itu brake dan tayar juga 4 atau 5 kali ditukar. Bagi saya Naza Sutera ni kalau pemanduan berhemah dan senggaraan mengikut waktu saya fikir tidak juga mendatangkan masalah yang amat sangat.

    BalasPadam
  42. Salam.semua

    Saye bru bacA info2 ni..saye telah memberi nye semlam..21/4/2021...beli second...semalam tingkap depan ok...besok kan hari nye nK buka tinGkap dah x boleh....mcm ni pening

    BalasPadam
  43. Baru dapat baca ... Pertama Kali Beli Naza Sutera dulu awal tahun 2007 Lepas 2 Bulan booking. Awal 3 bulan xda masalah sangat
    Lepas Tu mula satu2 .
    - Enjin Problem/gegar kuat giler
    - spare parts tunggu punya la lama
    - temperature ��️ naik
    - tingkap masalah / bocor masa hujan
    - break jammed
    - wiper rosak
    Pertama Dan terakhir Beli Jenama NAZA

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...