Selasa, 13 Mac 2012

Sendiri made Voltage stabilizer

skang ni kan, kadang2 tu bila duduk dalam kete idling kat traffic lite sambil pasang ekon, perasan gak bila compressor ekon tu nak function je, lampu kete jadik malap, enjin gegar sket....


lepas dok fikir2, kete ni nak kete letak voltage stabilizer nih......

saya pun mula dok survey2 harga kat online ngan kedai eksesori. Kedai 'abang' jual pivot tipu pun harga dah RM100. Kedai2 lain pun jual lebih seratus semua...apa la diorg ni jual mahal2....dalam tu ada capacitor je pun.........kalau nak beli yang bawah seratus, takut pakai 3 bulan, dah rosak dah......

So saya pun terfikir nak try buat sendiri.......

Cepu emas: kenapa nak kene pakai Voltage Stabilizer (VS) nih?
kalau google pun, belambak teori yang boleh kita baca. Tak payah lah saya nak copy & paste kat sini. Kalau teori peribadi saya la, disaat bateri kereta dah tak secemerlang masa mula2 beli dulu. Setiap kali masa idling ataupun alternator tak berpusing laju, andai kata kita nak bukak power window ke, cmpressor ekon nak open ke, apa2 ke yang memerlukan penggunaan voltage tambahan, disaat itu bebanan yang dikenakan terhadap bateri amatlah tinggi. Disebabkan itu serakkan kuasa kepada lampu, dan eksesori lain menjadi kurang (Drop Voltage). So sebab tu lah lampu pe semua tu jadik malap sekejap dalam beberapa milisaat. Minyak pun mungkin akan makan lebih sikit sebab kuasa tak cukup utk pembakaran plug. Noise pun agak banyak dengan perubahan2 voltage ini dan diganggu lagi dengan pusingan compressor, alternator etc...
So si mahkluk VS ni akan 'backup' kuasa yang dah drop tu dan memastikan eksesori2 kereta ni sentiasa function cam biasa. Noise pun dapat dikurangkan sebab tu lah orang kata bila pakai VS ni bunyik radio lagi sedap la, gegaran enjin kurang la etc...

Kerja2 pun bermula:

Mula2 nak tau circuit mcmmana si VS nih..saya pun buat research sket, tapi tak jumpa circuit sebenar VS. tapi apapun keypoint dia adalah kapasitor yang disusun secara selari. So saya pun pikir la circuit saya sendiri dan hasilnye....

Pastu mana nak carik barang2nye?...pegi je carik kat kedai2 yang jual komponen elektronik nih. Kat jalan pasar ke, yg dekat ngan opis saya nih kat seapark je lah...tapi cam malas lak nak keluar carik mende2 nih......last2 masa kat opis, saya pegi bilik R&D curik capacitor2 dari power unit -power unit yang dah rosak. Biasanye power unit camni memang ade capacitor2 besar utk tujuan sama ngan saya nak buat nih, stabilkan voltage. Cuma utk VS ni baik carik elektrik capacitor utk voltage 16V ke atas. Ade la sebab2 dia, malas nak cerita panjang sini.
 Antara power unit yang menjadi mangsa kerakusan saya

Antara capacitor yang berjaya diculik

Lepas berjaya hijack capacitor2 dr 3 4 bijik power unit, dah boleh mula solder dah. Semua barang2 mcm solder board, wire etc semua tu ade kat bilik R&D, so memang senang la keje saya.
 Capacitor mula disusun kat board

 Kawasan membuat keje yang agak bersepah

kapasitor yang dah siap solder atas board

Bila dah siap, camne nak sambungkan circuit saya nih kat kereta. Sepatutnya kene sambung ngan cable  besar pastu sambung kat bateri. Tapi sebabkan cable tu takde, kene pikir cara lain nak sambung mende ni kat kereta. Kebetulan saya ade beli soket utk sambung kat cigarette plug dulu kat jalan pasar. Terus saya turun gi kat kereta amik soket tu....
soket yang dah dibuka

Sambung wayar dengan saiz AWG18 kat soket tu, pastu check connection. Kat soket tu pun nasib baik ade sambung LED ngan fius siap2. So boleh la check connection based on LED tu.  Cara nak check tu, saya sambung VS dengan power supply. Set la power supply ikut berapa voltage yang kita nak pun. Masa mula try, LED tak menyala. bila check balik rupenye terminal dalam soket tu dah short...silap saya sebab solder besar sgt, tapi tak leh buat apa sebab wayar saiz besar. Lepas dah repair, check connection...ok. 
plug rokok version VS buatan sendiri

Lepas cabut power supply tu, saja la tgk berapa voltage yang klua dr VS disaat power supply cabut. Maka multimeter pun digunakan......kalau saya masukkan 12V ikut power supply, cabut je power supply dr VS, voltage mula2 tu lebih kurang 12V gak la...dan menurun.
 Sesi pengiraan undi sedang dijalankan

Sebaik power supply dicabut, voltage yg klua dr VS ni pun lebih kurang sama dgn voltage power supply td

Jumlah capacitance=21 224uF
Kos yang digunakan= free tapi masa kerja yang dibazirkan...nasib baik bos balik kampung hehe

Lepas ni saya cerita perihal VS ni dicucuk kat kereta...bersambung.

5 ulasan:

  1. Menarik...kita tunggu sampai abis cerita...

    BalasPadam
  2. salam...

    terbaik zaidi...
    rajin kau ni...
    boleh jadi pakar crv...

    ru61@pGGRNuSJ

    BalasPadam
  3. Bro xd jual ke VS buatan sndiri nieh? Macam berminat nieh. Hehee

    BalasPadam
  4. Bro xd jual ke VS buatan sndiri nieh? Macam berminat nieh. Hehee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...