Kelahiran anak saya yang sulung, saya masih memandu Accord Euro R CL1, ketika isteri mengandung anak ke-2, Euro R terpaksa dilepaskan dan CRV RD5 mengambil tempat. Kini sejurus selepas kelahiran anak ke-3, CRV pula dipaksa lucut jawatan dan sebuah mini van dilantik untuk tugasan ini.
Mungkin ada yang berkata, "tak cukup besar ke CRV tu?", mungkin juga ada yg berkata "biar benar diorg nih"......
Tapi mungkin juga ini yang dikatakan rezeki anak.
Sebenarnya perkara ini sememangnya berada diminda kami suami isteri ketika isteri sedang mengandung lagi. Dengan keadaan anak dua, setiap kali pulang ke kelantan, muatan dalam kereta sememangnya ibarat lori. Bukannya kadang2, tapi memang setiap kali balik. Tambahan pula dengan setiap anak diwajibkan duduk dalam car seat. Dengan CRV, saya akan berada di seat driver, isteri di seat sebelah dan 2 anak bersama car seat berada di seat belakang. sekiranya ada penumpang lain, satu car seat terpaksa keluarkan dan anak saya yg tidak duduk dlm car seat tu memang tak senang duduk sepanjang jalan. Kalau perjalanan ibarat ke penang, mungkin bleh bertahan. Tetapi ini perjalanan ke kelantan yang 80% jangkamasa perjalanan tidak akan melalui lebuhraya, dan jika tidak bernasib baik akan tersangkut di kesesakan menuju ke kelantan selama 15 jam. Keselamatan dan keselesaan menjadi perkara utama disini. Dan kini dengan tambahan satu lagi baby carrier, ruang akan menjadi masalah.
Sejurus selepas kelahiran anak ke-3, kami pernah buat simulasi perjalanan ke hospital bersama 3 car seat. Perjalanan yang singkat menjadi sukar kerana ruang yang sempit. Isteri sukar nak siapkan susu anak2, isteri hanya boleh breastfeed anak sebelah bahagian saja etc.
justeru, setelah membuat kira2 dan jumlah simpanan pun agak baik, akhirnya kami bersepakat untuk mencari sebuah kenderaan yang praktikal untuk menggantikan CRV kesayangan kami.
Tatacara pemilihan kenderaan akan saya cerita dalam entry untuk memperkenalkan 'keluarga' baru kami nanti.
CRV telah pun berjasa dalam keluarga saya. Semalam pun isteri saya berkata "CRV ini adalah kenderaan terhebat pernah dia naik". Pada saya. walopon sehingga kini saya rindukan ke-cun-nan Euro R saya, dan rindukan kehebatan skyline R32 saya, saya akui, CRV adalah kenderaan paling praktikal pernah saya miliki.
CRV RD5 adalah crv generasi kedua yang mula betapak di malaysia dr tahun 2002 sehingga digantikan dengan model baru pada 2007. Ianya hanya terdapat pada enjin kapasiti 2000cc utk market Malaysia, walhal di luar negara juga terdapat kapasiti 2400cc.
Berdasarkan berat badan CRV ini, ianya mungkin dicipta untuk membawa badan dengan enjin 2400cc ini. Mungkin disebabkan itu juga versi 2000cc yang terdapat di malaysia ini dikatakan makan minyak.
Tapi seperti yang saya cerita dalam entry sebelom ini, penggunaan minyak boleh dkurangkan dengan mengurangkan berat badan dan sedikit modikasi.
CRV saya telah menggantikan rim original 15 inci yang berat kepada rim advan rg 17inci yang ringan. Hasilnye memang sangat terasa. penggunaan minyak kurang dan pikap juga betambah. Tapi sebabkan perbezaan 2 inci, dan series taya yang nipis sedikit berbanding original, ketahanan pada persekitaran underbody seperti suspension, bush, dan bar menjadi kurang. sekiranya anda terasa ingin menukar rim crv sebegini, eloklah dicari yg 16 inci atau kekalkan dengan 15 inci tetapi ringan.
kelebihan crv sebegini:
ruang dalam yang luas (serius luas), 4wd yang sangat membantu ketika hujan dan selekoh, position yang tidak terlalu tinggi seperti van atau pikap trak dan tidak serendah kereta sedan. Pikap enjin yang best. Naik bukit lurus laju je, bukit lurus la, kalo bengkang bengkok cam genting tu memang tertinggal belakang la.Ada overdrive yang membantu ketika memasuki selekoh dengan kelajuan tinggi dan ketika memotong kereta. Senang nak gerak dr seat depan ke belakang dan sebaliknya.
kelemahan crv yang nih:
bentuk bumper hadapan yang melengkung di belah bawah, dan taya depan yang agak rapat dengan bumper membuatkan apabila kita melanggar lopak air dengan kelajuan tinggi, air akan terhambur atas cermin hadapan, sangat2 bahaya bagi mereka yang senang panik. rim original yg berat buatkan pikap tiada. Handbrake yang menyerupai centre panel dashboard, sangat bahaya kalau budak2 yg tak tau pape pegi tarik handbrake tu masa kita tgh drive. minyak kuat...etc...
Saya akan ceritakan perihal mini van dalam entry lain. Selamat maju jaya kepada CRV kesayangan dan terima kasih banyak.
Saya akan ceritakan perihal mini van dalam entry lain. Selamat maju jaya kepada CRV kesayangan dan terima kasih banyak.
salam....bro zaidi.
BalasPadamPertama sekali saya nak ucapkan tkasih sbb byk bagi info ttg CRV.
Saya nak tanya sikit ttg masalah CRV saya model thn 2005. Kadang2 lampu berkelip2 dekat D, sedangkan saya dah masuk gear D ataupun R.
Apa masalah CRV saya ni. Shahril dungun/kuala krai
salam...saya jugak pernah kena masalah sama. masa tu saya terfikir nak hantar ke specialist, tapi lepas tu ada sesuatu yang saya dah buat pada enjin, masalah tu hilang. Maaflah, saya pun tak ingat apa yang saya dah buat. apa punca masalah tu pun saya tak pasti.
BalasPadamtuan, sy plan nak amik crv 2002...nak tahu ape masalah yg sering dihadapi...kelebihan rasanya banyak..boleh email sy kalau tak keberatan tq...ajak_8887@yahoo.com.my
Padamsalam zaidi...
BalasPadamkau ambil kereta ape bila let go crv?
berapa dapat jual?
kereta crv aku baru hantar service & top overhaul kat honda service glenmarie...
degil dulu tak mau buat last2 aku terpaksa buat bila kereta brokedown kat highway elite...
ini kira last la service major...
aku berkira2 nak tukar kereta baru if rasa crv ni buat hal lagi...
Rizal
ru61@PggrnUsj61
salam....
BalasPadamNak tanya, berapa harga absorber depan crv 2005.
Dan dimana utk saya dptkan absorber ni dgn harga yg berpatutan. Tolong....
Sorry, dah lama tak masuk blog. Absorber depan tak sure. tapi saya pernah tuka absorber belakang dulu. Amik orginal honda, tak sure sgt tapi dalam rm5oo lebih rasanya. CRV saya kalo nak service atau repair, saya hantar pegi sebuah bengkel kecik kat jalan 222, PJ. Dia mmg pandai kete honda n spare part mmg pakai original honda je. Kat area seapark kat dkt ngan situ pun ade authorized honda spare part...bole gi tanya situ kalo nak tau
Padamsalam,
BalasPadamboleh bagi nama kedai kat jalan 222 pj tu, crv saye ade masalah absorber belakang bbunyik2..tq