Isnin, 17 Jun 2013

Beginning a new adventure

Salam satu Malaysia,

Lama sudah tak menghasilkan seni yang indah kat sini.
Dulu saya janji nak menceritakan perihal sebuah ahli keluarga baru. Tapi tak berkesempatan jugak. Masa berlalu, manusia berkembang dan maju, perubahan tidak dapat dibendung.
Saya juga tidak terlepas dari terjebak ke arah perubahan. Perubahan yang diperlukan supaya sentiasa maju ke hadapan.
Pelbagai jenis perubahan wujud, sesetengahnya drastik, sesetengahnya hanya kemunduran atau kemajuan dari yang sedia wujud.
Perubahan yang saya alami boleh dikata satu perubahan drastic. Tapi perlu dilakukan agar saya tidak tersangkut di satu peringkat. Mungkin boleh menjadi seorang yang professional sekiranya terus berada di satu peringkat itu, tapi adalah lebih baik menjadi seseorang professional dengan pelbagai kemahiran dan hala tuju.
Saya sendiri sedang cuba menyesuaikan dengan perubahan drastik ini dan waktu yang sama sedang menimba ilmu dan kemahiran supaya tidak tersungkur dengan perubahan mendadak sebegini.
Insyaallah, didalam kesibukan saya akan cuba menambah sedikit sebanyak catatan yang tidak berapa pasti tajuk sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...