Rabu, 30 Mac 2011

JASMA itu adalah...

Dulu2 masa dok giler kaizo@modify kereta accord dulu, selalu gak la usha barang2 kereta kat intenet. Pastu selalu jumpa seller yang jual ekzos cakap ekzos tu brand 'JASMA', bila barang tu ade tulisan JASMA dah kira abih JDM ler barang tuh........kadang2 terpikir gak, diorang ni tau ke amende JASMA tuh?

Meh saya terangkan amende JASMA tuh....

JASMA adalah singkatan bagi Japan Automotive Suspension & Muffler Association. Ianya adalah satu pertubuhan yang dianggotai oleh pelbagai syarikat pembuat suspension dan muffler. Kenapa diorang ni tubuhkan JASMA dan untuk apa JASMA nih?

Asalnya di negara Jepun, undang2 diorang ni tersangat la ketat. Kereta milik persendirian perlu diperiksa satu organisasi (ibarat PUSPAKOM la) setiap 2 tahun sebelom mereka boleh re-new roadtax. Organisasi ni memang akan memeriksa setiap kereta secara details dan terlampau ketat tanpa sebarang konpromi. Oleh itu, setiap pengubahsuaian kenderaan perlulah yang benar2 mengikut peraturan kerajaan. Pihak syarikat insurance juga hanya akan melindungi kereta2 yang mengikut peraturan ini. Kalau andai kata pengubahsuaian macam tukar enjin kereta atau pasang turbo kit mcm selalu ada kat mesia nih, jangan harap la insuran nak cover. Sah2 roadtax pun tak leh re-new....kereta pun tak leh ada atas jalan dah. Berdasarkan peraturan pengubahsuaian yang ketat, ditambah pula undang-undang terhadap pencemaran bunyi dan alam sekitar, maka satu level safety standard perlu dibuat supaya sebarang pengubahsuaian kenderaan masih boleh dilakukan.....ibarat macam ISO atau SIRIM la. Safety standard inilah yang dikenali sebagai JASMA.

Memang ianya adalah satu pertubuhan yang terdiri daripada para pembuat suspension dan ekzos, tapi sebarang produk yang ada label "JASMA" ini bermaksud produk tersebut telah memenuhi semua undang-undang Jepun yang berkaitan dengan pengubahsuaian dan pencemaran. Ia juga bermaksud yang pembuat/maker/syarikat tu adalah ahli pertubuhan JASMA. Maka produk itu boleh digunapakai pada kenderaan. Dan organisasi yang memeriksa kenderaan pulak, sekiranya terjumpa pada kenderaan itu satu parts yang terdapat label "JASMA", organisasi itu tidak perlu memeriksa spesifikasi pada parts itu lagi dan kelulusan boleh lah diberikan.

Itulah dia JASMA, ibarat macam satu safety standard level bagi spare parts kenderaan kat Jepun macam ISO, SIRIM, CCC, CE dan lain lain. So lepas ni kalau jumpa barang yang berlagak kununnya ia JDM, janganlah nak percaya sangat, mungkin dia JASMA tapi made in luar Jepun ke.....pastu kalau dah barang tu berada dibawah standard JASMA, maknanye level kebolehan barang tu still bukan maksimum la, sebab barang JASMA ni dibuat supaya mematuhi peraturan pengubahsuaian yang ketat kat Jepun. Maknanye mungkin barang yang takde JASMA tu lagi hebat la performance dia........mana la tau kan......

Tapi ye la kan, kita kat mesia ni di-influence-kan dengan kuat oleh kenderaan2 dari Jepun. Sampai semua mende kita nak tambah kat kereta kita nak bagi kununnya dia JDM...(Japan Domestic Market)....tapi kalau dah camne pun kita buat, kalau kereta tu kita beli hasil dari Melaka Made ke, Siam Made ke, Rawang Made ke....takkannya nak jadik JDM dah...ngarut je semua tuh. Ini sampaikan dok tampal2 sticker JAF (Japan Automobile Federation, ibarat cam AAM jek kat Malaysia nih), tampal sticker yang dua kaler tuh (kuning-hijau, kuning-oren) dan lain2.....abih JDM ker........? kat jepun pun sebenarnya orang malu nak tampal sticker2 tu kat kete........kita kat mesia ni pulak bersemangat ek

Isnin, 28 Mac 2011

Avillion Legacy Melaka

Last weekend balik la kami sekeluarga ke kampung isteri kat Melaka sebab parent in-law saya nak belanja makan ikan bakar. Sebabkan masing2 pun dah berkeluarga, ada anak2 ramai, memang tak muat la rumah nenek nih, so kebetulan pulak abang ipar saya ada dapat voucher diskaun untuk stay kat hotel nama Avilion Legacy Hotel. Dapatlah saya menumpang sekaki. Maka inilah review ringkas dari saya untuk hotel nih.

Nak mencari hotel ni memang senang, kalau tahu Melaka Sentral...tak jauh la tu hotel tuh. Kalau dari Melaka sentral, bergerak ke dalam menghala ke Jusco yang baru tu pastu terus je sampai la nampak satu bangunan warna emas yang besar...itulah dia Avilion Legacy Melaka.

Positive comment (bilik):
Abang ipar saya ni amik bilik grand suite rasanye, (lupa nak tanye)...tapi ade 2 bilik yang berhubung pastu ade ruang tamu sekali. Bila dah amik suite tu, toksah kata la kesedapan dia. Memang top lah dengan luasnye yang besh. Bilik air dia...pergh....rasa cam nak tinggal kat dalam tu jek. Kalau nak tgk gambar bilik hotel ni bulehlah layari website dia. malas nak post sini...

Negative comment (bilik):
Wayar lampu, plug etc banyak yang dah macam nak lunyai. Kalau orang lain tgk tak tau la pikir camne, tapi sebabkan saya ni orang elektronik, memang saya pun agak gerun tgk wayar2 yang tunggu masa nak putus tuh.

Pastu mungkin sebab ada gap kat bawah pintu tu sampaikan kalau ade orang bertegur sapa kat luar bilik, memang jelas kedengaran oleh kita yang kat dalam bilik nih. Maknanye sebarang bunyik orang dalam bilik keluarkan pun sure orang kat luar buleh dengar ek.....

Positive (service):
staff dia punye service memang baik la. Kebanyakkan hotel lain yang saya dah pergi, kalau staff yang sesama melayu nih, jarang la nak melayan kita sebagai guest. Tapi hotel ni bagus ler. Sampaikan saya pun naik malas nak menjawab salam/teguran diorang heheh.........keep the good job

positive (restaurant/breakfast):
Meja disusun dengan baik, takde la berserabut sampaikan orang nak berjalan pun susah.

negative (restaurant/breakfast):
Makanan yang kurang enak. Dah banyak dah hotel yang saya pergi...dari 5 star ke 3 star ke twinkle-twinkle little star pun, tapi rasanye yang ni paling tak besh. Bayangkan la kalo saya boleh fikir mee goreng kat kedai mamak lagi sedap dari restaurant nih....memang tak sedap la gamaknye. Bukan mee goreng je la, yang lain pun......


Positive (Facilities):
Parking senang, indoor lagi tu. Lobby luas...senang nak melepak. Ciri-ciri keselamatan dari kebakaran yang baik...(dari segi kawasan berkumpul, pintu rintangan api, laluan kecemasan etc). Banyak pamplets percutian melaka kat lobby. Lokasi hotel yang ditengah bandar dll la. Banyak la kebaikan hotel nih...


negative (facilities):
Petunjuk arah yang kurang di kawasan lobby....kalau lepas check in tuh, nak mencari lift ke bilik, melilau gak la.


harga: ntah.....sebab dapat voucher, tak gheti la nak komen

Zahirah possing kat lobby...tengok ler siling lobby tuh
so overall saya rasa hotel ni memang bagus dari segi layanan, lokasi, parking dll. Cuma beberapa benda kene betulkan terutama melibatkan keselamatan pengunjung...(saya maksudkan katil yang bergoyang, wayar elektrik yang terdedah dll). Pastu saya ngan wife suka siling pada lobby hotel ni heheh...
Saja nak letak gambar Zahirah

Tiga beranak kat lobby

Anak-anak kami

Saja nak post gambar anak bongsu saya (yang baju belang merah tuh), zahirah (8 bulan dah skang)...bersama dengan sepupu dia, Aisyah (6 bulan), Aqeel (setahun setgh)

Ni gambar Zahirah ngan Aisyah tengah berebutkan wet tissue tuh...

Jumaat, 25 Mac 2011

Malaysiaku gemilang


Gambar kereta di atas diambil baru-baru ni semasa balik dari keje dan melalui lebuhraya hubungan timur barat menghampiri persimpangan bandar tun razak. Sepanjang beberapa kilometer saya bergerak dibelakang kereta ini, beberapa kali tu jugak pemandu kereta ini telah membuang sampah ke luar kereta.Bengang gak la saya tengok dia sesuka hati je buang sampah macam tu. Kalau la saya ni, katalah kat mana pun, andaikata ada sampah yang hendak dibuang, selagi tak jumpa tong sampah selagi tu saya akan pegang atau simpan sampah tu. Mungkin dah terbiasa buat camtu masa dok jepun dulu. Balik ke cerita kereta tu.....saya ni bukan apa, bila la orang suka buang sampah merata nih, bila hujan sure sampah tu hanyut dek air kan? Pastu nanti mesti berkumpul kat longkang la, sungai la. Kalau tak hanyut pun, bila sampah dah berkumpul banyak.....siapa yang kita salahkan nanti? Kerajaan jugak. Yes, kerajaan buleh buat macam2 undang-undang untuk mende remeh camni, kerajaan pemimpin ke pembankang ke buleh je nak majukan negara ni, tapi yang utama majukan dulu mentaliti rakyat negara nih. Camne la kita nak lahirkan masyarakat negara maju kalau mentaliti kita still dok takuk lama. Camne pemandu kereta ni nak mendidik anak dia jadik masyarakat yang cintakan alam kalau tiada contoh yang baik ditunjukkan oleh ibubapa sendiri.

Lebuhraya Jepun

Saya baru terbaca surat khabar di website Jepun mengenai satu perancangan kerajaan Jepun untuk membuat sistem tol lebuhraya percuma di semua 34 lebuhraya di seluruh Jepun. Saya pun tak baca details sangat sebab banyak kesinambungan berita tu. Cara pemberian tol percuma dia ialah memberi tol percuma di hari biasa. Tetapi di malam harinya kutipan tol yang fix sebanyak 2000 yen dikenakan kepada pengguna jalanraya. Di hujung minggu dan cuti umum pulak bayaran sebanyak 1000 yen dikenakan. Andaikata betul la diorang ni akan implement mende nih, kira respek gak la sebab diorang boleh buat camtu dengan keadaan tanah ngan kos sana yang mahal. Malaysia lak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...