Meh saya terangkan amende JASMA tuh....
JASMA adalah singkatan bagi Japan Automotive Suspension & Muffler Association. Ianya adalah satu pertubuhan yang dianggotai oleh pelbagai syarikat pembuat suspension dan muffler. Kenapa diorang ni tubuhkan JASMA dan untuk apa JASMA nih?
Asalnya di negara Jepun, undang2 diorang ni tersangat la ketat. Kereta milik persendirian perlu diperiksa satu organisasi (ibarat PUSPAKOM la) setiap 2 tahun sebelom mereka boleh re-new roadtax. Organisasi ni memang akan memeriksa setiap kereta secara details dan terlampau ketat tanpa sebarang konpromi. Oleh itu, setiap pengubahsuaian kenderaan perlulah yang benar2 mengikut peraturan kerajaan. Pihak syarikat insurance juga hanya akan melindungi kereta2 yang mengikut peraturan ini. Kalau andai kata pengubahsuaian macam tukar enjin kereta atau pasang turbo kit mcm selalu ada kat mesia nih, jangan harap la insuran nak cover. Sah2 roadtax pun tak leh re-new....kereta pun tak leh ada atas jalan dah. Berdasarkan peraturan pengubahsuaian yang ketat, ditambah pula undang-undang terhadap pencemaran bunyi dan alam sekitar, maka satu level safety standard perlu dibuat supaya sebarang pengubahsuaian kenderaan masih boleh dilakukan.....ibarat macam ISO atau SIRIM la. Safety standard inilah yang dikenali sebagai JASMA.
Memang ianya adalah satu pertubuhan yang terdiri daripada para pembuat suspension dan ekzos, tapi sebarang produk yang ada label "JASMA" ini bermaksud produk tersebut telah memenuhi semua undang-undang Jepun yang berkaitan dengan pengubahsuaian dan pencemaran. Ia juga bermaksud yang pembuat/maker/syarikat tu adalah ahli pertubuhan JASMA. Maka produk itu boleh digunapakai pada kenderaan. Dan organisasi yang memeriksa kenderaan pulak, sekiranya terjumpa pada kenderaan itu satu parts yang terdapat label "JASMA", organisasi itu tidak perlu memeriksa spesifikasi pada parts itu lagi dan kelulusan boleh lah diberikan.
Itulah dia JASMA, ibarat macam satu safety standard level bagi spare parts kenderaan kat Jepun macam ISO, SIRIM, CCC, CE dan lain lain. So lepas ni kalau jumpa barang yang berlagak kununnya ia JDM, janganlah nak percaya sangat, mungkin dia JASMA tapi made in luar Jepun ke.....pastu kalau dah barang tu berada dibawah standard JASMA, maknanye level kebolehan barang tu still bukan maksimum la, sebab barang JASMA ni dibuat supaya mematuhi peraturan pengubahsuaian yang ketat kat Jepun. Maknanye mungkin barang yang takde JASMA tu lagi hebat la performance dia........mana la tau kan......
Tapi ye la kan, kita kat mesia ni di-influence-kan dengan kuat oleh kenderaan2 dari Jepun. Sampai semua mende kita nak tambah kat kereta kita nak bagi kununnya dia JDM...(Japan Domestic Market)....tapi kalau dah camne pun kita buat, kalau kereta tu kita beli hasil dari Melaka Made ke, Siam Made ke, Rawang Made ke....takkannya nak jadik JDM dah...ngarut je semua tuh. Ini sampaikan dok tampal2 sticker JAF (Japan Automobile Federation, ibarat cam AAM jek kat Malaysia nih), tampal sticker yang dua kaler tuh (kuning-hijau, kuning-oren) dan lain2.....abih JDM ker........? kat jepun pun sebenarnya orang malu nak tampal sticker2 tu kat kete........kita kat mesia ni pulak bersemangat ek
sticker JAF tu kalau tampal bertambah 100 horsepower. :) hahaha.
BalasPadampergh...patut la ek...
BalasPadam