Hari Ahad (21/Feb/2010) yang sudah (semalam lah tu), saya telah berjaya membuat satu DIY heheheh....kesahnya bermula begini......
Saya sebenarnya sudah lama rasa rimas dengan chrome line yang ada kat kereta CRV saya. Dalam kepala terpikir utk menukar grille ataupun DIY grille yang sedia ada ini. Lepas saya check grille aftermarket kat kedai "abang", harga untuk grille yang macam boleh patah guna jari kelinking pun dah cecah RM3XX!!memang tak betul "abang-abang" ini. Untuk pengetahuan rupa chrome line tu, tgk gambar nih.
Maka, saya telah pun merancang untuk melakukan pengubahsuaian secara DIY.Apa yang terlintas difikiran saya adalah menggunakan sticker berbentuk carbon untuk melekatkan keseluruhan chrome line itu. Disebabkan hari tersebut saya agak free, maka aktiviti DIY itu pun bermula....
Setelah menghantar kereta ke kedai basuh kereta, saya pun mulakan aktiviti dengan mencabut grille. Terdapat 6 biji clip yang digunakan untuk mengikat grille Honda CRV 2nd generation ini. Sila rujuk anak panah merah pada gambar dibawah untuk kedudukan grille clip.
cara untuk membuka clip ini juga perlu berpada-pada. Jangan ganas sangat, nanti clip tu patah. Caranya adalah dengan mengangkat bahagian tengah clip terlebih dahulu sebelum buleh mencabut clip itu. Ini rupa grille CRV selepas ditanggalkan dari kereta.
Selepas mencabut grille itu, saya terperasan sesuatu yang pelik. Pada lubang saluran angin untuk air filter, lubang saluran itu terletak betul betul dibelakang grille ini. Namun tiada lubang pada grille ini yang secara logiknya akan membenarkan pergerakkan angin masuk ke lubang saluran air filter. Tengok photo dibawah..
Walopon saya tahu engineer honda pasti telah memikirkan perkara ini sebetulnya, tetapi pada diri saya ianya adalah pelik. Makan saya pun telah mengambil langkah proaktif dengan menebuk lubang pada grille tersebut.
Sebelum mulakan process menebuk, saya perlu menanggalkan chrome line terlebih dahulu supaya process menebuk nanti tidak mencacatkan chrome line ini. Di belakang grille itu, terdapat lebih dari 10 skru yang perlu dicabut untuk menanggalkan chrome line itu.
Kemudian process menebuk pun bermula. Alatan yang digunakan adalah mesin gerudi dan pengkikir. Saya mulakan kerja dengan menanda kawasan yang perlu ditebuk. Kemudian dengan menggunakan mesin gerudi, saya menebuk lubang pada grille. Dengan menggunakan mata gerudi untuk kayu, grille pula diperbuat daripada plastic, memang mudah untuk menebuk lubang. Yang perlu diingatkan adalah supaya mata gerudi tidak tergelincir mengenai bahagian lain grille yang pasti akan merosakkan grille tersebut.
Apabila satu bentuk lubang telah menjadi, keadaan lubang dikemaskini menggunakan pengkikir. Disini saya menggunakan pengkikir khas untuk besi. Ini kerana pengkikir besi mempunyai mata yang lebih halus berbanding pengkikir untuk kayu.Begini keadaan lubang yang telah ditebuk...
yosh....dengan ini siap lobang angin. Maka angin akan berkepul-kepul, berlumba-lumba masuk dalam lubang saluran angin nanti. Tetapi yang menjadi persoalan saya sekarang, jikalau hujan, air tentu juga akan masuk bersama angin ke dalam lubang saluran angin air filter. Mungkin saya buleh membuat penyelesaian dengan meletakkan jaring di lubang yang baru ditebuk ini nanti. Lubang angin dah siap.
Seterusnya kembali kepada aktiviti sebenar saya, menukar chrome line itu kepada bentuk carbon. Setelah mencuci chrome line itu, process menampal sticker carbon pun bermula. Process menampal ini memerlukan penyertaan hair dryer untuk menghalang gelembung angin dalam sticker yang ditampal. Namun, lepas siap 20%, saya dapati sticker carbon yang ada dalam simpanan saya sebenarnya tidak cukup. hampeh....
Untuk membeli sticker carbon yang lain, memang akan memerlukan duit. Saya sebenarnya inginkan DIY yang tidak menggunakan duit. Sekarang yang terlintas difikiran saya adalah dengan spray color hitam pada chrome line. Rasa-rasa ok tak?
Sekarang saya hanya memasang grille tanpa chrome line. Nak cuba bayangkan grille bila chrome line tu berwarna hitam. Kemudian bandingkan dengan grille yang ada chrome line...macammana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan