Jumaat, 24 September 2010

Ulser

Kita ni dah besar panjang, tua bangka, bila kena ulser kat mulut tu memang sakit ler. Nak makan ke nak cakap ke nak minum ke memang susah. Itu kita yang dah besar nih, kalau la budak2 yang kena, uish...kesian giller.

Hari ahad yang lepas, kami sekeluarga termasuk keluarga mertua saya keluar lah beraya ke rumah sedara mara. Saya keluar awal-awal lagi sebab nak singgah tempat lain. Kebetulan pulak kereta CRV saya dah mati road tax, terpaksa la bawak perdana pak mertua. Zia saya letak kat dalam car seat kat sebelah driver. Mama ngan adik zia duduk kat belakang......hari tu pulak, memang panas la yang amat. Zia yang duduk kat depan memang asyik kene direct je ngan matahari. Nak adjust position kerusi susah la pulak sebab car seat tu besar, kalau bawak CRV memang senang la. Balik2 je dari keluar beraya hari tu, semua anak-anak buah saya termasuk Zia kene demam. Tapi anak-anak buah saya yang lain dah nampak lembik gemalai, tapi Zia je dalam panas badan tu, still maintain macam tak demam.
Sekali malam masa tidur, kitorang rasa badan dia panas giller. Bila amik suhu badan, 39.2 darjah....mak aih, tinggi tuh. Pastu terus bagi ubat demam...melalak-lalak dia tak nak minum. bila dah pagi check suhu badan, kurang dah la sikit. pastu siang, mak mertua telefon kata suhu badan Zia naik 40 darjah, terus diorang bawak pergi jumpa doktor. Petang bila saya balik, dia asyik menangis je pastu asyik melekat je ngan saya. Ingatkan dia rindu ngan mak dia kot, sebab tu demam tu...ye la, mak dia dah 3 bulan duduk rumah sebab pantang, ni baru mula kerja balik. tu yang demam kot......kitorang ingatkan.
Zia tengah menangis sebab demam (Sorry gambar tak lawa)
Tapi demam dia makin teruk bila malam, siap menggigil bila nak tidur. Tengah malam kitorang tak leh tido sebab Zia dok meragam menangis manjang. Dia kata nak susu, bila dibuat dia macam tak leh nak telan. Ingatkan susu tu tak sedap......pelik gak la. Sepanjang malam dari mula saya balik kerja sampai pagi esoknya dia tak minum apapun, kecuali air zam-zam sejuk.
Esoknya saya amik cuti pagi sebab nak tengok condition dia, sama jugak macam malam tadi. Dok meragam, menangis je. So saya fikir sebab saya ada kat rumah, tu yang dia meragam. Maka saya pun buat tak tau, pergi la kerja tengahhari tuh. Bila balik mak mertua cerita dia still meragam dok nangis jek tak henti-henti. Semua orang tak leh nak buat kerja sangat sebab dok melayan dia.
Sampai keesokkannya harinya dia tak berubah, macam tu jugak. Tak nak minum, makan, dok menangis jek. Minum susu pun sikit2 jek...bila saya balik dari kerja rabu tu, saya dok main ngan dia. Pastu dia dok tunjuk2 bibir dia kat saya. Saya yang tak syak pape, saja la jenguk2 kat bibir dia..........................rupa dia ada ULSER. Pastu pembantu rumah pun cakap lelangit dia ada bintik2 merah. Patutla dia dok menangis je....kene ulser rupanya. Lepas je saya sentuh bibir dia tuh, Zia terus menangis balik. Rupanya selama ni dia tak nak minum ngan makan sebab dia kene ulser. Sakit la bila minum ngan makan. lebih-lebih lagi bila air panas...sebab tu dia minum air zam-zam tu elok jek. lepas tu pun ada makan ais krim elok jek, sebab mende2 tu sejuk, sakit ulser pun tak de la rasa sangat.
Terus saya ngan mama bawak zia pergi jumpa doktor kegemaran kami, doktor suriati malam tu. Doktor suriati bagi krim gel untuk kami sapukan kat semua ulser dia. doktor kata ubat tu kalau termakan pun takpe, senang la hati kami nak menyapunya. Malam tu sebelum tidur, kitorang sapu sikit kat mulut zia. Saya sebagai tukang bukak mulut dia, mama lak tukang sapu. Sebabkan baru nak cuba bubuh, saya bukak mulut Zia tak cukup luas. Jari mama kene gigit ngan Zia heheh....sorry la mama. Lepas sapu tu, Zia pun melalak la sebab kaco dia tidur pastu kacau ulser dia. Siap ada termuntah sikit......
Esoknya zia pun dah mula pulih. Susu pun dia dah buleh minum, walopon buat panas cam biasa. Kami pun still sapu ubat tu kat dia walopon dia dah nampak baik, tapi tak tahu ulser tu ada lagi ke tak, so continue je la sampai dia betul2 ok......

Pendek kata, kalau anak anda dok melalak je setiap masa. Minum susu pun tak nak, walopon dia yang mintak nak susu. Ada kemungkinan dia kene ulser lah tuh, waktu2 macam ni, dia memang tak nak minum apa2 yang panas. Buleh la dibagi air2 yang sejuk, ais krim, apa-apa je la yang buleh kurangkan rasa sakit dia tu. Masa malam kitorang jumpa doktor tu, sebelum tidur saya buatkan susu untuk zia pastu simpan dalam peti ais. Bila tengah malam dia menangis nak susu, saya bagi susu yang saya simpan dalam peti ais. Bagi sejuk-sejuk camtu je. Alhamdulillah, dia minum habis. Jangan lupa lak untuk bawak anak2 kita tu jumpa doktor bila tau dia kena ulser. Biasanya doktor akan bagi ubat gel untuk disapu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...