Sememangnya betul pun apa yang dicakapkan isteri saya tuh. Kalau sesiapa yang jarang atau tidak pernah memandu ke Kelantan, sila berhati-hati dan tidak perlu terkejut dengan beberapa perkara yang pasti akan berlaku semasa berada di jalanraya di Kelantan.
Kejutan 1:
Sekiranya anda sedang memandu, sila berhati-hati dengan kenderaan-kenderaan yang anda nampak di kiri kanan jalan. Ini kerana pada bila-bila masa sahaja akan ada kenderaan yang akan terus masuk ke laluan anda walaupun terang-terangan anda sedang memandu di laluan itu. Kebanyakkannya akan terus masuk tanpa segan silu, tanpa lampu signal. Dan kebanyakkannya juga akan memandu perlahan sejurus memasuki laluan anda seolah-olah tiada kenderaan yang berada di belakangnya ketika itu. Tidak perlu menekan hon kerana sekiranya anda menekan pun, tidak memberi kesan kepada pemandu tersebut.
Kejutan 2:
Sekiranya anda tersangkut di kesesakkan trafik, lorong yang anda lalui yang sepatutnya satu lorong saja akan berubah menjadi 3 lorong secara automatik dalam masa yang singkat.
kejutan 3:
Sekiranya tiba-tiba laluan anda menjadi sebuk, dan berlaku kesesakkan kecil seperti menunggu di lampu trafik atau ada kenderaan terletak di beberapa kenderaan di depan anda yang ingin membelok, jangan terkejut sekiranya tidak sampai 5 saat akan ada kenderaan lain yang memotong barisan di sebelah kiri dan kanan. Bahu jalan juga merupakan laluan utama jalanraya.
kejutan 4:
Di negeri ini, lampu signal kenderaan selalunya hanyalah sebagai perhiasan kenderaan itu. Amat tersangat jarang anda dapat saksikan pemandu yang tahu menggunakan lampu signal untuk membelok atau menukar lorong.
kejutan 5:
Jangan mengalami kejutan budaya apabila melihat ramai pemandu wanita di negeri ini yang memandu seperti pelumba F1, seolah-olah dilindungi oleh insuran yang berpolisi tinggi oleh itu boleh memandu membuta tuli.
kejutan 6:
Sekiranya lampu kenderaan anda tidak cukup terang, sila ubah kepada lampu yang benar-benar terang sekiranya anda ingin memandu malam di Kelantan. Ini kerana banyak kenderaan di sini yang mengalami kerosakkan lampu pada kenderaan mereka. Tambahan pula lampu jalan tidak banyak, kemungkinan orang atau lembu melintas di tengah jalan.
kejutan 7:
garisan putus-putus di jalanraya tiada makna.
kejutan 8:
had laju minimum di kawasan kampung yang padat adalah 80kmh...
kejutan 9:
tanpa mengenal jenis kereta, kebanyakkan kereta disini menggunakan ekzos besar.
kejutan 10:
helmet untuk penunggang motorsikal hanya digunakan apabila ingin keluar ke bandar2 besar. Setakat pergi ke pekan berdekatan tidak perlu memakai helmet.
kejutan 11:
Polis dan penguasa pasti berborak sahaja dengan mana-mana pemandu kenderaan yang ditahan kerana kesalahan lalulintas daripada menyaman mereka. Alasannya, "orang kampung, tak dop pitih"...."sek sek kelate jugop".
kejutan 12:
pemandu memandu selaju 30kmh di jalan besar adalah perkara biasa. Kebiasaannya mereka memang tidak sedar kereta lain sedang beratur 1km lebih di belakang mereka.
kejutan 13:
anda sedang mengekori di belakang sebuah kereta sebelum dengan tiba-tiba terbang plastik berisi sampah dari kereta tersebut.
kejutan 14:
di laluan yang ada lorong memotong, anda perlu memotong dari lorong di sebelah kiri kerana kereta perlahan itu memandu di lorong kanan.
kejutan 15:
Semua jalan yang mempunyai 2 lorong di arah yang sama secara otomatik akan menjadi lebuhraya dimana had laju minima adalah 80kmh dan tiada had laju maksimum.
kejutan 16:
lampu trafik hanya dipatuhi disiang hari.
kejutan 17:
terdapat banyak kenderaan mewah di kelantan, tetapi kesedaran sivik mengenai kesopanan di jalanraya tiada langsung.
kejutan 18:
perlu beratur menunggu giliran mengisi minyak kerana pelanggan dan pekerja stesen yang lembap.
kejutan 19:
layanan kepada pejalan kaki dan penunggang basikal adalah sama dengan pengguna jalanraya lain. Sebenarnya ini memang berlaku di mana-mana di Malaysia, cuma di negeri kelantan ini terdapat ramai penunggang basikal. Kita boleh nampak betapa ramai yang menggunakannya berbanding negeri lain. Tapi sayang tiada kemudahan seperti laluan khas basikal yang boleh bezakan mereka dengan pengguna jalanraya lain yang berenjin.
kejutan 20:
Timing lampu trafik memang tak lojik. Jalan yang banyak kereta, sekejap je lampu hijau dia, jalan yang tak banyak kereta pulak, lama lampu hijau dia. Memang jem teruk la kan, pasu lak , sampai sekarang tiada persimpangan bertingkat wujud di seluruh negeri kelantan walaupun jalanraya di negeri ini sesak teruk terutama di musim cuti.
nak ikutkan banyak lagi kejutan, cuma saya terlupa je. So, kepada siapa yang merancang untuk memandu di kelantan, sila dalami kejutan-kejutan di atas supaya anda sentiasa berwaspada.
lebuh kurang sama pn mn2 negeri..
BalasPadam