Selasa, 7 September 2010

Inspirasi???

Kalau tengok berita Tv3, tak pernah lagi dengar mana-mana usaha parti pembangkang pernah dipuji. Walaupun saya tak menyokong mana2 parti politik, tapi fikir secara lojik takkan tiada langsung tindakan pembangkang yang baik dan buleh dipaparkan di berita? Bila orang kutuk TV3 sebab racist (bukan racist kaum, tapi pilih bulu), semua orang TV3 marah. Sensitif giler, tak leh nak kritik langsung.......

"Melodi" antara cerita paling laku pastu suka melaga-lagakan orang terutama artis-artis. Terutama bila artis-artis tu ada masalah rumah tangga ngan konflik dengan artis lain. Kalau jadik orang tengah untuk damaikan mana-mana pihak, dapat gak la pahala sikit. Ini lagi dok laga-lagakan diorang. Tak pasal semua crew ngan staffs TV3 dapat dosa, siap tanggung dosa penonton yang tengok sama.....

Baru2 ni TV3 buat hal dengan iklan raya 2010 mereka yang mengarut. Walopon dah ditarik balik, still terlepas kat youtube, maka banyak la maki hamun dan kutukan yang akan berterusan. Abih la....

Semalam saya layan cerita hong kong lakonan stephen chow, cerita yang mulanya menarik tiba-tiba jadik kelam kabut kat tengah2 sebab terlampau banyak sangat scene yang kena potong, sampaikan saya jadik tak paham kejap pasal cerita tu. Puncanya sebab iklan yang banyak nak mampos. Hari tu saya ada kira masa yang digunakan untuk setiap tayangan movie di TV3. Kebiasaannya slot untuk sesebuah movie disediakan selama 2 jam, fikir2 lojik memang biasanya setiap movie makan masa lebih kurang 2 jam...tolak iklan sikit2, tinggal la sejam setengah untuk cerita tu...........tapi tu apa yang orang ramai fikir. Saya pernah kira masa satu hari tu, setiap cerita yang ditayangkan selama 10 minit, akan disusuli dengan iklan selama 8 minit! (ini hanya kiraan rawak saya, bukan kiraan rasmi). Cuba bayangkan dalam tayangan 2 jam, sekiranya satu pusingan cerita dan iklan memakan masa selama 18 minit (10 minit cerita, 8 minit iklan), maknanya cerita itu hanya ditayangkan selama 1 jam 6 minit keseluruhannya. Dan selebihnya adalah iklan. Bayangkan sebuah filem yang panjang asalnya 2 jam 15 minit sebagai contoh, dipendekkan ke satu jam 6 minit......rasa2 anda faham tak apa yang ditayangkan?......

Famili saya ni dah layan TV3 dari kitorang kecik lagi. Sampai sekarang pun、walopon ada astro kat kampung saya, mak abah still layan TV3 jugak. Maknanya orang2 kampung terutama kat pendalaman yang tak dapat astro, TV3 ni channel yang terbaik selepas RTM. Cuba bayang berapa banyak dosa orang2 TV3 dapat bila menghasilkan sesuatu yang tak berkualiti, tak tepat, merapu dan sesuatu yang membuatkan orang lain pun membuat dosa..........

1 ulasan:

  1. dulu ms kecik2 xde astro, mmg hanya layan tv3 sbb kualiti gmbr jauh lebih bgs dr rtm. wlupn rtm ada 2 saluran, tp bila tonton ada goyang2, x clear, blh bikin stress wlupn hanya nk tgk kartun.

    tp bila dh semakin dewasa dh nmpk kehuduhan tv3 apatah lg dh ada astro maka... fhm2 jelah. melodi zmn tok kaduk ok, cerita tentang perkembangan terkini album, filem & aktiviti penggiat seni. tapi sekarang penuh dgn ksh rumahtangga sana, rumahtangga sini, gaduh sinun n etc. pendek kata sampah jelah sume tu. tp msh ramai lg penonton setia melodi. *sy x termasuk :)

    apa pun, tontonlah rtm sekiranya ada cerita menarik ye! sekian.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...