Bulan lepas, saya bersama geng-geng R&D department saya pergi makan dinner kat Restoran Jepun bernama Sango yang terletak di Hotel Crystal Crown kat Petaling Jaya, dekat la ngan opis kami. Tujuan dinner adalah untuk farewell party department head kami yang akan bertugas di Vietnam mulai Oktober ini.
Sampai sahaja, kami diberi menu untuk pilihan. Semua menu adalah memang makanan Jepun. So kami masing-masing pun mulalah memilih menu pilihan kami. Dah ler tak banyak choice, amik je la yang mana ada.
Beberapa minggu kemudian, saya bersama beberapa rakan department telah mengunjungi lagi restoran ini. Dan hasilnya saya telah berjaya mendapat beberapa gambaran mengenai restoran ini.
Ke-best-an restoran sango:
1. Makanan yang ada rasanya pun agak best. Especially diorang punye Okonomiyaki, sedap.
2. Lokasinya hotel yang terletak pada kawasan yang tidak padat. Senang mendapat parking.
3. Suasana restoran yang ada citarasa Jepun, disamping majalah-majalah jepun yang buleh dibaca.
4. Terdapat bilik private sekiranya ingin menikmati jamuan dengan bilangan ahli yang ramai.
Kesengalan Restoran Sango:
1. Penyediaan makanan yang lembap.
Pada kunjungan pertama, kami perlu menunggu hampir 40 minit untuk mendapat hidangan kami.
2. Pilihan makanan yang kurang.
3. Layanan yang tak mesra pelanggan.
i. Penghantaran juadah kepada kami dilakukan seorang pelayan lelaki dengan muka masam.
ii. Beberapa kali mereka terlupa menghantar juadah seperti nasi, dan buah-buahan.
iii. Pada kunjungan pertama, mereka telah tersilap menghantar menu yang dipesan seorang bos saya kepada rakan saya. Sehingga kami semua dah habis makan, makanan yang dipesan bos saya tidak sampai2. Bos saya pulak memesan menu yang hampir sama dengan rakan saya, cuma bos saya dengan kuantiti yang sikit, dan rakan saya dengan kuantiti yang banyak. Sehingga kami tegur, pelayan lelaki yang masam itu masuk dengan muka tidak puas hati dan menunjuk kepada rakan saya menu yang telah dipesan oleh bos saya. Walopon mereka telah menghantar menu dipilih bos saya kepada rakan saya, maknanya menu dipilih rakan saya masih belum sampai lah. Dah la salah hantar, pastu tak sedar pulak ada menu yang belom dihantar. Bila ditegur, buat muka tak puas hati pulak. Terpaksa la bos saya buat pesanan lain.
iiii. Minuman green tea perlu diisi selalu kerana gelas yang kecil. Ketika kami telah kehabisan teh hijau, kami perlu keluar mencari pelayan untuk meminta air.
4. Pelayan yang menghantar makanan tidak tahu jenis menu.
Sesetengah menunya adalah gabungan beberapa menu dalam kuantiti yang kecil. Misalan ada menu sashimi set dan tendon set. Menu gabungan adalah gabungan sashimi dan tendon dengan kuantiti yang sedikit daripada menu set. Sekiranya pelanggan memilih sashimi set, dan seorang lagi memilih gabungan sashimi dan tendon. Pelayan yang menghantar akan tiba di meja dan berkata "sashimi?".......maka tiada yang siapa yang tahu sashimi yang dibawanya adalah set atau menu gabungan. Kerana jika ditanya pun pelayan itu tidak tahu. Itu yang menyebabkan kejadian tertukar menu seperti yang berlaku kepada bos saya dan rakan saya itu.
5. Restoran yang agak pengotor dan pelayan yang kurang hajar.
Semasa kunjungan kali kedua kami, kawan saya telah membuat pembayaran. Sementara menanti baki duit untuk dipulangkan, kawan saya itu telah mendapati terdapat lipas kecil di dalam cawan teh hijaunya. Kami yang terkejut perkara itu menunggu supervisornya datang (yang mengambil bayaran dari kami) untuk ditanya. Ketika dia tiba, terus kawan saya persoalkan mengenai lipas itu. Dengan hanya berkata "OK", supervisor mengambil cawan itu dan terus masuk ke dapur. Kamudian dia keluar kembali dan memberi teh hijau dengan cawan lain. Tanpa mendapat sebarang penjelasan dan kemaafan, kami keluar terus daripada restoran itu, dan sempat juga saya berkata kepada supervisor itu yang saya geli nak menikmati makanan di restoran itu lagi...
Selame nih korang minum ochaa + air rebusan lipas. Eiii..yummy!
BalasPadam