Weekend lepas ari sabtu, mulanya ingat nak berkayuh ngan syazwan pagi tu kat putrajaya, tapi sebabkan sebuk dok ngurus hal anak, tak dapat nak pergi. Pastu hari ahad lak dah janji nak i kayuh ngan apul kat putrajaya gak. Tu pun lepas berminggu setting dengan apul nak berkayuh, last2 dapat gak kitorang berkayuh bersama. Kali pertama la bagi apul untuk kayuh lepas bertahun tinggalkan aktibiti nih. Saya lak lepas dah berminggu sebuk pastu beskal lak dok pancit, last2 dapat gak berkayuh.
Apul berpossing kat Taman Botani
Pagi tu kitorang jumpa kat kedai mamak precint 9, putrajaya. (dah ler saya sesat masa nak gi mamak tuh, camne la buleh sesat ntah, sedangkan dah byk kali dah pergi situ)...lepas bersiap, pasang beskal ngan eksesori, kitorang pun mula la gerak sambil borak. Planning asal, dari precint 9 pergi area kompleks kerajaan, pastu masuk kat roundabout besar belakang masjid putra tu buat pusingan pastu pergi balik precint 9 balik. Bajet pergi balik ade la satu jam lebih camtu...sebab tu ade ajak kawan2 lain untuk lepak breakfast sama2 kat kedai mamak tu kul 9 pagi.
Masa dok kayuh kat area roundabout besar tu, lalu la kat Taman Botani. Pastu saya pun teringat la yang kawan opis, Anwar pernah cerita pasal boleh bebasikal kat Taman Botani tuh. Saya ngan apul pun try la jelajah taman botani. Rancangnye nak buat satu pusingan taman botani, ye la kalo dah buleh bawak basikal, sure ade laluan satu pusingan kan.......itu yang kami fikirkan mula2 nye. Tapi kami tersilap langkah.........
Masa dok berkayuh mula2 tu kami terserempak dengan sekumpulan cyclist lain (ada la dalam 25 orang camtu) dok berkayuh jugak. Kami malas la nak mengganggu, kami pun teruskan kayuhan kami. Sampai la masa kat Taman Botani tu, kami terserempak lagi dengan mereka. Kali ni mereka mengajak kami join mereka, kami tidak la dapat join mereka sebab kami malas la nak kayuh lama, nanti kawan2 sampai kat kedai mamak tu kang, ngamuk lak diorang. Tgh dok kayuh kat Taman Botani, sekali kat hujung track tu tiba2 track jadik laluan batu kerikil...kami yang tak tahu pape pun terus je la kayuh...bila dah lama sikit baru la kami perasan yang kami dah termasuk kawasan Taman Wetland. Mulanye nak patah balik, kebetulan lalu la sorang cyclist dari kumpulan tadi. Kami pun bertanya laluan tu akan keluar ke mana dan da menjawab Precint 11, uish..dekat dah dengan precint 9. Pastu kami tanye jauh lagi tak dan dia menjawab dekat je. Pastu kami pun membuat keputusan untuk mengekori kumpulan itu sebab kami tak tahu jalan. Tanpa disangka langkah kami silap.......lagi......silap yang besar....huhu
kumpulan tu toksah kata la, memang sekejap je dah hilang dari pandangan kami. Apul lak dok semput sebab first time berkayuh lepas bertahun. Saya lak tak leh laju sebab bukan taya offroad, kami pun dok la kayuh perlahan-lahan kat laluan tanah/batu kerikil tu lalu celah2 paya wetland. Yang bestnye tgk apul dah sumpah seranah sebab tak larat, pastu seat dia lak seat yang nipis untuk orang main onroad punye basikal, dok ngamuk la kata sakit bontot heheh.....kalo kat jepun dulu dia lah yang paling kuat stamina mengayuh ni. Bila dah berkilometer berkayuh kat celah2 paya tu, kami lalu kat sebelah padang golf...yes! nampak dah ketamadunan dunia sket. Saya ajak apul campak beskal masuk pagar kelab golf tu pastu kayuh dari situ, apul tak nak..heheh...Pastu dari jauh kami dengar bunyik bising kenderaan.....yes! dari jauh nampak ade jalanraya besar kat depan laluan tuh...apul ngan saya makin bersemangat.
Bila sampai kat hujung jalan, laluan dah berubah dari batu kerikil jadik jalan tar...alhamdulillah, dah jumpa jalan raya. Tapi laluan kami tak leh masuk ke jalanraya besar tu sebab ada pagar besar. Tapi tak kesah lah asalkan laluan kami dah jadik jalan tar, kami akan cuba kayuh.....................tapi...........
Apul yang tgh belek meter beskal, dok berharap boleh ubah beskal dia jadik helikopter
Dari jauh kami nampak laluan kami ditenggelami air separas lutut. Jalan tu kat kiri kanan ada air paya, pastu kebetulan kot paras air naik, tenggelam la jalan tu sekali. Kami dah konpius dah, abih tu kumpulan basikal tadi ikut mana, mana ada jalan lain dah seingat kami. Dok pikir2 ngan apul samada nak redah ke tak....nak patah balik memang takkan dah. Samada kami redah je ataupun panjat pagar padang golf tadi. Nak tak nak, redah je la....saya rasa ok je kot kalau cuba kayuh asalkan jangan turunkan kaki ok la kot.....apul pun berkata,
"kau pegi dulu la"
"orait, cuba je la" saya balas.
"buaya takde kan?" apul tanye......
soklan yang paling tak boleh blah. Lojik la tu sebab tu kan kawasan paya....pastu saya pun mula redah. mula2 ok la tak dalam, boleh makan lagi. sekali makin lama makin dalam air, nak kayuh pun makin berat, saya pun mula kayuh sambil berdiri. Nasib baik pakai kasut crocs, sebab air memang tinggi...pastu dah la berat sebab air tu bukan setakat naik tinggi je, siap ade arus dok mengalir lagi arah melintang jalan. tapi alhamdulillah, dapat gak lepas kawasan air tu.....bila sampai depan saya nampak ade kesan air menitik atas jalan, macam ade orang baru lalu. Pastu saya tunggu apul redah, dia pun ok cuma dia kata kasut dia basah abih. Saya kata kat apul, konpem kumpulan tadi lalu situ gak, pastu kat depan sikit tu ade lagi lopak air, apul tensyen sebab nanti basikal kotor. Redah gak pastu ternampak brader yang kitorang tanye jalan tadi ade kat depan dok tunggu kitorang. Alhamdulillah, kitorang tak sesat.
Pastu abang tu pun bgtau la pasal jalan2 kat sini sambil berkayuh. Pastu jumpa satu simpang tiga. Satu tu jalan tar, satu lagi batu kerikil. Tapi brader tu kata jangan masuk laluan jalan tar tu sebab jalan mati. Nasib baik dia ada, kalo saya ngan apul je tadi, sah kitorang masuk jalan tu sebab kitorang malas nak masuk offroad. kali ni takut silap jalan, kitorang pun kayuh laju sebab tak nak kena tinggal ngan abang2 tadi. Lepas berkayuh masuk batu kerikil, masuk jalan tar, pastu batu kerikil balik, pastu jalan tar....last2 kami sampai ke tempat bertamadun. Kawan2 brader tadi tunggu dia sampai kat hujung laluan. Pastu brader tu pun bgtau jalan untuk balik ke precint 9 sebab diorang nak ke tempat lain lak. Berpisah kami disitu.......terima kasih la abang jalil.
Pastu kami pun berkayuh............offroad jugak untuk ke precint 9. Siap jumpa ular tedung kat tepi jalan.....pastu makin lama laluan jadik makin tak bertamadun....bukan setakat paya, hutan di kanan, paya di kiri kami. Apul dah mengamuk dah sebab kitorang memang penat giler. Pastu jalan yang batu kerikil berubah menjadi batu jalan......bangunan istana melawati dari jauh buatkan kami bersemangat kembalik. ........tapi kami silap lagi sebab rupanya kat hujung tu jalan mati. Kami terpaksa tolak basikal naik satu bukit kecil dan didepan kami lebuhraya putrajaya. Dari situ nak ke precint 9 tak jauh tapi sebab jalannye turun naik bukit, agak penat gak la nanti. Apul dah fed up....ingatkan nak tinggalkan beskal kat tepi jalan, suruh kawan2 yang dah sampai kat kedai mamak untuk amik kitorng, pastu datang amik basikal balik. Tapi sure bila datang balik beskal tu dah takde dah. Nak tak nak kami pun kayuh la slow2..........bila makin dekat, makin semput apul. Alhamdulillah....lepas dah nak terberak, muntah, akhirnya kami sampai ke kedai mamak precint 9. Terus sumbat beskal dalam kete cepat2, pastu gi kedai mamak tu jumpa boroi ngan tetan, terus order air sirap.Masa tu la rasa yang air tu air yang paling sedap kat dunia.........
Jumlah larian...[km/h]..ok la untuk beginner offroad
overall, walopon kitorang tertipu dengan ayat "tak jauh" abg jalil tadi, tapi kitorang rasa best sebab dapat merasa jalan macam tu first time nyer. Insyaallah lain kali saya akan datang lagi, kali ni bawak syazwan sekali huhu..