Jumaat, 12 Mac 2010

Teknik menukar lampu depan kereta

Seperti yang dijanjikan semalam, selepas pulang dari kerja, saya telah melakukan aktiviti menukar mentol lampu depan untuk kereta saya. Cara-caranya adalah seperti berikut:
1. Tahu kedudukan lampu kereta anda dimana. Siapa tak tahu lampu kereta rupa dia macammana, cuba masuk dalam kereta pastu pulas batang hitam sebelah kanan steering sehingga lampu kereta anda menyala. Maka yang menyala di hadapan kereta anda itulah lampu kereta anda.











2. Dibelakang lampu kenderaan anda itu ada satu soket yang dikelilingi oleh satu seal getah. Pada bahagian inilah kita akan melakukan kerja.











3. Mula-mula, cabut soket itu dengan menariknya keluar sambil menggerakkan kiri dan kanan. Ini rupa soket tersebut.











4. Kemudian cabut getah seal yang mengelilingi soket tadi. Cara mencabut adalah dengan menarik getah itu ke belakang dengan secukup rasa kekuatan anda. Setelah dicabut getah itu, anda buleh periksa satu anak panah pada sisi getah itu, dan terdapat satu perkataan "TOP" disebelahnya. Ini bermaksud apabila anda hendak memasukkan kembali getah itu, anak panah ini menunjukkan ia berada di posisi atas. (sorry, lupa nak ambil gambar anak panah itu)











5. Setelah getah itu dicabut, kita akan nampak mentol yang hendak kita tukar. Alihkan satu pin yang mengikat mentol tersebut (lihat gambar dibawah untuk kedudukan pin). Cara untuk mengalihkan pin tersebut adalah dengan menekan sedikit pin tersebut ke dalam dan kemudian gerakkannya sama ada ke kiri atau ke kanan (bergantung kepada jenis kereta). Kemudian lepaskan pin itu setelah berasa pin itu telah pun dialihkan. Untuk makluman, ada sesetengah jenis kenderaan yang pin ini akan tercabut terus setelah dialihkan. Sekiranya kenderaan anda adalah sama seperti jenis ini, pastikan kedudukan pin dan ingat supaya senang apabila anda hendak memasangkannya semula nanti. Alhamdulillah, CRV saya punya pin telah diikat dengan satu skru. senang kerja.











6. Kemudian buleh la dikeluarkan mentol yang hendak ditukar. (AMARAN: PASTIKAN ANDA INGAT KEDUDUKAN MENTOL ITU SEMASA BERADA DI LAMPU KENDERAAN ANDA. TAHU SEBELAH MANA ATAS DAN SEBELAH MANA BAWAHNYA. INI SUPAYA ANDA TIDAK MENGGELABAH SEMASA HENDAK MEMASANG KEMBALI LAMPU INI. Kebanyakkan orang selalu mengabaikan perkara ini, dan kemudian menjadi masalah semasa hendak meletakkan mentol ganti.) Ini rupa mentol lampu depan kenderaan..











PERLU DIINGATKAN LAGI DISINI BAHAWA, UNTUK MENTOL YANG TIDAK TERBAKAR, JANGAN DISENTUH DI BAHAGIAN ATAS MENTOL ITU. INI KERANA, APABILA ANDA SENTUH BAHAGIAN ITU, IANYA ADALAH SENSITIF TERHADAP ELEKTRIK STATIK DAN SENANG MENYEBABKAN MENTOL YANG ELOK MENJADI ROSAK.











7. Setelah digantikan mentol itu, pasang balik semua getah dan soket seperti waktu kita mencabut mentol itu. Maka siaplah cara untuk menukar mentol lampu depan kenderaan anda.

Tetapi kisah saya belum berakhir....
Setelah mencabut mentol kenderaan saya yang terbakar, lampu sebelah kanan itu masih lagi tidak mahu menyala.......apahal?!!!Pada firasat saya, ini konpem wiring kereta problem nih. Suspek utama saya adalah kedai Sato Wangsa Maju yang pasang foglamp saya hari tu, pasti mereka telah buat wiring salah. Tapi setakat suspek tanpa bukti tak dapat menunjukkan mereka bersalah. Maka saya juga tak dapat nak claim kat mereka.....binawe sungguh.
Lalu tanpa segan silu, saya pun terus ke kedai aksesori (Untuk pengetahuan semua, kalau wiring kereta problem, ataupun yang berkaitan dengan elektrik pada kereta anda, toksah mengada nak pergi kedai taya, diorang bukan tau pun. Seeloknya bawa ke kedai eksesori sebab diorang dah biasa pasang radio kereta, so diorang tau sedikit sebanyak pasal wiring)
Kat kedai eksesori tu, staff dia check....katanya lampu rendah saya punya ground tak bersambung. Dia tak dapat nak periksa kat mana putus sebab wiring kereta tu wiring original kereta. Dia mencadangkan supaya menukar wiring untuk bahagian depan ni sahaja dengan pelbagai macam lagi cerita lagendanya. Sedangkan pada pengetahuan saya, kalau ground tak tersambung, buat je la wire jumper dari lampu tu ke bateri terus, senang cerita. Silap besar la nak buat cerita lagenda kat budak elektrik macam saya. Tapi semenjak menggunakan CRV nih, saya dah malas nak buat kerja-kerja wiring kereta ni dah. So saya pun kata "OK" je kat kedai eksesori tu. Habis terbang RM85 saya.......hasilnya....











Lampu kuning sebab masa pergi kedai eksesori tu, saya dah tukar mentol ke mentol color kuning. Nanti hujung minggu ni lah saya tukar balik ke mentol lampu putih.....sekian

6 ulasan:

  1. syabaas!!sesyuai untuk peringkat awam macam saya sebagai rujukan dihari muka..
    terima kasih cucu.

    BalasPadam
  2. Lampu depan tu brp harga? Xtau cm ne rupa mentol tu..

    BalasPadam
  3. Saya baru tukar lampu kecil myvi kaler biru.. atas dari lampu besar tu.. salah tak guna kaler lain selain warna asal?

    BalasPadam
  4. Tok sah tukar rating mentol..colour asalnya pon.. Tkot reflector dlm xtahan suhu mentol jenis laen.. Rating berbeza plak effect wiring system..

    BalasPadam
  5. Tlglah klau pin tu patah dari tempat asalnye . Camne cara nak pasang balek? @ kene ganti yg laen?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...