Satu suasana di sebuah sekolah asrama berprestasi tinggi....
Di suatu sudut di sekolah asrama tersebut, terdapat beberapa pelajar sedang mencuri perkakas komputer dari makmal komputer sekolah. Tiba-tiba lalu dua orang pengawas sekolah berdekatan dengan mereka. Pengawas ini pergi ke pelajar-pelajar itu dan menanyakan sekiranya mereka ada mouse lebih atau tidak. Setelah mendapat barang yang diinginkan, pengawas itu pun beredar dari tempat itu.
Persoalannya, betul ke perbuatan mereka ini? Kalau kita fikir secara lojik, memang salah. Jikalau kita berada di posisi pengawas tersebut, kita akan menghalang mereka dan melaporkan kepada pihak sekolah.
Insiden seperti ini juga yang saya alami petang semalam ketika pulang dari kerja.
Saya mempunyai temujanji dengan seseorang di stesen minyak BHP Taman Connought semalam. Setelah berjumpa dengan orang itu, saya pun singgah sebentar di sebuah gerai menjual CD cetak rompak yang terletak berdekatan dengan kereta saya. Semasa sedang meneliti cd-cd tersebut, saya terperasan di hadapan saya ada seorang polis peronda menaiki motorsikal membawa perlahan berdekatan gerai tersebut seolah-olah ingin berhenti.
Maka dalam hati saya pun berasa cuak kerana adalah menjadi satu kesalahan membuat, menjual, membeli dan membawa semua cd-cd cetak rompak ini. Pelanggan yang membeli pun boleh dikenakan hukuman.
Baru saya ingin bertanya kepada penjual mengenai polis itu, sebab pelik juga mereka tidak lari. Ketika itu baru saya perasan ada seorang lagi polis peronda baru sahaja berjumpa dengan salah seorang penjual itu sebelum beredar pergi dari gerai tersebut. Manakala penjual yang berjumpa dengan polis itu datang kembali ke gerainya sambil mengira sejumlah besar duit di tangan. Saya tidak ingin menuduh sebarangan tetapi...
Terus datang perasaan konpius di kepala saya, menjual cd cetak rompak ni tidak melanggar undang-undang ke? polis peronda itu pula buat apa tadi dengan penjual cd cetak rompak itu? Apa kegunaan polis-polis itu meronda? polis hanya membuat tangkapan bila disuruh saja ke? kegiatan membanteras jenayah cetak rompak ni hanya dibuat bila disuruh saja ke? ataupun selama ini ia dibuat untuk menunjuk kepada masyarakat yang polis membuat kerja? ataupun polis tidak boleh membuat tangkapan jikalau tiada pegawai dari kementerian yang bertanggungjawab?
ntah la....yang mana betul yang mana salah pun saya tak tahu
kenapa kau tak tanya je polis tu untuk meleraikan kesungutan di dalam hati..
BalasPadam