Menunggang motorsikal memanglah senang, tak payah sangkut jem, minyak pun save, pastu boleh parking mana2 pun. Atas sebab2 ni, dulu motorsikal ni digunakan oleh golongan berpendapatan rendah sebagai alat perhubungan selain kenderaan awam. Sekarang ni orang2 yang terlebih pendapatan pun naik gak motor ni, cuma saiz ngan hargenye besar lagi la.
Saya dulu dibesarkan dengan motorsikal Honda C70 lampu yang bulat tuh. Bayangkan la saya yang dibesarkan kat tengah KL, dengan adik beradik yang ramai, hanya dibesarkan selama bertahun tahun dengan sebuah motorsikal C70 lampu bulat....tanpa sebarang kereta sebab tak mampu. Saya pernah teringat kakak saya menang pertandingan utk makan malam dengan satu group artis terkenal tanah air masa tu, ayah saya yang gi hantar kakak saya naik motor tu jek. Namun kehidupan kami tenang dan bahagia. Tiada sebarang jenayah jalanan bodo macam ragut nih...
Zaman sekarang yang dikatakan dah maju nih, pengguna motorsikal pun memang la banyak. Bila dah ramai naik motorsikal, motor pun dah macam2 jenis ngan keupayaan, mulalah lahir ramai golongan bijak pandai yang mementingkan diri sendiri di atas jalanraya.
Cuba bayang di satu jalan yang sesak, kereta kadang-kadang bergerak dan kadang-kadang berhenti perlahan-lahan, motor2 akan menyusupi dicelah2 kereta dengan kelajuan yang tinggi.....kalo xde pape no hal lah kan....andai kata sebuah kereta yang dengan sopan melihat side mirror, back mirror dan pastikan tiada kenderaan lain menghampiri, lalu dia memberikan lampu signal lagi untuk menukar lorong dan ruang yang kosong juga tersedia untuk dia masuk...tiba2 datang sebuah motor dengan halaju tinggi dan pergerakkan motor itu terhalang dek kereta itu..sudah pasti penunggang motor akan menekan hon sekuat hati, memaki hamun pemandu kereta dan kalo yang lagi bangang akan menendang kereta tersebut. Apa salah pemandu kereta itu? Mende ni bukannye saya reka cerita, memang dah selalu saya nampak.
Penunggang motor diajar supaya menunggang motor disebelah kiri jalan. Pada satu simpang tiga, apabila sebuah kereta hendak keluar dari simpang menuju ke kanan, waktu yang sama terdapat kereta dari arah kanan yang sesopannye telah memberi laluan kepada kereta tadi utk keluar simpang. Apabila kereta yang hendak keluar itu mula bergerak sahaja, tiba2 datang motor dari arah kanan yang menunggang laju dan memotong kereta yang memberi laluan tadi dari sebelah kanan. Kalau nasib baik, berlanggar lah korang pastu for sure pemandu kereta dipersalahkan oleh semua orang ketika itu. Kalau nasib tak baik, motor dapat mengelak ataupun kereta dapat brek awal, tapi sure pemandu kereta akan dimaki hamun. Apa salah pemandu kereta itu?
Disatu kawasan perniagaan, kereta parking di kiri kanan jalan di dalam kotak parking yang disediakan. Datang satu motor dan parking rapat di antara 2 buah kereta. Apabila sang kereta hendak keluar dari parking, motor itu sure mengganggu. Kalau nasib baik, langgarlah motor tuh...penunggang akan datang maki hamun pemandu kereta..siap hentak kereta ngan pemandu tu guna helmet. Kalau nasib tak baik, pemandu kenelah tunggu sampai penunggang motor tu datang...apa la salah pemandu kereta tu ek?
Remaja ramai xde keje, menghabiskan duit mak bapak ngan duit PTPTN, dok naik motor ramai2. Bila dah ramai camtu, mulalah masing2 naik syeikh....lupa diri, hilang kawalan motor, berlanggar pulak ngan kereta yang dibawa dengan sopan. Atas sebab setiakawan kononnye, semua remaja bangang tu akan mengamuk kat pemandu kereta tuh. Kereta dipecahkan, pemandu dibelasah dan dirompak. Apa la salah pemandu tu ek?
Nak ikutkan banyak lagi masalah-masalah yang timbul dengan motosikal nih. Bukannye saya nak bersifat rasis ke apa ke...saya sendiri menunggang motosikal dalam keadaan tertentu. Saya jugak dibesarkan dengan motosikal. Apa yang saya nak tekankan, sekarang ni dah makin ramai penunggang yang dah hilang akal masa menunggang. Sepatutnye penunggang motosikal la yang sepatutnye berasa takut kerana menunggang kerana dalam sebarang situasi pergeseran atau perlanggaran dengan mana2 objek di jalanraya termasuk lori trailer, penunggang motosikal lah yang akan terima akibat yang paling teruk. Kereta apabila dipandu cuai dan bersegel dengan divider, kereta yang akan bercalar. Pemandunye hanye bercalar hati dan poket. Motosikal apabila bergesel dengan divider, hanye terdapat 3 kemungkinan......1. dia terbabas, dan terjatuh...luka berat jugak la....2. dia terbabas, terjatuh...kepala atau anggota sensitif terhentak kuat..parah......3. dia terbabas, terjatuh...dilanggar kereta yang tak sempat mengelak. Pikir la sendiri camne......
Kerajaan sebenarnye masih berlembut hati, memikirkan golongan yang kurang berkemampuan mcm keluarga saya masa kecik2 dulu, lalu tidak diharam penggunaan motosikal di Malaysia. Namun dengan masalah2 jenayah jalanan, samseng jalanan, kebangangan penunggang jalanan dan jumlah kemalangan yang tinggi sepanjang tahun, tidak mustahil satu hari nanti motosikal kapcai akan diharamkan di Malaysia. Seperti di Jepun, Motosikal kapcai atau dibawah 250cc hanye dibenarkan utk kegunaan perniagaan sahaja dan bukan persendirian. Oleh itu kepada semua penunggang motosikal sekalian, sebelum motosikal diharamkan, toksah lah kita nak buat masalah yang melibatkan motosikal nih. sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan