Selasa, 29 Oktober 2013

Golden Explorer & travel agensi

Assalamualaikum,
Bercuti...antara kegemaran saya. Masa belajo kat negara penjajah dulu lagi, dh memang tabiat suka pergi melancong. Trip cuti yang paling seronok saya rasakan kalo perlu memandu berpandukan peta, bukannya GPS. Dan trip yang perlu mengetahui selok belok public transport seperti bas dan train.

Travel Agensi....agak senang dan mungkin berbaloi ataupun murah sekiranya pergi ke trip mengikut travel agensi. Travel agensi sepatutnya bertindak sebagai agensi yang menguruskan percutian mengikut keperluan pelanggan. Travel agensi juga perlu memberi nasihat sekiranya sesuatu percutian dirancang pelanggan tidak bersesuaian atau merbahaya. Apapun, keuntungan ataupun rezeki pihak agensi datang daripada pelanggan mereka.

Kekecewaan yang pertama

Saya mula mengenali travel agensi ketika mula berkahwin. Kebtulan saya yg memang suka melancong ni dihampiri staff agensi ketika mereka melakukan promosi di sebuah shopping kompleks. Dimakan hasutan utk mendapatkan trip yang murah, saya pun join la membership travel agensi yg HQ dia kat bangsar, lupa lak nama company apa. Dikatakan saya akan mendapat pelbagai kebaikan, dan keahlian saya adalah seumur hidup dengan membayar sebyk sejumlah duit. Jadik cerita, lepas isi borang disitu termasuk buat bayaran, sehingga kini sudah hampir 6 tahun, saya tidak pernah dihubungi mereka melalui surat, email, telefon kecuali sekali selepas beberapa tahun. Itu pun untuk mengajak saya menyertai investment. Mungkin salah saya tidak pernah hubungi mereka, tapi mereka juga sebagai agensi patut cuba menjaga pelanggan mereka, terutama bagi pelanggan yang telah membuat bayaran.

Kekecewaan yang kedua

Dari kekecewaan pertama, saya dihampiri travel agensi seterusnya. Entah dari mana ntah dpt nombo phone saya, tetiba dtg call dr staff Golden Explorer, Agent S. Punya la pujuk rayu suruh saya join membership. Mcm biasa mcm2 mende dijanjikan termasuk voucher free penginapan hotel, claim duit minyak, tour voucher etc. Kebetulan pulak, memang sy tgh plan masa tu nak bawak anak2 pegi Legoxand kat johor. Lepas kira cost sendiri ngan kos kalo join membership+free voucher. Hmm...ok la. Saya yg lurus bendul ini pun menerima pujuk raju agent S. Lagipun dia kata membership seumur hidup ngan voucher valid 2 tahun, kalo tak guna time tu pun, bole guna next year. Memandangkan taknak jadik cam kekecewaan pertama, saya terus mintak uruskan percutian ke Legxxand termasuk hotel dan tiket. 2 bulan sebelom tarikh percutian, cukup la masa utk si agensi melakukan persiapan. Beberapa kali jugak saya berhubung dgn agent S pasal trip tu. Akhirnya hotel, tarikh & perjalanan telah ditetapkan. Sebulan kemudian, saya hubungi hotel utk pengesahan booking, sekali hotel kata nama saya tiada dalam senarai booking. Dan saya terus hubungi agent S, dan agent S janji akan periksa perkara tersebut. Beberapa hari kemudian, tiada reply dr agent S. Saya terus hubungi orang atasannya, si manager Sh. Sekali manager Sh kata request saya tiada dlm sistem. Dan yg paling cilakak sekali, manager Sh ckp yg agent S ni dah berhenti kerja. Dh last minit, hotel pun dh full. Yg tinggal, bilik yg tak boleh pakai voucher. Bayangkan kita dah janji ngan anak bini nak bawak jalan, cuti kerja pun dh amik, sekali booking takde?!

Kekecewaan yang ketiga

Dari kes booking sy xde dlm sistem tu, saya terus maki agent S. Agent S pun bg la byk alasan. Saya pun mintak utk cancel membership dan saya akan pulangkan semua voucher yg saya terima. Saya bgtau hasrat saya kat agent S (yg dh berhenti kerja, tapi janji nk tlg perihal cancel membership saya), dan juga beritahu manager Sh. Beberapa bulan berlalu, tiada kabar berita dr dua2 pihak. Saya terus sms manager Sh tanye cancellation status, sekali manager Sh reply kata tak boleh cancel dah. Damn, ko dh amik duit orang, tapi bila org mintak servis, merapu perginye. Bila mintak cancel, tak boleh pulak.

Kekecewaan ke-4

Hampir setahun lepas kekecewaan ke-2, tiba agent N dr golden explorer ni call pulak. Dia ingatkan saya yg voucher free saya dh nak expire...(aik, bukan ke agent S kata valid 2 tahun?rupenye ada voucher valid 5 tahun, ada yg setahun je). Pastu Agent N pun dok la pujuk rayu suruh baya lagi duit utk dpt voucher br + extend voucher lama. Saya ckp la sy tak moh, lgpun sy tensyen ngan golden explorer sbb tak bagi cancel. Sekali agent N ckp, cancel membership boleh, kena bgtau betul2 la. Aih...yg sy dok bgtau direct kat manager Sh tu tak betul ke?lagpun manager Sh sendiri ckp tak boleh. Ni boleh ke tak boleh?kalo betul boleh, memang saya bengang...

Kekecewaan ke-5

Memandangkan voucher nak abih awal bulan 11, lepas bincang ngan wife, kitorg guna je la voucher. Dh tu nak cancel membership pun dah setahun berlalu. 2 minggu sblm voucher expire kitorg call customer service golden explorer bgtau hasrat nak guna voucher sblm expire. Hasratnye nak lepak mana2 hotel kat area cherating/kuantan guna free voucher tuh. Kalo xdpt hotel pun, sy tak kesah sbb faham la sy request kt diorg lmbt. beberapa hari lepas tu sy dpt sms dr nombo tak kenal suruh saya email voucher free tu kat diorg kalo taknak booking hotel sy cancel. Nombo tak kenal, pastu tak perkenalkan diri, hotel mana pun tak tau, tiba2 ugut kalo tak bagi voucher nnti booking cancel. Disebabkan saya taknak layan spam mesej, sy just reply kata nak tau status hotel dulu, xde reply dah pastu. 2 ari kemudian, manager Sh sms saya kata booking hotel sy dah cancel sbb diorg xdpt copy voucher dr saya ngan signed authorization form dr saya.............what?!...........
1. hotel mana pun engkorang tak bgtau aku
2. engkau tak mintak copy voucher elok2. dok sms pakai nombo tak kenal, pastu tak kenalkan diri.
3. authorization form tu aku dh passed setahun yg dulu. Dah tu kalo tak pass form tu, sah2 payment dari pelanggan korang ni tak masuk poket korang. Pastu skang ni lepas setahun ko mintak lagi ngan aku?!
Nasib baik lepas dpt sms mengong dr manager Sh, si agent U (minah customer service yg rajin membantu saya) ni call saya ckp yg saya kena email copy voucher ngan form tu. Ha..kan elok kalo call, cakap elok2 gini. pastu saya explain psl form tu, pastu sy terus emel dia copy voucher...3 hari berlalu, tetiba dpt sms dr manager Sh kata booking saya cancel sbb full alotment, yg tinggal bilik yg ada discount rate. free voucher hanye available start januari 2014, dimana saya kena baya lagi sejampok duit utk guna voucher time tu.
1. "full alotment" tu menatang apa?
2. apsal tak replace free voucher tu utk bilik yg ada diskaun tu, kalo kena top sket, bgtau la.
3.  Dalam byk2 hotel kat cherating/kuantan, takkan sebijik hotel tu je free voucher tu boleh pakai?
Actually saya tak kesah kalo tk dpt booking sbb bgtau lmbt. Alasan tu sy boleh terima, lepas voucher expired nnti mmg saya lupakan terus golden explorer ni dah.Tapi kalo booking cancel sbb "full alotment" yg sy tak tau amende+bilik diskaun ade, bilik yg free ni xde+satu hotel je bole guna voucher+free voucher available januari 2014..........memang satu kekecewaan buat sebuah agensi yang mencari rezeki sebegitu.


5 ulasan:

  1. salam tuan,
    mohon call sy berkenaan golden explorer agensi tu
    sy tgh buat siasatan untuk kes golden explorer tu
    emel sy : fahmiyusuff@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam Tuan empunya blog, saya rasa ada sedikit salah faham di sini, saya selalu membuat tempahan menggunakan khidmat travel agent ini dan tidak mempunyai masalah langsung, selain itu saya juga ada mencadangkan kawan kawan saya menggunakan perkhidmatan yang sama, perkhidmatan bagus dan harga berpatutan, jadi tidak adil jika pihak anda menuduh syarikat tersebut.Jika hendak mendapat komen dari kawan kawan saya yang telah menggunakan perkhidmatan tersebut pun boleh..Sebarang pertanyaan lanjut sila balas email kepada saya ke aerowarnatour1@gmail.com, Pn Yan

      Padam
  2. Oh ye ke hari tu saya pergi Legoland dgn company ni ok jer-En Hadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami ada book pi Korea musim bunga 2014 dgn Golden Explorer ni. Harga mmg cantik,program pun bagus.sblum tu ada cek harga dgn few web Dan agency2 lain. Agency ni pd saya genuine dan value for money pakej dia bagi. Pernah jgk recommend kan pd kakak ipar time dia nk jalan2 Sydney, Abang dan kak ipar pun puji bagus,lg jadual flexi. Biasa la bab servis melibatkan manusia ni sukar nak puaskan hati semua pihak. Saya dlm industri servis, kdg2 mmg ada cust yg problem-prone tu biasa la. Saya cadang bincang baik2, sure depa pun mesti nk puaskan hati tuan. Sbb yg saya tngok konsep Golden Explorer ni dia mmg target repeat business from client.

      Padam
  3. Satu-satunya Travel Agent yang byk masalah. Setiap kali ade booking masuk, mesti ada masalah payment. guest x datang. guest no show. TA xnk bayar. menyusahkan!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...