Baru seploh tahun je, orang lain lagi lama....lagi ler byk pengalaman.
Persoalan, boleh ke jangka masa pengalaman dalam memandu ni boleh dikira sebagai sukatan untuk kebolehan seseorang itu memandu?
Disini secara individunya saya ingin membahagi kebolehan seseorang memandu kepada 3 peringkat. Pertama, boleh memandu, kedua, pandai memandu, dan ketiga, bijak memandu.
Boleh memandu........saya teringat lagi dulu masa saya sekolah menengah, saya nampak adik lelaki bongsu kawan saya yang baru darjah 6 sudah bawak kereta kancil keliling kampung. Serius sangat, kat dunia ni tersangat ramai orang yang boleh bawak kereta. Yang tak tau bawak kereta pun, masuk sekolah memandu, insyaallah lepas 3 hari pegi kelas memandu, dah boleh bawak kereta. Atas jalanraya kita ni pun tersangat ramai yang bawak kereta dengan kebolehan diparas boleh memandu. Soalannye, memang diorang ni boleh memandu, tapi pandai ke diorang ni memandu?cuba tanya sesiapa yang anda kenal yang boleh memandu, tanya siapa yang pandu kereta seharian, tapi tengok side mirror atau window sebeah kepala 2, 3 kali je.
Kat opis saya pun, ade la 2, 3 orang yang bole memandu, tapi tak sure la pandai ke tak memandu. Nak masuk parking yang luas dan lurus pun terpaksa keluar masuk 5,6 kali.
Pandai memandu.......golongan yang paling ramai kat atas jalanraya Malaysia. Saya rasa majoriti pemandu Malaysia adalah golongan pandai memandu. Pandai memandu ni pulak golongan yang boleh memandu dengan agak baik, kawalan kaki diatas pedal minyak dengan baik. Kalau bawak laju pun xde masalah. Tapi masalahnye diorang ni tak bijak bawak kereta. Kereta masing2 pun ade gak yang mahal2, susah nampak kat mesia. Pandai bawak kereta, laju2 lak tu semua....tapi kurang bijak memandu. Kenapa saya kata kurang bijak?
Bijak memandu.......pemandu yang baik adalah pemandu yang boleh memandu, pandai memandu dan bijak memandu. Memandu kena memerlukan daya pemikiran kreatif, pantas, tolak ansur, dan bijak. Setiap pergerakan yang dilakukan semasa memandu perlu difikirkan kesan ke atas persekitaran. Pemikiran apa yang akan berlaku terhadap setiap pergerakan, ramalan ke atas setiap tingkah laku dan langkah berjaga-jaga. Sebagai contoh senang, kita sedang memandu diwaktu pagi ke tempat kerja. Perlu difikirkan kesan dan ramalan dari pelbagai aspek sekiranya keadaan sedang bertukar dari gelap ke cerah. Ketika ini kedudukan matahari perlu diambil kira. Kadang2 kita sudah mula nampak kereta dihadapan dengan jelas, maka kita pun memadam lampu kereta. Walhal itu pandangan kita dari belakang kereta itu, adakah kita pasti kereta itu nampak kita dibelakang setelah kita padamkan lampu kereta? tambahan pulak ade sesetengah kereta tu punye tinted gelapnye toksah kata lah, lagi lah risiko.
Sebenarnya ciri-ciri pemanduan macammana yang dikatakan sebagai bijak memandu tu, susah la nak diterangkan kat sini. Kalau anda bijak memandu, sudah tentu anda pandai memandu, tapi kalau anda pandai memandu, tidak tentu anda bijak memandu. Pemanduan bijak memerlukan pengalaman dari pelbagai kejadian lepas yang dijadikan pengajaran, bukan pengalaman yang buat anda bangga diri tapi masih memandu macam orang bangang. Apa yang penting, fikirkan kesan setiap pergerakan kita masa memandu terhadap persekitaran, kesan terhdap pemandu2 lain, apa fikiran orang lain terhadap pergerakan kita itu, dan jangan pentingkan diri sendiri.
Anda tentukanlah sendiri situasi pemanduan anda sekarang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan