Khamis, 23 Februari 2012

Erti kekalahan dan kemenangan itu

Semlm (22feb2012) bertempat di Stadium Bukit Jalil, tanah tumpahnya darah saya telah berlangsung perlawanan bola sepak di antaraMalaysia menentang Jepun, bagi melengkapkan kelayakan ke pusingan akhir Olimpil 2012 di London.
Bagi pasukan Jepun, penting bagi mereka mengalahkan Malaysia dengan jumlah gol yang banyak kerana sebelom perlawanan ini Jepun terletak di tangga kedua kumpulan di belakang Syria dengan perbezaan gol. Sekiranya mereka ingin berada di posisi selamat, mereka perlu menyumbat gol yang banyak. Pada pihak Malaysia pula, kita memang tiada makna untuk meneruskan perjuangan ke Olimpik, namun perlawanan ini penting bagi skuad Harimau Muda kerana mereka bermain di tanah air sendiri bersaksikan ramai penyokong tempatan.

Perlawanan yang menarik minat saya kerana saya memang penyokong Jepun selama ini, dan mereka akan menentang pasukan Negara saya yang juga saya sokong sgt2. Pada fikiran saya Malaysia akan bermain bersungguh-sungguh kerana tiada tekanan pada pasukan negara. Sekadar ingin memberi saingan sengit pada Jepun. Tapi jangkaan saya meleset apabila melihat barisan pertahanan negara yang sangat lemah sehingga mudah untuk Jepun mencelah masuk. Juga amat mengecewakan apabila melihat Thamil arasu sekadar mencukupkan bilangan pemain di padang. Namun tabik saya berikan pada pemain2 lain seperti Khairul Fahmi dan Nazmi. Pemain bersemangat dan berkemahiran begini yang perlu kita jaga. Pada pendapat saya, pemain kita mampu untuk menyaingi Jepun, cuma dlm perlawanan itu strategi permainan mungkin merupakan punca kekalahan kita.

Sehari selepas perlawanan, saya berkesempatan membaca surat khabar Jepun untuk membaca berita mengenai kemenangan besar yang mereka harapkan itu. Terdapat satu berita yang menarik minat saya dimana jurulatih pasukan menceritakan mengenai strategi semasa menentang pasukan Malaysia. Semasa mereka membuat latihan di Singapura, mereka telah membuat analisis cara permainanMalaysia melalui video sepanjang kejohanan. Antara kelemahan utama yang dapat mereka cari adalah di barisan pertahanan, sekiranya bola cross tinggi, semua pemain Malaysia hanya akan menjadi “ball watcher”. Iaitu hanya memandang bola tanpa menghiraukan persekitaran. Kelemahan inilah yang digunakan sebaik mungkin bagi pasukan Jepun apabila menggunakan taktik serangan dari sayap kiri dan kanan. Hasilnya kita boleh tengok pada kesemua jaringan gol Jepun semasa menentang Malaysia adalah disebabkan pemain kita hanya menjadi ball watcher.

Gol pertama: gol pertama jepun hasil daripada striker tengah menggelecek sehingga ke depan pintu gol. Semua pemain Malaysiahanya menumpukan pada beliau sehingga melupakan seorang penyerang jepun dari sebelah kanan. Semua hanya perhatikan pada bola pada seorang pemain…ball watcher.

Gol kedua: hasil daripada tendangan percuma di sisi padang. Apabila bola disepak, kebanyakkan pemain hanya memerhatikan bola dan hanye nazmi yang bertindak cuba menghalang pergerakkan pemain Jepun. Semua hanya perhatikan…ball watcher.

Gol ketiga: Ketika semua pemain kita asyik menumpukan perhatian pada cubaan tendangan gol yang cuba dilakukan dari kiri padang. Tiada siapa yang perhatikan 2 pemain jepun di kanan gol. Hasilnye bola muntah dari tendangan tadi dikuis masuk oleh pemain jepun tadi. Semua sebuk melihat bola sampai terlupa orang di belakang…ball watcher.

Gol keempat: para pemain jepun dan Malaysia berasak di sebelah kanan padang. Dan apabila cross dilakukan ke depan gol, tiada siapa selain khairul fahmi yang bergerak cuba menghalang bola itu. Akibatnya pemain jepun berjaya kuis masuk…semua hanya perhatikan bola itu ditendang ke tengah…ball watcher.

Bukan saya nak kutuk pasukan Malaysia. Cuma sedih apabila kita mampu bermain baik tapi strategi yang silap buatkan kita gagal. Walopon jepun pasukan yang hebat, mereka masih tidak memandang remeh pada pasukan kita. Buktinya apabila mereka telah membuat analisis video mengenai permainan kita dan menjumpai kelemahan kita. Diharapkan dengan pendedahan oleh pasukan jepun mengenai kelemahan pasukan negara dapat diambil iktibar oleh kesemua yang terlibat pada jentera pasukan negara. Saya sayang pasukan Malaysia

berita paper jepun td boleh baca kat sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...