Untuk ibubapa moden and muda zaman skang ni, bila saat kelahiran anak yang pertama tu, sure bersemangat abih la. Terutama si maknye la...bila dah stat mengandung tuh, mula la shopping baju anak. Tu pun belom tau lagi jantina anak. Bila dah tau jantina, dpt la pulak perempuan...lagi la syok si maknye bershopping baju2 yang pinky2 nih. Si mak akan bershopping barang2 cam baju, napkin ke apa ke...yang si bapak ni pulak pun boleh tahan gak excited dia...dah mula usha stroller ngan car seat.
Bila dah bersalin, isteri yang tengah pantang ni pun layan syok shopping lagi tuh...nak kluar umah susah, apa lagi, intenet shopping lah. Yang si suami nih, asal balik keje je, tgk ade bungkusan courier baju anak. Nak buat camne, semua tgh excited.....
Bila isteri dah abih pantang, tu dia bukan main lagi ligat berjalan ke sana ke sini excited nak pakai stroller ngan car seat punye pasal.
Tapi perasan tak, biasanya car seat tu takkan ke mana. Percaya tak saya ckp, drpd semua parent muda yg excited beli car seat sampai beribu tu, hampir separuh drpd car seat tu akan berakhir kat mudah.my walopon baru pakai 3 atau 4 kali. Kalau tak pun, car seat tu tersimpan berhabuk kat umah. Puncanye, anak2 melalak tak nak duduk dlm car seat.
Car seat sebenarnya dicipta utk keselamatan anak2 kita semasa dalam kereta. Kalau terjadik sebarang insiden, sekurangnya kita dah berusaha untuk perlindungan anak kita. Anak abang saya yang berumur 3 tahun tido di seat belakang kereta semasa abang saya memandu kereta di lorong kiri sekali di lebuhraya pantai timur. Tiba2 sebuah pajero yang dr lorong kanan tiba2 mencucuk masuk di depan kereta abang saya tanpa sebarang sebab dan signal. Maka abg saya terpaksa brek mengejut dan anak dia yang baring di belakang pun jatuh drpd seat belakang. Akibatnye anak buah saya tu mengalami patah tangan dan terpaksa disimen tangan dia. Walopon kereta tidak eksiden, tapi situasi brek mengejut juga boleh menyebabkan kecederaaan kepada anak kita. maka perlindungan seperti car seat amat perlu sebenarnye.
Itu bg pandangan si bapa sebagai driver...pada pandangan si ibu pula lain. Kalau yg selalu memandu jauh seperti saya, balik kpg ke, vacation ke...mak2 tak payah la nak kendong si anak sepanjang jalan.lenguh jugak kalau nak pegang sepanjang jalan. Bila dah ada car seat, senang la si mak ni nak prepare susu utk anak ke, nak layan suami yg memandu ke, nak tido ke apa ke.....lagipun, selalu ada kes kemalangan yg bayi tercampak keluar dr kereta. Ini sebab mak dia dok kendong bayi tu kat seat depan. bila ada hentakan dr depan, bayi sure tercampak keluar kereta.
Masalah yang selalu ada yang parent moden ni, anak melalak tak nak duduk dlm car seat. Punye kuat melalak sampai muntah2....sebab tak nak duduk dlm car seat. diorg dah biasa kena dukung ngan peluk ngan makbapak. Makbapak pulak bila tgk anak melalak, ..."alah kesiannye"...lalu diambik budak tu dr car seat. akhirnya car seat tu jadik penyemak kereta sebelom dijual di mudah.my.
Sebenarnya nak disiplinkan anak kita utk duduk kat car seat tu, perlukan peranan mak bapak yang tegas. Kalau mak bapak yang jenis bagi je apa yang anak nak, takkan marah anak, tak kesah kalau anak buat jahat, sampai bila pun takkan dapat didik anak duduk kat car seat.
Biasa la tu kalau masa anak kecik2 bayi dulu, bila letak kat car seat, dia melalak nak duduk ngan mama dia. Tapi kita sebagai parent dah kna mula tegas masa tu lagi. Serius saya katakan, anak saya melalak tak nak duduk car seat dulu, saya buat tak tahu langsung. Isteri saya pun dah nak nangis, tapi saya tak benarkan isteri amik anak saya dr car seat. Sebabnya, kita kena biasakan diri diorg dgn car seat tuh. Pernah dulu saya balik kelantan, anak saya duduk kat car seat belakang ditemani maid indonesia saya. Awal2 tu anak saya melalak tak nak duduk carseat, saya suruh semua dalam kereta tu biarkan dia. Tiba lepas setgh jam camtu, saya tgk maid saya dah kendong anak saya. Trus saya marahkan maid saya dalam kereta tu. Itu dalam keadaan saya memandu ke kelantan yang jalan penuh mencabar dan makan masa lama, stress tu tak yah katalah. tambah pulak anak buat hal.....tapi yg utama kita kena tegas.
Saya ulangi disini, ketegasan dan disiplin ibubapa penting utk pastikan anak kita pun disiplin duduk dlm car seat. Saya percaya anak2 yang tidak pakai car seat ini, besar kemungkinan ibubapanye juga memandu dengan tidak memakai seat belt. Disiplin ibubapa perlu didahulukan sebelum mendisplin anak2.
Peringkat awal kita perlu bertahan dengan teriak dan lalakan dia utk pastikan dia biasakan diri dengan car seat tu. Itu jugak untuk pastikan dia tahu tempat dia adalah didalam car seat apabila berada didalam kereta. Bukan apa, selain kita fikirkan keselamatan mereka, kita tak nak lah car seat yang kita beli mahal2 alih2 tak guna......
Alhamdulillah, hasil disiplin terhadap anak2 saya, sekarang setiap kali naik kereta mereka sudah tahu tempat mereka disitu. Ada sekali saya meminjam kereta adik ipar saya utk ke kedai runcit dengan membawa anak saya, sebaik sahaja masuk kereta anak saya terus menuju ke seat belakang. Apabila didapati tiada car seat utknya, dia terus komplen kat saya. Tu belom lagi kira yang si adik tuh, kalau letak dia kat car seat tapi tak ikat, dia akan melalak kat kitorg suruh ikat belt car seat tu.
Isteri saya juga dalam menjaga kerenah anak2 dlm kereta, berkesempatan juga utk menyuap saya makan semasa saya memandu.
Tapi itulah, bila anak kecik ramai, semua pakai car seat pulak. Ruang dalam kereta pulak yang tak cukup. Mungkin dengan kelahiran anak ketiga nih, saya terpaksa memikirkan MPV....tgk la dulu camne...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan