Selasa, 29 Oktober 2013

Golden Explorer & travel agensi

Assalamualaikum,
Bercuti...antara kegemaran saya. Masa belajo kat negara penjajah dulu lagi, dh memang tabiat suka pergi melancong. Trip cuti yang paling seronok saya rasakan kalo perlu memandu berpandukan peta, bukannya GPS. Dan trip yang perlu mengetahui selok belok public transport seperti bas dan train.

Travel Agensi....agak senang dan mungkin berbaloi ataupun murah sekiranya pergi ke trip mengikut travel agensi. Travel agensi sepatutnya bertindak sebagai agensi yang menguruskan percutian mengikut keperluan pelanggan. Travel agensi juga perlu memberi nasihat sekiranya sesuatu percutian dirancang pelanggan tidak bersesuaian atau merbahaya. Apapun, keuntungan ataupun rezeki pihak agensi datang daripada pelanggan mereka.

Kekecewaan yang pertama

Saya mula mengenali travel agensi ketika mula berkahwin. Kebtulan saya yg memang suka melancong ni dihampiri staff agensi ketika mereka melakukan promosi di sebuah shopping kompleks. Dimakan hasutan utk mendapatkan trip yang murah, saya pun join la membership travel agensi yg HQ dia kat bangsar, lupa lak nama company apa. Dikatakan saya akan mendapat pelbagai kebaikan, dan keahlian saya adalah seumur hidup dengan membayar sebyk sejumlah duit. Jadik cerita, lepas isi borang disitu termasuk buat bayaran, sehingga kini sudah hampir 6 tahun, saya tidak pernah dihubungi mereka melalui surat, email, telefon kecuali sekali selepas beberapa tahun. Itu pun untuk mengajak saya menyertai investment. Mungkin salah saya tidak pernah hubungi mereka, tapi mereka juga sebagai agensi patut cuba menjaga pelanggan mereka, terutama bagi pelanggan yang telah membuat bayaran.

Kekecewaan yang kedua

Dari kekecewaan pertama, saya dihampiri travel agensi seterusnya. Entah dari mana ntah dpt nombo phone saya, tetiba dtg call dr staff Golden Explorer, Agent S. Punya la pujuk rayu suruh saya join membership. Mcm biasa mcm2 mende dijanjikan termasuk voucher free penginapan hotel, claim duit minyak, tour voucher etc. Kebetulan pulak, memang sy tgh plan masa tu nak bawak anak2 pegi Legoxand kat johor. Lepas kira cost sendiri ngan kos kalo join membership+free voucher. Hmm...ok la. Saya yg lurus bendul ini pun menerima pujuk raju agent S. Lagipun dia kata membership seumur hidup ngan voucher valid 2 tahun, kalo tak guna time tu pun, bole guna next year. Memandangkan taknak jadik cam kekecewaan pertama, saya terus mintak uruskan percutian ke Legxxand termasuk hotel dan tiket. 2 bulan sebelom tarikh percutian, cukup la masa utk si agensi melakukan persiapan. Beberapa kali jugak saya berhubung dgn agent S pasal trip tu. Akhirnya hotel, tarikh & perjalanan telah ditetapkan. Sebulan kemudian, saya hubungi hotel utk pengesahan booking, sekali hotel kata nama saya tiada dalam senarai booking. Dan saya terus hubungi agent S, dan agent S janji akan periksa perkara tersebut. Beberapa hari kemudian, tiada reply dr agent S. Saya terus hubungi orang atasannya, si manager Sh. Sekali manager Sh kata request saya tiada dlm sistem. Dan yg paling cilakak sekali, manager Sh ckp yg agent S ni dah berhenti kerja. Dh last minit, hotel pun dh full. Yg tinggal, bilik yg tak boleh pakai voucher. Bayangkan kita dah janji ngan anak bini nak bawak jalan, cuti kerja pun dh amik, sekali booking takde?!

Kekecewaan yang ketiga

Dari kes booking sy xde dlm sistem tu, saya terus maki agent S. Agent S pun bg la byk alasan. Saya pun mintak utk cancel membership dan saya akan pulangkan semua voucher yg saya terima. Saya bgtau hasrat saya kat agent S (yg dh berhenti kerja, tapi janji nk tlg perihal cancel membership saya), dan juga beritahu manager Sh. Beberapa bulan berlalu, tiada kabar berita dr dua2 pihak. Saya terus sms manager Sh tanye cancellation status, sekali manager Sh reply kata tak boleh cancel dah. Damn, ko dh amik duit orang, tapi bila org mintak servis, merapu perginye. Bila mintak cancel, tak boleh pulak.

Kekecewaan ke-4

Hampir setahun lepas kekecewaan ke-2, tiba agent N dr golden explorer ni call pulak. Dia ingatkan saya yg voucher free saya dh nak expire...(aik, bukan ke agent S kata valid 2 tahun?rupenye ada voucher valid 5 tahun, ada yg setahun je). Pastu Agent N pun dok la pujuk rayu suruh baya lagi duit utk dpt voucher br + extend voucher lama. Saya ckp la sy tak moh, lgpun sy tensyen ngan golden explorer sbb tak bagi cancel. Sekali agent N ckp, cancel membership boleh, kena bgtau betul2 la. Aih...yg sy dok bgtau direct kat manager Sh tu tak betul ke?lagpun manager Sh sendiri ckp tak boleh. Ni boleh ke tak boleh?kalo betul boleh, memang saya bengang...

Kekecewaan ke-5

Memandangkan voucher nak abih awal bulan 11, lepas bincang ngan wife, kitorg guna je la voucher. Dh tu nak cancel membership pun dah setahun berlalu. 2 minggu sblm voucher expire kitorg call customer service golden explorer bgtau hasrat nak guna voucher sblm expire. Hasratnye nak lepak mana2 hotel kat area cherating/kuantan guna free voucher tuh. Kalo xdpt hotel pun, sy tak kesah sbb faham la sy request kt diorg lmbt. beberapa hari lepas tu sy dpt sms dr nombo tak kenal suruh saya email voucher free tu kat diorg kalo taknak booking hotel sy cancel. Nombo tak kenal, pastu tak perkenalkan diri, hotel mana pun tak tau, tiba2 ugut kalo tak bagi voucher nnti booking cancel. Disebabkan saya taknak layan spam mesej, sy just reply kata nak tau status hotel dulu, xde reply dah pastu. 2 ari kemudian, manager Sh sms saya kata booking hotel sy dah cancel sbb diorg xdpt copy voucher dr saya ngan signed authorization form dr saya.............what?!...........
1. hotel mana pun engkorang tak bgtau aku
2. engkau tak mintak copy voucher elok2. dok sms pakai nombo tak kenal, pastu tak kenalkan diri.
3. authorization form tu aku dh passed setahun yg dulu. Dah tu kalo tak pass form tu, sah2 payment dari pelanggan korang ni tak masuk poket korang. Pastu skang ni lepas setahun ko mintak lagi ngan aku?!
Nasib baik lepas dpt sms mengong dr manager Sh, si agent U (minah customer service yg rajin membantu saya) ni call saya ckp yg saya kena email copy voucher ngan form tu. Ha..kan elok kalo call, cakap elok2 gini. pastu saya explain psl form tu, pastu sy terus emel dia copy voucher...3 hari berlalu, tetiba dpt sms dr manager Sh kata booking saya cancel sbb full alotment, yg tinggal bilik yg ada discount rate. free voucher hanye available start januari 2014, dimana saya kena baya lagi sejampok duit utk guna voucher time tu.
1. "full alotment" tu menatang apa?
2. apsal tak replace free voucher tu utk bilik yg ada diskaun tu, kalo kena top sket, bgtau la.
3.  Dalam byk2 hotel kat cherating/kuantan, takkan sebijik hotel tu je free voucher tu boleh pakai?
Actually saya tak kesah kalo tk dpt booking sbb bgtau lmbt. Alasan tu sy boleh terima, lepas voucher expired nnti mmg saya lupakan terus golden explorer ni dah.Tapi kalo booking cancel sbb "full alotment" yg sy tak tau amende+bilik diskaun ade, bilik yg free ni xde+satu hotel je bole guna voucher+free voucher available januari 2014..........memang satu kekecewaan buat sebuah agensi yang mencari rezeki sebegitu.


23 ulasan:

  1. salam tuan,
    mohon call sy berkenaan golden explorer agensi tu
    sy tgh buat siasatan untuk kes golden explorer tu
    emel sy : fahmiyusuff@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam Tuan empunya blog, saya rasa ada sedikit salah faham di sini, saya selalu membuat tempahan menggunakan khidmat travel agent ini dan tidak mempunyai masalah langsung, selain itu saya juga ada mencadangkan kawan kawan saya menggunakan perkhidmatan yang sama, perkhidmatan bagus dan harga berpatutan, jadi tidak adil jika pihak anda menuduh syarikat tersebut.Jika hendak mendapat komen dari kawan kawan saya yang telah menggunakan perkhidmatan tersebut pun boleh..Sebarang pertanyaan lanjut sila balas email kepada saya ke aerowarnatour1@gmail.com, Pn Yan

      Padam
  2. Oh ye ke hari tu saya pergi Legoland dgn company ni ok jer-En Hadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami ada book pi Korea musim bunga 2014 dgn Golden Explorer ni. Harga mmg cantik,program pun bagus.sblum tu ada cek harga dgn few web Dan agency2 lain. Agency ni pd saya genuine dan value for money pakej dia bagi. Pernah jgk recommend kan pd kakak ipar time dia nk jalan2 Sydney, Abang dan kak ipar pun puji bagus,lg jadual flexi. Biasa la bab servis melibatkan manusia ni sukar nak puaskan hati semua pihak. Saya dlm industri servis, kdg2 mmg ada cust yg problem-prone tu biasa la. Saya cadang bincang baik2, sure depa pun mesti nk puaskan hati tuan. Sbb yg saya tngok konsep Golden Explorer ni dia mmg target repeat business from client.

      Padam
    2. Dah jadi members nak pergi golf pun mahal. Baik book sendiri lagi murah. Cakap putar belit. Rugi join

      Padam
  3. Satu-satunya Travel Agent yang byk masalah. Setiap kali ade booking masuk, mesti ada masalah payment. guest x datang. guest no show. TA xnk bayar. menyusahkan!!

    BalasPadam
  4. I salah seorang members yg selalu buat booking dgn diorang. Kalau book through agoda etc nak amend date or tak jadi check in mmg tak dapatlah. Duit burn, dorang good deals juga. Boleh buat booking lepastu ubah date, kalau cancel tak kena charge. Mungkin payment last minute sbb guest mcm saya selalu tukar tarikh. Kadang2 ada orogram anak sekolah, orang tua sakit, ada hal yg tak dapat di elakkan. Baru ni balik dari Iceland dengan dorang ok juga. Next Dec 2017 nk pergi Osaka, next year nk ke NZ dgn dorang. TANPA NAMA atas ni mesti staff hotel. Maaflah, kadang kadang bukan salah agent, salah guest nak buat mcm mana, buat reservation awal takut tak ada bilik. Last minute ada hal yg tak mengizinkan. But customer is always right kan? Kalau book bilik online duit burn mcm tu je. Sobs

    BalasPadam
  5. Website baru di kenal pasti :

    http://www.gcutz.com/index.php

    Instagram : @gcutz4u

    Dah tukar nama Gcard kepada D'grande

    Sebelum ni dengan Narsqo menipu jugak :

    Https://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=404284

    Lepastu tukar Narsqo kepada Gcard. Pun menipu :

    http://hijaukisahidupku.blogspot.my/2015/04/travel-agency-golden-explorer-cakap.html?m=1

    Dekat website Matta pun tulis syarikat ni tak ada kelayakan utk buat trip luar negara :

    http://www.matta.org.my/member/MA3371

    Lesen pelancongan pun tamat tempoh : http://www.motac.gov.my/semakan/tobtab

    Ayah saya call cik N tu langsung tak berjawab lepastu ckp dia dh tak kerja situ. Kata jual minyak wangi, bg duit brg tak dapat. Melayu kalau nak buat bisnes menipu bangsa sendiri tak payah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ni selalu menggunakan khidmat Gcutz ni, so far ok je, saya cadangkan daripada En/ Puan Tanpa letak nama pulak tu mengomel di sini x dapat apa pun, apa kata watsaap je office G Cutz tu iaitu 018 2718 895 lagi boleh selesai masalah, bukan macam ni meletakkan detail orang lain di sini untuk memburukkan betul tak, kemudian cara En/Puan buat macam bukan nak selesaikan masalah, tapi lebih kepada motif dendam, tak baik macam tu...

      Padam
    2. Merepek je Gcutz ni, nak booking hotel bilik asyik kosong je. Dah la selamba charge credit card orang. Teruklah, melayu meniaga dengan mencuri dari bangsa sendiri. Sebijik macam rosmah hahahaha

      Padam
    3. Eh betullah lesen tak valid, setakat gambar copy paste kat internet semua org boleh buat. Krikkrikkrik

      Padam
    4. Tak usah pecaya dengan gcutz travel saya agent dari Indonesia pun sudah dia tipu RM 2520 kalau tak pecaya boleh call kita org +6282294061010 sudah dia tipu kita orang number wasap saya dia blokir. Travel dia pun sudah blacklist karena banyak masalah dengan costumer

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  6. Saya cadangkan siapa yang mengomen negatif di sini better dapatkan penjelasan dari orang yang bertanggungjawab menguruskannya iaitu Contact No: 018 2718 895

    BalasPadam
  7. Tak usah pecaya dengan gcutz travel saya agent dari Indonesia pun sudah dia tipu RM 2520 kalau tak pecaya boleh call kita org +6282294061010 sudah dia tipu kita orang number wasap saya dia blokir. Travel dia pun sudah blacklist karena banyak masalah dengan costumer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pihak kami tidak pernah menipu +6282294061010, tetapi pihak beliau yang meminta bayar ganti rugi atas pihak kami sebab pelanggan kami tidak jadi menggunakan perkhidmatan Joe Acheh, Pelanggan tidak berminat kerana pihak beliau atau dikenali sebagai Joe Acheh ini telah mencadangkan Hotel yang tidak bagus dan tidak sesuai utk di diami, dan setelah kami selidiki, Joe Acheh ini bukan agensi pelancongan yang berdaftar tetapi lebih kepada bergerak secara bersendirian, malahan beliau menggunakan orang tengah untuk menguruskan pelanggan kami ke Bandung yang mana pihak kami bimbang dengan kualiti service yang dijalankan. Cuba anda tanya pada diri anda adakan anda akan membayar sesuatu perkhidmatan yang anda sendiri tidak menggunakannya? Pasti tidak kan....jadi untuk menjawab atau membuktikan pihak kita adalah benar maka anda boleh hubungi atau watsaap pihak kami di 018 2718 895, tq

      Padam
  8. Nak book hotel bilik full. Cakap free ada surcharge lagi. Tah papetah

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen tanpa nama tak guna, jika berani watsapp terus je 018 2718895..komen sini dapat apa nama pun takde

      Padam
    2. Sila Tinggalkan watsaap no telefon anda bila ada masalah macam ni, kritikan anda terlalu umum, hotel full itu biasa, surcharge juga adalah biasa kalau weekend atau public holiday, atau kemungkinan anda pertama kali check in hotel? jika pertama kalai hubungi saya 018 2718 895 bukan komen di blog ini, Ini namanya TIDAK IKHLAS

      Padam
  9. Assalamuallaikum
    Kami dari pada @uncle_holiday Acheh dan Bandung mengucapkan banyak terima kasih kepada @Gcutz4u travel.
    Dengan adanya problem kelnarin itu semua cuma salah paham je jadi di sini tidak ada yg di rugikan maupun merugikan pihak manapun.
    Kejadian kemarin cuma missed comunication je jadi tidak ada masalah yg seperti awak semua kira.

    Jadi dengan ini kami bagi tau kepada awak semua bila nak detail boleh wasap atau call ke 018 2718895(gcutz4u travel) atau +6282294061010 (uncle_holiday)

    Satu lagi kepada awak semua tak payah coment2 tanpa nama di sini lagi baik awak semua jumpa dengan kita org atau pun telepon kita org untuk kita jelaskan detail semua.

    Dan dalam masalah kelmarin saya Joe (@ucle_holiday) dan Kak Shona Otman (@gcutz4u) anggap semua masalah ini sudah selesai dan tidak ada masalah lagi.

    Jika awak semua yg baca ni boleh lah booking pakej mana pun dengan kita org sila wasap kita org kita akan bagikan detail macam mana costumer nak 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih @uncle_holiday di atas penjelasan yang jelas tentang salah faham di atas, minta maaf di atas segala kesulitan, kita sebagai manusia biasa tidak lari dari salah faham, semoga dengan penjelasan ini akan mengukuhkan lagi hubungan perniagaan antara @gcutz dari Malaysia dan @uncle_holiday dari Acheh dan Bandung. Penyelesaian memang boleh dilakukan jika berdepan menyelesaikan masalah. Apa-apa pun @gcutz4u ucapkan berbanyak terima kasih sekali lagi atas sokongan yang diberikan kepada kami . Semoga Perniagaan @Uncle_holiday Acheh dan Bandung akan lebih maju jaya di masa akan datang Aamiin

      Padam
  10. Lebih baik walk in je. Jadi ahli pun sakitkan hati je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa better watsaap kita di 018-2718895, dari komplain di sini ye, tq

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...