Jumaat, 21 Januari 2011

Teori harga kereta mahal

Kalau tengok harga Lamborghini Murchielago kat Malaysia nih, second hand pun harga still RM1M lagi, tapi kalau kat Jepun tuh, kereta yang sama buleh dapat dengan harga RM500k. Keduanya kereta Import di Malaysia ngan Jepun, keduanya jugak kene baya tax tinggi kat Malaysia ngan Jepun. Persoalannya, kenapa harga kereta sana murah berbanding Malaysia? Kenapa harga kereta kat Malaysia ni mahal? sengaja saya amik contoh daripada kereta Lamborghini sebab senang sikit nak buat perbandingan. Pastu, semua orang pun dok kutuk kerajaan sebab mende nih.........lalu saya pun keluarkan la teori saya sendiri....huhu

Perotong ngan peroduwa...dua2 nih merupakan asset kerajaan. Secara tak langsung, management dalamannya sedikit sebanyak ada kaitan ngan kerajaan. So, ye lah kita nih, kalau dah terbiasa dengan perangai kunun beramah mesra dengan orang ramai, bila orang mintak tolong pape, kita pun tolong lah.Macam tu lah lahirnya perkataan "cable orang dalam". Amat berguna bila nak buat permohonan apa2 dengan mana2 organisasi.

Kaitannye dengan harga mahal ni adalah........sebagai sebuah syarikat pengeluar, kita akan berusaha bersungguh untuk menurunkan harga kos untuk mencatat lebih keuntungan, dan cuba menurunkan harga jualan untuk mendapat lebih jualan. Untuk menurunkan harga tu, faktor paling utama adalah dengan cara mencari kos buruh yang rendah dan mendapatkan bahan mentah yang berkualiti dengan harga yang murah. Pergi je mana2 kilang kat dunia nih, sama je caranye. Di Malaysia, kos buruh susah sikit la kan dengan harga barang yang semakin naik nih. Tapi kita boleh je kurangkan kos bahan mentah ni supaya harga barang yang kita nak jual tu pun nanti murah la. Sama la dengan kereta keluaran perotong ngan peroduwa. Tapi masalah "cable orang dalam" tu lebih penting daripada mengurangkan kos bahan mentah...itulah sebabnye harga "tin aluminium bergerak" tu jadik mahal. Misalan bahagian Purchasing dalam Perotong telah menjumpai vendor/material yang lebih murah dan berkualiti utk digunakan dalam kereta kita. Semasa permohonan untuk menukar barangan itu dibuat, tak pasal2 ade Datuk/TanSeri/Datuk Seri mana ntah, melalui "cable orang dalam" mintak gunakan vendor/material yang diorang ni syorkan. Konpem harga lagi mahal, kualiti?...ntah la. Datuk/TanSeri/Datuk Seri untunglah, dapat duit poket lagi, kereta mercedeh, buat apa nak pening kepala pasal kereta nasional nih. Yang susahnye rakyat lah sebab harga kereta mahal.
Susah sangat ke nak turunkan harga kereta? Sedangkan pengeluar kereta asing yang dah dikenakan tax berkali ganda tuh, senang je buat kereta yang lagi murah dr kereta nasional. Kenapa kita pulak susah nak keluarkan kereta kita sendiri dengan harga yang murah?
Mungkin R&D kita mahal, R&D nak buat kereta tuh.....tapi kita dah ada lotus tolong. Susah ke?Peroduwa pun dah copy sebijiksebijik dari Daihatsu pun susah lagi ke nak control kos?
Lagi satu sebab harga kereta mahal ni ialah, kereta kat jalanraya kita ni susah nak dimansuhkan (scrap). Cara scrap yang ada sampai sekrang ni adalah eksiden, ngan kereta dicuri..maknanye selagi kereta tu buleh bergerak, selagi tu kereta tu ada harga, selagi taraf hidup penduduk tak naik, selagi tu kereta2 tu ada harga. Biarla seburuk mana pun kereta tu sampaikan bonet belakang tercabut, karat separuh kereta, tapi kereta tu still ada value...........................susah sgt ke nak control mende nih?

Sekali lagi, ni hanyalah teori saya sorang. mungkin pengetahuan saya tak seberapa...mungkin ada faktor lain yang buat harga kereta mahal. Tapi, rasanye teori saya kat atas tu betul gak apa heheh....

7 ulasan:

  1. pokok pangkalnya, korupsi..
    mengapa Datuk/TanSeri/Datuk Seri melakukan sedemikian?
    kerana meraka BELAJAR daripada atasan mereka.
    kesimpulannya, kalau pangkal rosak, hujung belum tentu ada..

    BalasPadam
  2. saya cukup geram apabila Tun Mahathir kemuka alasan kenapa harga kereta import mesti mahal. sebabnya nak kawal bilangan kereta di Malaysia. golongan atasan senanglah nak komen ikut suka hati sebab mereka mampu membeli apa sahaja. Teori yg dikemukakan mungkin ada benarnya. bila tengok tradecar jepun, ayuhai geram nak beli satu. apa tidaknya harga keta hanya USD1000 je. dahlah murah, kualiti pula sangat baik. banding dengan pintu Saga FL, jauh panggang dari api.tutup pintu macam tutup daun pintu rumah atap nipah. turun ujan sikit, dah lampu FL masuk air. bukan nak kutuk tapi bila lagi nak belajar buat pintu dan lampu. Toyota GL tu dah 30 tahun pun sedap tutup pintunya. apalah punya proton ni. lampu dia tak masuk airpun. menteri kita tau bising kalu kena komplen tapi tk pernah belajar. rakyat pula terima je. kesian betullah

    BalasPadam
  3. rakyat didahulukan.....biar la kita kena dulu, akhirat kang tengok la camne

    BalasPadam
  4. My coder is trying to persuade me to move to .
    net from PHP. I have always disliked the idea because of the costs.
    But he's tryiong none the less. I've been using WordPress on a variety of websites for about
    a year and am anxious about switching to another platform.
    I have heard very good things about blogengine.net. Is there
    a way I can import all my wordpress content into it?

    Any help would be greatly appreciated!

    Feel free to surf to my webpage :: Methadone Use
    My web site - New Methadone

    BalasPadam
  5. Hi ѕuperb blog! Does гunning a blοg like this
    requirе a masѕive amоunt work? Ӏ havе veгy little
    undeгѕtanԁing of рrogramming but І had been hoping
    to start my own blog ѕoon. Anyhow,
    shoulԁ you haѵe anу idеas or techniques for neω blog oωnеrs pleaѕe sharе.
    Ӏ unԁегѕtand this is off subject but
    I just needed to ask. Appreciate it!

    Alѕo visit my wеb sіte Where To Buy Electronic Cigarettes

    BalasPadam
  6. Woah! I'm really digging the template/theme of this site. It's simple, yet effective.
    A lot of times it's very difficult to get that "perfect balance" between usability and visual appearance. I must say you've done a superb
    job with this. In addition, the blog loads super quick for me
    on Safari. Exceptional Blog!

    Stop by my web page :: huggies rewards

    BalasPadam
  7. Grеetings! Τhis іs mу 1st comment herе so I just wanteԁ to give a
    quick shout out and tell you I trulу enjοу rеadіng уouг aгtіcleѕ.
    Cаn yοu rеcommеnԁ
    any οther blοgѕ/ωebsіtеs/foгums that go οver the ѕamе subjectѕ?
    Thank you!

    Heгe is my blog post ... Http://Www.Its.Veryserious.Org/940/How-Much-Is-The-Cheapest-Electronic-Cigarette

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...