Khamis, 13 Januari 2011

Cara mencari size basikal


Kalau sesiapa yang mula nak mencari basikal, eloklah mencari basikal yang masuk dengan ketinggian dan kepanjangan kaki anda. Masa dengan basikal mtb Montana saya dulu, saya dapat tahu ketinggian saya tidak sesuai dengan basikal apabila saya mengayuh. Ketinggian batang seat post telah pun saya tetapkan setinggi yang mungkin, tapi masih lagi kaki saya membengkok semasa mengayuh. Susah nak faham kan?.........kalau saiz yang betul, masa kita kayuh basikal, masa salah satu pedal berada pada posisi paling bawah (pedal sebelah lagi pada posisi paling atas), kaki sebelah pedal bawah tu perlulah lurus atau membengkok sedikit menghampiri lurus. Kemudian semasa berhenti dan kita berdiri sambil punggung pada seat basikal, hujung kaki digunakan untuk berdiri pada lantai, bukannya tapak kaki. sekiranya waktu berhenti, punggung pada seat tapi tapak kaki yang memijak lantai, maknanye basikal tu memang tak masuk saiz dengan anda. Begitulah juga semasa saya menggunakan basikal Montana itu. Kemudian untuk mencari basikal yang saiz sesuai, boleh dirujuk pada website ini. Ia mempunyai jadual untuk ketinggian anda dan saiz basikal yang sesuai. Tapi tak perlu la ikut betul2 sebab seat post boleh dilaras untuk match dengan ketinggian kita. Misalan saiz basikal road yang masuk dengan ketinggian 172cm saya ada saiz 54, tapi basikal yang saya beli ada saiz 49...masih boleh digunakan tetapi saya perlu tinggikan kedudukan seat saya.

Panjang crank juga perlu diambil kira supaya dapat kedudukan yang baik. Panjang crank campor batang frame yang sambung crank ke seat post adalah perlu menghampiri dengan panjang kaki anda.

Sebenarnya kedudukan yang baik semasa menunggang basikal adalah seat perlu sama paras dengan handle (bagi basikal mtb dengan road). Ini bertujuan mengurangkan rintangan, mengimbangi berat badan ke depan dan belakang basikal,...dan kemudian dapat mengurangkan keletihan akibat mengayuh, dan supaya meningkatkan kelajuan.
Bagi basikal santai seperti city, dan hybrid, kedudukan handle yang lebih tinggi akan membuat penunggang lebih selesa tetapi sukar untuk memecut dan mendaiki bukit.

untuk itu, tentukan saiz basikal yang sesuai dengan diri anda sebelom membeli basikal itu. Kalau tak tahu mana sesuai atau tak tahu saiz basikal, boleh mintak pendapat owner kedai basikal tuh. ataupun kunjungi website yang saya sebut diatas.

5 ulasan:

  1. salam cucu tok awang..sy n hubby bru nk beli bsikal,memandangkan dia tinggi,sy tkut silap beli...tingginya lebih kurang 193cm,6 kaki lebih...ada nasihat apa2 x?budget 700 ke ats(baru nk jinak2..hehe)

    BalasPadam
  2. salam cucu tok awang..sy n hubby bru nk beli bsikal,memandangkan dia tinggi,sy tkut silap beli...tingginya lebih kurang 193cm,6 kaki lebih...ada nasihat apa2 x?budget 700 ke ats(baru nk jinak2..hehe)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum cucu tok Awang.. Sy nk tny.. Ank sy umr 7tahun.. Tinggi dlm 110cm... Antara 16" dan 18" yg mana sesuai ye...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...