lepas brader tu blah untuk gi amik duit...yang belen 2,3 orang ni pun dok kata.....yang mereka tu lain level ngan brader tuh....brader tu dah level tinggi. masa tu saya terfikir la, naik beskal ni pun ade level ke? kalau bagi pelumba, mungkin la ada level mereka......tapi bagi pengayuh dihujung minggu nih...............hmm...
Mungkin bagi mereka yang obses dengan basikal, berapa pun sanggup dilaburkan asalkan dapat mengayuh. Semakin minat, semakin banyaklah yang dilaburkan....bukan kat bidang beskal jek...kalau minat kat kereta pun sama jugak kita buat. Tapi melabur untuk kereta lain dari melabur untuk basikal. melabur byk duit untuk performance kereta menghasilkan kereta yang laju, tapi melabur untuk basikal mungkin lah menghasilkan sedikit perbezaan untuk kelajuan ngan kepenatan. tapi yang penting sebenarnya diri pengayuh tu sendiri.........
So bila orang kata level ke-otai-an seseorang dalam bidang basikal tuh, buatkan saya terpikir dua tiga kali. Kalau orang tuh memang kaki beskal, dah jelajah byk negara, ade pengetahuan yang tinggi pasal basikal, pastu berpewatakan rendah diri.......yes, saya akan respek dan kata yang orang itu berada pada level yang lain dengan saya. Tapi kalau setakat orang itu mempunyai duit byk, boleh beli basikal mahal, boleh beli eksesori mahal, pakai helmet mahal, pastu hanye kayuh dengan orang2 yang ada basikal setaraf dengan dia, ataupun pernah mewakili mana2 kelab atau persatuan......plis jgn kata level dia lain dari saya. even kalau dia kayuh lagi laju dari saya atau dia ada stamina lagi tinggi dari saya, saya tetap katakan level kami tak berubah...............
Di negara Jepun, saya buleh kata level seseorang itu berlainan dari saya. Sebabnye, di sana kita mudah mendapati orang pergi jelajah naik basikal....pergi ke mana-mana........dan mereka bukannya memakai basikal road....kebanyakkan memakai basikal steel yang biasa kita kenali sebagai basikal Jepun kat kedai2 basikal skang. Kemudian mereka tidak perlu menunjuk nunjuk dengan memakai jersi team basikal, tidak perlu helmet yang mahal...sesetengahnya tidak memakai helmet, tidak perlu sunglass dan sebagainye.....apa yang mereka perlukan hanyalah kesungguhan, keazaman, semangat dan yang penting tujuan mereka adalah untuk menjelajah demi kepuasan. Ada antara mereka yang saya kenal, mengambil cuti kerja setengah tahun semata-mata untuk berbasikal menjelajah seluruh Jepun dengan basikal cabuk mereka. Dan mereka sangat peramah walopon terhadap saya yang seorang berbangsa asing. Orang2 sebegini memang saya respek kerana mereka obses dengan basikal dan obses mereka ditunjukkan dengan cara mengayuh, bukan dengan eksesori yang mahal. Mereka juga sering dilihat menjelajah berseorangan tanpa perlu menyertai kelab, persatuan atau komuniti. Bukan setakat yang suka menjelajah, malahan untuk yang beriadah pun cara mereka lain dari kita di Malaysia. Di sebuah kedai basikal kegemaran saya di Akita, saya sering terjumpa dengan pelumba2 professional dan juga pemilik basikal yang mahal2, tapi kalau diperhati cara mereka berkomunikasi dengan beginner, orang luar, dan cyclist lain, amatlah berlainan, sifat rendah diri mereka amat tinggi. Itu yang membuatkan orang luar, beginner berasa senang untuk bergaul dengan mereka, meminta nasihat dan di kala itu lah dapat dirasakan level mereka tu berlainan.
Di tanah air kita, tatkala seseorang beginner mula mencongak langkah untuk menyertai mana-mana komuniti, di kala itu juga ahli2 komuniti2 menunjukkan basikal mereka yang high end (walhal beginner pula biasanya mulakan diri dengan basikal low end), menunjukkan kejayaan menjajah mana2 bukit dan rimba (yang mungkin sukar dicapai oleh seorang beginner), memakai eksesori yang lengkap (yang belum terfikir bagi beginner untuk membeli).....dan yang utama, ahli komuniti akan bergaya hebat dengan basikal dan kejayaan mereka yang mungkin akan membuat beginner tawar hati untuk menyertai komuniti tersebut.
lagi satu, biasalah orang kita.....bila orang lain pakai mende yang murah, kaput sket, mula la nak mengata la mengisih la apa la......walhal yang membentuk diri seorang cyclist adalah pengayuh itu sendiri...............bukan basikal
ermm, bukan dalam bidang basikal je, bidang fotografi pun sama, menyebabkan perintis hilang minat dek ke"angkuhan" si orang lama!
BalasPadamentry dah lama tp aku nk komen gak. Agak x setuju ngan pendapat bro. Tak semesti nya yg pakai mahal tu berlagak. Pakai helmet utk safety bukan saja2 letak atas kepala. Kepala jatuh atas jalan sapa nk jawab bro. Sunglasses pn penting supaya bila kayuh takde benda masuk dlm mata dan bila kayuh road mata pun x pedih.
BalasPadamAku pn beginner tp bila otai tunjuk brg mahal bkn bermakna dorang nk belagak tp share ilmu. Ni otai yg biasa aku jumpa. Mesti ada sebab barang tu mahal okey.
Kene kutuk perkara biasa anggap tu cabaran utk kayuh lebih kuat. Kene racun perkara wajib bila dah join grup ni. Kene byk sabar je. Upgrade bila tahap kayuhan dah meningkat