Selama 5 tahun "menjajah" Jepun sebelum ini, dapat saya perhatikan yang generasi muda Jepun masa kini sudah mula cenderung ke arah kemerosotan ketamadunan Jepun. Senang cerita makin rosak la kan..........beberapa pakcik pakcik Jepun yang selalu berborak dengan saya dulu juga selalu mangatakan yang generasi muda Jepun sudah semakin rosak dan pemimpin negara semakin resah dengan masalah itu kerana masa depan negara mereka itu terletak pada generasi muda sekarang.
Walopon Jepun mengalami masalah sosial yang terlampau teruk, kemerosotan budaya dan negara mereka tidak merunsingkan saya berbanding kemerosotan yang dialami Malaysia sendiri. Ini kerana Jepun mula merosot apabila negara mereka telah berjaya membangun dan maju. Tapi Malaysia mula mengalami kemerosotan budaya sosial semasa negara sedang membangun. Gila kuat pengaruh internet yang buatkan dunia takde sempadan nih......
Berbalik ke Jepun, masa saya belajar dulu...di tahun pertama saya berjaya membuat kawan dengan beberapa orang Jepun dalam course yang sama. Ingatkan dapat sahabat Jepun yang akan membantu saya dalam pelajaran........best ler...................................... Rupenye semua kawan2 saya tu pun jenih rosak gak. Pengakhirannya, sorang kawan saya behenti dari unibesiti, sorang repeat semester tak abis2 sampaikan saya dah balik mesia pun dia dok semester sama. sorang tu pulak pakar meniru.......dia ni la rujukan saya bila nak dekat periksa heheh........................bukan kawan2 sahaja. Seingat saya, setiap kali waktu peperiksaan, semua budak dalam course saya akan masuk bilik peperiksaan awal dan berada dalam formasi tertentu...termasuk saya. Tujuannya untuk tiru la kan......................hasilnye, budak2 yang takde kualiti....
Apa yang saya nak ceritakan sebenarnye...baru2 ni Job Fair berlangsung di Sendai, sebuah bandar di utara Jepun). Yang menariknye Job Fair dianjurkan khas untuk para pelajar asing yang nak kerja dengan company Jepun. Majikan yang turut serta banyak la mcm Honda, Panasonic. Antara komen majikan yang join Job Fair tu ialah mereka baru membuka cawangan di sesebuah negara, maka mereka mencari bakal graduate yang buleh ckp bahasa Jepun. Ada pula kata kemasukan orang asing ke company mereka buleh membantu meluaskan business ke peringkat global, ada juga kata graduated unibesiti Jepun ni tahu budaya Jepun, senang la nak suruh buat kerja nanti. Tapi komen yang paling saya suka adalah "kualiti dan semangat bekerja generasi muda Jepun sekarang sudah kurang, tapi bagi orang asing graduated Jepun ni semangat bekerja diorang bagus.....so memang biasa la syarikat amik orang asing untuk bekerja"
berita tersebut buleh dibaca disini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan