Hari isnin lepas saya ngan wife macam biasa keluar rumah kul 6 setgh pagi nak pergi keje yang terletak 17 kilometer je dari rumah. Dari rumah kat Batu 9 cheras nak sampai depan Giant Taman Konot biasanye makan masa 30 minit…..tapi hari tu dok sedap borak ngan wife saya, tak sedar la pulak saya dapat sampai kat depan Giant tu 5 minit je dari rumah. Camtu la beza waktu puncak jem ngan waktu tak jem sangat kat kawasan rumah saya. Sebab tu kami terpaksa keluar rumah awal untuk pergi keje yang terletak 17 km dari rumah.
Sambung cerita, lepas sampai kat depan Giant 5 minit je tu, baru la saya perasan yang minggu ni cuti sekolah. So ramai la orang amik cuti kerja untuk bawak anak2 balik kampong, bawak anak pergi holiday, sedara mara kawen kat kampong dll. Kami tak perasan la sebab anak2 kami kecik lagi…….
So ramai la yang balik kampung sebab kenduri kawen ni, jemputan kawen pun berganda la masa cuti sekolah berbanding ngan bukan cuti sekolah (pelik gak eh zaman sekang ni bukan cuti sekolah pun byk gak kenduri kawen). Saya sendiri pun weekend lepas ade 3 jemputan kawen. 2 jemputan dari tu pulak dari kawan sekolah menengah dulu. Bila time2 camni la dapat jumpa kawan2 lama dulu. Serius tak tipu...sejak kawen ni masa memang terhad untuk jumpa balik kawan2 masa belaja dulu. Macam sekarang ni masa umur tgh 20-an ni la ramai kawan2 dok kawen, waktu2 camtu la buleh jumpa balik kawan2 lama, dengar cerita masing2. Bila habis kenduri tu, masing2 pun balik rumah masing2 jalankan hidup masing2 semula.
Bila masuk era 30-an, kawan2 lama camni dapat la jumpa semula bila ade kenduri kawen kawan2 lain yang terlambat kawen....memang tak byk la kendurinye. Kemudian masing2 akan senyap kembali sehingga masing2 berumur linkungan 50-an, bila anak2 masing dah mula nak kawen. Waktu ni kita akan panggil balik kawan2 lama dulu untuk perjumpaan semula. Kesah2 silam ngan perkembangan semasa jadik bahan bualan. Hubungan diteruskan bila ada perjanjian urusniaga atau kebetulan ade hubungan silaturahim yang dapat diketahui............berlarutan sehingga masing2 meninggalkan dunia yang sementara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan