Selasa, 15 Mac 2011

No String Attached

Baru2 ni saya ngan wife saya pergi layan la tengok wayang. Bukan senang kitorang dapat gi tgk movie nih sejak dah ada anak 2 nih. Kalau nak tgk gak, kitorang kene amik cuti keje. Alkesah baru2 ni kitorang pun pergi la tgk movie lepas keje….cerita yang kitorang tgk masa tu ‘No String Attached’.

Cerita ni ber-genre-kan romantik comedy……cerita pasal dua pasangan ni yang cuba mengekalkan hubungan mereka sebagai rakan seks. Tapi ye lah kalau dah selalu dok buat seks dengan pasangan yang sama, maka lama2 akan melahirkan bibit2 cinta la antara diorang. Tapi diorang kalau buleh tak nak ade hubungan serius sesame mereka, sekadar rakan untuk buat seks. Tapi ye la kan, ending dia pun sure dah tau punye, diorang ni pun bercinta psatu akan berkahwin. Kalau nak tgk preview cerita nih, google jek, konpem belambak keluar.

Overall cerita ni memang lawak la, saya yang susah nak paham bahasa omputih ni pun dok gelak sakan masa tgk cerita tuh......tapi.........camne la cerita ni buleh lepas masuk panggung kat Malaysia??????????

Cerita ni sebenarnya byk melibatkan aksi seks, lesbian dan gay. Walopon takde la tunjuk secara eksklusif tapi imej seks, lesbian ngan gay tu memang kuat ditunjukkan dalam cerita ni. Dalam cerita ni cuba ditunjukkan yang melakukan seks luar nikah tu sebagai satu yang normal dalam hidup seseorang. Tapi sesuai ke dengan iklim malaysia? Walopon cerita ni di letakkan sebagai untuk tayangan 18 tahun ke atas, dengan penampilan cerita sebegitu, ianya masih tidak sesuai walopon had umur tayangan dinaikkan ke 35 tahun. Ye la amik contoh budak asas unibesiti umur 19 tahun pergi tgk cerita nih...tak ke nanti dia boleh terpengaruh untuk buat seks camtu. ”Ala....terhapa-hapa la kau dok pikir camtu. Open minded la sket....filem camtu bukan apa sangat pun”..........kepala hotak hang!!! Sebab filem2 camtu la ramai member2 aku minum arak, ramai member2 aku hisap dadah, ramai member2 aku jadik pengedar, ramai member2 aku buat seks bebas, ramai member2 aku gugurkan bayi......................diorang tu satu masa dulu sama2 terpilih oleh MARA untuk berjuang mempertingkatkan taraf hidup orang bumiputera. Diorang ni jugak rakan seagama dengan aku!

Siapa la yang bagi kebenaran untuk filem camtu masuk ke panggung malaysia? Pastu dok pening kepala kenapa orang islam dok buat seks bebas ngan buang bayi. Bangang giler............korang dok bela ayam depan rumah, pastu bersungut kenapa depan rumah banyak tahi ayam.

1 ulasan:

  1. nsb baik tgk cite ni dgn bini. kalo tgk dgn girlfren???

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...