Rabu, 21 Ogos 2013

Satria di bumi Jepun (bukan samurai daa)

Kepada siapa yang dok mengagung-agungkan kereta jepun, especially those yg dok gilerkan title JDM, apakah perasaan anda apabila mendapat tahu terdapat orang kat Jepun sana lagi suka guna Proton Satria Neo untuk berlumba? Iye, Proton Satria Neo yang korang dok kutuk2 kata takde quality tu....

Sejak 2011, Carrosser, sebuah syarikat modifikasi lumba di Jepun telah mula mengimport Satria Neo untuk dijual di pasaran Jepun. Carrosser juga mendapat kerjasama daripada syarikat modifikasi Jepun, Cusco untuk membuat spare part aftermarket perlumbaan untuk Satria Neo ini. Punye banyak kereta best kat Jepun bole buat lenjan, apsal nak guna Satria Neo pulak?

Berdasarkan komen diberikan oleh Corrosser, barisan kenderaan yang dikeluarkan oleh pembuat kereta di Jepun sekarang ni, semua bagak2 berat belaka. Dah tak seronok nak buat lumba (Yo lar, tgk impreza GTR pesemua ni dah makin bagak n berat je)...Satria Neo pula selain mempunyai base yang ringan, kenderaan ini juga stabil apabila mengambil selekoh dengan halaju yang tinggi.
Pada mulanya mereka hanya import sebuah dua sebagai kereta lumba rasmi syarikat. Namun ianya mendapat maklumbalas memberansangkan daripada ramai peminat lumba. Maka mereka mengambil langkah dengan mengimport Proton Satria Neo ini untuk pasaran tempatan. Satria Neo ini juga telah lulus pelbagai ujian ketat kerajaan Jepun untuk syarat mengimport.
Namun begitu, mereka hanya mengimport Satria Neo ini untuk spec yang rendah sahaja (L line model) walaupun Neo telah pun mempunyai CPS dan R3 model. Ini kerana harga jualan bagi L line ini adalah dikira murah untuk pasaran jepun dan sesuai dengan spesifikasinya. Sekira M line ke CPS ke dibawa masuk, harga jualan disana akan menyamai kereta2 premium disana seperti Accord, Impreza etc. Ianya sgt tidak berbaloi untuk sebuah kereta yang enjinnya tidak seberapa seperti Satria Neo. Justeru hanya L Line model dibawa masuk ke Jepun. Model yang lebih hebat ada juga dibawa masuk tapi dengan jumlah yang sedikit dan berdasarkan order sahaja.
Jepun yang gunakan Satria Neo utk berlumba kebanyakkannya dalam bidang rali. Ini pun hasil pengaruh pasukan Proton Satria Neo S2000 rally team. So kalau search gambar kereta satria neo ni kat jepun, kebanyakkannyu mmg xde bodykit mcm cps ngan R3, nampak selekeh gak la......tapi bagi diorg, body yang ringan dan stability yang diorg pentingkan.....

Proton Satria Neo yang digunakan oleh Cusco rally team untuk Rally Seluruh Jepun 2011.
Gambar dr Japan Wikipedia.

Amacam?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...