Khamis, 12 September 2013

Mazda 5 3rd gen review dari seorang bergelar ayah





Ha...dah setahun lebih saya pakai Mazda 5 nih. Dah boleh terima semua kekurangan n kelebihan kereta nih. Belambak review Mazda 5 bole jumpa kat intenet, tapi rasanya xde lagi kot review dari penggunaan sebenar. Kalo ade pun mungkin saya terlepas pandang.


Kalo ikut post saya sebelom nih, Mazda 5 ni punye rival di Malaysia adalah Nissan Serena, VW Sharan, ngan Honda Freed. Kenapa saya tak masukkan Exora, Estima, Wish, Stream etc?

Sebabnye, mcm sy ckp sblm ni. Requirement pertama saya adalah kereta tersebut mestilah ada warranty lebih setahun dari pengeluar kereta, bukan penjual kereta. Ini bermaksud semua kereta recond sah2 digugurkan dari list. Requirement kedua pulak, kereta tu mesti sliding door utk pintu belakang. So semua yg jenis pintu kepak ni kena gugur dr list jugak la termasuk exora.

Exterior
Yang bagus:
- Dari segi aerodinamik, mmg kena dgn nagare design kereta ni sbb cermin depan dia melunjur ke depan dashbod so mmg belah angin, air gak la. Mmg bagus utk elak cermin depan dr kena 'jerawat bulan' disebabkan batu2 yg melantun atas jalan.
- Ketinggian kereta ni sebenarnye agak rendah. Mmg bagus untuk cruising kat hiway and cornering. Rasanye ketinggian kereta ni sama dengan Accord Euro R saya lepas tukar ke low spring.
- Kat bumper dah sedia ada platform utk pasang roof bar.
- Ada auto sunroof.
- Auto back door. Mmg terbaek...senang kalo ada anak kecik or tgh angkat brg byk. Kat parking bukak pintu guna remote dr jauh, terus campak barang kat dalam or terus suruh anak2 masuk kete. Tak payah tehegeh2 nak letak barang, bukak pintu, jerit kat anak suruh masuk dlm kete.

Yang kureng:
 - Bumper belakang ibarat platform utk letak barang kat belakang kereta. So design camtu mmg buat bumper ni senang calar kat bhgn nak masukkan brg dlm kereta.
- Sebabkan ketinggian kereta ni rendah, mmg senang utk bawah kereta ni gesel ngan bonggol etc. Kami dah selalu kena dah.  Mmg sakit hati. Sbb tu hari tu saya tuka rim masukkan rim 17 inci.
- Jarak antara belakang kete ngan seat belakang agak dekat. Actually bahaya gak la dalam keadaan kecemasan yg tidak diingini.

Apa2 pun:
- Dari segi rupa, semua orang dah tau rupe dia. So buat la andaian korang sendiri. Bagi saya...ada cacat sikit rupe dia nih. Kalo tgk dari tepi, mpv ni ada side skirt original, cun dah tu...tapi cacat sikit sbb bumper depan takde bumper lips, so kalo tgk dr tepi, bumper tu mcm tinggi sikit dr side skirt.


Interior
Yang bagus:
- Suasana masa memandu ibarat pandu sedan, bukan mpv. mmg besh....
- Bole control pintu belakang dr driver (common utk mpv yg ada auto door).
- Meter mmg terbaik, senang view and senang faham.
- Aircond sejuk woo... belakang pun ada separate blower.
- Karakuri seat mmg bagus. Bila tak ramai yg naik, seat tgh boleh simpan.Dalam jadik luas lagi.
- Bila jatuhkan semua seat belakang, dah jadikvan pick up dah.
- Plastic usage utk dashbod tak rasa cheapo sgt. kena lak ngan leather seat, mmg nampak exclusive. 

 ynag kureng:
- Keseluruhannya, dalam agak sempit kalo digunakan sebagai mengangkut penumpang + barang.
- Bhgn depan kurang compartment utk letak barang. Terutama bagi driver utk letak barang sambil pandu.
- Ade certain seat position yg buat kita tak nampak fuel level meter lepas laraskan steering position.
- Cigeret point kat tmpt letak air, kalo ade air, susah nak cucuk mende kat situ dah.
- DVD player common yg biasa dijual murah kat kedai eksesori, GPS navigator pulak tak boleh dihidupkan utk beberapa minit lepas start enjin, sbb nnti dia jadik lambat utk search satelite signal.
- Lubang aircodn kat centre panel tu kena hala kat seat belakng sekali kalo ade org situ sbb blower belakang tak sampai org belakang.
- LCD kat headrest tak sesuai langsung dengan MPV kecik camni. Sbbnye seat blakang confirm budak2 yang tgk, headrest tu pulak tinggi melampai. Original headrest mazda premacy (yg xde lcd) lagi rendah and very good position to support kepala. Kalo tinggi mazda 5 nih, kalo anak anda duduk dlm car seat, position mata ngan lcd agak rapat, tak bagus utk mata. Kalo anak anda tak pakai car seat, anak anda perlu mendongak utk tgk.
- Tmpt sandar seat tgh yg boleh lipat karakuri tu, senang rosak. Saya aritu dh rosak lepas buat leather seat, dah anta service centre ok la, skang mcm rosak balik. Rosak dia tu, bila kita sandar, tmpt sandar tu akan tertolak ke belakang. Sebbnye, tmpt sandar tu lock sebelah bhgn je.
- seat belt belakang kalo tak digunakan, akan selalu berlaga tang besi seat belt tu ngan body kereta. Annoying gak la bunyik dia.
- Seat belakang sempit, sesuai utk budak2 je, pastu rendah lak bumbung dia. Kalo ade org duduk belakang, back mirror kat driver dah tak nampak belakang kete dah.
- bunyik buzzer kete reversed tu kuat giler. Bole dgr org kat luar jugak.
- Saya ni jenis pakai car seat utk anak2. 3 car seat diperlukan utk letak anak saya, kalau semua car seat guna, ruang utk penumpang lain hanya tinggal satu je. Lagi satu, kalau seat belakang sekali naik, tiada ruang utk letak stroller.

apa2 je la:
Digalakkan tak payah pasang leather seat sbb leather seat buatkan pergerakkan seat belakang, karakuri seat pesemua tersekat2. MPV kan selalu kena alih2 seat belakang ni, so leather seat buatkan seat tu tersekat2. Lagipun feeling rasa luas lagi kalo pakai seat biasa.

Pemanduan/handling
Yang bagus:
- Ni yang paling aku suka......hiway ngan jalan biasa very stable. Sesetgh mpv kalo kat jalan biasa nih tak leh bawak laju sbb suspension belakang bouncing. Lebih2 lagi kalo jalan tak rata, tapi mazda 5 ni xde...cun beb. Bawak selamba mcm bawak sedan je. Pegi balik kelantan ikut gua musang bole merempit ngan sedan biasa, cuma kena hati2 ngan penampor tangan yg hinggap kalo laju sgt hehe...
- Pikap kereta pun cantek, xder la giler hebat mcm enjin turbo tapi just nice for a small minivan yg penuh penumpang utk bergerak. Naik bukit pun xde masalah sgt, gear pun triptronix yg boleh tuka ke manual kalo nak.
- Penukaran gear smooth. Kalo kete auto kan biasa bila mula gerak, dpt rasa bila kete tu tuka gear. Tapi yg ni very smooth........
- Brek kete ni terbaek. Seriously, Accord Euro R saya yg guna disc brembo pun tak sebaek brek mazda 5 nih. Kalo brek emergency or skit nak emergency, mmg control superb. Dalam byk2 kete yg pernah saya drive, brek kete ni yg paling saya suka. Dia punye smooth feeling etc....pergh...

Yang kureng:
- cornering mcm senang buang. faham?...camne nak ckp ek?......saya sbb dah drive mcm2 jenis kete, even crv dulu pun kalo cornering xde la rasa nak buang camni (sbb crv tu 4wd). Tapi cornering utk kete ni saya tak gemor sgt. Tapi tak tau nk ckp camne....

Fuel consumption
- Depend cara pemanduan sebenarnye. Kalo korang jenis bawak elok2, mmg minyak save kete ni. Tapi kalo korang jenis bawak tak berapa elok, penumpang/barang selalu full, blower depan belakang kuat etc...minyak bole tahan la. Tapi still di tahap yang boleh diterima.

KESIMPULAN
Atas tu apa yang saya dpt fikir buat masa ni, mungkin ada lain tapi saya terlupa. So berdasarkan apa yg saya ingat kat atas tu, dpt buat kesimpulan dr segi luaran, rupe kereta bergantung kat individu. Rasanya perempuan yg minat design camni sbb sy tak minat sgt design belakang kete nih. Mmg byk kelebihan drpd kelemahan untuk luaran kereta nih.
Dalaman pulak, byk kelemahan dari kelebihan. Mungkin sbb saya dah terbiasa dengan CRV yg tersgt luas sebelom ni.
Pemanduan very good. Masalah cornering tu mungkin bole selesai dengan beberapa ubahsuai hehehe...
Minyak, ok la.

kesimpulannya Mazda 5 mmg sesuai dan praktikal untuk kegunaan family kecil yang selalu travel. Cuma kena pilih seat belakang sekali samada nak letak car seat atau troller sbb tak boleh bawak dua2 sekali.



10 ulasan:

  1. Saya pon bwk Mazda 5 ni, ujung tahun ni genap 2 tahun. Mmg saya setuju apa yg sedara tulis tu, both kelebihan dan kelemahannya. Paling saya suka Mazda 5 ni, tang pemanduan, pickup, dan suspension. Before beli dh test drive Peugeot, Exora, Wish, dan sebagainya. Last sekali Mazda ni menang atas sebab2 tersebut, plus sbb pintu sliding door.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum tuan

    Saya nak minta pandangan tuan,sebab terus terang cakap say kurang ilmu berkenaan automotif ni
    saya berminat juga dengan mazda 5 ni, tapi nak beli yang baru memang saya kurang mampu.
    Apa pandangan tuan pasal Mazda 5 generasi kedua.Saya servey dalam mudah tahun 2008 sekitar 69k. adakah berbaloi?maksud saya dari segi maintenance (minyak,service dan alatan ganti)

    terima kasih.

    BalasPadam
  3. Salam. Saya setuju dgn ulasan en zaidi. Puas hati. Service centre di Bermaz Federal Higway KL pun OK.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Tuan... Saya baru nak cuba mazda 5. Tapi nak beli yang second hand. Saya agak yang tahun 2014. Apa pandangan tuan tentang kereta mazda secondhand?

    BalasPadam
  5. Tuan-tuan yang dah beli 2nd hand tu ok tak? kalau ok hamba pun cari .. dah murah sekarang ni.. 46k tahun 2011. long lasting tak mpv ni? maintenance camne pulak ok tak?

    BalasPadam
  6. Kpd tuan2 yg pnh mmiliki mazda 5 ni atau msh digunakan shgga kini tlong share penyakit yg kerap brlaku..sya brcadang untuk mmilikinya brbanding mpv lain dmi kprluan kluarga tp msh lg mmbuat kajian brkenaan masaalah mekanikal yg sring trjadi..mohon sgt2 info dr pmilik mpv ini.

    BalasPadam
  7. Tang spare part harga dia camne bos2 sekalian?

    BalasPadam
  8. Aku dh pakai mazda 5 tak lama.dh 4 thun. Keluaran 2012. Apa yg bro ats tu cerita betul. Spare part byk lg. Tp klu ko dok area kl/selangor ok la. Senang cr. Mcm aku ni order online la. Sbb luar kwsn kl ni. Tak boleh kedekut duit spare part kualiti baik hage pon mantol.standby la modai. Penyakit pd aku dia tak mcm kete mesia. Cukup masa rosak, mmg rosak jgk. Yg aku dh pnh tukar agak besar absober dpn, Engine mounting,motor tingkap. Lain2 biasa jer. Tp lasak la pd aku kete ni.engine senyap smpi skrg. Myk itam gear box cukup ms tukar. Petrol rm 100 bleh pi long distence 550kilo. Short distence 450++kilo jgk.

    BalasPadam
  9. Salam en.ada tak group Mazda 5,boleh x add saya dalam group itu.0122334127

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..bru survey2 mazda 5..dr crita tuan byk jugak kelebihan2 dia..cuma nk bertya pasal kerosakn² major yg serius.adakah kos agak tgi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...