Khamis, 13 Januari 2011

Cara mencari size basikal


Kalau sesiapa yang mula nak mencari basikal, eloklah mencari basikal yang masuk dengan ketinggian dan kepanjangan kaki anda. Masa dengan basikal mtb Montana saya dulu, saya dapat tahu ketinggian saya tidak sesuai dengan basikal apabila saya mengayuh. Ketinggian batang seat post telah pun saya tetapkan setinggi yang mungkin, tapi masih lagi kaki saya membengkok semasa mengayuh. Susah nak faham kan?.........kalau saiz yang betul, masa kita kayuh basikal, masa salah satu pedal berada pada posisi paling bawah (pedal sebelah lagi pada posisi paling atas), kaki sebelah pedal bawah tu perlulah lurus atau membengkok sedikit menghampiri lurus. Kemudian semasa berhenti dan kita berdiri sambil punggung pada seat basikal, hujung kaki digunakan untuk berdiri pada lantai, bukannya tapak kaki. sekiranya waktu berhenti, punggung pada seat tapi tapak kaki yang memijak lantai, maknanye basikal tu memang tak masuk saiz dengan anda. Begitulah juga semasa saya menggunakan basikal Montana itu. Kemudian untuk mencari basikal yang saiz sesuai, boleh dirujuk pada website ini. Ia mempunyai jadual untuk ketinggian anda dan saiz basikal yang sesuai. Tapi tak perlu la ikut betul2 sebab seat post boleh dilaras untuk match dengan ketinggian kita. Misalan saiz basikal road yang masuk dengan ketinggian 172cm saya ada saiz 54, tapi basikal yang saya beli ada saiz 49...masih boleh digunakan tetapi saya perlu tinggikan kedudukan seat saya.

Panjang crank juga perlu diambil kira supaya dapat kedudukan yang baik. Panjang crank campor batang frame yang sambung crank ke seat post adalah perlu menghampiri dengan panjang kaki anda.

Sebenarnya kedudukan yang baik semasa menunggang basikal adalah seat perlu sama paras dengan handle (bagi basikal mtb dengan road). Ini bertujuan mengurangkan rintangan, mengimbangi berat badan ke depan dan belakang basikal,...dan kemudian dapat mengurangkan keletihan akibat mengayuh, dan supaya meningkatkan kelajuan.
Bagi basikal santai seperti city, dan hybrid, kedudukan handle yang lebih tinggi akan membuat penunggang lebih selesa tetapi sukar untuk memecut dan mendaiki bukit.

untuk itu, tentukan saiz basikal yang sesuai dengan diri anda sebelom membeli basikal itu. Kalau tak tahu mana sesuai atau tak tahu saiz basikal, boleh mintak pendapat owner kedai basikal tuh. ataupun kunjungi website yang saya sebut diatas.

Selasa, 11 Januari 2011

Selamat Tinggal.....Selamat Datang

Adalah dimaklumkan bahawasanye saya telah menjual basikal bertuah saya. Kronologinya bermula apabila saya mendapati basikal tersebut tidak menepati saiz2 badan diri saya setelah satu kajian dibuat, dan kemudian syazwan (ofismate) menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah mountain bike. Maka tanpa segan silu saya meng-offer basikal saya kepadanya termasuk semua eksesori yang telah diubahsuai kecuali meter basikal yang saya ambil semula.
Untuk menggantikan basikal bertuah yang telah dijual kepada syazwan, pelbagai sumber telah saya rujuk dan hampir2 ditipu oleh spam melalui internet. Nasib baik pengetahuan saya mengenai basikal lebih sedikit daripada pengetahuan pasal basikal oleh si penipu, terselamatlah saya.
Bagi menentukan basikal yang patut saya beli, saya telah memikirkan beberapa aspek. Bagi yang baru hendak berkecimpung di dalam dunia basikal, buleh jadikan aspek ini sebagai satu rujukan jenis basikal yang perlu dibeli.
1. Jenis Basikal: Basikal secara amnya terbahagi kepada mountain bike (mtb), road bike, hybrid, BMX dan city. Mountain bike (mtb) semua tahu yang ade suspension kat depan tuh, pastu ade jugak yang suspension depan belakang, ianya memang sesuai untuk kegunaan offroad. road bike pulak basikal yang mcm basikal racing tuh, yang handle melengkung tuh. hybrid nih gabungan road bike ngan mtb. BMX semua tahu dah, city lak basikal santai mcm basikal lipat ngan basikal yg handle besar tuh. Saya hanya akan menggunakan basikal untuk on-road yang mana sesuai dengan basikal jenis road bike, ada taya halus, ringan dan tinggi, tapi saya tak gemar dengan handle melengkung basikal road. Mtb pulak byk ciri2 utk offroad, berat sikit tapi nampak lawa sikit la rupa dia. Sebenarnye buleh je kalau nak guna mtb untuk on road, cuma nanti taya besar (byk geseran), saiz kecik sikit dari road bike. Kalau tukar pakai taya slick, memang sesuai la buat main pusing2 jalanraya. Lagipun ramai yang guna mtb nih, agak2 rajin, bawak la masuk hutan kat FRIM ke Kiara ke, bila nak ubah angin, bawak la pusing2 tasik ke......xde masalah pun mtb nih, serba boleh. Lepas fikir2 byk, saya pun pilih basikal hybrid. Sebabnye, basikal ni sekali tgk mcm basikal mountain bike tapi ade ciri2 road bike. Ianya lagi selesa daripada road bike dan besar sedikit dari mountain bike. Maka memang masuk dengan ciri2 yang saya nak.
2. Basikal hybrid yang mana: Saya pun carik kat internet tapi tak byk hybrid yang saya jumpa. Kalau yang ada pun harganye bukan main lagi. Untuk beginner cam saya nih, eloklah carik basikal yang murah sedikit harganye, tapi jgn murah sgt. Sebabnye kita tak tau basikal camne yang masuk dengan diri kita, andai kata beli basikal mahal tapi lepas pakai sekejap rasa tak sedap, rugi la. Sebaiknya beli basikal yang murah dulu, bila dah biasa mengayuh, dah tau adat resam basikal, baru buleh beli basikal mahal sikit. Tu pun lepas tau basikal camne yang kita nak.

Kebanyakkan basikal yang saya tgk harganya lebih dr RM1k....memang takkan laburkan RM1k la kan untuk basikal, nanti kayuh sama je..yang penting nak keluarkan peluh je kan. Saya pun pergi kedai pulak tgk, kedai kat Taman Melawati ade jual banyak jenis basikal, mcm2 harga dari murah ke mahal....tapi sayang sebab hybrid yang paling murah adalah RM1050...keluar sikit dari bajet saya. Pastu saya pergi satu kedai kat Wangsa Melawati, kedai tu ade satu je basikal hybrid, brand Rock Machine (seingat saya brand chekos, tp org kata brand US). Harganye RM850 disertakan helmet, lock, bottle ngan bottle holder percuma......memang sesuai la kan. Gear ade 7 speed, tapi pedulik hapa asalkan buleh kayuh. Saya balik rumah dulu sebab masa pegi kedai tu saya bawak zia sekali. Masa kat rumah saya search pasal basikal rock machine nih ngan basikal hybrid. Quite good la kot, bukan cap ayam punye...lagipun eksesori dia pun kebanyakkannye pakai shimano, bukan shimano cap ayam gak.....lepas tu saya pegi kedai tu balik, angkat terus basikal tuh. Maka itulah basikal ke 3 yang saya bermanja setelah pulang ke Malaysia................

Rock Machine Cross Ride 125
Sources and specification from this link

Isnin, 10 Januari 2011

Bearing wheel

Nak ikutkan dah nak dekat sebulan dah pun tayar belakang tu dok melalak suruh tukar wheel bearing. Tapi sebabkan takde duit ngan malas nak bawak gi bengkel, saya pun dok la tanguh buat keje tuh. Lagipun nak carik kedai yang kita buleh percaya ni bukan senang. Dah banyak kedai/bengkel saya pegi untuk repair kete, setiap kedai ade je buat hal/amik untung lebih2.....tapi kalau bab tayar, saya suka pergi kat ade satu kedai/bengkel kat PJ nih, dekat la ngan opis, cuma bila bab nak tukar wheel bearing ni tak sure la dia buleh buatkan ke tak.

Kedai ni terletak Taman SEA, dekat ngan seksyen 14 Petaling Jaya. Camne saya buleh sangkut ngan kedai nih?............dulu masa baru beli CRV ni dulu, lepas tu tukar rim pakai Advan RG...alignment kereta agak lari lah. Dah 3, 4 buah kedai saya pegi suruh betulkan alignment....tak jugak setel. Dah la kalau CRV ni alignment kene buat depan belakang sebab 4WD. Pastu kene cekik darah nak dekat RM45 setiap kali alignment. Bila nak carik kedai ke 5 tu, saja la lalu depan satu deretan kedai kat Taman SEA nih. Nampak la satu kedai tu cam baru lagi, nampak dari jauh alat2 cam canggih jek, pastu terus saya belok masuk lorong pegi kedai tu pastu terus benti. Bila keluar kete, baru saya perasan yang saya silap masuk kedai, tapi alang2 dah sampai tu buat je la alingment. Kedai yang saya masuk nih, owner dia sorang chinese agak tua la, pekerja dia ade 3 orang yang tua2 belaka gak. Sorang tu pulak pekak ngan bisu.........hmm...cam menarik je kedai nih...kedai pulak memang style old school lah....lama gak la nak tunggu diorang siapkan kete saya sebab ramai customer. Rasa nyesal lak masuk situ sebab saya tgk kedai yang saya nak masuk mula2 tadi tak de la org sgt, mesti buleh siap cepat tuh....

bila dah siap kete saya, aih....sedap la pulak alignment nih, dah la amik murah, seingat saya dalam RM30 camtu je kot.........mungkin kebetulan la kedai tu boleh betulkan alignment CRV tuh, tapi 6 bulan lepas tu saya pegi buat alignment lagi, tapi kat kedai lain la......gagal jugak. terus saya hantar pegi kedai kat Taman SEA nih...alhamdulillah, setel. Yang saya kata kedai2 lain gagal tu sebabnye.....memang la alignment yang bila jalan steering lurus sama ngan pergerakkan kereta kan, tapi bila dah jalan 120kmh camtu, kereta bergegar. Kedai lain buat mesti gegar jugak, tapi kedai yang kat Taman SEA ni, setel jek.

So yang wheel bearing ni pun saya cuba la hantar kot2 diorang buleh repair, alhamdulillah. xde masalah walopon terpaksa tinggalkan kete satu mlm sebab diorang sebuk. Memang senang la hantar kereta kat diorang nih, cara nak nego ngan diorang pun senang. xde la mcm apek2 kat kedai lain yang kononnye bagi nasihat, tapi gaya mcm paksa, ckp pun kasar cam hebat jek, mentang2 kita customer tak tau sgt pasal kete....tapi yang kedai ni, memang diorang ni ckp pun elok jek, xde la diorang bagi nasihat yang mengarah kita leburkan duit lagi ke apa ke.....memang style mcm pakcik2 kat kampung la. Apa pun saya memang rekemen kedai ni la kalau nak betulkan tayar ke apa ke yang berkaitan taya, cuma kalau nak tukar taya, kedai lain byk lagi kot pilihan yang lebih baik.

Isnin, 3 Januari 2011

Cara menukar seat post basikal


Beskal bertuah saya ni ade problem ngan seat post. Seat dia akan bergerak kiri kanan walopon batang seat post tu dah ikat kuat. Problemnye datang dri seat post tu sendiri yang kire dah rosak la. Nasib baik la saya ade seat post lebih yang saya bawak dari Jepun dulu.....
Seat post yang dah rosak. Walopon post tu dah diikat kuat, seat tetap akan bergerak.

Cara menukar seat post:
1. Pulas quick release bagi basikal yang ada quick release, ataupun bukak/longgarkan skru/nut yang ikat seat post tuh.

2. Bukak seat dari post dengan cara membuka nut Allen di sebelah bawah seat.

3. Pasang post lain.
4. Adjust kedudukan seat (ketinggian, alignment etc)

Untuk pengganti seat post saya, saya gunakan seat post yang ade suspension. Tak tau la ade jual ke kat mesia, tapi saya beli kat jepun dulu. Kat gambar atas tu, suspension seat post kat sebelah kiri, tengah tu seat post asal basikal GT saya dulu, yang kanan tu seat post sekarang.

Khamis, 30 Disember 2010

Natsukashi

Kenangan lama sekitar tahun 2003, dari kiri: Kucai (tukang bawak tools: botol kosong sentiasa diikat kat basikal untuk tujuan ke tandas), Rintik (tukang cuba: apa yang pelik2 jumpa tgh jalan, dia cuba dulu hehe), Apul (tukang rekod perjalanan: sebab beskal dia ade meter, tapi kalau naik bukit dia paling laju), Saya (tukang lead jalan (navi): tapi masa naik bukit saya kat belakang sekali), Pabo (radio jalanan: menyanyi manjang sepanjang jalan, bila naik bukit jalan kaki dengan saya kat belakang sekali, tapi turun bukit paling laju sekali)

Sebabkan semua gambar2 masa kat Jepun abih hilang (sebab hard disk yg simpan gambar2 tu rosak), so saya pun saja usha kat yahoo group ke apa2 la method yang kami kat Akita pernah guna untuk simpan gambar. Last2, dapat jugak jumpa gambar2 lama......gambar masa cycling pun ada gak..
Gambar2 di atas diambil masa kitorang pergi camping kat satu tempat pelancongan nama Oga. Perjalanan sejauh 50 km melalui bandar, pekan, bukit, tepi pantai. Bila balik pun ikut laluan sama sejauh 50km gak....
saya cuba carik gambar masa kitorang pergi touring ke Hirosaki sejauh 500km pergi balik selama 5 hari, tapi tak jumpa gambar tuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...