Khamis, 27 Mei 2010

Nissan keluarkan kereta 100% menggunakan elektrik

Nissan telah mula mengeluarkan secara komersil kereta yang menggunakan 100% tenaga elektrik dan kini ianya telah mencapai ribuan tempahan telah dibuat terutama di negara yang harga minyak mereka mahal seperti US. Kereta yang dinamakan Nissan EV Leaf ini bersaiz kompak namun sesuai untuk 5 orang penumpang. Gambar kereta ini boleh didapati dibawah...






Kereta ini memiliki semua eksesori dan ciri yang terdapat pada kereta biasa lain seperti ABS, Airbag, LED headlights dan lain lain lagi. Yang bezanya kereta ini tiada ekzos! jadik ianya memang mesra alam....
Kereta ini tidak perlu diisikan minyak, so anda boleh lupakan jalan untuk ke stesen minyak di rumah anda sekiranya anda ada kereta ini. Tetapi kereta ini perlu di-charge untuk mengisi kuasanya. Cara untuk charge kereta hanyalah mencucuk plugnya di mana-mana soket elektrik. Sekali charge penuh kereta ini boleh pergi sejauh 100 batu dan kelajuan maksimumnya adalah sekitar 90 batu sejam. Maknanya kalau sekali full charge, anda bawa selaju 90mph, sejam lepas tu kene charge balik heheh.....berdasarkan ini, kereta ini bukanlah untuk kegunaan long distance. tetapi ianya sesuai untuk digunakan di kawasan bandar ataupun untuk ke pasar.

Kalau anda ada duit banyak sekarang, mahukah anda membelinya?

Sumber dari Nissan USA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...