Rabu, 26 Mei 2010
Satu Malaysia Satu Jalanraya: Lampu
LAMPU KERETA....semua orang dah tahu apa tu lampu kereta. Macammana nak pasang pun semua orang dah tahu. Sebelum ni saya ada menceritakan kesah dongeng mengenai sesetengah pemandu yang tak suka ambik tahu samada lampu dia bernyala atau tak bila memandu waktu malam. Bagi pemandu-pemandu yang careless and selfish macam ni, kononnya dia buleh mengelak sebarang halangan bilamasa dia nampak, ataupun dia akan memberi seribu alasan konon tak perasan lampu kereta tak bernyala. Namun ada juga sesetengah pemandu kereta yang elok dan tidak rosak keadaan lampu keretanya, tetapi tidak membuka lampu ketika memandu malam. Bila masanya kita perlu membuka lampu kereta?.....
Mengikut secara lojik sekolah memandu, apabila malam menjelma secara otomatik kita akan membuka lampu. Namun apabila kita bertanya kepada orang kebanyakan mengapa kita perlu membuka lampu ketika memandu waktu malam? mungkin kebanyakan jawapan yang dapat kita terima adalah kerana kita tidak nampak jalan....memang betul jawapan tu, tapi dengan kehadiran lampu jalan yang belambak-lambak sekarang ni, takkan la kita tidak nampak jalan kan?...
Jawapan yang sebetul lojik adalah supaya kenderaan lain perasan dengan kehadiran kita di atas jalanraya. Betul apa yang saya katakan, kalau la kita pasang lampu supaya kita nampak jalan, bagaimana pula pemandu-pemandu selfish yang memandu tanpa memasang lampu itu? Ini bermakna kita mampu melihat juga walaupun memandu dengan lampu kereta padam di waktu malam.
Atas alasan yang sama juga kita perlu memasang lampu pada keadaan lain selain faktor malam. Antara keadaan yang perlu dipasang lampu:
1. malam
2. senja atau subuh (lampu kecil pun takpe)
3. hujan
4. terowong
5. Parking shopping complex bertingkat yang tertutup
1. Malam
Semua dah sedia maklum....
2. Senja atau subuh.
Senja atau subuh ketika gelap gelita tu memang la patut pasang lampu, yang saya maksudkan adalah ketika matahari baru hendak naik atau baru hendak tenggelam. Ketika nampak tompok-tompok merah kat langit. Memang secara dasarnya kita masih nampak jalanraya dan kenderaan lain dengan jelas dan kenderaan lain pasti nampak kita dengan jelas juga. Tetapi pernahkah anda semua menyelami maksud "Sekali Imbas"? Pada ketika ini lepas subuh dan senja ini, keadaan sekeliling kita boleh dikatakan seakan-akan berwarna kelabu, seolah-olah berkabus. Pada ketika inilah mata kita tidak dapat memberi fokus dengan baik terutama dengan pandangan sekali imbas. Apabila kita memandu laju di lebuhraya, dengan sekali imbas kita melihat side mirror untuk menukar lorong. Pandangan sekali imbas itu mungkin menyebabkan kita tidak nampak kehadiran kenderaan lain melalui side mirror itu, TERUTAMANYA apabila kenderaan itu tidak memasang lampu. Maka kita pun terus menukar lorong tanpa sedari tindakan kita mengundang bahaya. Terutama kepada kenderaan berwarna gelap dan silver, waktu subuh dan senja ini adalah waktu kenderaan kita sukar dilihat. Maka pasanglah lampu ketika ini, walaupun lampu kecil supaya orang keliling kita tahu kewujudan kita.
3. Hujan
Apabila hujan turun, ramai yang sedia maklum untuk memasang lampu supaya kenderaan lain perasan kehadiran kita di jalanraya. Walaupun ramai yang masih bangang tidak membuka lampu kerana mereka rasa mereka nampak kenderaan lain, mereka perlu ingat orang lain tidak semestinya nampak kehadiran mereka. Keadaan ketika ini juga amat bahaya dengan pandangan sekali imbas. Maka pasanglah lampu ketika hujan supaya orang perasan kehadiran kita. Sekiranya hujan renyai/tidak selebat mana bolehlah memasang lampu keci sahaja. Apabila hujan yang benar-benar lebat, perlulah dipasang lampu besar kerana lampu kecil anda benar-benar kecil. Jangan sesekali memasang lampu hazard walaupun ketika itu hujan tersangat lebat sehingga sukar nampak jalanraya!Ini kerana orang lain tidak tahu anda kereta anda sedang rosak atau bergerak. Ini tersangat mudah menyebabkan kemalangan jalanraya.
4. Terowong
Apabila melalui terowong, walaupun keadaan didalam terowong dicerahi dengan cahaya lampu, tetapi kita perlu juga memasang lampu supaya kenderaan lain tahu kehadiran kita. Ini kerana lampu didalam terowong di pasang dengan lampu kuning yang memang menyebabkan penglihatan menjadi kabur terutama bagi mereka yang sedia rabun. Kenderaan lain ketika ini sekiranya dilihat melalui side mirror akan nampak seperti sebuah objek hitam. Dengan pemasangan lampu akan membantu kenderaan di hadapan perasan dengan kehadiran kita.
5. Di parking bertingkat tertutup
Kawasan ini memang cerah dengan pelbagai jenis lampu, dan kenderaan-kenderaan pun semua memandu dengan perlahan. Kita memang nampak kenderaan lain dengan jelas. Namun ada ketika apabila kenderaan hendak keluar daripada parking, mereka cuma melihat sekali imbas sahaja. Lampu di kawasan parking yang malap dan berwarna kuning akan membantu penglihatan mereka. Ada kebarangkalian yang mereka akan keluar parking sesuka hati mereka tanpa menyedari kehadiran kita yang menghampiri mereka. Maka pasanglah juga walaupun lampu kecil ketika melalui kawasan parking bertingkat yang tertutup.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
saya tambah lagi satu!ketika berhenti di tepi lebuhraya di hari gelap untuk membuat susu anak atau mengambil barangan lain.selain hazard, lampu kereta juga penting!
BalasPadamYa betul tuh....hazard sebetulnya digunakan apabila berhenti sebentar di tepi jalan, selain ketika kereta rosak. Tetapi bagi pemasangan lampu pula, tidak mengapalah kalau berada di lebuhraya, Tapi apabila berada di taman perumahan contohnya, sebaiknya pasangkan lampu kecil sahaja apabila berhenti di tepi jalan, di depan rumah, menunggu seseorang ataupun bila2 saja semasa menunggu. Ini supaya kereta-kereta, pejalan kaki dan penunggang motorsikal yang datang dari hadapan anda tidak akan silau dengan kehadiran lampu kereta anda
BalasPadam