Isnin, 17 Mei 2010

Satu Malaysia Satu Jalanraya: Sesak

Setelah sekian lama mendiamkan diri dari persada seni mengumpat, kini ia telah kembali bersama gossip terbaru.....dipersilakan........'Satu Malaysia Satu Jalanraya' bersama topiknya.....SHESAKU (sebutan sesak dalam slang Jepun).....

Ya tuan-tuan dan puan-puan, Jalanraya dan Lebuhraya di Malaysia ini dah ibarat seperti 'aur dengan tebing'. 'sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula lebuhraya malaysia'.....Boleh dikatakan bagi penduduk di Lembah Klang, bermesra dengan lebuh raya ibaratkan menggosok gigi di pagi hari. Setiap hari kita akan melalui lebuh raya, manakala bagi penduduk di luar lembah klang, jalanraya sudah diibaratkan melepas 'saham' dipagi hari. Kita rakyat Malaysia pasti akan berhadapan dengan jalanraya dan lebuhraya setiap hari. Terutama bagi mereka yang bekerja di kawasan bandar, mencium bau ekzos kereta sudah ibarat mencium perfume Gucci. Sudah sebati dalam diri kita apabila kesesakkan jalanraya sudah menjadi sarapan dan hidangan minum petang kita.

Bagi orang-orang yang jarang ataupun tidak pernah berada di kawasan lembah klang, apabila mendengar radio diwaktu puncak, sering kali kedengaran perihal laporan mengenai kesesakkan lalulintas di kawasan lembah klang. Tetapi pasti mereka ini tidak dapat membayangkan bagaimana teruk kesesakan lalulintas itu. Disini saya cuba untuk memberi darjah keterukkan kesesakkan lalulintas di lembah klang.

Peringkat 1: Laluan dipenuhi dengan kenderaan namun masih lancar dan boleh memecut selaju 80km/h.
Peringkat 2: Laluan dipenuhi dengan kenderaan dan laju maksimum boleh pergi pun lebih kurang 50km/h ke 60km/h.
Peringkat 3: Laluan penuh dengan kenderaan perlahan. Halaju umum sekitar 10km/h ke 30km/h.
Peringkat 4: Laluan sesak. Perjalanan sejauh 1 kilometer memerlukan 30minit untuk sampai.
Peringkat 5: Laluan sesak. Perjalanan kurang 500 meter memerlukan masa hampir 30 minit ke atas.

*Adalah dimaklumkan bahawa peringkat darjah diatas adalah berdasarkan pendapat saya. Mungkin berbeza dengan orang lain. Sila jangan mengada nak kondem...

Bergantung kepada kawasan kesesakkan, kebanyakkan laluan di lembah klang ketika waktu puncak adalah sekitar peringkat 2 hingga peringkat 4. Kesesakkan ini bagaimana pun adalah kesesakkan yang dikira pada kebanyakkan waktu biasa, walau bagaimanapun kesesakkan bergantung kepada juga kepada cuaca, kemalangan, cuti umum dan juga faktor sampingan seperti polis mengada-ngada buat road block.
Mengambil contoh perjalanan seharian saya dari rumah di Taman Cuepacs, Cheras menuju ke tempat kerja di Jalan 222, Petaling Jaya. Bagi kesesakan biasa waktu puncak yang saya akan hadapi adalah seperti berikut:

Laluan 1: Keluar dari rumah di Taman Cuepacs menuju lebuhraya Cheras-Kajang. Waktu tidak sebuk hanya memerlukan 3 minit, namun ketika waktu puncak memerlukan hampir 20 minit. (Kesesakkan Peringkat 4)
Laluan 2: Sejurus memasuki Lebuhraya Cheras-Kajang sebelum tiba memasuki Lebuhraya Hubungan Timur-Barat di Taman Connaught. Perjalanan memerlukan hanya kurang 4 minit. (Kesesakkan peringkat 1)....(dahulu laluan ini pernah mengalami Kesesakan Peringkat 4 selama beberapa tahun setiap masa dalam sehari disebabkan pembinaan laluan bertingkat)
Laluan 3: Sejurus memasuki Lebuhraya Hubungan Timur-Barat. Apabila banyak kenderaan 'bijak' daripada Taman Connaught yang keluar dan masuk lebuhraya sesuka hati adik mertua diorang tanpa memikirkan kenderaan yang datang. Hasilnya laluan menjadi sesak. (Kesesakkan Peringkat 3)
Laluan 4: Apabila melepasi Tol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat. Tiada kesesakkan dikenalpasti.
Laluan 5: Di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat apabila tiba di persimpangan masuk ke Lebuhraya KL-Seremban. Daripada persimpangan ini sehingga memasuki Lebuhraya Persekutuan, perjalanan yang hanya memerlukan kurang 3 minit pada waktu biasa memakan masa selama 15 ke 20 minit pada waktu puncak. (Kesesakkan Peringkat 4)
Laluan 6: Sejurus memasuki Lebuhraya Persekutuan dihadapan Angkasapuri menuju Petaling Jaya sehingga persimpangan PPUM/KWSP. Kesesakkan disebabkan pelbagai faktor terutamanya sikap pemandu yang suka memotong barisan menyebabkan perjalanan yang hanya memakan masa selama kurang 2 minit pada waktu puncak menjadi 10 hingga 20 minit pada waktu puncak. (Kesesakkan Peringkat 4)
Laluan 7: Perjalanan seterusnya lancar sehingga ke pejabat di Jalan 222.

Berdasarkan laluan saya tersebut, adalah jelas perjalanan menjadi sesak disebabkan pertambahan kenderaan. Ini juga bersamaan pertambahan pemandu yang amatur/ kurang cekap, teragak-agak membuat tindakan sehingga mengganggu perjalanan yang lancar. Disamping itu juga sikap sesetengah pemandu yang mementingkan diri sendiri, memotong kenderaan lain yang sedang sabar mengikut barisan juga menambahkan lagi parah kesesakkan. Memang lojik la perjalanan akan sesak kalau pemandu 'bijak' seperti ini mengikut laluan bertentangan dan lorong kecemasan kemudian mencelah dihadapan. Jadi kenderaan dibelakang sampai bila pun tidak dapat bergerak......disebabkan setiap kali ada ruang untuk kenderaan hadapan bergerak, sering kali diisi dengan kenderaan biadap yang memotong. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap golongan-golongan selfish begini, mereka tergolong dalam golongan tertentu sahaja. Tidak kira mereka kaya memakai kenderaan besar ataupun hanya kenderaan yang menunggu untuk roboh, apabila golongan ini yang memandu, pasti sikap biadap dan pentingkan diri sendiri mengisi corak pemanduan mereka. Tidak perlu saya tulis disini golongan-golongan tersebut kerana ISA akan menjadi mimpi buruk saya apabila dituliskan.

Dengan corak masyarakat pemandu begini, dan ditambah pula dengan faktor lain seperti cuaca, akan hadir Kesesakkan Peringkat 5 akhirnya. Kebiasaannya dipetang hari, saat-saat sebelum hujan lebat ataupun saat-saat sejurus hujan lebat reda, saat-saat itu akan menjadi mimpi ngeri pemandu-pemandu di lembah klang. Ketika ini, Kesesakkan Peringkat 5 amat mudah berlaku di mana-mana. Oleh itu, apabila anda lihat hari hampir hendak hujan lebat, tunggu sahaja apabila hujan turun sebelum bertolak pulang ke rumah. Ataupun apabila hujan telah mula turun lebat, cepat-cepat la anda bertolak pulang sebelum hujan berhenti, kerana kesesakkan akan menjelma. Walaubagaimanapun, sekiranya hujan yang turun hanya sedikit, kesesakan boleh menjadi Peringkat 4 atau 5 secara tiba-tiba apabila pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing. Ketika ini anda tiada pilihan lain selain memaki-hamun kenderaan-kenderaan amatur di keliling anda. Tetapi anda juga perlu berwaspada sekiranya ingin memandu seperti biasa ketika jalan basah, pastikan anda mempunyai daya membuat keputusan cepat selain skill-skill tambahan. Ini kerana sedikit kesilapan buleh mnyebabkan kenderaan anda terbabas. Pastikan anda boleh membaca keadaan permukaan jalanraya dari jauh supaya tindakan awal boleh dibuat.

Kesesakkan yang disebabkan oleh kemalangan kadang-kala menyakitkan hati juga. Kepada yang terlibat kepada kemalangan, tiada apa buleh dilakukan. Semoga mereka dalam keadaan selamat. Sekiranya kemalangan kecil, buleh dialihkan kenderaan ke tepi, sekiranya kemalangan besar, kesesakkan tidak dapat dielakkan. Namun kesesakkan yang disebabkan oleh kemalangan kecil yang telah dialihkan tetapi menjadi tatapan semua pemandu yang paling tidak diterima. Semua pemandu penuh perasaan ingin tahu sehingga masing-masing memperlahankan kenderaan semata-mata mahu melihat apa yang telah berlaku pada kemalangan itu. Hasilnya kesesakkan Peringkat 5 berlaku....

Pelbagai lagi faktor kesesakkan yang menyakitkan hati buleh diceritakan, tetapi tiada apa yang buleh dibuat. Selagi kita tidak memupuk sifat pemandu cemerlang, bersopan santun, menghormati pemandu lain, mengikut peraturan termaktub dan tidak termaktub. Apa yang paling penting, respect other people's...jangan sampai menyusahkan pemandu lain.

Moral: Carikla rumah sebelah opis korang

Dengan sikap pemandu yang penuh ciri-ciri selfish begitu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...