Jumaat, 7 Mei 2010

Cara memeriksa saiz tayar kereta anda

Adakah anda mengalami masalah kemurungan? sering ulang-alik ke tandas?sukar untuk tidur malam?jerawat sering timbul?...........sekiranya anda mengalami masalah-masalah begini, usah risau dengan artikel pada kali ini kerana ia tidak ada kene mengena dengan masalah-masalah anda itu. Teruskan membaca....

Saya pasti majoriti daripada anda adalah seorang yang bergelar ataupun pernah bergelar pemandu kereta. Sekiranya anda pernah memandu, sudah pasti anda tahu dimana terletaknya tayar kereta anda. Setiap kereta ada 5 biji tayar yang dibawa kemana-mana apabila ia mula bergerak. 4 biji tayar terletak di bawah setiap penjuru kereta dan sebiji tayar terletak di pendalaman ruang kargo kereta anda. Tayar kelima ini tidak digunakan pada waktu biasa, ia hanya sebagai simpanan sebagai ganti apabila 4 biji taya yang tadi tu rosak/pancit.
Apabila tayar kereta anda mengalami masalah pancit ditengah jalanraya, apa yang perlu dibuat?...pergi tepi jalan, tukar tayar..(pada entry lain nanti saya akan ceritakan kesah tanda-tanda ketahui tayar pancit ketika memandu dan cara menukar tayar). Tayar yang sudah pancit perlu diganti dengan tayar lain. Namun, bagaimana anda ingin tahu saiz tayar kereta anda?

Apabila anda tengok tayar anda, carik barisan nombor seperti diatas. Nombor itu adalah saiz tayar kereta anda. Ianya bukanlah nombor ringkas seperti S, M, L, XL etc. Apa kemende maksud nombor nih?Berdasarkan contoh saiz tayar diatas...
215: merujuk kepada lebar tayar (Width, W). Unit dikira dalam milimeter, mm.
70: merujuk kepada tebal tayar (Ratio, r). Unit dikira dalam unit peratus (%). Ianya berapa percent tebal berbanding lebar tayar. Tapi biasanya orang tak sebut "70%", orang biasa sebut "70 series".
R: Merujuk kepada jenis pembuatan tayar. Tapi hampir kesemua jenis pembuatan tayar sekarang ini adalah jenis Radial (R)
15: merujuk kepada saiz diameter lubang tengah, yang tempat kita isi rim kereta tuh. Unit dikira dalam inci.


Lebar taya, Width:
Lebar taya yang besar biasanya dikaitkan dengan grip/cengkaman yang diberikan tayar kepada jalanraya. Lagi lebar tayar anda, lagi grip tayar pada jalan. Walaupun ianya kelihatan sebagai positive point, namun ada juga keburukannya. Tayar yang bersiz lebar akan membuatkan rintangan tayar pada jalan luas. Ini boleh membuatkan enjin anda memerlukan beban yang tinggi untuk menggerakkan kereta. Tambahan pula, berat kereta anda akan bertambah dengan tayar yang lebar. Justeru itu, ia akan makan minyak kereta anda.
Penggunaan tayar lebar amat sesuai untuk kereta yang memerlukan cengkaman yang baik untuk pecutan yang pantas. Kebanyakkan kereta di Malaysia adalah jenis FF, (sila rujuk entry ini untuk tahu maksud FF). Kenderaan seperti FF amat baik untuk pecutan apabila menggunakan tayar lebar pada tayar hadapan. Manakala kereta FR mempunyai pecutan baik apabila menggunakan tayar belakang lebih lebar dari tayar depan. Sebab tu kalau tengok kereta macam skyline ke, Altezza ke, tayar belakang mereka lagi besar dari tayar depan. Walaupun FF pun buleh buat begitu dengan tayar depan yang lebih lebar dari tayar belakang, ia bukan saja akan buat kereta itu kelihatan buruk, malah ia akan mengganggu kelancaran kereta semasa membelok.

Ratio:
Lebih tebal ratio tayar anda, lebih selesa perjalanan anda. Ini kereta ratio yang tinggi mempunyai daya serapan hentakan yang tinggi. Sebab tu kereta2 besar seperti SUV memerlukan ratio tinggi seperti kereta saya. Manakala kereta-kereta performance boleh menggunakan tayar dengan ratio yang rendah sehingga 30! Ini kerana ratio yang rendah boleh membantu kereta ini membuat selekoh yang stabil. Namun keburukan daripada ratio yang rendah adalah keupayaan untuk senang pancit, manakala keburukkan tayar yang ratio tinggi adalah selekoh yang kurang stabil dan senang terbabas apabila tayar pancit dikelajuan tinggi.

Diameter taya
Setiap kereta ada besar kecil tayar masing2. Kereta performance biasanya akan mempunyai saiz diameter yang besar seperti 17inci dan 18inci. Ini perlu untuk mereka menghasilkan jarak terjahan untuk setiap pusingan tayar. Ianya dihasilkan bersama keupayaan enjin yang kuat dan sistem brek yang baik. Bagi kenderaan penumpang biasa, saiz yang biasa kita dapati adalah 15inci dan 16inci.
Terdapat juga sesetengah orang yang menukarkan diameter tayar ke saiz lebih besar seperti dari 15inci ke 17inci. Ini boleh dilakukan namun ada sedikit keburukkan disitu. Ia disebabkan gear ratio yang berlainan. Gear ratio yang direka untuk tayar 15inci digunakan untuk tayar 17inci menghasilkan daya terjahan yang kurang baik semasa mula bergerak. Namun ianya hanya memberikan sedikit kesan sahaja. Kesan buruk yang lain adalah seperti penggunaan minyak yang banyak dan bacaan speedometer yang lain dari halaju sebenar.

Oleh itu, apabila anda berhasrat untuk menukar tayar kereta anda, pastikan ianya sama dengan saiz rim sedia ada sekarang. Namun apabila anda berhasrat untuk menukar ke saiz yang lebih besar, pastikan ianya tidak memberi kesan buruk kepada poket anda. Pastikan juga saiz yang ditukarkan adalah sesuai dengan jenis kenderaan anda. Penggunaan saiz yang berlainan seperti contoh, SUV yang asal menggunakan saiz 205/65/16 telah menukar kepada 215/45/17. Walaupun saiz diameter hanya meningkat satu inci, namun ratio yang serendah 45 tidak sesuai dengan SUV. Ini kerana SUV berat dan boleh menghasilkan daya hentakan kuat apabila lalu di lubang jalan. Hentakan kuat sebegini boleh menyebabkan parts undercarriage kenderaan rosak. Oleh itu, pastikan anda tahu saiz taya yang sesuai apabila menukarkan saiz taya asal.

Tips untuk membeli taya second hand:

Semasa anda hendak mencari tayar lain bagi menggantikan taya anda yang rosak, anda diberi pilihan membeli tayar baru atau second hand. Sekiranya membeli tayar second hand, selain memastikan saiz yang dibeli adalah betul, anda juga perlu pastikan bila tayar anda telah dibuat. Disisi tayar yang hendak dibeli, ada ditulis 4 digit nombor didalam kotak seperti dibawah.

Bagi 2 digit yang pertama, ia merujuk pada minggu keberapa dalam tahun itu, tayar itu telah dibuat. Manakala pada 2 digit yang terakhir, ia merujuk kepada tahun bila ia dibuat. Kalau ikut contoh diatas:
20: Minggu ke 20
09: Tahun 2009
Justeru itu, apabila memilih tayar second hand untuk dibeli, pastikan anda memilih tayar yang dibuat tidak terlalu lama dari tarikh sekarang. Paling lekeh pun setahun sebelum la. misalan sekarang bulan May, 2010...tayar hendak dibeli adalah tahun 2009....buleh lagi tuh. Tapi kalau taya hendak dibeli adalah tahun 2007 ke 2006 ke..baik toksah beli sebab getah tayar tu dah boleh buat selipar dah...keras. Nanti kalau pakai, tak sampai sebulan pecah.....tak pun hilang grip, pastu kete eksiden...


Sebenarnya pada taya kita juga ada menunjukkan kandungan angin maksimum yang buleh diisi, berapa beban boleh isi dalam kereta (load rating), berapa kelajuan maksimum yang boleh ditahan kepanasan (speed rating)...dan lain-lain lagi. Malah, bunga tayar (tyre thread) yang berlainan juga ada maksud masing-masing. Ada yang sesuai sewaktu hujan, ada sesuai sewaktu jalan kering, ada tayar yang bising, ada tayar yang senyap. Tapi yang basic adalah saiz tayar dan tahun dibuat tayar itu. Itu sudah cukup sebagai panduan kita bersama. Sekiranya anda ingin tahu lebih banyak, buleh la tanya pada saya atau buat sendiri research ataupun bertanya kedai tayar.
sekian

3 ulasan:

  1. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
    Ada > 40 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk GST, tayar dan lain2 yang dinyatakan secara terang mengikut kategori. Tiada ruang untuk ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
    Nak cari bateri, package service kereta dan tayar motor pun ada...

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Tumpang tanya...ada masalah x kalau pakai rim tyar x sama utk saga flx...depan 175/70R13, belakang 185/60R14..minta pendapat..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...