Khamis, 6 Mei 2010

Kereta disepak samseng jalanraya



Kuala Lumpur, 5/May/2010- Seorang lelaki yang dalam perjalanan kerja ke tempat kerjanya seperti biasa di waktu pagi mengalami tekanan perasaan setelah kereta Honda Accord yang dinaikinya telah dicalarkan dan ditendang oleh seorang samseng jalanraya yang menaiki motorsikal kapcai. Berita selanjutnya:

Mangsa, Shahreza yang bekerja di sebuah kilang Jepun yang kedekut di Petaling Jaya bernama Sato berkata, "Saya rasa tertekan dan murung selepas kejadian itu. Mungkin memerlukan masa selama seminggu untuk redakan keadaan....abang tau tak nak repair mana?".
Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa dan suspek melalui satu jalanraya yang sempit di kawasan Sentul sebelum mangsa mengelak lubang di tengah jalanraya tanpa menyedari kehadiran suspek yang menaiki motosikal di sisinya. Akibat daripada tindakan mangsa itu, dipercayai hampir mengakibatkan suspek jatuh gedebuk dari motornya. Suspek yang berang dengan tindakan mangsa lalu mengejar mangsa sambil memaki hamun, menunjuk-nunjuk isyarat lucah (rujuk abe lucoh R&D untuk mengetahui lebih lanjut isyarat ini), dan menekan hon motosikalnya kepada mangsa. Mangsa yang dipercayai baru pulang setelah lama migrasi dari negara asal Ultraman dikatakan membuat dono sahaja kepada suspek. Ini membuatkan suspek bertambah berang. Setelah lama kejadian kejar-mengejar berlaku, akhirnya suspek dikatakan telah menendang kereta mangsa dan melarikan diri. Manakala mangsa masih lagi maintain pada posisinya. Setelah mangsa membuat pemeriksaan ketika tiba di kilang kedekut, didapati beberapa kemek dan calar terhasil daripada insiden tersebut.
Beliau telah membuat report kepada rakan-rakan R&D nya dan hasil siasatan pasukan khas dari R&D mendapati mangsa dan suspek masing-masing bersalah. Menurut ketua pasukan khas, GL Mohd Aidil ketika dihubungi berkata, "itulah penunggang motor, kadang-kadang kita bukannya nampak diorang kat mana, diorang ligat kiri kanan kita. sedar-sedar je ada kat kiri la, kanan la. Keadaan jadi lebih teruk semasa mereka berada di kawasan 'blind spot' pemandu kereta." sambil mengesahkan menerima laporan tersebut.
Menurut salah seorang ahli pasukan khas yang ditemui berkata, "mangsa sepatutnya mengangkat tangan meminta maaf kepada penunggang motosikal tersebut kerana jalanraya Malaysia ni memang bahaya sedikit. Tidak mengapalah kerana mangsa baru mula mengenali jalanraya Malaysia".

moral: harap JKR dapat repair semua jalan berlubang.

2 ulasan:

  1. sila jelaskan pembayaran tunai royalti kepada model di dalam gambar.terima kasih.

    BalasPadam
  2. Takpe walaupun ada kemek sikit tapi kereta masih tetap kilat.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...