Jumaat, 25 Jun 2010

GT-R Hybrid

What do you think of GT-R Hybrid?

Yes, Hybrid. The powerfull monster of GT-R with hybrid engine.
That one of the idea came to Mr. Mizuno, who responsible with Nissan GT-R development. Actually Nissan currently are working to overcome a few problem with fuel consumptions issue for US market and CO2 release issue for Europe market. A few idea to overcome the issue like using diesel and reducing engine capacity, but for Mr. Mizuno, the hybrid can be consider also. The new engine will be finished develop by a few years shortly.
If this can be consider true, than the 3.8 litre V6 twin turbo engine could only be found with current model.

source: http://car.jp.msn.com/

Isnin, 21 Jun 2010

Ta-Ya-Sin-Kaf-wau

Jikalau anda berkunjung ke negeri Kelantan, antara pemandangan yang dapat anda saksikan juga di negeri ini adalah semua papan tanda premis ada ditulis dengan huruf jawi. Ini adalah undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Kelantan dan ianya tersangat baik bagi memastikan masyarakat muda Kelantan masih kenal dan tahu membaca jawi. Oleh itu, sekiranya pelabur-pelabur luar yang bersikap liberal dan ingin menerokai pelaburan di negeri ini, perlulah juga mengikuti peraturan di negeri ini, seperti yang boleh kita lihat sebuah pasaraya Tesco yang ditulis jawi.

Ingin saya berkongsi satu pengalaman saya di pasaraya ini semasa pulang bercuti tempoh hari. Seperti yang kita semua tahu, slogan “customer is always right” hanyalah satu slogan penipuan di Negara kita, dan ini sememangnya memang berlaku.
Saya berkunjung ke Tesco Kota Bharu bersama adik saya untuk membeli hadiah perkahwinan sepupu saya. Setelah berpusing-pusing di kawasan perkakas elektrik rumah, kami akhirnya bersetuju untuk membeli stand fan+ionizer jenama Elba sebagai hadiah. Harganya pula adalah RM219 setelah mendapat diskaun. Setelah melakukan pemeriksaan dengan abang staff yang peramah, kami pun menuju ke kaunter pembayaran bersama fan tersebut. Beratur di hadapan saya ketika itu ada seorang brader yang ingin membeli periuk nasi (konpem untuk hadiah kawen). Dan dihadapannya yang sedang membuat pembayaran……….tiada siapa?!
Maka saya pun bertanya kepada staffs di kaunter,

“tunggu apa dik?”.
“tunggu orang bayar, dia pergi cucuk duit kejap” katanya. Dan ketika itu saya melihat mesin pembayaran menunjukkan jumlah RM1088. Mungkin orang itu ingin membeli LCD TV kot. Kebetulan Tesco ketika itu sedang membuat promosi LCD TV dan LED TV sempena dengan World Cup.
“ler…cancel la kejap bagi kitorang bayar dulu. Nak tunggu dia lama lagi la kot” balas saya. Sememangnya Tesco yang penuh dengan orang ramai akan meramaikan lagi mesin ATM tu. Pasti membuatkan keadaan menjadi lebih lama.
“tak boleh la. Nanti nak kene panggil manager lagi, itu lagi, ini lagi”.
Satu alasan yang buat saya menyirap tapi kalau begitu pemikiran mereka, dapatlah dibayangkan tiada guna saya membalas lagi jikalau mereka lebih mementingkan kesusahan diri sendiri daripada pelanggan. Lalu saya pun membuat keputusan menunggu sahaja, mungkin juga pelanggan itu telah pun pergi lama dan akan kembali bila-bila masa.
Setelah menunggu selama hampir 15 minit, akhirnya pelangggan yang “tak gheti nak planning hidup” itu pun tiba dengan duit. Pelanggan yang beratur di depan saya telah pun ghaib entah ke mana namun barangnya masih ada di kaunter. Maka setelah pelanggan “tak gheti nak planning hidup” itu pergi, saya pun menunggu untuk tiba giliran saya tetapi pelanggan di depan saya pula tidak muncul untuk membuat pembayaran. Staffs di kaunter tersebut pula sedang sibuk mengemas duit di mesin.
Setelah menunggu beberapa ketika, staffs di kaunter berpaling mengadap saya dengan selamba dan berkata,

“ye abang?”………satu soalan yang tak boleh diterima langsung oleh saya.
Saya pun mengetuk ngetuk kotak barang yang saya beli dengan muka tak puas hati. Setelah itu baru mereka mengambil barang saya untuk pembayaran. Harga yang tersebut adalah RM219 dan saya pun membuat pembayaran sebanyak RM250. Setelah menerima baki, saya pun terus berlalu dengan adik saya kerana takut tertinggal solat.
Semasa perjalanan pulang, saya singgah di sebuah stesen minyak berhampiran rumah saya. Saya pun mengambil baki pembayaran pembelian tadi yang diletakkan di dalam poket untuk membuat pembayaran minyak. Namun saya dapati jumlahnya kurang. RM219 diberi duit RM250 akan mendapat baki RM31. Dan apa yang saya dapat adalah sebanyak RM21…kurang RM10 dari sepatutnya. Kemudian saya terus periksa resit pembelian dan mendapati jumlah lain yang tertera.

Disitu tertera jumlah pembayaran yang saya buat adalah RM220!!.....walhal saya berikan RM250. Sekiranya saya berpatah balik (yang sememang takkan saya buat sebab kene rempuh traffic jem yang teruk) pun saya tidak tentu mendapat kembali RM10 itu kerana tidak tertera didalam resit dan pihak mereka boleh membalas kembali tuduhan saya itu.
Disebabkan jumlah yang di”curi” adalah hanya RM10, adik saya pun memujuk saya dan menyuruh balik sahaja. Tiada apa yang boleh dibuat selain menulis di blog seperti ini.

Oleh itu, memang saya tidak akan memijak kaki ke Tesco Kota Bharu lagi. Dah ler jalan nak masuk jem, parking berterabur, staffs ikut suka mak bapak diorang, orang tersangat padat…………..damn

Dan ia pun bermula kembali....


Setelah 2 minggu berulang alik kerja dengan perjalanan yang lancar, akhirnya budak-budak sekolah pun kembali di pagi hari memandu ke sekolah. Maka perjalanan akan menjadi sesak kembali.
Dan pada kesesakkan-kesesakkan begini jua akan muncullah kembali pemandu-pemandu biadap yang akan memotong barisan dan berfikiran pentingkan diri sendiri. Walau bagaimanapun tiada yang mampu dibuat oleh pemandu yang cuba beradap sopan seperti saya untuk memujuk diri yang sakit hati dengan berkata pada diri sendiri "tak sangka masih terdapat gaya pemanduan negara dunia ketiga di Malaysia ini".

Jumaat, 18 Jun 2010

DCarbo DCrv

Semalam petang meluangkan masa menggunakan Dcarbo buat kali kedua pada CRV saya. Sebenarnya kereta saya ini sudah melebihi appointment untuk service tukar minyak hitam. Nak ikutkan sudah pun melebihi 1100 km lebih dah...sekarang pun terasa lembap semacam, kurang bertenaga, kuat makan minyak semacam je. Maka saya pun terfikir untuk menghantar service kereta, tetapi sebelum itu saya ingin menggunakan Dcarbo bagi mencuci segala carbon yang terhasil selama 10,000km perjalanan. Kali terakhir saya menggunakan Dcarbo adalah pada 11,000km yang lepas, maka cukup syarat sudah lah untuk menggunakan Dcarbo lagi.
Kerja di buat di kawasan tempat letak kereta di pejabat saya. Seperti kereta lain, bagi CRV tahun 2002 sehingga 2006, Dcarbo perlu dimasukkan pada intake manifold nyer.

Cara-cara menggunakan Dcarbo pada CRV 2generation (I-Vtec 2.0):

1. Buka penutup header ini. Terdapat 2 skru untuk dibuka.


2. Selepas dibuka penutup itu, anda akan nampak satu hose seperti dibawah (bertanda merah). Buka hose itu menggunakan playar muncung tirus pada clamp yang ada disitu (bertanda hijau)



3. Kemudian potong muncung pada botol dcarbo. Jika rajin, buatkan juga lubang kecil pada bahagian bawah botol dengan tujuan ada aliran angin nanti.


4. Selepas itu dengan berhati-hati masukkan muncung botol Dcarbo pada lubang hose dan hidupkan enjin kereta. (Ataupun hidupkan enjin kereta dan masukkan Dcarbo...mana2 yang anda senang buat)


5. Tunggu sehingga cecair Dcarbo habis sebelum memasukan kembali hose di tempat asalnya. Kemudian ikat semula hose dengan clamp yang tersedia dan tutup kembali penutup header yang telah dibuka. Kembali semua di tempat asalnya.

6. Tunggu dalam 10 minit sebelum mula menekan-nekan pedal minyak untuk mengeluarkan carbon yang terpendam. Kereta CRV saya ini telah mula mengeluarkan asap yang tebal semasa proses memasukkan cecair Dcarbo lagi.


7. Banyakkan menekan pedal minyak sehingga asap yang keluar daripada ekzos kereta anda kurang. Pada kes saya ini, tidak tahu mengapa tetapi asap yang keluar mengambil masa yang lama untuk mengurang. Setelah 30 minit berlalu, asap yang keluar masih tebal, lalu saya mengambil langkah malas dengan buat tak tahu dan bertolak balik ke rumah huhu...

Keputusan: Kereta saya yang berasa semput dan sering bergegar apabila memasang aircond telah mula kurang gegar dan bertenaga kembali. Laluan bukit yang biasa saya lalui untuk pulang kerja, jika selama ini saya perlu menekan OverDrive, kini tidak perlu lagi. Perjalanan juga berasa semakin lancar dan ada pikap.

Kelebihan memakai Dcarbo:
Terus terang saya katakan, setelah banyak kereta yang telah saya cuba gunakan Dcarbo ini, hasil yang didapati adalah tidak sama pada mana-mana kereta. Bergantung pada jenis kereta, ada yang mendapat hasil positif yang berbeza sekali dan ada pula yang tiada perubahan yang diperolehi. Namun begitu, sekurang-kurang terdapat sedikit perubahan positif yang boleh kita dapati walaupun sedikit ataupun tidak kita sedari.
Saya percaya terdapat sesetengah orang yang telah mencuba Dcarbo mengadu kereta mereka semakin rosak setelah menggunakan Dcarbo. Bagi perkara sebegini, kita perlu melihat cara pengguna kereta menjaga kereta mereka selama ini. Menggunakan Dcarbo pada kereta adalah seperti kita meminum ubat jamu untuk kecergasan kita. Bagi mereka yang tidak menjaga kesihatan selama ini dan yang menjaga kesihatan pula akan berasa kesan yang berlainan setelah meminum ubat jamu. Ada sesetengah orang pula tidak akan berasa sebarang perubahan. Begitulah juga dalam kes DCarbo ini. Ada sesetengah pelanggan yang membeli dari saya mengatakan kereta mereka tidak mengeluarkan asap langsung, dan tiada hasil perbezaan yang dirasakan. Tetapi ada juga reaksi yang mengatakan kereta mereka mendapat perubahan positif yang ketara setelah menggunakan DCarbo. Ini bermakna Dcarbo boleh memberikan hasil positif pada semua kereta tetapi bagaimana ketaranya perubahan itu adalah bergantung kepada jenis kereta dan cara anda menjaga kereta itu.
Bagi mereka yang mengatakan kereta mereka rosak setelah menggunakan Dcarbo, mungkin ada sesetengah tempat didalam enjin mereka terdapat kebocoran pada mana-mana seal dan selama ini kebocoran itu hanya ditutup oleh carbon yang banyak melekat. Setelah Dcarbo mencuci carbon itu, kebocoran itu telah menjadi realiti. Ini akan menjadi Dcarbo sebagai punca kerosakkan. Itu hanyalah anggapan saya, jangan dimarah sekiranya anggapan saya salah.
Sekiranya anda ingin membeli Dcarbo tetapi ingin tahu samada ianya sesuai dengan kenderaan anda, adalah dicadangkan supaya anda membeli sahaja dulu sebotol dan cuba lakukan pada kereta anda. Sekiranya anda berasa tiada perubahan, anda tidak perlu untuk menggunakan lagi di masa akan datang. Anda tidak perlu merasa tertipu kerana bukan ada orang yang memaksa anda membeli, dan anda hanya berusaha untuk kebaikan kereta anda. Tetapi jikalau anda berasa terdapat perubahan positif, adalah baik sekiranya anda mengunakannya pada setiap 10,000km setelah penggunaan kali pertama.

Saya telah menggunakan pada semua kereta saya dan kereta-kereta keluarga saya dan tidak pernah lagi saya rasakan yang ia suatu yang sia-sia.

Maskman vs Nursegirl

Kelmarin saya pergi ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya untuk melakukan medical check up. Disebabkan sekarang ini dikira hangat dengan isu serangan H1N1 selain isu Gaza dan isu World Cup, maka saya pun pergi ke hospital dengan memakai mask atas alasan cuba menjadi rakyat yang patuh kepada arahan kerajaan supaya memakai mask di tempat umum dan hospital.
Apabila saya tiba di hospital, apa yang saya dapati adalah KESEMUA mahkluk yang bergelar manusia di hospital itu tidak memakai mask selain saya. Bukannya hanya sedikit atau terdapat beberapa orang sahaja, tetapi SEMUA manusia di hospital itu tiada yang memakai mask.
Maka dengan penuh perasaan bertanggungjawab dan dengan fikiran "lantaklah" saya pun meneruskan proses medical check up dengan memakai mask. Antara ujian yang saya lalui adalah ujian air kencing, ujian darah, X-Ray, ujian jantung, berat, tinggi dan ujian mata. Semasa berada di pengakhiran ujian iaitu ujian jantung, seorang jururawat memanggil saya mengikutnya ke sebuah bilik khas. Apabila masuk sahaja ke bilik tersebut, jururawat itu bertanya kepada saya,

"apsal pakai mask?"dia bertanya.
"saja".
"ada selsema ke?" sambil melihat saya dengan penuh curiga.
"tak ada lah, saja je saya pakai sebab datang hospital"
"ye ke? saja-saja je?" dengan muka tak puas hati.
"iye..saja je. untuk protection" tanpa disoal balas oleh nurse tu lagi dan meneruskan ujian jantung.

Salah ke saya pakai mask? H1N1 dah takde dah ke? tapi apsal kat pintu masuk hospital tu penuh poster pasal H1N1 pastu suruh orang pakai mask dengan basuh tangan?

konpius..konpius

Khamis, 17 Jun 2010

Rumahmu Syurgamu?

Jikalau anda berkesempatan untuk berkunjung ke negeri Kelantan, antara pemandangan-pemandangan yang tidak akan anda lepaskan......kewujudan rumah-rumah yang besar-besar di Kelantan..............




Rumah-rumah besar ini boleh dilihat di pelbagai kawasan di Kelantan. Rakyat Kelantan miskin ke?
Terdapat juga beberapa bangunan seperti ini...


Bangunan-bangunan ini sebenarnya tempat pembiakan burung layang-layang dengan tujuan untuk mengumpul sarang burung ini yang dikatakan bernilai tinggi. Bangunan ini dibina setinggi bangunan 4 atau 5 tingkat dengan tiada tingkap langsung kecuali lubang-lubang kecil untuk laluan burung layang-layang. Bangunan ini boleh dilihat di banyak tempat di Kelantan...tapi bukan dekat kawasan bandar lah

Rabu, 16 Jun 2010

SOKMO dei....

Kadang-kadang bila orang kita nak buat duit, macam-macam cara yang digunakan asalkan dapat masuk duit. Kadang-kadang cara halal tapi sumber haram, kadang-kadang melucukan pulak....huish....
masa balik ke Kelantan weekend lepas, ntah macammana ntah saya jumpa alat radas kat bawah ni. Siapa yang beli tu saya tak tau la, tapi memang saya gelak manjang la bila nampak mende tuh huhuhu


Air minuman jenama SOKMO hehehe

SOKMO = Selalu/always/itsumo


Buku perihal artis yang kawen cerai......
Macam ni pun buleh buat buku, ada orang beli pulak tuh. Ahli keluarga saya pulak tuh yang beli, nak kene brainwash betul lah diorang nih. Walaupun harganya RM0.90, tapi ada gak orang yang terpikir nak buat buku macam nih. Buku yang dok mengumpat pasal artis tu kawen, artis ni cerai.....hish, lantok ler diorang nak kawen cerai pun. Institusi perkahwinan ni bukannya macam gerai tepi jalan, bila nak buat buat je, bila rasa tak best, hentikan. Abih tu anak-anak nanti macammana?keluarga lain lak fikir camne? Sepatutnya artis-artis yang kononnya ada class ni fikir betul dari segi agama sebelom kawen, bukan setakat guna Quran buat hantaran pastu abaikan. Bila dah bosan, cerai terus...bengong giler. Pastu rasa diri tu hebat, ada class tak macam masyarakat yang bukan artis. Bila dah mati, baru la kita tau kita ada class ke tak....
Apapun, pekejadahnyalah buku nih

Selasa, 15 Jun 2010

Balik Kampung

Last weekend saya men'kibuntenkang'kan diri dengan balik kampung di Kelantan..........yop. Antara sebab saya nak balik kali ni adalah last sekali balik kelantan masa Chinese New Year bulan 2 dulu...takde cuti punye pasal, pastu sepupu saya kawen weekend aritu, dan anak buah saya yang berada di kelantan telah dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman dalam paru-paru. Kali ni terpaksa balik tanpa mama ngan zia sebab mama kene kerja ari jumaat, sabtu, ahad, isnin...takde cuti+kene keje ahad. So saya pun balik dengan abang saya satu kereta. Kitorang bergerak daripada Cheras pada pukul 9 setengah malam hari khamis. Perjalanan yang disangkakan lancar rupanya meleset sama sekali dimana banyak la pulak kereta yang menghala arah sama.
Saya sebenarnya telah mendengar banyak kesah2 entiti yang berlaku di sepanjang perjalanan ke Kelantan di malam hari. Memandangkan saya yang ditugaskan untuk memandu dahulu pada malam itu, saya cuba sedaya upaya untuk sampai seberapa cepat yang mungkin ke Gua Musang dimana abang saya pula akan memandu kemudian. Kami menaiki kereta honda accord milik abang saya, saya pulak yang sudah memandu CRV ni tiba2 rasa pelik giler nak pandu kereta rendah ni. Akhirnya selepas sesi pemanduan ala-ala rally pada malam hari, kami tiba di Gua Musang pada pukul 1 setgh pagi. Itu pun kepala saya dah berat dah sebelum sampai Gua Musang, tapi sebab malas nak berhenti kat tengah hutan punya pasal, bawak je la slow2 sampai Gua Musang.

Untuk pengetahuan sesiapa yang belum pernah ke pantai timur, jalan ke pantai timur ini tidak seperti jalan di pantai barat semenanjung Malaysia. Perjalanan Karak Highway yang selesa hanya sejam sahaja sebelum perjalanan jalanraya biasa yang berbukit bukau, bengkang-bengkok, paya gaung bermula daripada Bentong sehingga Gua Musang untuk 3 jam, dan bersambung sehingga ke Kota Bharu untuk 3 jam lagi. Di tengah perjalanan, sebahagian besar masa akan ditemani dengan hutan belantara. Maka bagi sesiapa yang tidak biasa ke pantai timur, perjalanan ke Kota Bharu melalui Gua Musang adalah satu perjalanan yang mencabar fizikal dan mental sebenarnya.

Akhirnya kami sampai di rumah di Pasir Mas pada jam 4 pagi setelah abang saya sambung memandu dengan gaya pemanduan yang cemerlang....

Jumaat, 11/June
Setelah tidur dan berehat dipagi Jumaat, saya bersama ayah dan abang bergerak menuju ke Hospital USM Kubang Krian bagi menjenguk anak buah saya yang sakit. Ketika kami sampai, dia telah pun sedar dan buleh berbicara. Pada tanggappan kami, dia sudah pun buleh meninggalkan wad, tapi sebabkan doktor panel tidak hadir pada hari itu, terpaksa la tunggu sehari lagi. Keadaan anak buah saya pun semakin baik namun memerlukan penjagaan sepenuhnya sahaja.

Pengantin lelaki dengan keluarganya
Pasangan pengantin baru

Petang selepas solat Jumaat, sesi menikah untuk sepupu saya. Sepupu saya ni perempuan, pasangannya orang terengganu. Masa akad nikah tu, tok kadi (kami panggil Pok Su Hamid, juga merupakan teman seperguruan dengan ayah saya) ni mula2 tanya sikit je pasal hal agama kat pengantin lelaki, makin lama makin banyak la pulak soalannya, campor pulak dengan ceramah lagi...memang saya tengok pengantin lelaki tu dah down giler dah.....setelah lama disoal siasat, akhirnya sesi khutbah pun masuk dan disusuli dengan sesi akad nikah....sekali nafas je lepas. tengok gaya memang dah dok hafal je ayat tu. Kemudian sesi makan2 pun menyusul....maka saya sebagai pun memainkan peranan sebagai tukang rewang pada petang itu.

Dan malam itu World Cup 2010 pun bermula......

Sabtu, 12/June
Saya bangun tido pagi tu terus sahaja membuka tv untuk menyaksikan perlawanan ulangan bola pukul 2 pagi punya. Waktu yang sama saya bukak tingkap umah pastu nampak sedara mara tengah ramai nak sembelih lembu kat depan rumah saya....mak aih, memang seawal 7 pagi. Saya yang baru celik mata ditambah pula dengan ulangan bola kat tv, cuba menyorok dibalik tingkap dan layan tv heheh....
Sesi memotong daging dan memasak di pagi itu dijayakan oleh adik saya dan abang saya sementara saya menjadi runner untuk rumah saya. Untuk pengetahuan, orang kelantan ni kalau kenduri, lembu2 dan sesi memasak akan dibuat di pagi hari yang sama dengan hari kenduri. Kenapa begitu pun saya taktahu tapi mungkin nak bagi makanan yang nak jamukan kat orang itu fresh. Tambahan pula masyarakat kelantan ni, datang ke kenduri bukannya kira masa macam kat Kuala Lumpur nih. Kalau kat KL, biasanya pukul 12 sampai kul 4 petang, tapi kat Kelantan ni pukul 7 pagi sampai ke 7 pagi esok pun ada lagi yang datang...masa kenduri kakak saya kawen dulu, pukul 2 pagi pun ada lagi orang datang...begitulah meriahnya kenduri kat kelantan nih, kemeriahan yang tidak memerlukan sebarang hiburan karaoke mahupun sukaneka...
Berbalik kepada kesah persiapan kenduri sepupu saya itu, kebetulan selepas siaran ulangan bola habis, emak saya minta saya hantarkan dia ke klinik kerana dia mengalami sakit kepala......save lagi tenaga yang muda ini huhu....balik daripada klinik, kakak saya yang menemani anaknya di hospital pula meminta saya mengmbilnya di hospital kerana dia ingin pulang berehat, tempat kakak saya untuk menemani anaknya di ambil alih oleh anaknya yang sulung.
Di hari ini juga, perjalanan di sebahagian besar jalan di Kota Bharu dan Pasir Mas mengalami kesesakkan yang teramat teruk......namun tidak seteruk di hari raya. Untuk pengetahuan, bagi sesiapa yang ingin melancong ke Kelantan, cuba elakkan daripada mengunjungi Kelantan sesama cuti panjang seperti Hari Raya. Ini kerana ketika ini jalan raya adalah tersangatlah sesak dimana-mana sahaja. Ketika ini adalah lebih baik duduk di rumah daripada keluar ke mana-mana. Pernah ketika hari raya yang lepas, perjalanan daripada rumah saya ke Bachok yang mengambil masa selama 1 jam kebiasaan memerlukan lebih 3 jam!

Dan selebihnya waktu diisi dengan perlawanan bola di TV....

Ahad, 13/June
Saya mulakan kerahan tenaga semua anak buah saya di rumah dengan menyeksa mereka mengemas dan mencuci rumah di awal pagi. Setelah selesai, saya dan abang saya merayap ke Pengkalan Kubur, satu kawasan bebas cukai yang agak popular di Kelantan.
Pemandangan orang yang ramai di Pengkalan Kubur

Kami sampai di Pengkalan Kubur pada jam 11 pagi, pada ketika ini juga sukar untuk mendapat parking kereta. Kami perlu pusing 2, 3, 4 kali untuk mendapat ruang parking. Dan kali ini juga adalah pertama kali saya datang shopping disini seorang diri semenjak berkahwin. Maka memang banyaklah yang ingin saya beli sebagai buah tangan untuk keluarga.....
Saya beli sehelai jersi untuk saya, beberapa helai baju untuk anak-anak buah di KL, beberapa helai baju untuk mama dan seheli jersi beserta tudung untuk Zia.

Pintu keluar dari kawasan bebas cukai yang perlu melalui pemeriksaan kastam

Pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan di sepanjang laluan menuju ke Pengkalan Kubur

Isnin, 14/June
Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada pagi hari

Selasa, 8 Jun 2010

Sebab-sebab saya tidak menggunakan Federal Highway

Saya percaya ramai diantara kita yang tahu apa itu Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) dan saya percaya ramai diantara kita yang pernah melalui lebuhraya ini. Lebuhraya ini mula dibina pada tahun 1974 bagi menghubungkan Pelabuhan Klang dengan Kuala Lumpur. Laluan yang pada asalnya dibina 4 lorong (2 lorong arah ke Klang, 2 lorong arah ke Kuala Lumpur) dan 6 lorong pada laluan Petaling Jaya telah diubah sepenuhnya kepada 6 lorong sehubungan dengan peningkatan pengguna lebuhraya ini.
Bagi saya yang tinggal di Cheras dan bekerja di Petaling Jaya, Federal Highway ini boleh dikatakan sarapan saya dipagi hari. Satu laluan utama bagi menghubungkan Selangor dan Kuala Lumpur. Walaupun ianya menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia, namun ada beberapa sebab yang menidakkan Federal Highway dalam diri saya.....KESESAKKAN
Pilihan laluan antara rumah saya ke pejabat. 1. Lebuhraya Hubungan Timur-Barat ke Federal Highway 2. Hubungan Timur-Barat ke NPE

Bagi pengguna lebuhraya yang ingin ke arah Kuala Lumpur pada waktu puncak di petang hari, kesesakkannya boleh dikatakan berkilometer dari persimpangan Cheras/Klang Lama sehingga ke Sunway. Mengapa kesesakkan di laluan ini berlaku di petang hari?

1. Laluan 3 lorong yang sudah sedia penuh dari Sunway, dipenuhi lagi dengan kenderaan dari Petaling Jaya, Bangsar dan Kerinchi Link. Ini menjadikan laluan 3 lorong menjadi penuh sepenuhnya.
2. Laluan masuk ke Lebuhraya Kl-Seremban, Lebuhraya Besraya dan laluan ke Cheras perlu dilalui daripada Lebuhraya Hubungan Timur-Barat. Ini menjadikan majoriti kenderaan yang berada di Federal Highway perlu memasuki Lebuhraya Hubungan Timur-Barat sekiranya mereka hendak ke lebuhraya-lebuhraya tersebut. Ditambah parah kesesakkan apabila lorong untuk memasuki Lebuhraya Hubungan Timur-Barat daripada Federal Highway hanyalah mempunyai 2 lorong sahaja!dan lorong ini perlu dimasuki oleh majoriti pengguna federal highway.
3. Pengguna-pengguna federal highway yang tiada adab/manners akan memotong di lorong kecemasan dan juga memotong masuk apabila tiba di persimpangan masuk ke Jalan Cheras/Klang Lama. Perbuatan mereka yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain membuatkan perjalanan menjadi bertambah sesak apabila pemandu-pemandu yang sudah beratur sekian lama terpaksa brek dan berhenti bagi memberi laluan kepada pemandu-pemandu biadap ini. Ini menyebabkan pemandu-pemandu dibelakang juga terpaksa berhenti. Dan apabila sering berhenti, akan lahir lagi pemandu-pemandu biadap yang memotong untuk ke depan. Di sini saya ingin memberi cadangan kepada JKR dan penyelaras Sprint Highway (yang menguruskan federal highway antara persimpangan PPUM sehingga ke MidValley) untuk meletakkan bonggol-bonggol kecil di laluan kecemasan supaya ianya tidak menjadi laluan utama kepada pemandu-pemandu tidak beradab ini.
4. Terdapat laluan alternative untuk ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat iaitu melalui Jalan Klang Lama dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) yang boleh dimasuki melalui Jalan Templer dan Taman Midah. Walaubagaimanapun di Taman Midah juga berlaku kesesakkan akibat daripada rekabentuk persimpangan NPE yang ntah hapa-hapa ntah. Manakala di Jalan Templer berlaku kesesakkan kerana pengguna laluan 3 lorong Jalan Templer perlu berasak dengan pengguna laluan 3 lorong dari jalan Gasing dan jalan lagi satu (lupa nama) untuk memasuki jalan 2 lorong memasuki NPE dan Jalan Klang Lama. Namun begitu, saya lebih menerima kesesakkan di Jalan Templer disebabkan bantuan daripada abang kakak polis trafik yang mengawal lalulintas sekaligus menghalang kemunculan pemandu biadap.

Yang sebenarnya, bukanlah kesesakkan yang menjadi isu utama saya tidak suka menggunakan lebuhraya persekutuan, tetapi lebih kepada tahap kesabaran saya terhadap pemandu-pemandu biadap yang lebih mementingkan diri sendiri daripada orang lain. Bagaimana kita hendak mengurangkan jumlah kemalangan jikalau ramai pemandu biadap berada di atas jalanraya kita?
Bagaimana kita nak mengurangkan kesesakkan jalanraya kalau ramai pemandu biadap ini?
Bagaimana kita nak melahirkan pemandu cemerlang jikalau pemandu biadap ini menunjukkan contoh biadap tersebut kepada anak-anak mereka didalam kereta?
Bagaimana kita dapat melihat persekitaran jalanraya yang indah jikalau pemandu biadap sering membuang sampah keluar dari kereta?
Bagaimana kita dapat menjamin keselamatan kita di jalan raya dengan kehadiran ramai pemandu biadap?
Andai kata kerajaan mengubah silibus pendidikan memandu kereta (yang sememangnya berjaya melahirkan pemandu biadap dan kurang skill sekarang), ia masih tidak dapat melahirkan pemandu cemerlang dan beradap di masa depan kerana mereka yang baru sahaja mendapat lesen memandu akan terpengaruh dengan cara pemanduan biadap guru memandu, pemanduan biadap ahli keluarga dan pemanduan biadap orang keliling. Malahan ada ketika anggota polis yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat juga mempamerkan cara pemanduan yang biadap (kalau atas alasan tugas, mungkin boleh dimaafkan).
Atas sebab-sebab kebiadapan kebanyakkan pemandu Malaysia yang berkumpul di Lembah Klang lah punca saya tidak berapa gemar menggunakan Lebuhraya Persekutuan dan lebih suka menggunakan laluan yang lain. Tambahan pula, apa la sangat RM1.60 bayaran tol NPE berbanding dengan jumlah minyak yang dihabiskan semasa kesesakkan, masa yang dihabiskan, dan juga 'wear n tear' perkakas enjin akibat berada didalam kesesakkan terlampau lama (terutama kepada kenderaan manual).

Selasa, 1 Jun 2010

88888


Semalam meter gua dapat nombor baik punya. Nombor ini dicatat betul-betul masa kat plaza tol kat highway east-west link masa balik kerja....Teringat lagi masa pergi desaru dulu. dapat nombor lawa gak....
tak sangka dalam 6 bulan nih, kereta saya dah bergerak sejauh 88888-77777=11111 (km)

Graduasi UiTM

Weekend lepas adik saya telah dinobatkan sebagai graduan UiTM setelah berjaya merangkul ijazah dalam bidang civil. Maka untuk graduasinya yang gilang gemilang, maka ibu bapa saya dari kelantan pun hadir ke kuala lumpur untuk menghadiri majlis tersebut. Secara tak langsung saya sendiri pun jadik excited untuk pergi sebab saya memang tak pernah join hari graduasi unibesiti kat malaysia ni. Di pagi hari bersejarah tersebut, saya tiba dirumah kakak saya di Klang bersama Zia dan mama. Setengah jam kemudian kami bertolak bersama "pengantin" ke UiTM, sementara adik beradik lain bersama parent gerak lambat sikit. Dah bergerak beberapa minit dari rumah, rupanya mamat ni tertinggal neck-tie kat umah la pulak. Terpaksa lah buat drift patah balik kat umah.
Aksi graduan sebelom bergerak ke UiTM

Bila sampai kat UiTM, ramai la sangat orang yang ada. Saya campak adik saya kat tepi jalan pastu saya pergi drop Zia n mama kat depan dewan sementara saya pergi carik parking. Memandangkan ramai sangat orang, saya pun dengan selamba pergi fakulti Sains gunaan yang terletak bersebelahan dengan dewan dan parking kat tempat staffs.
Pukul 1 tghhari, para garduan dan ibubapa telah mula asuk ke dewan, tapi parents saya belom sampai. Pukul 1 setengah diorang pun sampai dan saya terus bawa mereka ke pintu masuk dewan utama. Memandangkan mak saya mengalami masalah untuk berjalan, terpaksa la saya papah sampai ke dewan, sekali bila sampai pintu masuk dewan, polis yang jaga pintu tu tak bagi masuk...."sori la pakcik, abang, tempat dah penuh dah kat dalam. Graduan ramai sangat untuk sesi ni. Tempat dalam dewan jadik penuh".....abis tu apa guna kad jemputan? Sepatutnya kad jemputan tu diperuntukan untuk 2 orang dapat tempat kat dalam dewan utama. Diorang tak kira betul2 ke?.......polis2 wanita muda itu meminta parent saya untuk ke dewan seminar yang terletak beberapa ratus meter dari dewan utama dimana disediakan screen disitu beserta aircond. Sedangkan kat luar dewan utama tu pun ada gak screen, cuma takde aircond jek. Dah ler nak kene naik tangga tinggi, mak saya pulak dah la tak larat. Saya yang tak puas hati terus mencari bantuan polis lain. Hasilnya ada la sorang polis ni baik hati nak carikkan tempat kosong untuk parents saya kat dewan utama, alhamdulillah dapat jugak duduk kat dewan utama. Walaupun berasa lega ada polis baik hati cam gitu, saya still tak puas hati dengan UiTM sebab tak kira betul jumlah jemputan untuk duduk dalam dewan utama.
Lepas je parent saya masuk dewan, kakak saya pun sampai maka saya pun bergerak balik umah cheras sebab Zia dah setat mengamuk. Majlis habis pukul 5 dalam hujan gerimis and parents saya dijemput oleh kakak saya.
Aksi Zia di depan pintu masuk perpustakaan

Kesimpulannya, hari graduasi memang tak best, panas, susah dapat parking, tempat duduk terhad, ramai orang jual bunga dari jual air walopon hari panas. Bukannya buleh makan bunga tuh. walopon apa pun, adik saya telah berjaya menjadi pengangur tegar berijazah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...