Semalam petang meluangkan masa menggunakan Dcarbo buat kali kedua pada CRV saya. Sebenarnya kereta saya ini sudah melebihi appointment untuk service tukar minyak hitam. Nak ikutkan sudah pun melebihi 1100 km lebih dah...sekarang pun terasa lembap semacam, kurang bertenaga, kuat makan minyak semacam je. Maka saya pun terfikir untuk menghantar service kereta, tetapi sebelum itu saya ingin menggunakan Dcarbo bagi mencuci segala carbon yang terhasil selama 10,000km perjalanan. Kali terakhir saya menggunakan Dcarbo adalah pada 11,000km yang lepas, maka cukup syarat sudah lah untuk menggunakan Dcarbo lagi.
Kerja di buat di kawasan tempat letak kereta di pejabat saya. Seperti kereta lain, bagi CRV tahun 2002 sehingga 2006, Dcarbo perlu dimasukkan pada intake manifold nyer.
Cara-cara menggunakan Dcarbo pada CRV 2generation (I-Vtec 2.0):
1. Buka penutup header ini. Terdapat 2 skru untuk dibuka.
2. Selepas dibuka penutup itu, anda akan nampak satu hose seperti dibawah (bertanda merah). Buka hose itu menggunakan playar muncung tirus pada clamp yang ada disitu (bertanda hijau)
3. Kemudian potong muncung pada botol dcarbo. Jika rajin, buatkan juga lubang kecil pada bahagian bawah botol dengan tujuan ada aliran angin nanti.
4. Selepas itu dengan berhati-hati masukkan muncung botol Dcarbo pada lubang hose dan hidupkan enjin kereta. (Ataupun hidupkan enjin kereta dan masukkan Dcarbo...mana2 yang anda senang buat)
5. Tunggu sehingga cecair Dcarbo habis sebelum memasukan kembali hose di tempat asalnya. Kemudian ikat semula hose dengan clamp yang tersedia dan tutup kembali penutup header yang telah dibuka. Kembali semua di tempat asalnya.
6. Tunggu dalam 10 minit sebelum mula menekan-nekan pedal minyak untuk mengeluarkan carbon yang terpendam. Kereta CRV saya ini telah mula mengeluarkan asap yang tebal semasa proses memasukkan cecair Dcarbo lagi.
7. Banyakkan menekan pedal minyak sehingga asap yang keluar daripada ekzos kereta anda kurang. Pada kes saya ini, tidak tahu mengapa tetapi asap yang keluar mengambil masa yang lama untuk mengurang. Setelah 30 minit berlalu, asap yang keluar masih tebal, lalu saya mengambil langkah malas dengan buat tak tahu dan bertolak balik ke rumah huhu...
Keputusan: Kereta saya yang berasa semput dan sering bergegar apabila memasang aircond telah mula kurang gegar dan bertenaga kembali. Laluan bukit yang biasa saya lalui untuk pulang kerja, jika selama ini saya perlu menekan OverDrive, kini tidak perlu lagi. Perjalanan juga berasa semakin lancar dan ada pikap.
Kelebihan memakai Dcarbo:
Terus terang saya katakan, setelah banyak kereta yang telah saya cuba gunakan Dcarbo ini, hasil yang didapati adalah tidak sama pada mana-mana kereta. Bergantung pada jenis kereta, ada yang mendapat hasil positif yang berbeza sekali dan ada pula yang tiada perubahan yang diperolehi. Namun begitu, sekurang-kurang terdapat sedikit perubahan positif yang boleh kita dapati walaupun sedikit ataupun tidak kita sedari.
Saya percaya terdapat sesetengah orang yang telah mencuba Dcarbo mengadu kereta mereka semakin rosak setelah menggunakan Dcarbo. Bagi perkara sebegini, kita perlu melihat cara pengguna kereta menjaga kereta mereka selama ini. Menggunakan Dcarbo pada kereta adalah seperti kita meminum ubat jamu untuk kecergasan kita. Bagi mereka yang tidak menjaga kesihatan selama ini dan yang menjaga kesihatan pula akan berasa kesan yang berlainan setelah meminum ubat jamu. Ada sesetengah orang pula tidak akan berasa sebarang perubahan. Begitulah juga dalam kes DCarbo ini. Ada sesetengah pelanggan yang membeli dari saya mengatakan kereta mereka tidak mengeluarkan asap langsung, dan tiada hasil perbezaan yang dirasakan. Tetapi ada juga reaksi yang mengatakan kereta mereka mendapat perubahan positif yang ketara setelah menggunakan DCarbo. Ini bermakna Dcarbo boleh memberikan hasil positif pada semua kereta tetapi bagaimana ketaranya perubahan itu adalah bergantung kepada jenis kereta dan cara anda menjaga kereta itu.
Bagi mereka yang mengatakan kereta mereka rosak setelah menggunakan Dcarbo, mungkin ada sesetengah tempat didalam enjin mereka terdapat kebocoran pada mana-mana seal dan selama ini kebocoran itu hanya ditutup oleh carbon yang banyak melekat. Setelah Dcarbo mencuci carbon itu, kebocoran itu telah menjadi realiti. Ini akan menjadi Dcarbo sebagai punca kerosakkan. Itu hanyalah anggapan saya, jangan dimarah sekiranya anggapan saya salah.
Sekiranya anda ingin membeli Dcarbo tetapi ingin tahu samada ianya sesuai dengan kenderaan anda, adalah dicadangkan supaya anda membeli sahaja dulu sebotol dan cuba lakukan pada kereta anda. Sekiranya anda berasa tiada perubahan, anda tidak perlu untuk menggunakan lagi di masa akan datang. Anda tidak perlu merasa tertipu kerana bukan ada orang yang memaksa anda membeli, dan anda hanya berusaha untuk kebaikan kereta anda. Tetapi jikalau anda berasa terdapat perubahan positif, adalah baik sekiranya anda mengunakannya pada setiap 10,000km setelah penggunaan kali pertama.
Saya telah menggunakan pada semua kereta saya dan kereta-kereta keluarga saya dan tidak pernah lagi saya rasakan yang ia suatu yang sia-sia.
minta nak ambil ulasan di bhagian tindak blas terhadap engin awak untuk post di ruang www.facebook.com/DcarboUtara...itu diatas keizinan saudara..saya menunggu jawapan ntok sebarkan kebenaran.
BalasPadam