Jikalau anda berkunjung ke negeri Kelantan, antara pemandangan yang dapat anda saksikan juga di negeri ini adalah semua papan tanda premis ada ditulis dengan huruf jawi. Ini adalah undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Kelantan dan ianya tersangat baik bagi memastikan masyarakat muda Kelantan masih kenal dan tahu membaca jawi. Oleh itu, sekiranya pelabur-pelabur luar yang bersikap liberal dan ingin menerokai pelaburan di negeri ini, perlulah juga mengikuti peraturan di negeri ini, seperti yang boleh kita lihat sebuah pasaraya Tesco yang ditulis jawi.
Ingin saya berkongsi satu pengalaman saya di pasaraya ini semasa pulang bercuti tempoh hari. Seperti yang kita semua tahu, slogan “customer is always right” hanyalah satu slogan penipuan di Negara kita, dan ini sememangnya memang berlaku.
Saya berkunjung ke Tesco Kota Bharu bersama adik saya untuk membeli hadiah perkahwinan sepupu saya. Setelah berpusing-pusing di kawasan perkakas elektrik rumah, kami akhirnya bersetuju untuk membeli stand fan+ionizer jenama Elba sebagai hadiah. Harganya pula adalah RM219 setelah mendapat diskaun. Setelah melakukan pemeriksaan dengan abang staff yang peramah, kami pun menuju ke kaunter pembayaran bersama fan tersebut. Beratur di hadapan saya ketika itu ada seorang brader yang ingin membeli periuk nasi (konpem untuk hadiah kawen). Dan dihadapannya yang sedang membuat pembayaran……….tiada siapa?!
Maka saya pun bertanya kepada staffs di kaunter,
“tunggu apa dik?”.
“tunggu orang bayar, dia pergi cucuk duit kejap” katanya. Dan ketika itu saya melihat mesin pembayaran menunjukkan jumlah RM1088. Mungkin orang itu ingin membeli LCD TV kot. Kebetulan Tesco ketika itu sedang membuat promosi LCD TV dan LED TV sempena dengan World Cup.
“ler…cancel la kejap bagi kitorang bayar dulu. Nak tunggu dia lama lagi la kot” balas saya. Sememangnya Tesco yang penuh dengan orang ramai akan meramaikan lagi mesin ATM tu. Pasti membuatkan keadaan menjadi lebih lama.
“tak boleh la. Nanti nak kene panggil manager lagi, itu lagi, ini lagi”.
Satu alasan yang buat saya menyirap tapi kalau begitu pemikiran mereka, dapatlah dibayangkan tiada guna saya membalas lagi jikalau mereka lebih mementingkan kesusahan diri sendiri daripada pelanggan. Lalu saya pun membuat keputusan menunggu sahaja, mungkin juga pelanggan itu telah pun pergi lama dan akan kembali bila-bila masa.
Setelah menunggu selama hampir 15 minit, akhirnya pelangggan yang “tak gheti nak planning hidup” itu pun tiba dengan duit. Pelanggan yang beratur di depan saya telah pun ghaib entah ke mana namun barangnya masih ada di kaunter. Maka setelah pelanggan “tak gheti nak planning hidup” itu pergi, saya pun menunggu untuk tiba giliran saya tetapi pelanggan di depan saya pula tidak muncul untuk membuat pembayaran. Staffs di kaunter tersebut pula sedang sibuk mengemas duit di mesin.
Setelah menunggu beberapa ketika, staffs di kaunter berpaling mengadap saya dengan selamba dan berkata,
“ye abang?”………satu soalan yang tak boleh diterima langsung oleh saya.
Saya pun mengetuk ngetuk kotak barang yang saya beli dengan muka tak puas hati. Setelah itu baru mereka mengambil barang saya untuk pembayaran. Harga yang tersebut adalah RM219 dan saya pun membuat pembayaran sebanyak RM250. Setelah menerima baki, saya pun terus berlalu dengan adik saya kerana takut tertinggal solat.
Semasa perjalanan pulang, saya singgah di sebuah stesen minyak berhampiran rumah saya. Saya pun mengambil baki pembayaran pembelian tadi yang diletakkan di dalam poket untuk membuat pembayaran minyak. Namun saya dapati jumlahnya kurang. RM219 diberi duit RM250 akan mendapat baki RM31. Dan apa yang saya dapat adalah sebanyak RM21…kurang RM10 dari sepatutnya. Kemudian saya terus periksa resit pembelian dan mendapati jumlah lain yang tertera.
Disitu tertera jumlah pembayaran yang saya buat adalah RM220!!.....walhal saya berikan RM250. Sekiranya saya berpatah balik (yang sememang takkan saya buat sebab kene rempuh traffic jem yang teruk) pun saya tidak tentu mendapat kembali RM10 itu kerana tidak tertera didalam resit dan pihak mereka boleh membalas kembali tuduhan saya itu.
Disebabkan jumlah yang di”curi” adalah hanya RM10, adik saya pun memujuk saya dan menyuruh balik sahaja. Tiada apa yang boleh dibuat selain menulis di blog seperti ini.
Oleh itu, memang saya tidak akan memijak kaki ke Tesco Kota Bharu lagi. Dah ler jalan nak masuk jem, parking berterabur, staffs ikut suka mak bapak diorang, orang tersangat padat…………..damn
bersabar aje la.kalau kita bersabar dengan redho insyaAllah tak rugi.
BalasPadambudaya tu(customer is not right, my right is always right) memanga sangat berleluasa di mana-mana sektor bertebaran di seluruh Malaysia ini di pelusuk mana sekali pun.