Selasa, 8 Jun 2010

Sebab-sebab saya tidak menggunakan Federal Highway

Saya percaya ramai diantara kita yang tahu apa itu Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) dan saya percaya ramai diantara kita yang pernah melalui lebuhraya ini. Lebuhraya ini mula dibina pada tahun 1974 bagi menghubungkan Pelabuhan Klang dengan Kuala Lumpur. Laluan yang pada asalnya dibina 4 lorong (2 lorong arah ke Klang, 2 lorong arah ke Kuala Lumpur) dan 6 lorong pada laluan Petaling Jaya telah diubah sepenuhnya kepada 6 lorong sehubungan dengan peningkatan pengguna lebuhraya ini.
Bagi saya yang tinggal di Cheras dan bekerja di Petaling Jaya, Federal Highway ini boleh dikatakan sarapan saya dipagi hari. Satu laluan utama bagi menghubungkan Selangor dan Kuala Lumpur. Walaupun ianya menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia, namun ada beberapa sebab yang menidakkan Federal Highway dalam diri saya.....KESESAKKAN
Pilihan laluan antara rumah saya ke pejabat. 1. Lebuhraya Hubungan Timur-Barat ke Federal Highway 2. Hubungan Timur-Barat ke NPE

Bagi pengguna lebuhraya yang ingin ke arah Kuala Lumpur pada waktu puncak di petang hari, kesesakkannya boleh dikatakan berkilometer dari persimpangan Cheras/Klang Lama sehingga ke Sunway. Mengapa kesesakkan di laluan ini berlaku di petang hari?

1. Laluan 3 lorong yang sudah sedia penuh dari Sunway, dipenuhi lagi dengan kenderaan dari Petaling Jaya, Bangsar dan Kerinchi Link. Ini menjadikan laluan 3 lorong menjadi penuh sepenuhnya.
2. Laluan masuk ke Lebuhraya Kl-Seremban, Lebuhraya Besraya dan laluan ke Cheras perlu dilalui daripada Lebuhraya Hubungan Timur-Barat. Ini menjadikan majoriti kenderaan yang berada di Federal Highway perlu memasuki Lebuhraya Hubungan Timur-Barat sekiranya mereka hendak ke lebuhraya-lebuhraya tersebut. Ditambah parah kesesakkan apabila lorong untuk memasuki Lebuhraya Hubungan Timur-Barat daripada Federal Highway hanyalah mempunyai 2 lorong sahaja!dan lorong ini perlu dimasuki oleh majoriti pengguna federal highway.
3. Pengguna-pengguna federal highway yang tiada adab/manners akan memotong di lorong kecemasan dan juga memotong masuk apabila tiba di persimpangan masuk ke Jalan Cheras/Klang Lama. Perbuatan mereka yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain membuatkan perjalanan menjadi bertambah sesak apabila pemandu-pemandu yang sudah beratur sekian lama terpaksa brek dan berhenti bagi memberi laluan kepada pemandu-pemandu biadap ini. Ini menyebabkan pemandu-pemandu dibelakang juga terpaksa berhenti. Dan apabila sering berhenti, akan lahir lagi pemandu-pemandu biadap yang memotong untuk ke depan. Di sini saya ingin memberi cadangan kepada JKR dan penyelaras Sprint Highway (yang menguruskan federal highway antara persimpangan PPUM sehingga ke MidValley) untuk meletakkan bonggol-bonggol kecil di laluan kecemasan supaya ianya tidak menjadi laluan utama kepada pemandu-pemandu tidak beradab ini.
4. Terdapat laluan alternative untuk ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat iaitu melalui Jalan Klang Lama dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) yang boleh dimasuki melalui Jalan Templer dan Taman Midah. Walaubagaimanapun di Taman Midah juga berlaku kesesakkan akibat daripada rekabentuk persimpangan NPE yang ntah hapa-hapa ntah. Manakala di Jalan Templer berlaku kesesakkan kerana pengguna laluan 3 lorong Jalan Templer perlu berasak dengan pengguna laluan 3 lorong dari jalan Gasing dan jalan lagi satu (lupa nama) untuk memasuki jalan 2 lorong memasuki NPE dan Jalan Klang Lama. Namun begitu, saya lebih menerima kesesakkan di Jalan Templer disebabkan bantuan daripada abang kakak polis trafik yang mengawal lalulintas sekaligus menghalang kemunculan pemandu biadap.

Yang sebenarnya, bukanlah kesesakkan yang menjadi isu utama saya tidak suka menggunakan lebuhraya persekutuan, tetapi lebih kepada tahap kesabaran saya terhadap pemandu-pemandu biadap yang lebih mementingkan diri sendiri daripada orang lain. Bagaimana kita hendak mengurangkan jumlah kemalangan jikalau ramai pemandu biadap berada di atas jalanraya kita?
Bagaimana kita nak mengurangkan kesesakkan jalanraya kalau ramai pemandu biadap ini?
Bagaimana kita nak melahirkan pemandu cemerlang jikalau pemandu biadap ini menunjukkan contoh biadap tersebut kepada anak-anak mereka didalam kereta?
Bagaimana kita dapat melihat persekitaran jalanraya yang indah jikalau pemandu biadap sering membuang sampah keluar dari kereta?
Bagaimana kita dapat menjamin keselamatan kita di jalan raya dengan kehadiran ramai pemandu biadap?
Andai kata kerajaan mengubah silibus pendidikan memandu kereta (yang sememangnya berjaya melahirkan pemandu biadap dan kurang skill sekarang), ia masih tidak dapat melahirkan pemandu cemerlang dan beradap di masa depan kerana mereka yang baru sahaja mendapat lesen memandu akan terpengaruh dengan cara pemanduan biadap guru memandu, pemanduan biadap ahli keluarga dan pemanduan biadap orang keliling. Malahan ada ketika anggota polis yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat juga mempamerkan cara pemanduan yang biadap (kalau atas alasan tugas, mungkin boleh dimaafkan).
Atas sebab-sebab kebiadapan kebanyakkan pemandu Malaysia yang berkumpul di Lembah Klang lah punca saya tidak berapa gemar menggunakan Lebuhraya Persekutuan dan lebih suka menggunakan laluan yang lain. Tambahan pula, apa la sangat RM1.60 bayaran tol NPE berbanding dengan jumlah minyak yang dihabiskan semasa kesesakkan, masa yang dihabiskan, dan juga 'wear n tear' perkakas enjin akibat berada didalam kesesakkan terlampau lama (terutama kepada kenderaan manual).

6 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. next week saya ada urusan kat uem academy yg dekat federal hiway exit jalan templer tuh. ingat nak pegi ikut jalan kelang lama. jam tak jalan templer pagi2? kalau jam, saya nak tengok map untuk elak jam i.e. guna jalan othman - jalan penchala. ke macamana?

    sedarlah@gmail.com

    BalasPadam
  3. jalan templer pagi2 tak jem, tapi jalan klang lama memang jem. Tu pun tengok tahap kehebatan abang polis yang jaga lalulintas waktu tu la. Tapi federal hway waktu pagi tak jem sangat, jem kat depan angkasapuri sampai exit ppum je, lepas tu clear sampai sunway.

    BalasPadam
  4. jalan klang lama jem ke pagi2? arah ke kl jer kot? kat area mana jem tu? saya ingat nak masuk jln klang lama dari jalan gembira, dari bukit jalil. saya duduk kajang. harapnya tak jem laa kat area ni pagi2.

    BalasPadam
  5. jalan klang lama menghala ke KL jem, yang nak masuk fedral hway kat depan midvalley tuh kan. Pastu lagi satu kat susur masuk Jalan Templer dari semua arah sepanjang Jln Klang Lama. Kalau nasib tak baik, jem tu buleh sambung sampai simpang ke sri petaling. bergantung kat tahap skill abang polis yang jaga situ ler...

    BalasPadam
  6. kasihan sungguh KL jem....dulu menyalahkan jabatan kerajaan melambak2 di KL ....dah semua jabatan k'rajaan pindah ke Putrajaya pun sama tak ada beza nya punnnn ..... apa-apa hal beli lah motosikal supaya dapat menyelamarkan diri dari kesesakan jalanraya ...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...